Pages

Steamboat

Hari tu aku dan officemate makan kat Restoran Maeps (steamboat buffet). Sorang harga RM19.90 termasuk air. Officemate aku kemain puji2 melambung tempat tu. Macam puas hati la diorang. Aku pun turut puas hati bila tengok diorang happy (sebab aku yang perkenalkan tempat tu dan ajak mereka ke situ). Saje je aku nak test steamboat kat situ sedap tak. Pendapat aku, tempat tu hanya biasa2 sahaja. Takde la aku nak puji melambung-lambung kan. Sebab apa? Sebab aku dah pernah makan di tempat yang lebih hebat daripada situ. Hahaha. Lagi satu Maeps punya sos setakat sos cili Thai (yang dalam botol jual kat kedai tu) campur air, aku pun boleh buat kat rumah ;P. Kalau kat Maeps tu cendawan ada satu jenis je (cendawan tiram), tapi restoran kat tempat yang hebat tu ada dekat 10 jenis cendawan ok! Korang kira sekarang berapa kerat cendawan yang korang kenal. Pergi sana aku tak layan cendawan2 common ni. Cendawan tiram memang no layan. Aku amik cendawan2 yang aku jarang jumpa+pelik. Aku paling suka cendawan korea! Warna putih, rupanya ala-ala taugeh tapi panjang lagi daripada taugeh, bila makan rasa kenyal2. Unik sangat rasanya.



Nama restoran tu ialah restoran Sri Q-Thai Steamboat. Apa yang aku perhatikan kalau orang cina makan ramai2, diorang akan beli air kosong je tapi kalau orang melayu makan mesti order air yang best2. Bukankah ini rugi? Sebab steamboat sedap maka boleh abaikan jenis air. Amik air sedap2 nanti cepat kenyang. Eh, betul apa aku cakap, tak caya cuba lah.Setiap kali makan kat situ aku rasa macam nak menangis je. Menangis sebab sedap sangat, hahah comel tak comel tak? LOL. muahahahaha


Selain rasa macam nak menangis, mulut aku tak berhenti-henti senyum memanjang (rasa macam nak menangis dalam senyum. Faham tak? Tak faham takpe) tambah2 bila tengok aku punya bebola+udang+sotong+binatang-binatang laut yang lain sudah siap direbus tinggal nak makan jek.Fuhhhhh


Bebola pulak beratus jenis. Mereka mention jenis bebola+seafood ada lebih kurang 150 jenis. Ini baru betul. Yang kat Maeps tu aku tengok sikit je tapi kat flyers tulis 150 jenis, jadi apakah?? Berbalik kepada restoran best tadi, setiap satu jenis aku amik satu pun dah penuh satu pinggan boleh bayangkan betapa banyaknya jenis bebolanya? Terpaksa aku delete2 bebola yang common, aku just amik yang jenis yang aku jarang2 makan je. hehe. Dengan satay lagi, udang mentega bakar lagi, aiskrim lagi fuh fuh fuh. Sedap hingga menjilat jari. Dia punya tomyam memang terbaekkkkkk . Dia punya sos memang superb. Ala-ala johnnys (satu2nya restoran steamboat francais kat malaysia ni) punya sos tapi yang ni lagi sedap kot. Johnnys punya sos memang sedap tapiiiii sup/tomyam dia tak sedap okeh! Tawar (bak kata ayah aku). So sekarang Johnnys boleh blah. Hahah. Aku nak amik gambar tapi diorang punya pelayan asyik berdiri je kat satu tempat yang dekat malu okeh aku nak amik gambar. Lain la kalau aku ni salah seorang crew Jalan-jalan Cari Makan TV3.



Okay, cukup kot maklumat. Silalah cari kalau mahu. Jiran aku sekali je pergi terus gian. Asyik nak makan situ je. Hohoho. Sama la dengan aku. Setiap kali gaji tetiba je teringat restoran tu.Dan dan. Oh lupa plak aku nak mention pasal bayaran. Dewasa RM22 (tak campur harga air lagi. Nak jimat sila minta air kosong), kanak2 RM12. EAT ALL YOU CAN. Nama pun BUFFET. Berbaloi-baloi! Korang nak makan sampai muntah pun takpe. LOL. At least, takde la mulut aku ni nak komplen mahal ke kan macam aku komplen masa keluar dari Johnnys ada sekali tu ;P