Lebih kurang seminggu yang lalu, ada sorang hamba Allah ni hantar mesej kat email aku (dia jumpa email aku melalui blog aku ni). Dia kata dia jual cerita korea yang murah2 serendah RM6. RM6 kooooooo. Sape stranger nak kasi harga macam tu cuba cakap sikit? Paling rendah yang aku tahu setakat ni kalau 16 episod, RM16 . Paling murah ye.Tapi cuba tengok senarai bawah ni.
Majoriti harga satu cerita bawah RM10. Murah ok. Aku kan pemalas sikit. Malas nak download atau tunggu habis loading kalau tengok online.Macam depress pun ada gak. Korang nampak je aku ni macam hardcore korea padahal aku rasa tak lah sangat sebab aku malas nak download2 or tengok online ni. muahahaha. Stail aku bila nak tengok drama ni, biar semua episod dah ada depan mata aku dan nahhhhh tengok secara marathon. Biar lambat asal selamat. Eceh. Setakat ni, aku tak pernah tengok citer korea ke taiwan ke secara online. Drama bersiri kan tahu2 la panjang mana, seksa nak tunggu abis donlod (movie takpe lagi). Sama ada beli pirate atau amik dari kawan.Bila betul2 best baru carik original punya. Boys Over Flowers dengan You Are Beautiful SAHAJA aku download. Korang tau tak betapa tingginya semangat yang aku kumpul nak download BOF ngan YAB dulu? Ada la setinggi gunung Tahan. Kalau tak kerana ramai orang yang review kata dua drama tu LUAR BIASA dan macam tergila-gila, memang tak kuasa heh aku mencari versi online ni. Dah tertengok 2-3 episod online, hamek kau, tak bleh tahan and tunggu lagi dah, sangkut sampai ke last episod aku download. Hati memberontak terseksa menunggu waktu download yang makan masa berjam-jam tapi terpaksa sebab once tersangkut takleh berpatah balik. Apakebenda la statement aku neh.
Tapi aku tak la sehebat ada sesetengah orang ni(hardcore2 kat forum), keluar2 je fresh, tahan tuuuuu tengok yang takde subtitle english punya (since subtitle selalunya keluar lewat sikit sebab amik masa kan nak translate2). Serius hebat diorang ni, terkagum kejap aku. Diorang tengok sambil agak2 apa dialognya. Ohhh, aku takleh bab agak2 ni dan kalau tengok WAJIB TAHU terus takde main agak2. Aku, kalau tengok yang takde subtitle (pernah la ada sekali tu try download 1 episod) tapi hanya mampu bertahan 20 saat je pastu tutup.hahaha. Dulu pernah aku tengok citer hindustan (tajuk: Mann) ni takde subtitle. Aku pelik apasal mak cik aku ngan mak aku boleh nangis meleleh-leleh air mata padahal takde subtitle pun. Tak faham cerita tapi sedih, macam mana tu? Aku pulak boleh tertidur di awal-awal. OK, apasal panjang sangat intro aku neh.Sambung2!
Tapi aku tak la sehebat ada sesetengah orang ni(hardcore2 kat forum), keluar2 je fresh, tahan tuuuuu tengok yang takde subtitle english punya (since subtitle selalunya keluar lewat sikit sebab amik masa kan nak translate2). Serius hebat diorang ni, terkagum kejap aku. Diorang tengok sambil agak2 apa dialognya. Ohhh, aku takleh bab agak2 ni dan kalau tengok WAJIB TAHU terus takde main agak2. Aku, kalau tengok yang takde subtitle (pernah la ada sekali tu try download 1 episod) tapi hanya mampu bertahan 20 saat je pastu tutup.hahaha. Dulu pernah aku tengok citer hindustan (tajuk: Mann) ni takde subtitle. Aku pelik apasal mak cik aku ngan mak aku boleh nangis meleleh-leleh air mata padahal takde subtitle pun. Tak faham cerita tapi sedih, macam mana tu? Aku pulak boleh tertidur di awal-awal. OK, apasal panjang sangat intro aku neh.Sambung2!
Sekarang, meh aku senaraikan cerita apa yang aku beli ngan budak tu. Aku spend RM29 untuk 3 cerita. Since ini first time aku berurusan dengan dia maka beli sikit2 sudah. Kang dia lesapkan duit aku tanpa bagi barang sape nak jawab?
1. Hong Gil Dong
Dua je sebab aku nak tengok citer ni. First, sebab Jang Geun Suk berlakon dalam drama ni. wakakaka. Kawan2, cuba tengok tengok gambar di atas, dia adalah yang tercomel sekali dan yang terpaling kanan dalam gambar atas ni. Comel tak comel tak comel tak. Eceh, gedik gila punya statement. Choi! Aku saje je nak observe lakonan dia dalam drama lain selain YAB . Nak tengok another side of him. Walaupun macam poyo punya statement tapi aku kan suka observe2 ni. Tengok tahap lakonan dia. Citer jenis ala-ala zaman dulu tapi layankan aje. Kalau citer Hong Kong TVB ala-ala zaman dulu kat tv3 dulu aku boleh hook, hari2 takleh miss so tak mustahil citer ni akan menarik minat aku kan. Second, sebab adik beradik Hong adalah penulis skrip drama ni. Aku suka dengan kekreatifan mereka menghasilkan skrip untuk drama2 mereka. Story line, dialog memang terbaik la setiap kali keluar. Seperti yang aku pernah beritahu, kebanyakan drama yang pernah aku suka, mereka berdua la yang penulis skripnya (contoh: YAB, my girl, sassy girl chun hyang).Tak kisah la sape pelakonnya. Pelakon baru ke lama ke, mesti akan jadi best. Selalunya citer romantic-comedy, so genre citer yang ni macam lain sikit tapi takpe, biar aku observe dulu.
2. Mei Chan no shitsuji
Ye, citer jepun. Sebab aku nak tengok citer ni adalah salah seorang kawan kat facebook aku mention dia baru habis tengok citer ni kat youtube dan dia kata cerita ni lawak giler bagi dia. Meh sini aku tengok lawak ke tak. Sebenarnya, aku tak la terlalu terhad kepada korea je. Taiwan pun ada jugak. Jepun sipi2. Dengan syarat cerita tu mesti termasuk dalam genre citer kelakar. Sebab apa? Sebab aku nak ketawa, itu sajaaa. Ketawa kan boleh hilang tension. It's okay kalau ketawa sebab tengok cerita. Tapi kalau ketawa tanpa sebab tu bolehlah masuk Tanjung Rambutan ok. Lagi satu, cerita yang confirm masuk dalam list yang wajib aku tonton adalah cerita yang paling ramai orang tengok dan bercirikan comedy. Contoh paling senang, tengok je senarai top drama all the time kat mysoju.com tu. Dulu, aku wonder gila apasal Fated To Love You (citer Taiwan) macam terlalu lama berada dalam top senarai ni. Aku pun try la tengok satu dua episod lama-lama hook sampai la ke last episode kau.
3. You Are Beautiful
Ya Ampunnn. Korang2, tolong lempang aku laju-laju boleh tak? Kahkahkah. Aku tak faham apasal aku dah tengok 6-7 kali, dah ada copy yang aku download kat youtube, dah ada DVD ori tapi still beli lagi dengan budak ni.Kiranya masuk yang ni, aku ada 3 copy the whole episod. Mungkin sebab budak tu jual murah which is RM7.50 jeeeeeeeeeee, so ala apa la yang nak berkira sangat. Mengikut teori aku "CERITA YANG MENDADAHKAN WAJIB ADA LEBIH DARI 2 COPY" sebab kalau terhilang ke apa, ada banyak la sikit back-up nya. Teori aku la.wakakaka...
Citer Hong Gil Dong dengan Mei Chan tu aku sedang dalam proses nak tengok so kalau entri aku tak berupdate lama tu, errr..faham2 lah ye. Dan, kalau aku tak buat review kata aku 'demam' cerita sekian2 maksudnya ia belum mampu 'mendemamkan' aku la tu. wakakaka...
p/s: Budak ni jual citer2 ni dalam video type format .avi. Hanya boleh ditonton dalam lappy n computer saja sebab tu murah daripada pirate2 yang lain. Video kualitinya memang setakat yang aku beli ni memang high quality punya. High quality tu maksudnya adalah video tu clear image nya, tak pecah2. Tambah pulak boleh full screen kat lappy, lagi la syiokk kalau clear kan. Dia kata dia tolong kawan dia buat bisnes. Kawan dia tu hantu mendownlod (jangan takut sebab hantu begini tak menakutkan langsung). Mendownlod secara aktif maka daripada terbiar je hobi dia tu tak dapat pape baik dia jual kan. hehehe. Budak ni orang kelantan.Girl of course. Dia baru je lepas SPM oke. Dia kata dia tak berapa aktif sangat jual2 ni sebab dia muda lagi so takut orang tak percaya. So dia just sebar dari mulut ke mulut je la. Memandangkan ni first time aku berurusan dengan dia, maka aku just spend RM29 je untuk 3 cerita ni (termasuk duit pos). Kiranya kalau dia tipu aku hidup2 pun (ada ke tipu mati2?) macam tak ada la effect sangat sampai buat aku mengamuk ke apa ke. ahahah. Tapi dia tak tipu pun since selamat sampai ke tangan aku. Concern ok budak ni. After je dia hantar, hari2 dia mesej tanya dah sampai ke belum. Mana pernah aku beli online, orang yang jual mesej tanya aku barang aku tu dah sampai ke belum. hahah, ok pasni memang confirm bin sah la aku beli apa2 citer ngan dia. Kalau masuk dalam terlalu besh baru aku keluar beli yang ori punya. hakhakhak.
p/s: Kalau ada sesiapa yang nak email or no telefon budak ni atas urusan nak beli citer(bukan berkenalan ke apa ke), sila emel dia di nik_suzana@yahoo.com.
p/ss: Kisah aku beli citer ni agak unik sikit. Mula2 lepas dia kata dia hantar tu aku macam pelik apasal tak sampai lagi padahal dah lebih 2-3 hari. Aku ingat dia pos dari kelantan so maybe lambat sikit (sebab jauh kan). Nak kata dia tipu agak mustahil sebab HARI-HARI budak ni mesej aku tanya dah sampai ke belum parcel aku tu. Pastu sampai hari ke-4 tak sampai2 aku cakap maybe sebab tak sampai lagi coz dia pos dari kelantan ke. Sekali dia cakap dia pos dari Gombak mustahil tak sampai lagi. Tahu pastu dia buat apa? Dia pergi track parcel dia tu kat mana at that tyme. Siap boleh tahu kat mana lokasi pejabat pos parcel tu berada time tu . Advance ok, adik aku si nana yang tua dari dia setahun pun tak reti nak track2 parcel ni. Act, aku sendiri pun belum tahu camne nak track parcel. wakaka. Nasib baik apa2 benda yang aku pos selamat sampai ke penerimanya. Ok, berbalik kepada cerita tadi. Rupa-rupanya ada misunderstood sikit. Dia tak tahu yang abang ipar dia lambat pos parcel tu. Dia baru tahu la kiranya. Pastu kan, tarikh sepatutnya sampai aku call la ayah aku, dah sampai ke belum parcel aku tu. Ayah aku ni suka kelentong2, buat surprise sikit. Benda dah ada dia kata tak ada pastu bila aku sampai2 je rumah, tadaaaaaaaa, surprise la konon kan. Pastu aku bagi ayat ni kat ayah aku "Kalau betul ayah kata tak ada, budak yang hantar tu nak telefon pejabat pos office, track kat mana parcel tu kat mana sekarang. Sebab kalau tak sampai jugak hari ni maksudnya parcel tu hilang so kene track balik la tanya orang pejabat pos". Pastuuuuuu, dan dan ok ayah aku jawab "Dah. Dah sampai dah". Wakakaka, tak jadi ayah aku nak kelentong aku. Aku tahu sangat ayah aku ni, mana dia suka menyusahkan orang ni.
Mula-mula aku nak buat entri ni pendek je tapi aku sendiri wonder apasal tiba2 dah jadi panjang.