Pages

Unnagamida. Annagamida.

Tengah syok2 berbalas komen yang panjang giler babas dengan ada seorang ni, tetiba terselit 'notice' dari one of BFF aku ni. Sure dia terpening-pening apakebenda la yang budak dua eko ni dok cerita sakan.



kihkihkih......

Mana 'demam' nak reda2. Tyme agak2 nak reda, ada jeeee penghalangnya. Ini nana punya pasal la ni *cepat salahkan dia.hahaha*. Nana berada di rumah cuti seminggu. Kan nana baru je tgk the whole episod YAB, so dia of course la 'demam2' sekarang. Pastu of course la dia asyik buat sesi ulang tayang screen kan. Memandangkan dia dah ada lappy sekarang, makanya dia tonton la dari lappynya sahaja tidak memerlukan khidmat lappy aku lagi dah. Habis madu sepah dibuang. Huuuu. Pulak tu, tak reti2 tengok jauh2 skit daripada aku. Tengok lah kat bilik ke, nak jugak dekat2 dengan aku, depan aku. Saje je nak kasi aku nampak. Kejap2 aku tengok dia sengih2, kejap2 gelak terkekek-kekek, pastu senyum2 gatai. Adeh, mengganggu kosentrasi aku okeh


Aku: Nana! Ko tengok episod bape?
*tiada respon. Malah senyum2 sengih mengadap lappy. Aku pun tak dipandangnya. Cet*
Aku: Nana!!! Ko tengok part mana?
*tiada respon lagi. Malah ketawa berdekah-dekah pulak tu. Sekali lagi aku tak dihiraukannya*
Aku: Nanaaaaa!!!!!!!!!!!!!!
Nana: *pause video* Ape? Heee, ko ni kaco je la.
Aku: Ko gelak2 part mana?
Nana: Ni ha bla bla bla......
Aku: Mana2x?*ngendeng2 kat laptop nana dan bergerak ke sebelah nana sambil sengih2x*

sudahnya aku bergelak-ketawa la bersama nana. Melekat mata aku kat skrin laptop dia tu. Oh, susahnya nak mengelakkan diri bila terkena virus YAB ni. Unnagamida, annagamida. FB, blog dan segala yang kat lappyku, ku tinggalkan sebentar. Di mana ada nana, disitulah ada aku. Itu lah ceritanya. Mana boleh tahan weh tengok dia gelak sorang2! Aku pun nak gelak jugak! Aku kan dengki! Huahuahuahua


Part yang tak bestnya bila tengok dengan nana adalah dia over okeh. muahahaah. Bila ada scene sweet to the max , mulalah anggota badan aku jadi sasaran untuk tangannya singgah mendarat sambil gelak sakan. Kejap2 tepuk lengan aku, kejap2 tepuk peha aku. Pastu gelak tak ingat dunia (eceh). Kalau ada bantal sebelah dia, sure dengan bantal2 tu dia guna untuk hentam aku. Adeh, aku tak faham apa kaitan scene sweet dengan pukulan. Melepaskan geram? Rasa lawak dan comel sangat sampai rasa nak pukul orang? hahaha.. So, langkah berjaga-jaga diambil. Setiap kali aku agak2 tangannya macam nak naik, aku bagi amaran awal2 "Haaa, tangan tu jangan nak pukul2 aku eh". haha.


p/s: Kawan aku dah bukak blog butik online. heheeh.

http://pop-ladies.blogspot.com/

Koleksi mungkin akan bertambah dari masa ke semasa. Dia kata dia menjual baju2 jenama Forever21 original. Setahu aku la, jenama ni hanya available online untuk negara US, Canada, korea n japan sahaja. Sepupu dia duduk di jepun dan rajin beli online, so dia kiranya nak tolong sepupu dia jual kat orang sini la kiranya.hehehe. Silalah jenguk2 ye =D