Pages

Wishlist


Ingat lagi tentang ini dan ini ? Aku baru dapat panggilan tadi dari pihak sana yang mengatakan aku berjaya mendapat that job as a Chemist setelah dua kali diinterview. Akan mula bekerja start pada 1 April. April fool kah? Harap2 tidak lah. Sekarang dalam kepala aku dah merangka-rangka pelan tindakan aku yang akan datang. Ceh ceh ceh kerja pun belum start lagi, ada hati plan nak beli macam2 lempang nak? Hahahaahahaha!!! Ok lah, ini RANCANG sahaja tertakluk kepada pindaan semasa.

1) Takoyaki pan.



Sape masih tak kenal takoyaki/tako tao ni boleh google. Selaku takoyaki freak, tak sah kalau benda ni tak berada di tangan aku. Dah berkurun lama kot aku cari benda ni. Pusing2 kedai takde pusing2 kedai takde. Aku usha2 kat internet pun ramai kata kat Malaysia memang takda jual, kat Siam adalah. Maka ramai yang order daripada orang Malaysia yang tinggal kat Jepun untuk pos ke Malaysia. Aku pun tak ketinggalan jugak. hihihi. Aku baru jumpa ada satu blog ni, seorang suri-rumah (orang Malaysia) yang duduk di Jepun dan berniaga online dan takoyaki pan ni adalah salah-satu barang yang dijual. Ada dua pilihan. Yang atas ni dan jenis electric punya. Gambar atas ni just letak atas stove. Yang electric punya dia punya voltage AC 100v camtu. (base on Japan standard) Malaysia punya voltage household adalah 240v maka dah satu kerja plak nak beli transformer bagai untuk convert voltage untuk sesuaikan dengan benda tu kan. Tidakkah ini dinamakan leceh? So aku berhajat nak beli yang atas ni je la. Letak atas dapur dan bakar! Habis cerita.

Bila minat aku ke arah ke-korea-an, ramai estimate tekak aku ke arah korea jugak. Kimchi,kimbup ke apa tah padahal aku tak pernah makan semua2 tu. Tekak aku lebih ke arah ke-jepun-an rasanya *sambil pandang kak yonna*
...
....
........
...........

hahaha, padahal layan sushi dengan takoyaki je ;P

2) Touch phone

Salah satu phone di atas akan menjadi milik aku. My next phone. Tekalah aku akan amik kaler yang mana satu ;)

3) Vacation

Vacation with my BFF . Tak leh blah ayat "Satu bulan kumpul la duit RM100 nanti 6 bulan dah boleh vacation dah". Sape yang kata? Aku lah kata kepada mereka. haha..

Destinasi masih lagi terawang-awangan (belum decide betul2)

4) Piano / keyboard



Tak lain tak bukan ni sedikit sebanyak pengaruh citer korea la ni. Setiap kali dengar lagu /muzik korea yang best2, mesti dalam fikiran aku, lagu tu akan menarik bila dimainkan guna piano. Guess what? Aku siap daftar belajar online okeh course piano ni long time ago. Gigih semacam je.Hishh. Aku saje je nak uji deria pendengaran aku & mengecam not music sebenarnya. Maka, beli yang murah2 sudeyy.. Try and test orang kata...

Dah, 4 je kot. Banyak2 buat apaa.heheh=D

pic: google.com