Pages

2 story

1) Tetiba je berita aku nak berhenti dan bertukar kerja tu tersebar ke semua orang satu office sampai budak sales yang takde kene-mengena dengan aku pun boleh tahu. FS paling lambat tahu sekali dalam office aku. Tahu2 je aku dapat msg FB dari dia mengatakan dia dengar rumour (aku rasa aku tahu kot sape yang rajin sebar berita ni) yang aku nak berhenti dan bertanya betul ke tak berita tu. Cam tak best kan kawan yang kita baik dapat tahu benda2 macam ni dari mulut orang lain? Kot la first2 tu dia rasa macam aku sengaja merahsiakan benda2 camni dari dia. Macam rasa sedikit terkilan dengan orang yang informer tu. Act, masa aku dapat tahu yang aku dah dapat kerja tu FS berada di Shanghai, China yang aku cerita dia pergi outstation tu. Pastu, sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke Malaysia, terussssss je dia dapat tahu berita aku tu. KORANG BOLEH BAYANGKAN BETAPA PANTASNYA INFORMER TERSEBUT?? hahaha.


of course I will gonna miss u FS!

2) Aku lupa nak memahatkan tarikh birthday salah seorang besties ku ini. 29 Mac. Aku rasa macam aku dan seorang lagi rakan lain (ain) yang membagi kepada dia nama Nash. (nama betul dia boleh tambah imah after that name) Last2 dari Taiping sampai ke matrik, panggilan tu melekat sampai sape2 yang kenal aku&nash mesti akan panggil dia nash jugak. Ramai estimate bila nama Nash, orang ala-ala tomboy atau kelelakian (sebab nama kot). Padahalllll, jauh menyimpang okay. Dia punya perangai sebijik macam watak Jang Na Ra dalam citer apa tah. Berperwatakan comel. Mula2 ayah aku pelik apasal panggil nama dia nash, dia kata tak sesuai last2 ayah aku pun panggil dia nama tu gak. Kadang2 orang panggil dia sin chan, sebab gaya dia bercakap kadang2 macam sin chan jugak

HAHAHA, boleh plak nama kucing dia boleh letak nama korea. Jun Pyo, watak Lee Min Ho dalam drama BOF. Aku cakap dengan dia, kalau ada kucing baru yang baru lahir, suruh dia letak nama Tae Kyung pulak . Eh? haha, tapi dia kata nama tu tak sedap walaupun orangnya hensem. LOL.

3) Aku dah bertukar menjadi silent reader sekarang. Lebih suka membaca dari google reader.

4) Tak tahu apa nasib aku pasni. Adakah tiada internet dalam masa sebulan? Kene pindah tempat baru, kemungkinan besar takde internet T___T. Nak beli broadband rasanya bukan sekarang kot, banyak nak pakai duit untuk benda lain.huhuhu.. Oh my my my. Tiada lagi korean gosip kat FB, tiada lagi sharp2 membaca entry rakan di GR macam selalu, TIADA LAGI WGM!(no more sweet potato, tengok tyme semua dah tengok tak fresh.), LAMBAT TENGOK CERITA KOREA TERBARU (eceh, macam tak biasa. Memang selalu lambat, sejak bila tah jadi cepat), tiada lagi tahu status terbaru rakan-rakan. Kalau ada sesiapa yang menukar status relationship ke apa, confirm bin sahih la aku la yang paling lambat tahu :(


TIADA TIADA TIADA. Takpe la... Everything change.

p/s: Lepas ni aku jadi dwi-warganegara. Warganegara Shah Alam dan Klang. Sebab apa? Sebab sempadan je.