Sebelum aku ke cerita selanjutnya meh sini aku nak komen pasal kolej kat UITM ehem ehem ni. Kot la MPP dia ada singgah sini baca blog aku ke. Huahuahuahua*tak leh blah*
Ada ke almari boleh share2? That's mean satu anak kunci dipegang oleh dua orang. Faham tak? Maksudnya satu almari hanya ada satu kunci dan dipegang oleh dua orang (satu bilik 4 orang so ada dua almari). Apa mereka ingat adik beradik ke main share2 almari gitu2 je. Macam mana nak letak barang berharga (purse,laptop) di dalam almari since dua orang pegang kunci yang sama? Kalau sorang terlupa nak kunci almari pastu barang dua2 orang hilang siapa nak bertanggungjawab? (okay, aku berfikir jauh nampaknya). Ni bukan aku je yang komplen, bebudak satu bilik tu pun komplen jugak, termasuk la ibu bapa. Sian aku tengok diorang gigih la decide camne nak kongsi almari yang kecik tu dua orang. Why la tak buat macam kolej aku kat upm dulu. Satu almari tapi ada divider di tengah dan kunci pun asing2. So kira macam dua almari yang dicantumkan. That's more practical. Okay tetiba rindu kolej yang dulu. Kolej yang aku kirakan agak selesa berbanding kolej lain. Yang aku rasa agak luas berbanding dengan kolej lain (KTDI especially. Eh kenapa KTDI? Sebab pernah masuk sana.haha).
Tamat kisah komplen. Dengan ini aku jangkakan nana takkan lama di kolej ni. Mungkin lepas setahun akan berpindah keluar. *before ni aku galakkan dia aktif kolej supaya boleh stay kolej, bila tengok bilik, aku rasa better sewa rumah kat luar kot*
kasi can la tuan punya blog menyemak dalam gambar jugak. Kami kan sehati sejiwa. Eceh, tetiba.
Selamat berjuang nana!