Pages

Macam-macam



1) Kawan aku ada tegur aku tak lama dahulu. Mengatakan betapa rajinnya aku buat huruf besar pada permulaan ayat pada status FB. Baru aku tahu yang aku sungguh skema dalam menulis status di FB. Permulaan ayat huruf besar, ada koma, ada titik, ada space selepas titik. Hahah. Act aku pun baru perasan sebenarnya. Selama ni aku tak perasan pon.haha. Aku tak rajin tapi sebab dah terbiasa agaknya. Aku hanya jawab dalam hati, sejak aku berblog la aku jadi camtu. Kalau korang perasan aku punya entri mesti huruf besar pada permulaan ayat, ada titik, ada space selepas titik, ada koma bla bla bla semua pon ada. Haahah..Skema aite?


2) Aku menyampah dengan orang yang memberi sesuatu untuk mengharapkan balasan. Atau memberi sesuatu dengan niat. Ada suatu masa dulu

Mamat A: Ada no telefon tak?
Aku: Takde…
Mamat A: Takkan besar2 camni takde telefon kot..
Aku: Betul takde.
*setelah didesak beberapa kali*
Aku: Betul takde. HP hilang (tetiba keluar ayat nih untuk kaver)
Mamat A: Nanti abang belikan hp untuk adik eh. Nanti boleh kita boleh mesej2. Eh?
Aku:Ahhhh, tak payah. (Dengan kasarnya aku membalas.)


Apa abang adik abang adik? Sejak bila mak aku mengandungkan kau? Atau sejak bila mak kau mengandungkan aku?


Sebelum tu aku biasa2 je dengan dia. Tapi disebabkan ada satu peristiwa ni dan peristiwa di atas juga, aku mengambil keputusan malas nak layan dia dah. Dia tanya apa2 aku jawab dengan sepatah dua jek takpun lari. Apa kau ingat kau bagi aku hp, so aku layan kau la eh? Boleh blahhhhhh. Dia ingat dia bagi aku barang2 so aku suka dia la. Please ahhh, lagi aku menyampah adalah. Serius aku menyampah dengan orang yang mempunyai mentality sebegitu. Baru kenal senang2 je bagi barang kat pompuan. Nampak sangatt.

3) Aku rasa aku sorang je yang mengalami masalah ni tapi bila aku blog walking baru aku tahu ramai jugak yang sama geng dengan aku dalam hal ni. Aku fail bab2 ingat jalan. Sila ingat ea. Dan ini jugak sebab utama aku boleh fail test jalan raya JPJ ari tu. Aku lupa dah sampai simpang nak ke kiri atau ke kanan padahal dah dua@tiga kali dibawa berlatih . Giloooo kan? Aku buat muka seposen je bila kene sound dengan pakcik JPJ tu. Kahkahkah. Masa kat upm, nak dekat sebulan kot(ke lebih?) aku baru cam jalan. Jalan ke library, fakulti, dewan kuliah, direction bas, semua2 tu la. Minggu2 pertama, kedua dan ketiga memang aku blur dan bergantung sepenuhnya kepada rakan sekuliah yang baik hati bernama Sya dan Nora. Eceh! Hahaha. Nasib baik ada diorang, kalau tak confirm aku sesat dalam university sendiri. Awal2 tu tyme diorang berbincang bab2 ingat jalan (tyme tu mereka macam berusaha keras nak cam&pilih jalan yang perlu dilalui) aku pun join jugak la buat2 memerah ingatan jugak padahal sebenarnya satu apa pun takde dalam kepala aku tyme tu. Konon2 ingat sikit2 la cuma nak recall balik padahal tak pernah ingat pun. Zerooo ingatanku. Huahuahua. Takpe, usaha itu paling penting.


Yang paling peliknya kan. Masa form 4, aku perasan yang ada satu kedai ni ada jual a lot of korean thing. Poster, keychain, vcd/dvd korean drama, photobook, etc. Excited punya pasal ,aku berusaha keras cam jalan supaya lain kali aku boleh datang sorang2 ke sini beli2 apa yang patut. Aku nak cam jalan supaya kalau aku naik lrt turun ke Plaza Rakyat, arah mana yang patut aku pergi supaya boleh sampai ke sana tanpa perlu SESAT. Hahaha. Masa nak balik ada la sepanjang 100 meter aku tertoleh-toleh ke belakang (proses pengecaman). Sepanjang 100 meter itu jugak, apa2 yang orang sebelah cakap (mak, kakak, adik) memang aku tak pay attention sebab tengah khusyuk mengingat, menghafal dan meng-imagine. Eceh, dah macam exam bunyinya. Dan, nahhhh. Kali kedua datang aku dah boleh cam jalan okehhhh *sniff sniff* (muka bangga). Kali ketiga aku dengan sepupu aku pergi ke situ minta kerja kosong jadi promoter. Wakakaka.


Ayah pernah tanya aku. Apasal kalau aku baca buku, soalan peperiksaan aku boleh jawab jugak tapi fail bab2 ingat jalan. Errr..aku pun tak tahu apasal. Tetiba rasa cam bodoh giler. Huakakaka. Aku rasa kan, sebab utama ialah setiap kali berjalan minda aku tak berhenti-henti berfikir. Maka, kalau sedang berfikir mana lah boleh hafal @ cam jalan. Ada la benda yang aku fikir korang takyah la tahu. Heheh


Tapi korang takleh kata aku pelupa sebab kan walaupun aku baca sekali imbas sesebuah entri di blog orang lain, 2-3 bulan pastu dia recycle entri yang sama AKU BOLEH CAM SEBIJIK-SEBIJIK ayatnya siap dengan gambar2 sekali. siap dengan perkataan dalam gambar tu sekali. Makanya aku agak pelik la follower2 setia blognya boleh rilek je bagi komen puji-pujian. Kalau aku, aku bagi je sebijik komen “Apasal rasa macam pernah baca entri ni sebijik sama?”. At least tak lah sekasar ada seorang followernya mengkomen “Entry recycle. Dah tak de idea sangat ke nak buat entry cik kak?”