Pages

Fast update

1) Penat giler sekarang ni. Event besar yang aku kata dalam entri lepas adalah majlis pertunangan kakak aku, Fiza. Memang aku kehulu-kehilir la kan. Harus untuk tuan rumah. Dan aku dilantik untuk menjadi photographer rasmi tapi tak bertauliah langsung. hakhakhak. Sila gelakkan aku.


Mungkin sebab aku je yang tahu sikit2 handle kamera ni kot. Fiza tak reti guna buat masa sekarang(kalau dia reti guna pun macam la boleh kan). Ayah and mak confirm2 busy takleh jadi kameraman. Mana boleh kasi Nana sebab aku lagi besar&dewasa dari dia maka aku berhak. Ececeh... Tapi ada je part yang aku paksa nana untuk amik gambar aku. Tak jadi ke, gelap ke, aku suruh dia amik gambar lagi sampai lebam (sampai jadi la maksud aku.heheh). Siapa kata jadi photographer muka dia takleh masuk langsung dalam gambar? Yang penting, kerjasamaaaaaa......


2) Fiza tak sporting amik gambar. Geram aku. Suruh amik gambar cantik2 tapi kalau taknak posing, jadi apakah???? Nana pun cakap dia tak sporting jugak. Penat je kitorang perah otak fikir aksi2 yang kitorang rasa macam best untuk dilakukan dan disnap, fiza pulak complain sana-sini. Dia kata posing cam tah pape je. Hahaha, orang kalau dah biasa tengok gambar kawen photographer hebat2 di internet, memang la macam ni. Moment, simbolik, semua diambil kira. Ni yang aku try nak cari simbolik la yang boleh keluar idea pelik2 tu. Fiza manalah faham semua tu. Landing kat katil sambil letak tangan bawah dagu pun dia dah complain tak nak buat, so? ahahah. Nasib baik nana memahami. Dia taknak posing, biar kitorang yang posing.Sampai kitorang posing mengalahkan pen-tunang pulak. Sampai ada orang tegur "Ni siapa yang bertunang ni. Fiza ke orang lain ni?" Mungkin diorang tengok kitorang beria-ia amik gambar, amik gambar pulak stail pelik2, mana la orang tak perli sana sini kan . Ceh, macam la perlian itu kasi effect ;P


3) Ada orang tegur aku shoot banyak sangat. Sikit2 shoot, sikit2 shoot. Yang tak berkaitan dengan pertunangan (contoh: muka budak) pun aku shoot jugak. Dah aku suka budak sebab budak comel, suka ati la kan. Ada makcik ni sound "Jangan la asyik amik gambar je, nanti HABIS FILEM TU KANG". Okay, jangan gelak nadia, jangan gelak. Nana dah tersenyum-senyum dah. Kalau mak cik tu kata, habis bateri, aku macam boleh terima sikit. hahaha.. Bila aku jelaskan kat dia, dia kata "Owhhh, kalau taknak gambar tu, kalau tak suka gambar tu, boleh buang la? Owhhh macam tu..."


3) Abang Ngah (sepupu) bercermin mata HITAM sepanjang hari. Mula-mula aku pelik apasal siang2 pakai spek hitam. Serta-merta aku teringat sence kat rumah kakak ayah aku (kira macam makcik la) kat N9 masa kenduri kawen sepupu aku lama dulu.


Seorang nenek: Kenapo dengan dio tu? Siang-siang buto pakai spek hitam, tak boto ko apo..
Sepupu aku: Tak boto dia tu nek.
Seorang nenek: Owhhh, patut la...

Aku dah tersenyum-senyum dah dengar perbualan tu. Sebab budak berspek hitam tu memang 'mental' pun . Aku cuma terfikir macam mana kalau orang tu feeling artis saje2 je pakai spek hitam pergi kenduri kawen. Dah tak pasal2 dapat title 'Tak Betul' kan. hahaha..Tapi itu peristiwa lama dulu. Sekarang macam trend je pakai spek hitam or sunglasses ni. Aku pun kadang2 pakai jugak (sunglasses. haha!). Tapi setakat nak bergambar je kot. Takde la aku tayang sana sini depan orang kan

Berbalik kepada kisah abang ngah aku tu .Once bila dia bukak kejap spek hitam dia baru aku perasan yang kedua-dua matanya merahhhh sangat! Kira macam kalau budak tengok budak pun takut.Huhuhu kira memang patut sangat la dia pakai spek hitam kan.

p/s: Aku tengah tengok2 gambar ni.Entry seterusnya aku upload (sikit). Dan percayalah entry itu akan dipenuhi dengan gambar dan mengandungi perkataan yang jika dihimpunkan akan jadi satu perenggan sahaja . hahah, luar biasa je entry aku less of words ;P

p/s: Aku bold, dan merahkan perkataan 'tak bertauliah' tu sebab aku taknak orang yang tersesat kat blog aku melalui laman ejen pencarian ke atau dari mana2 yang boleh diiktiraf sesat kata "Eh, photographer tapi apasal gambar tak lawa?" ataupun "Eh, dot dot dot tapi apasal gambar tak lawa pun?" haaaa, aku pantang sikit kalau dibagi kata-kata kritikan yang tak membina macam tu, mesti rasa nak fire balik. Kalau kritikan berserta saranan@nasihat takpe. Contoh: "Gambar tak lawa sangat la. Takpe, try n error, lama2 boleh la tu " Haaa, macam tu sejukkkk je hati aku mendengarnya kan.

p/sss: Macam tak sedar je aku shoot lebih 500-600 gambar. Fuh!!! Tu termasuk yang tak jadi. Aku malas nak delete lagi. Nak keluarkan semua kat lappy baru fikir nak delete ke apa ke..

p/ssss: Berapa banyak p/s daaaa. Okay, nak tido dulu. Tersengguk-sengguk dah ni.