Pages

Bunga-bunga Matahari.....

Bagi family aku, kucing merupakan 'bunga matahari bagi kami'.Kitorang satu family memang gilakan kucing (kecuali mak). Antara banyak2 kucing yang paling comel, Meaya namanya (sila sebut 'Merah' dengan nada gedik maka jadilah 'Meaya'). Kitorang namakan sebegitu sebab hidungnya yang kemerah-merahan. Act, pink tapi takkan nak namakan Pinky pulak , tak besh, sebab takde bunyi comel.ehehe.

Here, meet my Meaya



Dada dia yang putih gebuu :D Mata dia comel sebenarnya. Ayah cakap mata dia pemanis muka. Aku admire mata dia tapi sebab kamera flash, sebab tu la mata dia mengecil dan gambar seterusnya mata dia tutup teruss.




Setiap kali peminat kucing tengok Meaya ni in real, confirm kata dia tu comel lepas tu mesti nak pegang2 dia. Anak jiran aku asyik la suruh ayah aku bawak Meaya ni kat dia tapi kejap je pastu Meaya lari balik ke rumah kitorang . ahahah...Dan sebagai tuan punya kucing , macam bangga sikit la sebab walaupun kucing ni terlalu biasa, bukan kucing Parsi, bukan kucing mahal, hanya kucing biasa tetapi dia tetap menarik perhatian orang sekeliling. Bulu dia panjang dan gebu, dan lembut, best peluk. Teeheee :D



Kebetulan tyme ni mak beli tv baru so tv lama letak bawah kejap. Dah tak pasal2 Meaya ni jadi duta Sharp la pulak kan.




Errr, yang warna hitam kat belakang tu khas untuk Kak Noi. Kak Noi suka yang hitam2 kan? Bulu dia hitam melegam rentung tiada yang putih melainkan yang hitam-hitam belaka.

"Nadia cepat nadia! Ambil gambar aku cium Meaya ni"


Ops fiza, sorilah gambar ko ni nampak segala jerawat. Takpe, jerawat kan pemanis muka. Teeheee. Bukan dia sorang je yang cium Meaya direct camtu tiada tapisan. Aku ngan nana selalu pun buat macam tu jugak. Sebab dia comel sangat(bagi kitorang). Huahuahua


Kalau korang perasan, akhir2 ni aku jarang je post gambar yang ditangkap guna kamera phone akhir2 ni. Sebab apa? Sebab aku geram je dengan quality gambar kamera phone yang tah pape ni. Nama je 2MP tapi gambar ala-ala 1.3 MP je aku tengok. Cam tensen je asal amik gambar je kejap2 kabur, kejap2 gelap, kejap2 gegar macam gempa bumi. Haish...Yang aku paling kesal, gambar kawen wedding wawa yang aku amik ari tu memang sangat dasyat kualitinya sampai aku pun takde hati nak letak kat blog ni. Damn. Saat ni aku macam rindukan hp SE Cybershot aku yang dulu. Walaupun 2MP tapi gambar tetap best. Nak beli kamera digital biasa tapi aku taknak la pulak, sebab takut menyesal. Takut membazir. Sebab rasa macam baik aku kumpul duit beli........ok, takpe abaikan.



Ni dia phone yang tak best tu. Mari kita campak diaaaaaa!!! HAHAHA. Kamera dia tak best maybe sebab function dia more to walkman (sound) kot.Nama je 3G tapi aku tak guna langsung function tu. Kakak aku buat video call aku tak angkat, hahaha.. Tak best2. Kakak aku sound "Baik ko jual je la phone ko tu. Ada kemudahan tak nak guna" Err...Sebab macam alien je muka aku di dalam video call itu. wakakkaa!!! Eh serius betul tak tipu nih!

Lokasi perbualan. Aku dalam bilik air, nana kat dapur.

Aku: Nana! Aku ada lagu baru. Nak dengar tak?
Nana: Lagu apa?
Aku: Bunga-bunga matahari. La... la la la... La la la (ikut irama lagu nyanyian Maya~Bunga2 matahari)
Nana:Piccha kunna!

Amik ko, kene sound dalam bahasa Korea dah.hahaa

p/s: Errr sejak bila blog aku penuh dengan gambar ni? Selalunya penuh dengan huruf je (pinjam ayat Diya kejap)

p/ss: Esok ada event besar