Pages

Jenis2 orang yang perlu kuhindari

Jenis2 lelaki yang patut dihindari

1) Lelaki yang sikit2 tergedik-gedik dengan perempuan. Ke mana2 asyik berkepit je dengan perempuan bermacam jenis. Macam mana tu? Lebih kurang macam ni. Ada satu bulan ni kau tengok mamat ni rapattttt sangat dengan sorang minah ni (A). Macam couple la kot. Bulan depan alih2 kau tengok dia rapatttttt sangat dengan minah B la pulak. Rapatnya pulak bukan rapat biasa2 like kawan2. Rapatnya lain macam sampai menimbulkan percakapan orang ramai “Eh eh, diorang ni couple ke?”. Sudahnya kau pun terpening-pening dah relationship mereka2 ni dengan perempuan lain. Lelaki begini eloklah dihindari kerana dikhuatiri akan menyampahkan anda di masa hadapan



2) Lelaki yang bajet popular di kalangan perempuan. Macam mana? LOL. Orang yang bajet hensem selalu berada dalam type2 gini. Kalau boleh dengan semua perempuan dia nak kenal dan rapat. Biar nama dia popular di kalangan perempuan. Lepas tu kalau dia kawan dengan 1000 perempuan so that dia ada 1000 calon untuk dipertimbangkan untuk dijadikan ehem ehem. Macam nak try test semua pun ada jugak, ye la dah kata 1000 orang tengah 'berbaris' kan.. Kalau aku lah termasuk di kalangan perempuan itu, aku lah orang pertama yang akan keluar barisan walau hot mana pun lelaki berkenaan. Muktamad tanpa talian hayat.

Jenis2 perempuan yang patut dihindari


1) Yang bercakap ala-ala pelat. Korang tataww keww, chakep manjew2 tuw. Errr….Aku serius takleh masuk sangat dengan orang terlalu manjewww manjewww (?) ni. Serius aku kalau boleh akan melarikan diri dari orang macam ni. Hahaha.. Bukan apa, aku kurang prefer orang manja tak bertempat ni. Jenis macam ni kalau boleh dengan mana2 lelaki pun dia nak bermanja-manja. Pukul2 manja sana sini. Merengek-rengek. Adehhhh. Geletis aku menengoknya. Kadang2 dah jadi tabiat, tegur pun tarak guna. Aku tengah bayangkan kalau kau dah kawen nanti laki ko tengok ko bermanja-manjaan dengan lelaki lain macam mana. Kalau ko nak bermanja dengan bf tu macam normal gak ar, tapi kalau dengan semua lelaki apakah?? Alhamdulillah mereka yang termasuk dalam koleksi bestfriend ku bukan di kalangan orang yang terlalu manja2 ni.



2) Jenis yang cepat merajuk pastu senang pulak menunjukkan kemerajukannya 24 jam. 24 jam tayang muka kelat sape tahan beb? Kalau ko tunjuk muka kelat tu kat laki@suami ko sure kene penampar. Satu jam satu penampo, 24 jam 24 penampo.

Terasa sikit2 tu takyah la nak tunjuk sangat kan, kelak mengeruhkan keadaan. Be matured. Terasa takde sape boleh elak tapi kita boleh atasinya dengan cara kita sendiri supaya rajuk itu tak jadi berpanjangan. Contohnya pergi lah menonton cerita korea yang gelak2 punya (eceh, macam dah takda contoh lain) so that ko lupa pasal nak merajuk. Dah la merajuk, pastu bila kita tanya dia ada problem ke apa apasal asyik muka masam mencuka je. Pastu bagi jawapan pulak standard ala2 melodi “Takde apa2 la” . Senyum kejap 5 saat lepas tu sambung balik muka kelat. WTH la. Terasa cakap je terasa so that boleh la bincang ke apa ke nak perbaiki keadaan.Kalau taknak beritahu yang diri sendiri terasa, tolong la atasinya dengan cara sendiri ok.


Aku tak tahu la aku nak cakap aku ni jenis tak merajuk ke apa. Tapi kalau terdetik untuk rasa nak merajuk aku akan cepat2 ignore perasaan itu. Aku akan cepat2 atasinya dengan fikir benda2 positif aja. Sebab tu orang jarang nampak aku marah. Even wawa masa kat matrik dulu pun pernah tanya aku “Kenapa tak pernah nampak nadia marah ek? Nadia kalau marah macam mana eh? ” Rumate kat upm pun kalau tak silap pernah tanya benda yang sama (yeke ayie? Rasanya pernah tanya. Hehehe). Itu satu lagi fakta tentang aku yang korang patut tahu. Aku jarang (or tak pernah) nak marah@merajuk dengan kawan baik. Jangan tanya kenapa sebab kalau nak explain harussss panjang lebar kang entri aku. Kunci utama, aku belajar dari Nashimah@Nash. Indirectly, dia yang ajar aku supaya tak mudah sensitive dengan kawan baik. Thanks to her.


Aku tak memilih dalam berkawan tapi kalau boleh aku taknak sifat dua ni termasuk dalam sifat ‘sahabat’ ku. KALAU BOLEH.



p/s: Baru semalam start sistem fingerprint ni kat office aku. Nak pergi mana2 pun even toilet pun kene scan jari. Yang paling tak boleh blah tu, semalam ok la sikit aku scan jari 2-3 kali baru lepas. Ni ha ..pagi ni aku masuk office 6-7 kali scan jari tak lepas2 apa kes? Fed-up aku. Nasib baik still boleh masuk dengan guna nombor pincode, boleh la guna pincode lagi. Dengar cerita diorang nak hapuskan sistem pincode tu after this dan attendance pun diambil melalui sistem fingerprint tu. Habis la aku. Haruslah aku tercongok depan pintu setengah jam je untuk scan jari2 ni. Heran aku, sebelum2 ni aku gi kaunter JPN elok je scan jari, paling banyak pun 2 kali. Jari aku bermasalah atau sistem ni yang mengong?
-Teknologi kadang2 boleh menyusahkan manusia-

Lagu untuk orang bercinta

Bukan aku yang bercinta ek

Masa aku tengah syok nyanyi lagu Fly Me To The Moon dengan penuh perasaan kat lab semalam, tetiba kawan aku cakap dia ada mp3 lagu tu kat phone *yang bukan versi YAB punya*. Aku teringin nak dengar lagu tu panjang sikit. Aku pun apa lagi, terusssss rembat itu lagu. Nyanyian Utada Hikaru (artis femes Jepun)




Dan-dan aku asyik pasang je lagu ni kat lab. Ulang2 pasang. Aik? Sejak bila aku minat artis jepun ni? bwahahaha...Act, sejak JGS nyanyi dalam You Are Beautiful yang aku minat kat lagu tu. hahaha. Itupun cik Farah yang inform pasal lagu tu. Boleh tak aku habis 2-3 round citer tu, tapi aku tak perasan lagu ni wujud. Mungkin asyik dok perhati wajah si hero tu sampai tak perasan lagu yang dia sedang nyanyi. Kahkahkah(lempang muka sendiri laju2)



Amacam? Terpesona tak dengan penyanyi irama lagu ni? Nampak cam romantik kan lagu ni? Pandai crew citer ni ubah2 skit irama lagu ni supaya ia menjadi romantic in their way.Sedap kat telinga.Aku suka alunan piano mereka. I like they harmonize when they sing "Please be true". Sayangnya lagu ini hanyalah lebih kurang 1 minit lebih. Aku cari kat internet yang dia nyanyi full version, takde. Memang takde rasanya.


Fly me to the moon
Let me play among those stars
Let me see what spring is like
On jupiter and mars
In other words, hold my hand
In other words, darling kiss me
Fill my heart with song
Let me sing forever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you

p/s: Asalnya lagu mat saleh mana tah yang punya. Aku search kat youtube. Errr, tak bleh blah la version mereka2 tu. Old English song kan faham2 je la. Dalam banyak2 version, version Utada Hikaru ni ok sikit la. Tapi paling best Jang Geun Suk+Park Shin Hye version la. haha. Bias? Sila dengar.LOL.

edit: Aku tunjuk video ni kat FS kat office tadi. Boleh dia kata kalau mana2 lelaki nyanyi lagu ni kat aku sure aku jatuh cinta punya. Dah tu kalau orang Tanjung Rambutan@seangkatan dengannya nyanyi kat aku, suka pulak aku kan. Kahkahkah

3 benda



1) Sabtu lepas aku ke genting dengan FS (gambar nanti aku update).Kejap, FS ni adalah nama short cut seorang chinese girl officemate aku ye.Jangan salah anggap dia lelaki pulak. hahaha.. Masa kat Marrybrown, aku terjumpa seorang pekerjanya,lelaki melayu ada serupa Jang Geun Suk look alike . Cewahhh. Ngeheheh…Masa beratur untuk naik Cyclone pulak, aku terjumpa sepasang orang korea (aku ada terdengar mereka bercakap sesame mereka). Yang perempuan memang cun habis ar(dress up pun cun, ala2 artis.FS pun berpendapat sama dengan aku), yang lelakinya pulak aku lihat ada unsur2 ke-LeeMinHo-an di wajahnya dan gayanya. Dengan gaya baju, gaya rambut. Kalau tak ke-LeeMinHo-an pun, mungkin jugak ke-SS501-an atau ke-SUJU-an. Kahkahkah….Kalau tak kenal SS501@SUJU, sila google eh. Aku syak mereka sepasang artis tapi mungkin aku tak kenal. Ini berdasarkan survey aku: Korean people jarang yang good-looking kecuali ARTIS. Hahaha! Eh, betul apa, tak caya buatlah survey kalau rajin.


2) Aku akan mengambil test lesen kereta untuk kali yang kedua. Ya, kedua. First time aku fail. HAHAHA! Hari tu ayah aku asyik dok perli2 aku “Macam mana ni budak u boleh fail ni. Orang tak masuk u pun boleh pass camne ko tak bleh pulak” Alahai ayahku, manalah boleh dibandingkan perkara amik lesen kereta dengan masuk u. Andai kata untuk masuk u kene amik assessment lulus lesen kereta nescaya aku tak masuk-masuk u lagi ni. Dok ulang kelas jek. Kahkahkah


Ok, aku pun tak faham apasal aku fail. Mungkin sebab nervous kot. Aku memang akan nervous setiap kali ada test. Sila faham ea. Tak kira la test tu senang ke susah ke. Peraturan nervous aku ialah, bila nervous aku automatic lupa semua benda. Boleh pulak aku lupa SEMUA BENDA masa test jalan raya. Part 1, elok je aku test bukit sekali je dah lulus tanpa ulangan tetiba masa jalanraya boleh pulak terundur ke belakang la, tak tekan clutch la apa la. Dush!!!


Selasa (which is hari ni) sepatutnya aku test tapi siot ar cina tu. Hari Ahad minggu lepas takde belajar memandu pun! Aku dah agak dah, kalau takde belajar memandu sure takda test ni. Tipu punya olang, ari tu kata aku test 2 feb and belajar kali terakhir ahad lepas. Demm.


3) Aku kadang2 macam malu la sebab telah buat perkara yang memalukan. *Aku tak nak cerita pasal apa, hahaha* . Sebelum2 ni dah banyak kali berlaku. Benda2 ni memang susah aku nak elak. Mungkin aku ditakdirkan untuk ter-buat perkara yang memboleh untuk orang gelakkan aku. Ada suatu hari ni. Kat lokasi...(rahsia.haha!). Aku tak perasan yang sorang Chinese girl bahagian akaun kat office aku ni (aku tak rapat pun dengan dia) dok tengok & dok perhati apa yang aku buat pada ada satu masa tu. Alih2 dia tetiba tegur aku sambil senyum “You buat apa?” Aku jawab:_______ (rahsia), terus dia kata “Macam tu pun boleh ka? Aiya, u ni kelakar la!” sambil gelak2. Adeshh, termalu aku di situ. Tak pasal2 dapat title kelakar padahal tah pape tah. Memalukan. Aku tak sangka pulak dia dok perhati aku, kalau aku tau aku akan cover2 ar skit. Ish malu! Malu! Ok, takpe la, asalkan aku tak buat perkara yang menjengkelkan. hoho


FS pulak, selalu panggil aku kartun. First time dia panggil aku kartun masa dia join aku&Kak N kat lab. Masa tu kitorang tengah gelak sakan sampai sakit perut+buat lawak apa tah , dia pun datang and join gelak sekali. Tyme gelak2 dia bleh cakap “U orang ni kelakar macam kartun la” Aku boleh jawab “Kelakar macam kartun tu macam mana?” LOL
Yang aku tak fahamnya adalah bilaa…

Pagi masa nak gi genting. Baru bangun tido ni. Aku tengok handphone tak berhidup(bateri kong semalam lupa charge), terus aku charge n tengok2 ada mesej FS. “Nadia, I call u kenapa tak dapat? U tutup phone ke?” Kemudian aku relply “Sory saya tertidur smlm. Lupa nak charge phone. FS, I rasa tak boleh sampai jam 8.30. Coz baru charge bateri hp&kamera. 9.30 ok tak?”

FS: “ok, so tak rush sangat. U ni cute macam kartun la”



Duhh, puas aku telek balik di mana ‘kartunnya’ ayat aku tu tapi tidak ketemu. Mungkin bila once dilabel, akan kekal dilabel begitu.