Pages

3 benda



1) Sabtu lepas aku ke genting dengan FS (gambar nanti aku update).Kejap, FS ni adalah nama short cut seorang chinese girl officemate aku ye.Jangan salah anggap dia lelaki pulak. hahaha.. Masa kat Marrybrown, aku terjumpa seorang pekerjanya,lelaki melayu ada serupa Jang Geun Suk look alike . Cewahhh. Ngeheheh…Masa beratur untuk naik Cyclone pulak, aku terjumpa sepasang orang korea (aku ada terdengar mereka bercakap sesame mereka). Yang perempuan memang cun habis ar(dress up pun cun, ala2 artis.FS pun berpendapat sama dengan aku), yang lelakinya pulak aku lihat ada unsur2 ke-LeeMinHo-an di wajahnya dan gayanya. Dengan gaya baju, gaya rambut. Kalau tak ke-LeeMinHo-an pun, mungkin jugak ke-SS501-an atau ke-SUJU-an. Kahkahkah….Kalau tak kenal SS501@SUJU, sila google eh. Aku syak mereka sepasang artis tapi mungkin aku tak kenal. Ini berdasarkan survey aku: Korean people jarang yang good-looking kecuali ARTIS. Hahaha! Eh, betul apa, tak caya buatlah survey kalau rajin.


2) Aku akan mengambil test lesen kereta untuk kali yang kedua. Ya, kedua. First time aku fail. HAHAHA! Hari tu ayah aku asyik dok perli2 aku “Macam mana ni budak u boleh fail ni. Orang tak masuk u pun boleh pass camne ko tak bleh pulak” Alahai ayahku, manalah boleh dibandingkan perkara amik lesen kereta dengan masuk u. Andai kata untuk masuk u kene amik assessment lulus lesen kereta nescaya aku tak masuk-masuk u lagi ni. Dok ulang kelas jek. Kahkahkah


Ok, aku pun tak faham apasal aku fail. Mungkin sebab nervous kot. Aku memang akan nervous setiap kali ada test. Sila faham ea. Tak kira la test tu senang ke susah ke. Peraturan nervous aku ialah, bila nervous aku automatic lupa semua benda. Boleh pulak aku lupa SEMUA BENDA masa test jalan raya. Part 1, elok je aku test bukit sekali je dah lulus tanpa ulangan tetiba masa jalanraya boleh pulak terundur ke belakang la, tak tekan clutch la apa la. Dush!!!


Selasa (which is hari ni) sepatutnya aku test tapi siot ar cina tu. Hari Ahad minggu lepas takde belajar memandu pun! Aku dah agak dah, kalau takde belajar memandu sure takda test ni. Tipu punya olang, ari tu kata aku test 2 feb and belajar kali terakhir ahad lepas. Demm.


3) Aku kadang2 macam malu la sebab telah buat perkara yang memalukan. *Aku tak nak cerita pasal apa, hahaha* . Sebelum2 ni dah banyak kali berlaku. Benda2 ni memang susah aku nak elak. Mungkin aku ditakdirkan untuk ter-buat perkara yang memboleh untuk orang gelakkan aku. Ada suatu hari ni. Kat lokasi...(rahsia.haha!). Aku tak perasan yang sorang Chinese girl bahagian akaun kat office aku ni (aku tak rapat pun dengan dia) dok tengok & dok perhati apa yang aku buat pada ada satu masa tu. Alih2 dia tetiba tegur aku sambil senyum “You buat apa?” Aku jawab:_______ (rahsia), terus dia kata “Macam tu pun boleh ka? Aiya, u ni kelakar la!” sambil gelak2. Adeshh, termalu aku di situ. Tak pasal2 dapat title kelakar padahal tah pape tah. Memalukan. Aku tak sangka pulak dia dok perhati aku, kalau aku tau aku akan cover2 ar skit. Ish malu! Malu! Ok, takpe la, asalkan aku tak buat perkara yang menjengkelkan. hoho


FS pulak, selalu panggil aku kartun. First time dia panggil aku kartun masa dia join aku&Kak N kat lab. Masa tu kitorang tengah gelak sakan sampai sakit perut+buat lawak apa tah , dia pun datang and join gelak sekali. Tyme gelak2 dia bleh cakap “U orang ni kelakar macam kartun la” Aku boleh jawab “Kelakar macam kartun tu macam mana?” LOL
Yang aku tak fahamnya adalah bilaa…

Pagi masa nak gi genting. Baru bangun tido ni. Aku tengok handphone tak berhidup(bateri kong semalam lupa charge), terus aku charge n tengok2 ada mesej FS. “Nadia, I call u kenapa tak dapat? U tutup phone ke?” Kemudian aku relply “Sory saya tertidur smlm. Lupa nak charge phone. FS, I rasa tak boleh sampai jam 8.30. Coz baru charge bateri hp&kamera. 9.30 ok tak?”

FS: “ok, so tak rush sangat. U ni cute macam kartun la”



Duhh, puas aku telek balik di mana ‘kartunnya’ ayat aku tu tapi tidak ketemu. Mungkin bila once dilabel, akan kekal dilabel begitu.