Pages

Hairstyle

Setelah banyak entri aku tak bergambar, sekarang mari ke segmen bergambar yang bernama segmen "Cuci Mata".

Ini first time aku bercakap tentang hairstyle. Dan first time jugak aku macam pay attention terhadap fesyen rambut pelik sebegini. Lelaki berambut tocang. Sebelum2 ni pantang nampak di mana-mana confirm aku kutuk. hahaha..

Aku rasa fesyen sebegini sangatlah sesuai dengan dia kot. Walaupun orang lain nampak horible tapi aku sukaaaaaa. Aku rasa fesyen begini sesuai untuk artis kot, kalau orang biasa2 yang buat mungkin nampak agak janggal (baca: aku tak berkenan. hahaha)




Cool owh


Masa tengok gambar atas ni terus nana cakap "Eh angah, ni gambar profile yang Taro Taro tu kan? (merujuk kepada FB cik Taro MilkTea. hehehe). Ingat@peka jugak ea mata dia ni . Tapi tak sepeka mata aku sebab gambar itu adalah seperti di bawah

kredit kepada cik Taro MilkTea itu (u know who). heheheh

Bersama hp Samsung Corby touch screen kepunyaan Park Shin Hye. Dia punya kaler hijau kot. Errr...perlu ke mention ini???
All white

Sangat jarang owh nampak dia senyum lebar cenggini dalam YAB. Aku rasa reaksi muka gambar di atas adalah comel. Sekian terima kasih.







Owhhh...macam ni rupanya dari belakang.

Aku rasa sebab aku minat dia kot so fesyen apa2 pun kelihatan cool. Tapi paling cool yang berambut tocang la, Hahaha.

Aku perasan ada salah seorang ahli 2PM rambut macam ni gak tapi sebab aku tak/belum minat lagu diorang so aku macam takda heran la. hahah

Tapi memandangkan aku minat lagu CN Blue terutama lagu berhantu (eceh)I'm A Loner tu maka aku pun pay attention la terhadap salah seorang ahlinya



Lee Jung Shin. Teheee =D Tetiba jek. Setiap kali aku view klip video I'm a Loner, mesti mata aku cari si Jung Shin ni. Saje nak usha rambut dia. hahaha, boleh plak kan.



OMG OMG OMG!! Ini fesyen apakah? *geleng2 kepala* Oh tidakkkkkk.... Lariiiiii!!!!! Lariiiii!!! Lariiiii!!!!

p/s: Dia BUKAN idola aku. Tapi aku mungkin salah sorang kipas susah matinya (die hard fan.ngeh3x). Sebab kalau aku minat artis mana2 pun tak kisah dari celah mana pun artis tersebut, aku tak pernah terfikir nak jadikan mereka role model atau mencontohi segala-galanya tentang artis tersebut. Minat aku terhad kepada kebolehan atau bakatnya sahaja. Imej mereka memang aku tolak tepi. Minat aku ada batasnya. Sebab tu aku macam pelik ada jugak ea orang yang ikut melulu perilaku@apa2 tentang artis idola mereka. Artis yang ko minat pakai seksi so ko pun nak seksi gak ar? Artis kau suka masuk kelab so kau nak gak masuk ar? Konon2 nampak geng sebab sama lifestyle. What the fish. Habis tu KALAU artis idola kau makan taik kau nak makan taik jugak keee?


p/s: Idola bermakna SEGALA perilaku dia dari SEGENAP SEGI, ciri-ciri dan personaliti yang wajar dicontohi dan diikuti TANPA RAGU. Idola bermakna kalau boleh kita mahu menjadi 100% sepertinya. Maka idola aku dah tentu2 lah Rasulullah s.a.w. Sama seperti anda-anda yang beragama Islam juga. Salam Maulidur Rasul. =)

pic: kredit to Google.com, FB JGS