*pic: google.com
Tadi aku pergi interview. For the first time secara serius. Eceh. Yang interview dengan BNM tu belum masuk serius lagi sebab tak menyentuh hal-hal teknikal berkaitan kimia.
Peng-interview ada dua orang. Sorang senior chemist chinese (manis aja mukanya) dan sorang lagi HR (muka ala baik2).
Kalau setakat soalan ‘introduce yourself’ tu memang confirm lancar punya. Bila ditanya pasal experience tu memang part yang agak sukar la kan. Chemistry kan banyak line kan. Food, metal, polymer bla bla bla. Mula-mula dia tanya aku ok ke kalau bertukar chemistry line dari food (berdasarkan experience kat company sekarang dan di MPOB dulu) ke metal. Aku dah agak dah soalan ni mesti ditanya punya. Risau aku kot2, experience aku tak match dengan dia punya requirement. Tapi bila difikir-fikir balik, resume aku kat jobstreet tu mereka dah view 5 kali so konfem dia tahu@baca setakat mana experience aku kan. Kalau tak, apasal dalam 139 applicantions, mereka hanya shortlist untuk interview 6 orang je kan. Mesti dia rasa walaupun line chemistry lain tapi masih boleh dipertimbangkan. So atas sebab ini aku sedikit yakin.
Since dia tahu aku handle HPLC sekarang, pastu dia tanya aku ada pernah run ICP tak. Aku cakap tak tapi aku pernah tengok chemist handle@run. Since selain mesin HPLC , lab aku ni ada jugak mesin ICP jugak di mana fungsinya untuk mendetect kehadiran metal dalam sample makanan (iron contohnya. Eh dalam Milo pun ada iron kan).Dan sekaliiiiii je aku pernah join diorang buat digestion. And aku tahu kalau digestion metal kene guna asid. Itu je yang aku cakap. Oh, rugi aku tak tanya mendalam tentang ICP kat ada seorang akak chemist tu. Huhu. Tapi kan, berdasarkan pengetahuan aku dan kak N, run HPLC lebih sukar berbanding ICP. Sebab run ICP agak simple dan tak banyak troubleshoot. Since nak digest metal adalah senang berbanding nak digest vitamin.
Tapiiiiiiiiiii, aku terlupa nak cakap beberapa magic word ni. Waaaaaaa.. Dush2! Penat aku fikir2,reka ayat tapi bila tyme untuk dikeluarkan, aku boleh plak tetiba lupa nak keluarkan. Aku dapat rasakan takde debaran di hati aku tapi aku macam terhilang perkataan. Oh apakah? Adakah kerana aku tak focus@terperanjat? Haishhh aku ni selalu macam ni tau. Kalau first time di-terjah mesti akan fail. Dulu pernah masa kecik2(Form 1 kot) aku berjalan pergi kedai dengan sedara. Sedara aku ni type2 suka pakai emas2 di pergelangan tangan, leher, dan kaki. Sekali muncul perompak depan mata&ragut emas2 tu. First time okeh aku berhadapan dengan perompak. Sedara aku tu dah nangis2 dah sambil pandang aku. Aku boleh ternganga jek? Jekk?? Lepas ternganga beberapa saat, aku hanya mampu cakap “Woi bodoh apa kau buat ni hah!!??” T_____T. Setakat cakap bodoh mana lah ada effect. Sepanjang perjalanan balik aku macam menyesal giler. Apasal aku tak jerit je kuat2 tyme tu. Kot la lembik sangat pun at least jerit lah sikit ye dak? Yang paling penting, apasal la aku tak tendang je organ kelamin dia??? Wo wo wo wo , agak sensitive di sini. Walaupun sensitive tapi berkesan untuk dilakukan terhadap orang jahat. Kan kan kan. Takpe lain kali kalau aku jumpa lagi konfem aku tendang takda fikir apa dah pastu cabut lari. Padan muka. Haha!
Okay, sekarang aku mengalami masalah yang sama la. Lepas je interview, aku masuk je kereta terus laju je aku cakap dengan ayah aku magic word (ayat2 positif) tersebut yang sepatutnya aku cakap pada interview yang lepas. Lancar okeh aku cakap dengan ayah aku. Sengal!! Takpe la kalau tak terpilih pun. Sekarang aku lebih percaya kepada Allah. Kalau aku tak terpilih pun , aku hanya anggap bukan rezeki aku (rezeki orang lain) dan Allah mungkin menjanjikan yang terbaik buatku di masa hadapan.Lain kali cuba lagi. So dengan itu aku takde lah kecewa kalau tak dapat pun. Hihihi. Eh, betul la aku tengah gelak ni tak caya sudah. Ngahahaha.
p/s: Bilalah company yang operate HPLC nak panggil aku lagi ni. Dulu ada sekali panggil tapi kat kedah ko. Mana ayah aku kasi. Aku tak harap sangat kat company yang aku gi interview tadi sebab aku lebih suka handle HPLC berbanding ICP. Sebabnyaaaaa, walaupun handle HPLC lebih susah tapi lebih senang sebenarnya. Okeh, k-o-ling dah ayat aku ni. Sebab kalau HPLC boleh prepare banyak2 pastu biar overnight. Susah dulu senang kemudian. Since satu sample dia run 30 minit kot. ICP pulak satu sample 3-5 minit je, so takleh la overnight. Maka jadi susah memanjang tak senang2. hoho. Ok, terasa sangatlah KIMIA entry aku kali nih. Sory kalau korang terpening-pening baca
p/s: Aku seorang yang mudah belajar dari kesilapan pertama. InsyaAllah interview yang kedua, ketiga, dan seterusnya, I will do my best.