Masa tengah online FB di tempat kerja.
XXX: Ada FB ke?
Aku: (sudah terang lagi bersuluh tengah online FB dekat ngan dia takkan nak tipu kan) Ada…
XXX: Nak email. Bleh add.
Aku: *Bla bla bla*
Sejurus je lepas tu segera aku cek apa2 kat info aku. Aku macam tak tahu kenapakah aku perlu cek. Tetiba nampak tertera url blog aku kat info. Macam kehilangan ingatan bilakah aku letak url blog aku tu. Heh. Terussssss aku delete menjadi
Heheheh.. Selesai. Takde url blog dah.Selamat.Teeheee...
Reason? Aku rasa macam selamat menyorok di alam maya. Sangatttt la berbeza dengan aku suatu ketika dahulu. Dulu, heboh koooo. Siap je satu entri yang boleh dikatakan tak berapa nak semenggah tu,terus heboh2 kat friendster “Aku ada blog! Aku ada blog! Silalah melawat” OMG jakunlah bukan ? Ya Allah! Bila ingat balik rasa macam nak sorok muka aku ni bungkus dengan kain. Heh malu! Malu! Malu! Kalaulah masa boleh diundur T____T
Macam tak berapa best bila officemate membaca blog aku (eceh, macam la diorang nak baca kan). Blog dan FB kadang2 jadi pelepas ketensenan aku kan. Manalah tahu (MEMANG DAH TAHU PUN) aku komplen2 pasal keje ke, tak pasal2 heboh satu office kang. Ala, reveal kat korang pun its okay sebab takde sape pun tahu nama company yang aku kerja ni (kecuali Syida). Huehuehue..Setakat ni takde sape kat office tahu url blog aku mahupun FB.
p/s: YANG PALING PENTING, BOS AKU TAKDE DALAM SENARAI FB AKU. heheheheh
p/s: Start dari Isnin lepas aku macam boring sikit.FS pergi Taiwan seminggu, outstation.Present apa tah kat future customer. Ingatkan sales dengan markerting je gi fly. Rupa-rupanya Formulation Scientist pun sama jugak. Terasa kehilangannya walaupun kejap. Kalau dia ada, lepas lunch mesti open table dengan dia sampai habis waktu lunch. Dia takde ni aku layan FB je la kot.
p/s: Kak N tetiba cakap dengan aku pagi2 tadi "Akak takde mood nak kerja sekarang. Nasib baik ada ko. Baru ada semangat nak gi kerja". Aku tanya kenapa tetiba takde semangat, dia cakap entah tak tahu. Sudahhh, semua dah takde semangat kerja semenjak kehilangan Manager aku yang best tu.
p/s: Aku suka ketawa akhir2 ni . Benda yang sepatutnya serius aku pi bantai ketawa. SEBAB AKU RASA MACAM LAWAK AR.Terutama pakcik sorang ni. Mungkin sebab dia cakap dengan loghat melayu chinese kot (dia chinese masuk Islam). Sampai pakcik ni terpelik-pelik dah apasal aku asyik ketawa je dengar dia cakap.Last2 pakcik tu ketawa jugak bila aku tokok tambah ayat kaw kaw punya pastu kitorang bantai gelak.Berborak dengan dia buat aku rasa macam berborak dengan ayah aku pulak. Serius aku cakap, tak tipu. Ceh, ni kalau jadi ayah mentua aku ni confirm aku jadi menantu terbaek ni.Err......, pakcik ada anak lelaki tak?
Aku mesej nana melalui phone kat tempat kerja. "Happy birthday nana nyiau nyiau! Kehkehkehkeh". Gedik jugak aku ni kadang2.
EDITTED:
Perhatian kepada pengkomen di bawah yang bernama Udin
alahai...Kamu tak bagi email kamu pun sebenarnya, so macam mana nak email?