Pages

2nd Interview

Tadi aku pergi interview untuk kali kedua. Kesinambungan dari interview first dulu. Orang yang interview kali ni dia kata dia something like financial manager ke apa tah. Aku pun tak tahu apa kaitan financial dengan lab. Atau telinga akukah yang kurang berfungsi?

Dia tanya pasal working exprience. Nasib baik ler aku berada di company aku yang sekarang ni dan mempunyai sifat ingin tahu secara banyak. Maka ada jugak la point aku nak cakap sikit takde la asyik ternganga je kan. Aku ni jenis banyak tanya sikit. Kadang2 benda yang diluar bidang aku pun aku nak tahu jugak. Kalau tak detail, sikit pun jadi la. Sebab aku suka ambil tahu apa2 di sekeliling aku tambah2 kalau di tempat kerja. Mungkin sebab benda baru yang aku tak tahu kot, so aku suka kalau tahu. Sebab tu apa2 yang terjadi kat sini aku tahu sedikit sebanyak. Apa2 proses yang berlaku kat production pun aku tahu sedikit sebanyak walaupun tak detail. Padahal aku kat lab je tak masuk production. Tapi macam banyak je benda dia tanya. Pasal proses la, digestion la, documentation la (ada gak faedahnya aku buat documentation ni ye. Aku ingatkan useless)

Soalan yang dia tanya memang aku tak jangka. Heh, aku ni semua interview pun unexpected. Bukan apa, aku ada tanya orang yang berpengalaman bab2 interview ni, mereka kata kalau second interview biasanya dia hanya berbincang pasal gaji je (untuk syarikat biasa2). Kalau setuju pasal gaji so dia amik . Kalau tak setuju, dia cari orang lain, camtu la lebih kurang. Namun tersasar rupanya sebab banyak pasal kerja dia tanya jugak. Namun aku kan biasa dengan HPLC je so dia takleh tanya detail2 la. Kiranya kalau aku konar2 sikit pun dia tak tahu kot. Kalau aku handle ICP la, agaknya extend interview sampai sejam kot kan.

Selain tu dia bawak jalan2 sekitar lab mereka. Memang kecik je lab dia. Dia tanya berlainan tak dengan lab aku sekarang. Aku jawab, of course lain kan. Lab aku sekarang ni memang besar tapi aku tak kisah semua2 tu. As long aku buat kerja aku, dapat gaji yang aku nak, that's all. Apadehal dengan tempat kerja bagai ni. Bukannya aku nak kerja sampai 5 tahun pun. Untuk setahun dua amik pengalaman kira ok la pastu cari kerja kat tempat lain pulak. Hak hak hak. Kak N cakap dulu lab company yang aku keje sekarang ni kecik ok (yang kat shah alam tu, sebelum pindah kat dengkil ni). Memang kecik. Manager tanya Kak N selesa ke kerja lab kecik. Kak N pun bersependapat dengan aku, apadehal dengan keadaan lab, janji gaji masyuk, bonus pun masyukkkkk (kak N la, bukan aku). Yang MY pun siap kutuk2 lagi (dia cakap dengan aku). Dia kata dia ingat US bassed company lab besar so kiranya dia tak sangka la kecik macam tu. Dia kata company dulu dia lagi besar tapi dia accept jugak offer untuk kerja sini. Sebab apa lagi, sebab gaji sini lagi masyukkkkk daripada company lama dia dulu.

Kak N n pakcik lab ni kata kalau dipanggil untuk second interview boleh kira 90% dapat. Tapiiiiiii ayat dia yang ini "I still need to consider and finalize a few candidate" Lorhhh, berapa banyak kali finalize daaa. Buat aku macam tak bape yakin je. Oklah kalau aku tak update pasal interview ni akan datang maksudnya aku tak dapat la tu. hahahah!!!

p/s: Sekali lagi, berunsurkan kimia jugak entri aku kali ni.