Pages

Lagu Paling Comel



Aku rasa setelah 8-9 tahun bergelumang dengan lagu2 korea dengan segala jenis OST drama, aku rasa ini LAGU YANG PALING COMEL. Kalau nak dibandingkan dengan lagu melayu jugak, aku rasa lagu ini jugak yang paling comel.Sebelum2 ni nana ada tanya aku, aku ada tak lagu tu dalam phone, aku selamba je jawab “Aku tak minat sangat lagu tu nana. Entah, tak tahu ada ke tak”. Hahah. Aku baru perasan kecomelan lagu ni khamis lepas masa nana pasang kat phone dia. 2-3 kali dengar tetiba je aku macam tertarik sikit. Then aku dengar dengan teliti iaitu mendengar dan menghayati sambil menutup mata (kiranya mendengar dari hati la. Cewahhh) terus fall in love gituu. Minat yang sangat2. Masa tengok cerita tak perasan pulak kan. Macam biasa, membagi alasan, khusyuk tengok reaksi muka pelakon2 . hahaha.


And then jumaat lepas aku pasang kat lab banyak kali jugak la. Macam puluh-puluh kali pun ada jugak. Sambil buat kerja lab, aku pasang lagu ni ulang2, hp letak kat poket baju lab. Supervisor lab takde so bermaharajalela la semua2 termasuk aku sekali. Haha.. Takde la kuat sampai satu lab dengar tapi cukup untuk aku je yang dengar. Kak N dan Ida which is NOT korean lover terdengar 2-3 kali pun terus suka. Kak N siap cakap sambil goyang2 kan kepalanya “Lalalala lalalala (she singing). Haishh, dengan aku sekali berjangkit dengan ko. Comel la lagu ni. Lagu sape ni?”. Setiap kali lagu ni berkumandang dan dia terdengar mesti dia akan cakap “Lalala lalala”. Hoho..Yang si Ida pula, masa tengah pasang lagu kat phone dia, nampak je aku dan terdengar lagu yang aku pasang terus dia tutup phone dia kejap sebab nak dengar lagu yang comel ni. Hahaah. Siap cakap “Cewah bleh tak, tutup phone kejap sebab nak dengar lagu tu. Haha. Comel la lagu tu. Walaupun tak faham satu apa yang dia cakap, tapi enjoy dengar dia nyanyi.” Owhh, aku telah menyebarkan lagu comel ini secara tak langsung nampaknya. Sebab selama ni kalau aku pasang lagu, aku tak kisah orang dengar atau tak.

Meh sekarang aku nak sebarkan kecomelan lagu ni secara langsung pulak.

Title: Lovely Day ; Singer:Park Shin Hye



Klik link ini kalau nak play the full song with the lyric.

Klik link ini kalau nak play the full song and download the mp3 of this song.


Comel weh. Aku tak tahu sama ada nak cakap suara penyanyi yang comel, lontaran suara penyanyi yang comel, cara sebutan comel atau irama lagu ini sendiri yang comel. Entah, semuaaaaaaaa comel aku rasa. SEMUA. Sebab tu aku gelarkan lagu ni lagu paling comel di hatiku setakat ini. Try dengar 2-3 kali dulu. Hehe. Dan cuba dengar dengan teliti menggunakan mata hati ceh ceh ceh how that singer pronounce word by word. Sangat comel okeh sebutan dia tu. Sampaikan setiap kali dengar mesti aku nak goyang2 kan kepala ke kiri dan kekanan mengikut rentaknya. Especially part ‘lalalala lalalala’ I enjoy with that song so much!


Kalau tak faham lirik, rasa macam nak tujukan lagu ini kepada baby2 yang comel (sebab lagu ni comel), tapi bila faham in English translation dah takleh la pulak. Lain meaningnya. English translation dia pun sangat sweetttt ok. Menggambarkan orang yang baru/sedang fall in love. Nanti bila aku just fall in love with someone for the first time, aku akan mengeluarkan lagu ini sekali lagi di entri aku di blog ini (insyaAllah) with no other word or hint. Hanya lagu ini with the English translation sahaja. Ingat ye. Itu je hint yang aku kasi. So, rakan2 ku sekalian, ingat2 lah ye. Jangan salahkan aku kalau aku tak beritahu or bagi hint. hehehe


Err..tapi kan…tapi kan…tapi kan…macam lambat lagi jek. Hahaha!



Ini penyanyi lagu tersebut. Such a natural beauty and natural cute.Aku paling suka gambar dia yang ini. With no make-up on face =D. Pic: source

Tak berkaitan dengan entri:




Adeh, balik je dari Melaka, bukak2 je facebook, komen FS ni buat aku gelak terkekeh-kekeh. Tak sangka dia ingat SEMUA-SEMUA isi percakapan/perkara yang pernah aku beritahu dia dulu. Lamaaa dah. Hujung bulan 12 tahun lepas. Walaupun dia bukan korean lover jugak, tapi dia ingat apa yang aku cakap, apa yang aku describe. Dia ini sangat teliti *kagum*