1) Aku pelik dengan blogger rajin yang membuat entri sekejap huruf kecik sekejap huruf besar mAcAm yANg AkU TuLIs nI Haa. Sebab ini membuatkan aku membaca perkataan lebih lambat daripada biasa. Yang aku paling pelik, errr..errr tak penat ke asyik tekan capslock eh? Atau tak penat ke button 'shift' ea? Buat semua huruf kecik kan senang takyah tekan2 capslock ni. Serius aku pelik reason di sebalik ini dibuat. Adakah entri akan kelihatan lebih stylo? Tapi berdasarkan sesetengah motto "Blog aku, suka hati aku la" maka aku let it go sahaja. hehehe. Aku boleh tahan dan baca kalau blogger citer benda ngarut-ngarut ke, yang aku tak faham ke, walaupun dia tulis panjang lebar satu entri. Tapi kalau sekejap huruf kecik sekejap huruf besar memang aku err...err...berlalu sahaja, takleh tahan walaupun 2-3 baris ayat. =D
2) Aku agak rimas kalau membaca entri takde perenggan tapi aku pelik apasal aku baca ada satu blog 2 hari lepas (lupa link dia) aku baca habis satu entri siap bukak older post dia beberapa kali. Walaupun tulisan dia kecik sampai tersepet-sepet mata aku nak baca, dengan entri langgar tiada perenggan, dengan background yang terang-bederang menyilau pandangan aku tapi aku macam tetiba je jadi stalker tak bertauliah bukak semua older post dia. Kelihatan seperti ingin membaca dan membaca. Nape ea? Bukan aku kenal dia pon, sebijik gambar pun takda. Padahal dia citer benda simple2 je like kerja sekolah tak siap (yes, dia tingkatan dua rasanya), nak pergi tusyien mana, perasaan dia terhadap artis kegemaran dia bla bla bla. Mungkin sebab first dia adalah tingkatan dua, jadi aku macam kagum dengan bahasa dan tulisan dia sebab mostly yang aku jumpa, girl 20 tahun pun tulis macam budak sekolah rendah yang tak berapa pandai nak eja perkataan (u know what i mean, like 'bucuk', 'manjew', 'sukew' and so on). Kedua, aku suka gaya penyampaian dia yang tulus dari hati. Err...Maksudnya dia macam banyak mengeluarkan monolog dalaman ok susah aku nak terangkan act. Another thing, I like a way she exaggerated some word. hehehe.
3) Entri berwarna-warni. Aku mengaku dulu2 awal2 blogging memang warna-warni abis entri aku. Maklumla, background gelap gelita kan, konon2 cantik ah entry kejap kaler kuning, kejap kaler merah, kejap kaler hijau. Kira macam kontra itu menyerlah ar konon. muahahahahahahahahahahaha (gelak besar). Bila lama2 aku dah berblogwalking tu baru aku tahu yang entri berwarna-warni memang tak berapa nak patut. Tak caya cuba try buat satu blog khas, di mana entry2 di situ semua kasi kaler warna-warni, tengok apa jadi ngan mata korang. Bak kata blog mana tah kata "jangan membawa perangai ke-tadika-an dalam penulisan blog". Cett, tadika dia kataaaaaaaaa. hahaha
T-A-M-A-T