Pages

Curiousity , Halal dan haram


Aku mempunyai sifat curiousity yang agak tinggi. Nak kata tinggi bebenor tu taklah sangat sebab ada je benda yang kalau aku malas@takde peluang nak amik tahu, aku ignore jek. Contoh, kalau orang kata dah satu sem di university tapi tak tahu bilangan & nama TNC adalah perkara mustahil, aku la orang yang mustahil itu. Kalau orang kata dah satu sem di kolej tapi tak tahu orang2 penting kolej adalah orang yang pelik, aku la orang pelik tersebut. Ingat lagi masa beberapa minit sebelum interview KPSM kat UPM dulu, aku tanya ada sorang ni. Sape presiden MTM? Sape Timbalan pengerusi? Lain2? Dia macam buat muka pelik je owhh bila aku tak tahu. Dia siap cakap dengan sinis "Takkan tak tahu". hahah. Nampak sangat tak buat preparation langsung. Orang lain dok hafal itu-ini, aku buat macam takde benda nak dihafal jek. Dia ada la beritahu nama sekian2. Tapi confirm la aku tak ingat masa dah suntuk kan. Nasib baik peng-interview tak tanya aku nama sebenar dia. Kalau aku jawab tak tahu confirm aku kene pelangkung. hohoo..

Ada la sorang ni, tanya soalan sinis kat aku. Like macam aku tak tahu apa2 langsung (imej aku dalam pemikiran dia kot). Macam hidup dalam dunia sendiri la maksud dia tak amik tahu hal sekeliling. Saje nak uji aku. Dia tanya aku. Sape nama dia (kenal dia tak maksudnya). Aku jawab nama samaran dia. Dia tanya aku lagi, apa nama sebenar dia. Aku bagi nama penuh siap dengan nama bapak dia skali. Dia buat muka stunning. Pelik kot aku tahu. Ye la, dia ingat aku tak sosial2 so aku tak tahu la. Padahal aku dah terdedah dengan benda2 ni sejak event tersebut so konfom la aku kenal ko kan. Sebelum2 tu memang la tak kenal sebab tak pernah nampak muka ko. Pastu saje je dia nak tembak aku lagi. Apa nombor bilik dia. Mungkin soalan gurauan dan sangat mustahil untuk aku tahu, tapi aku jawab dengan tepat. Dia buat muka terperanjat yang sangat2. Pelik tak perempuan yang tak pernah bercakap pun dengan lelaki ni tapi tahu nombor bilik asrama lelaki tersebut? Tak pelik bila kita menjadi orang yang 'alert' dengan sekeliling. Aku tak amik tahu pun tapi kebetulan aku ter'alert' dengan notice board, so takyah la nak perli2 aku kang ko kene balik okay. Dia ingat aku skodeng dia. Giler! Heh, tak kuasaaaaaaaaaaaa!!!!!! Meh sini aku tanya dia, dia tahu ke nama penuh aku. Entah2 nama penuh aku pun tak ingat. Kalau orang tersebut terbaca entry ni (walaupun macam mustahil), no hurt-feeling kay. Yes, ini perkara yang dah lepas. Anda kan suka bergurau, so anggap sahaja ini adalah gurauan dan imbasan. Peaceeee..

Suka hati aku la lebih kurang. Kalau aku nak tahu, maka aku nak tahu la. Kalau aku tak nak tahu, aku memang tolak tepi. Bila mana bercakap tentang curiousity, ia lebih kepada unsur2 menyiasat, berfikir kemudian memahami the whole concept.

Eh, panjangnya intro aku. Ok, sambung citer.

Kerana sifat curiousity ini jugak lah, aku menghadiri salah satu acara MLM (kawan ajak). Panjang ceritanya. Mula2 memang aku macam marah gak kat kawan aku ni sebab kelihatan macam menipu aku pun ada jugak (dia mengaku) tapi bila fikir betul2, aku tak jadi marah. Ada orang suruh aku berblog pasal ni tapi nanti2 lah ye, aku kene karang2 ayat dulu. Bdw orang yang menjemput aku untuk masuk gi gathering MLM tu bagi aku option sama ada nak balik UPM atau nak pergi office mereka. Aku jawab aku nak pergi office mereka. Bukan kerana berminat tapi sebab aku rasa aku macam nak menyiasat dan nak tahu tentang 'sesuatu'. Sesuatu yang aku tak tahu selagi aku tak pergi. That's it.Pasal benda ni nanti aku cerita lain kali

Lately aku perasan kat facebook aku macam ramai je friend2 ku join benda alah "Menghadap facebook hari-hari boleh dapat RM100 setiap hari". Mula-mula sedikit, lama2 macam ramai giler yang join. Siap ada yang print screen online transaction maybank diorang gara2 nak mempengaruhi orang lain menjadi kaya seperti mereka. Bila fikir2 balik aku macam curioussssss gile. How does it work? It is easy to earn money simply like that? Ini lagi terer daripada MLM ni. Bukak FB pagi2 then cek akaun inbox terus ada duit berkepuk-kepuk. Is it?

Tambah annoying kalau dapat ayat camni

"Apa beza saya dengan orang lain? Saya online FB hari-hari dapat duit tapi orang lain online hari-hari tak dapat apa2. hahahhahaaha".

Kalau aku jawab macam ni boleh?

"Apa beza saya dengan kamu? Saya tahu mana sumber duit saya, sumber yang halal hasil dari usaha saya sendiri bukan macam kamu yang entah dari mana datang duit. HARAMMM. Ouch, terlaser pulak. Errr...ok, turun dari langit kot."

Serius selagi aku tak tahu sumber mana duit tu, selagi tu lah aku tak percaya.

Antara tarikannya, first, ia berkaitan dengan social network. Tak logik owh, ko duduk saje tak buat apa2 pastu senang2 earn money hanya bermodalkan RM100. Bukak facebook je, ajak2 orang join jadi downline pastu nahhhh, duit berlambak kat bank. As simple like that. Takyah buat apa2 dah. Promote2 orang suruh masuk je. Macam tak tahu siapakah yang bagi duit?? Lainlah ko buat business online. Lainlah kau tolong buat iklan pastu berblog dan tiap2 bulan earn money beribu-ribu hanya dengan iklan. Contoh: Nuffnang. Mula2 aku pelik macam mana nuffnang ni berfungsi, lama2 baru aku faham dan akui, ia sama seperti advertisement dalam tv, majalah tetapi ia menggunakan fungsi blog sebagai perantaraan. Dan boleh faham dari mana sumber duit datang kan. Ialah, kan sekarang ni ramai orang berblog so online advertisement should be better. Dan, of course ia sumber yang halal sebab ia memerlukan kriteria2 yang tertentu untuk earn money bukan senang2 eh nak dapat duit nuffnang ni. Kecuali la yang masuk geng click-click. Mereka berblog hanya untuk klik-mengklik sahaja.I click u 100 kali, u wajib click i 100 kali jugak ok. Eh apasal aku cerita panjang lebar pasal nuffnang ni? Anggap saje aku sendang berceramah tentang nuffnang ;P padahal sendiri pun takde nuffnang :P

Okay, berbalik pasal masuk 'log in FB hari2 dapat RM100' pastu senang2 earn money ni, diorang yang masuk2 tu tak pernah terfikir nak buat kajian ke dari mana sumber duit mereka itu? Mungkinkah sumber duit yang mereka dapat tu adalah HARAM? Wow, laser owh mulut aku ni.Ada can suatu hari blog aku kerna terjah dengan mereka2 ni. Ala, kalau kene terjah, aku delete saja apa susah kan? Tapi susah gak sedikit sebab aku tak berapa suka membaca komen2 negative bila berkaitan dengan hal2 ni. hahaha..

Sebab curious (ingat, curious tak bermakna minat nak join), aku mesej seorang hamba Allah ni. Dia bukan dari senarai frens aku kat FB lagi. Yang pic profilenya jelas terpampang gambarnya (kecik je) dan diiringi tulisan kat gambar profile itu "FB hari-hari dapat RM100". Aku rasa dia yang bersongkok ni dah sampai tahap 'sifu' kot.

Aku ingat dia nak explain la kt aku detail2 terus kan.So takyah la aku tanya2 lagi. Tapi explaination sampah macam ni baik tak payah



Macam tak terangkan pun kan? Awat? Kalau aku straight kata aku tak minat tapi just nak tahu je dari mana sumber duit tu so takleh tahu la? Aku macam rasa kata2 intro kat wall aku kot yang buat dia explanation macam tu



Eh, ingat senang ke nak ajak orang jadi downline2 ni? Mungkin mudah bagi sesetengah orang tapiiii AKU TAK BERMINAT la... Sangat tak berminat. Lain la kalau nak pengaruh orang suh tengok cerita korea sekian2 mungkin boleh difikirkan dengan lebih lanjut. wakakaka!

Dia ada add aku sejurus sahaja aku bagi mesej tersebut. Tapi nak buat macam mana, aku TERignore friend requestnya. So memang jelas dan terang tak berminat kan.Maka tak boleh la nak menyiasat lebih2 kan? hahaaha..Tak boleh blah perkataan 'TER' tersebut.

Huish tak nak la aku approve, kang tak pasal2 wall aku penuh dengan tag gambar 'maybank acc transfer detail' yang entah sape2 punya. Jatuh imej aku ni yang tak suka konsep2 yang macam ni.

p/s: I wish, i can meet one of them. Aku nak tanya soalan2 relevan . Dengan syarat orang berkenaan bukan orang yang aku sedia kenal. Maksudnya stranger la, sebab aku takut aku sedikit 'terkasar' semasa sesi 'berdebat'. Maklum la, soalan aku sedikit 'laser' but it straight-forward act. Setakat sedikir kasar dengan stranger, aku takde masalah, tapi bila part sedikit kasar dengan kawan, aku fikir dua tiga kali kot. Kat kepala aku masih terbayang-bayang muka kelat one of MLM member ni masa gathering MLM yang aku pergi dulu masa dia nak jawab soalan aku (ni stranger, bukan kawan aku tu). Dengan orang lain, kalau cakap macam kan keluar shining2 dari muka dia. Fuh yakin giler...Lancar, penuh sopan santun bla bla bla. Tapi bila dengan aku je terkulat-kulat dia nak jawab. Terus hilang shining2 dia tu.Terus hilang sopan santun dia tu. Nasib la dapat orang ala-ala polis pencen macam aku ni. Everything will be detail. Tak detail, habis aku 'tembak' (dengan soalan la, ingat tembak dengan pistol?). huhuhu

Aku rasa ini mungkin lebih menarik dari MLM sebab MLM nak daftar kene bayar lebih dari 2K tapi ini ala ala ala...... RM100 je? Sikit je. Ibarat kalau orang tipu pun macam tak effect sangat. Ibarat kalau tak untung, lebur pun takpe. Kalau untung? Sure gelap mata.Tapi bukan persoalan sikit tak duit pelaburan, tapi soal, kalau dapat duit berkepuk halal kah kalau tak tahu dari sumber mana ??

gara2 status aku kat fb (which is too general kan? Kalau aku nak point kat orang yang jual body pun boleh kan.)

*syazanna suhaili (eh, siap bagi nama penuh. hehehe) ni kan macam tahu2 je benda apa yang aku nak cakap. Aku rasa dia tahu sikit2. At least about the concept.*

ada seseorang which is one of them(rasanya la) mesej kat inbox aku. Aku rasa light2 je status aku tu but still orang boleh 'tangkap'.

"berminat plak bile bc ur status tuh. source of money yg mane ek? mind share with me tak?dlm msj sudah, nanti terang2an blh bawak gado kan..hihi"


Tengok perkataan 'gado' tu aku macam boleh agak dah. Masalahnya aku malas nak timbulkan hal ni. Berdebat pasal benda2 ni dengan kawan memang perkara yang aku elak dari dulu. Tak kisah la berdebat terang-terangan atau sembunyi-sembunyian. It same act. Reason? Boleh baca p/s aku di atas. That's my weakness. Aku macam don't have a big issue dengan sesape yang join. Lagipun aku tak tahu mendalam pun, nanti dia kata kita tak paham bla bla bla. So, the end la. Takyah cerita pasal ni kan. Sorry kepada sesapa yang baca ada join jugak ye benda2 tu. Ini hanya my point of view je.

Nak tahu lebih lanjut sila baca artikel di link >-- blog ustaz zaharuddin

p/s: semua benda pun memerlukan usaha untuk dapat duit. Tapi jangan cakap 'ajak orang join' tu adalah salah satu usaha jugak. Sebab setahu aku, sistem ajak2 ni lebih kepada unsur riba. Wallahualam