Pages

Dua perkara yang meng-excited-kan aku

WALAUWEHHH (tengok, siap dengan huruf besar)

1) Sekarang aku tengah gila dengan website ni
www.silentregrets.com

Kat sini ada bermacam-macam cerita. Baik movie, drama, korea ka jepun ka taiwan ka chinese ka, semua ada. Kalau nak citer tajuk sekian2 boleh request. Konsep website ni agak senang, keahlian dibuka kepada orang ramai untuk mendaftar dan hanya orang yang mendaftar sahaja yang boleh meng-upload cerita. UPLOAD sahaja. Nak DOWNLOAD, kalau tak register pun tak apaaaaa. It's easy aite? Dulu aku bodoh skit. Aku pelik apasal aku download2 tapi subtitle tak kuar2 walaupun aku dah download file subtitle sekali. Sebab katanya kalau dah download subtitle dengan file video, subtitle akan keluar secara automatik bila kita play video.Tu yang buat aku menyampah subtitle tak keluar dan ignore je website tu. Ditakdirkan suatu hari ni aku ter-download ada satu movie ni pastu di bawah sekali ada note: Please join the video with HJ Split. Aku pun main download je la benda alah tu dan ikut seperti yang diarahkan dan tadaaaa, video asalnya didownload ada 4 file tu dah dicombined menjadi satu file dan subtitle boleh kuar ok. Sebelum join video tu, subtitle tak keluar pun. Ok, aku dah master dah dengan website ni. Akan aktif mendownload movieeee! Yehaaaa... Jom download jom!!!!

p/s: Aku rasa, kalau movie korea kan (movie ye,bukan drama), citer He Was Cool palingggggggggg best kot. Aku tak bias ye, memang best pun. 5 kali tengok pun still aku suka jugak . Pendapat peribadi aku la. Silalah download. hehe=D


2) Aku suka dengan konsep rancangan We Got Married!!! Sape tak tahu dan nak tahu bolehlah google ye. Aku baru je tahu pasal rancangan ni wujud di MBC channel kat korea . So excited. Ini salah satu jenis variety show. Tang aku suka pasal variety show kat korea ni(kat channel mana2 sekalipun) ialah ayat2 yang keluar dari mulut diorang ni sangatla selamba, unexpected , bercirikan tak berapa nak malu dan diucapkan dengan gaya yang tersendiri. Tu yang buat aku dok gelak2 tu (now aku tahu kenapa ramai suka sangat mengadap KBSW channel kat astro tu.Kan diya kan? hehe. Yela, aku kan takda astro so tak tahu la pasal benda2 ni.) Walaupun ayat bercirikan selamba dan tak bape nak malu, tapi semua macam tahu ayat itu hanyalah gurau2 dan main2 dan takde sape amik port malah gelak adalah. Aku ingat lagi, first variety show yang aku tengok pun sebab Nash paksa aku tengok, dia kata lawak giler jadi dia paksa aku tengok.Dia dah copykan untuk aku jadi tugas aku hanya play saja, senang kan? Artis yang diundang tu Daniel Henny. Memang lawak, aku tengok asyik tergelak-gelak je.


Gambar hiasan semata-mata tak de kaitan. Apasal la diorang dua ni tak masuk rancangan ni. Aku rasa rancangan ni khusus untuk penyanyi je kot, bukan pelakon. Kalaulah diorang dua ni masuk confirmmmmm aku akan histeria setiap kali tengok (over). haha

Oh, berbalik kepada rancangan We Got Married, rancangan ni ala-ala realiti tv yang dua artis dipilih untuk dipasangkan. Satu lelaki dan satu perempuan la of course takkan dua2 lelaki pulak. Terdiri daripada beberapa episod. Mereka macam dikahwinkan secara olok2. Nama je kawen tapi takda la tidur sekali ok. Cuma diorang kene menyesuaikan diri each other. Cuba bayangkan dua stranger tetiba kene borak2, berdating dan berlakon konon2 kawen dalam rancangan ni. Tanpa script! Which is diorang kene fikir sendiri apa nak cakap. Omo omo lawak betul keletah masing2. Semua menunjukkan the true colour. Kiranya, selain dalam tv ka, atas pentas ka, kita boleh melihat another side of them.Tambah2 kalau artis tersebut kita minat, mesti kita nak tahu mereka di luar sebenarnya macam mana kan?


Pasangan first yang aku tengok adalah pasangan Jung Yong Hwa (boy, CN Blue member) dengan Seo Hyun (girl, SNSD member) OMG sweet giler pasangan ni. Mungkin aku tertarik dengan ke-innocent-an Seo Hyun ni . Lepas tu aku suka tengok reaksi muka Yong Hwa yang terkejut dengan kesucian pemikiran Seo Hyun ni. Aku kenal Yong Hwa je, Seo Hyun ni aku tak kenal pun before ni tapi bila tengok mereka, aku macam tertarik dengan ke-cute-an Seo Hyun ni. Cute like menggelabah gila macam kene kawen betul2 je dengan Yong Hwa. Asyik la dok "ottokeh? ottokeh? ottokeh?" je tak habis2. haha. Rilek sudah. Kalau menggelabah sangat atau nervous sangat, meh aku tolong gantikan. huahuahua, cakap lebeyyy entah2 kalau aku kat tempat dia pun aku lagi dasyat nervous dari dia. haha.. Kawan aku cadangkan tengok ada satu couple ni. Nama couple tu "Petite couple" kot. Dua2 aku tak kenal pun tapi aku tgk first2 tengok pun aku dah tertarik. Kelakar . Apa2 pun, semua ini hanyalah pendapat peibadi aku sahaja okay.=)


ok dah. Entri tamat. Dua je benda yang aku tengah excited sekarang. Yang termasuk dalam kategori 'entertaining'. Benda yang aku excited yang termasuk dalam kategori 'ilmiah' macam isu politikus ke, aku takda letak kat blog ye. Aku simpan sendiri2. Sekian