Pages

Hero korea lagi


Kalau korang tengok trend aku meminati artis korea ni, memang selalu tukar2 tak pernah kekal. hahah. Buat apa nak kekal bukan bf pun kan. Eh, meh sini aku senaraikan artis2 korea yang aku pernah minat dulu. Ini bukan berdasarkan rangking tapi berdasarkan yang aku pernah minat la maksudnya, mengikut turutan dari dulu hingga terkini



1) Bae Yong Jun as Jun Sang (ceh, ingat lagi tu nama ni). Hero Winter Sonata. Masa ni kan first time minat2 artis ni, makanya memang minat betul2 la siap beli poskad yang ada muka dia, beli 2 majalah sama yang ada poster dia semata-mata nak dua poster satu nak letak kat file satu lagi nak tampal kat locker/bilik. Okayyyyy faham faham. Since tak terdedah dengan internet lagi memang susah la nak jumpa gambar dia ni di mana-mana. Tu yang jadi kes bila ada je nampak kat majalah cina gambar muka dia walaupun berukuran 3cmx3cm pun aku bantai beli. Gunting gambar pastu lekat dalam buku yang ada garis tu. Macam comel je main lekat2, dilakukan ketika di zaman remaja berusia 15 tahun. Masa tu aku rasa macam tak de orang lah boleh beat dia ni setakat tu . Pastu kalau nampak lelaki yang macam hensem sikit mesti akan bandingkan, siapa lagi hensem? Dia atau Bae Yong Jun? Still Bae Yong Jun (ini dinamakan bias). muahahhaha.


2) Kedua, Kwon Sang Woo. Ini Stairway To Heaven punya penangan la ni. Aku suka giler dia bersama-sama watak dalam citer tu. haha.Aku dengan nana memang minat dia la masa tu siap kalau main2 olok-olok dengan nana konon2 kitorang ni orang bisnes pastu seboleh-boleh nak masuk nama Kwon Sang Woo ni dalam perbualan. Contoh situasi : Nana kat bilik (konon2 office), aku kat bawah (konon2 office tingkat lain2). Aku ketuk bilik dia

Aku: Cik Nana, macam mana dengan projek perumahan kita kat South Korea tu?
Nana: Oh, yang tu nanti saya jumpa dengan client saya Kwon Sang Woo, dia kata dia nak datang Malaysia nak meeting. You call dia sekarang.

Ok, aku lupa sebenarnya dialog tu tapi nak dekat2 sama la dengan dialog atas tu. Konon2 Kwon Sang Woo tu adalah client yang bekerjasama dengan syarikat kitorang. LOL. Adeh macam tak caya je aku dengan nana boleh mengucapkan kata2 itu *>.<* Lepas dia ni hero2 korea lain tak mendatangkan minat yang begitu tinggi kepada aku lagi. Aku tengok cerita2 korea yang lain, suka memang suka tapi not that kind of obsessed la kot. Kiranya tak beria sangat la.

3) Kebabommmm, tiba2 datang si mamat bernama Lee Dong Wok ni. hahaha. Ini semua gara2 cerita My Girl yang aku rasa unik dari segi sense of humornya. Kalau korang yang dah lama baca blog aku ni, mesti tahu yang kat blog aku ni, sikit2 nak masuk nama Lee Dong Wok, sikit2 nama dia. Asal hensem je Lee Dong Wok, asal Lee Dong Wok je hensem. hakhakhak*muntah


4) Waduh2, tetiba pulak datang si mamat nama Lee Min Ho ni. Tak lain tak bukan Boys Over Flowers punya penangan la ni. Gahhhh. Siap buat pengumuman kat blog yang LMH ni bf terbaru ar konon2. Siap kata macam tak ada orang lain la yang boleh beat dia ni.

Nana: Angah, aku rasa dia senyum lebar sangat la. Macam pelik sikit.

Eleh eleh eleh nana... Dan dan la ko nak terpelik-peliknya. Padahal dulu ko siap buat password untuk masuk forum pun berpasswordkan 'leeminho' apa kesssss??? Namun, penangan Lee Min Ho ni memang kuat tapi tak berpanjangan. Lain sikit dengan Lee Dong Wok yang kuat tapi agak lama berpanjangan. Kenapa penangan Lee Min Ho tak lama? Sebab tengah2 tu tetiba muncul mamat kat bawah ni

*Ini yang dinamakan gila kuasa. Nak letak empat sekali harung.*

5) Jang Geun Suk!!!! hahaha. Patut la nana dah tak minat Lee Min Ho dah. Dan dan la senyuman pelik la apa la padahal dia dah suka Jang Geun Suk dah tyme ni. "Aku suka tengok dia senyum tak nampak gigi. Macam sesuai jek. Comelllll" kata nana. Yang ini aku akui impaknya agak maksima. Gara-gara YAB la ni. Awal2 episod aku memang menyampah giler dengan watak arrogant , sellfish dia tu sampai rasa nak sepak2 je dia (serius, aku tak tipu) tapi lama2 bila tahu tahap kesengalan dia tu, terus suka. haha. Melihat watak dia dalam YAB ni buat aku nak tengok dia kalau offset (luar drama) macam mana perangai dia sebenarnya. Kira macam nak kenal karakter sebenar dia la ni. Holoh holoh holoh... Dan aku pun mulalah mencari YAB behind the scene and all of YAB stuff kat youtube. Bila macam dah tahu dia macam mana sebenarnya, interaction dia dengan pelakon2 lain, buat aku makin suka dia. hahahah takleh blah. Dia memang serius ketika bekerja tapi sangat suka bergurau dan gila2 bila offset (diakui oleh salah seorang pelakon senior lain). hahahah. Sangat berlainan dengan watak dia dalam drama itu, First time weh aku tengok behind the scene sesebuah drama korea sebelum ni tak pernah pun. Mungkin sebab karakter dia dalam drama ni sangat unik kot. Entah la nak kata hensem aku rasa berlambak kot pelakon korea yang lain yang lagi hensem seperti Daniel Henney ke Dennis Oh ke (diorang ni mix korean dengan America) tapi JGS ni macam unik sikit. Kiranya bukan setakat hensem@cute ke apa ke. Mungkin ada sesuatu dalam diri dia yang tak ada pada orang lain? *muntah hijau*.



Aku tak berani nak kata JGS ni akan kekal ke apa ke since trend aku minat artis ni berubah-rubah bergantung kepada watak artis berkenaan dalam drama terbaru. So, aku macam tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu bila la ada orang lain boleh beat JGS ni. heheheh. Wahai, blog, anda adalah saksi. Mari kita sama-sama saksikan=D


p/s: Aku berhajat nak asingkan minat aku yang ke arah ke-korea-an dengan entry berunsur peribadi. Sebab aku rasa macam banyak giler je entri aku yang berunsurkan korea sampai kalau orang sampai je sini, sure akan kata "Ni budak ni duduk kat Malaysia ke duduk kat korea neh?"

Maka after this, akan wujud blog aku yang lain untuk aku sumbat all the korean stuff, korean gossip bla bla bla bla korean korean korean bla bla bla drama drama drama bla bla bla movie movie movie dan tak lupa juga akan disumbat sedikit taiwan ke jepun ke apa, apa-apa la asalkan dalam genre entertaiment selain Malaysia. ngehehehe. Makanya kalau lepas ni ada terselit kat blog ni kira ala sipi-sipi je tuuuuu. Halalkan ajaaaa.

Ok, dah, bye!!!