Pages

Tentang nana

1) Bukan selalu aku citer pasal dia skang kan. Tambah2 sejak dia kat UITM tu. Nana 3-4 hari yang lepas dia balik rumah. Tapi petang tadi. dah balik UITM melaka dah. Nana kalau balik rumah mesti nak aku depan mata dia, kalau tak mesti dia akan panggil aku turun walau macam mana pun siap hantar komen kat aku kat FB

hahaha..angah jom teman ak kt bwh nie boring doe ko x sian kt ak ke pnat2 ak blik tp xde spe nk lyn ak..huhuhu~

hahah sian ko. Ye la aku turun la ni. muahahah

yeaaaaaaaaaa..........


ni baru satu. Belum masuk mesej dia kat inbox FB lagi suruh aku turun bawah. Agagaga~


2) Nana kata dia pencetus demam cerita korea kat bilik dia sekarang. Dulu mana ada roomate2 dia layan korea2 bagai ni. Siap kutuk adalah.hahah. Aku ingat lagi dia pernah cerita dulu masa tu tengah demam YAB, haruslah dia tengok banyak kali music video lagu 'Still/As Ever' yang A.N.Jell perform kat pentas tu kan. Sekali kawan dia sound daa "Ko tak boring ke tengok benda ni banyak2 kali? Aku nak termuntah tengok" sambil buat muka mejengkelkan. Fuhhh, direct okeh. Kalau aku, aku balas balik "Laa, yang ko datang tengok watpe. Sape suh tengok? Dah pi main jauh2. Syoh3x". muahaha.. Padahal bukan tengok guna lappy kawan dia kot. Pastu sound lappy pun takde la kuat mana pun.Ok, takpe la camtu kan. Tengok2, orang yang kutuk pun da kene virus demam korea dah. hahah gituuu. Bermula dengan BOF, berlarutan ke YAB pastu la ni patah balik ke cerita My Girl. Semangat nana copy dvd cerita My Girl aku semata-mata nak promote kat kawan dia. Kawan dia nak tengok katanya. Oh ye, semalam aku tengok My Girl punya NG, still gelak2 dengan nana. Tak lapuk ditelan tahun la citer ni =D

"Angah, apasal aku tak boleh log in laman web soompi ni?"
"Ko masuk emel salah tak?"
"Takde la. Betul la emel aku ni"
"Password ko salah kot. Apa password ko?" (aku dah tau act password dia sebab dia pernah btahu aku dulu, saje je aku tanya lagi)
"Password 'janggeunsuk' la"
"janggeunsuk? Eh password ko bukan 'leeminho' ke?"
"Yeke.. Jap aku try. Ehh, aah betul la"
"Sengal!!!"

Dia register soompi masa tengah demam BOF dulu (lee min ho heronya) sekarang demam YAB tak sembuh2 lagi tetiba je sesuka hati password dia bertukar jadi 'janggeunsuk' tanpa usul periksa. hahaha

3) Nana dah pandai make-up sekarang. Fewitttt. Ayah siap cakap dengan aku suruh aku make-up macam nana. Tercabar aku okeh. Ini tak boleh jadi!!! (sambil dalam kepala dah fikir alat make-apa yang bakal dibeli)

Kekeliruan


Okay, sekarang aku nak bercakap pasal kerjaya aku pulak. Aku sekarang rasa macam kerja aku ni boring. Setiap hari dan setiap kali asyik buat benda yang sama. Boring boring boring. No advanture at all. Kerja yang aku handle ni boleh kata kalau aku mc dan suruh nana ganti pun dia boleh buat. Sebab senang dan kerjanya berulang-ulang. Sounds boring kan?

Aku mahukan sesuatu yang baru.

1) R&D Chemist? Aku rasa macam ok. Tapi kalau R&D yang tak perlu cari journal bolehkah? Kalau takyah cari jounal memang aku nakkkkk sangat kerja ni. Sebab aku dah fobia dengan journal. Membaca dan mengadap journal demi mencari sesuatu maklumat bagi aku adalah fobia sebab aku kalau baca journal dua tiga kali pun still tak faham apa benda yang orang yang karang journal ni buat terutamanya part result dan discussion. Kalau ada graf tu silap2 dengan unit2 dia aku tak faham.

2) Cikgu? Aku tak bape minat mengajar tapi orang kata ia boleh dipupuk kan? Malangnya application KPLI aku kali yang lepas tak berjaya ok. Nampak sangat kelayakan itu tak ada.

3) Sales Exec? Yang ni akan difikirkan untuk dalam jangka masa 5 tahun akan datang. Aku banyak dengar cerita yang ramai chemist yang dah exprience 5 tahun camtu, end up dengan sales&markerting field sebab dah bosan jadi chemist. Ni mesti yang jenis2 cam aku gak, bosan buat benda yang sama banyak2 kali. And of course sales & markerting adalah bidang yang mencabar coz kene selalu cari idea baru nak tarik customer kan. Walaupun dalam sales&markerting field tapi mereka biasanya berada dalam syarikat2 yang berkaitan chemistry jugak. So ada sedikit relation dengan pengalaman jugak kan.

4) Apa2 kerja yang gaji standard (heheeh of course la, gaji rendah2 mana leh survive ok), pastu yang kene bercakap-cakap dengan orang. Ada? Yang kene travel jap pergi sana jap pergi sini. Ada?

Cakap pasal travel, ada sekali dulu kerja aku asyik berjalan-jalan pergi sana sini. Setiap kali bos call suh gi cawangan sana, aku mesti sedikit macam "Alaahhh, pergi lagi. Baru je pergi dah kene pergi lagi". Tapi rungutan itu sekejap sahaja ok. Bila tyme aku ke sana, on da way ke sana aku memerhatikan orang, ragam manusia dengan manusia yang lain, jumpa ramai orang yang variety dan bermacam-macam situasi membuatkan rasa penat tu hilang serta-merta, sumpah tak tipu. Life being as a observant mungkin memang macam ni. Aku suka memerhati. Dalam masa yang sama aku menilai apa, kenapa, bagaimana dan siapa yang berada si sekeliling aku.

Orang kata, kalau kita suka dengan kerja tu, walau penat mana pun, penat itu akan hilang serta-merta. Terasa kepuasan kan?

Memang aku boring dengan kerja aku. Tapi what to do? Teruskan je lah sampai aku jumpa 'peluang' yang lain.

Cuma aku terfikir. Nak stay at least 6 bulan or satu tahun? hahaha of course tak lebih setahun. Aku mendengar nasihat senior2 chemist yang berpengalaman, tips2 nak naik gaji dengan cepat adalah jangan stay dalam satu2 syarikat lama2. Kene lompat2 kerja sikit. Setiap kali lompat kerja, up kan gaji sedia ada. Kalau gaji sekarang dot dot dot , minta kerja kat tempat lain minta gaji kasi tambah 3-4 ratus ke apa. Tapi jangan selalu sangat melompat. Ceh ceh ceh lompat lompat, da macam katak daaa...

Falsafah aku, bila boring tengok lah korean drama. Sure hilang boring. It's true. Entertainment2 camtu la yang memberi 'kelainan' dalam hidup aku sekarang.




Sweet nye la couple dua ni. Alahaiiii

Terutama gambar yang kat bawah ni.



Aku tak ingat dialognya apa. Ke heroin cakap hero ni sebijik macam mak dia? Atau dia kata dia nak dengar apa yang sebenarnya ada dalam hati min ho? Atau dia sangat berterima kasih dengan hero sampai buat reaksi macam tu? Ok, lupa. Tapi yang pasti aku rasa cam excited je dengar dialog diorang masa scene ni. Comellll. Mula2 aku dengar cerita ni diwar-warkan (masa belum rasmi lagi citer ni diterbitkan), aku rasa macammm WTH Min Ho jadi gay??? Aku jangkakan watak dia akan hilang menghilangkan kemachoan dia, gay kan, confirm tiada kemachoan di situ. Rupa-rupanya terbalik sudaaa, makin adorable adalah. Pandai penulis skrip buat cerita macam ni.

p/s: Senior chemist aku yang sekarang ni dah berhenti.Hari ni dia last.Tepat seperti ramalan aku.heheh Dah ada orang ganti dia. Baru je masuk semalam.

Good bye and welcome

Goodbye



Setelah lama buat hal sampai phone aku tahap masuk ICU dah. Takleh sliding langsung, otherwise akan 'padam'. hahaha. Sekaligus takleh tekan apa2 nombor atau mesej (sebab kene bukak sliding kan nak wat dua benda ni). Ok, takpe la. Memandangkan nadia dah tertarik dengan phone lain, phone yang ni akan di-repair dan diberi kepada ayah.hehe


Welcome to my new phone

Salah satu wishlist aku sudah tertunai =D


Samsung Corby Wifi edition. Ada 4 kaler, putih kuning pink oren, teka kaler apa yang aku amik?














Tadaaaaaa.. It's yellow!


Casing bahagian belakang diorang bagi free tiga jenis. Satu kuning kosong, kuning bercorak(macam dalam gambar di atas) dengan hitam. Oh aku dah bosan dengan kaler hitam dah ok. hahaaa



Beli kat Samsung outlet kat The Gardens. Tingkat atas sekali kat sebelah nokia outlet. Err beli kat sini sebab aku tak reti nak pergi Low Yatt. Wakakaaka. Aku tanya adik aku, reti tak gi sana dia pun tak tahu jugak. Baik takyah jadi orang KL cenggini gi Low Yatt pun tak reti. Muahahaha. Ok, sejujurnya aku pergi Low Yatt dua kali je , satu masa beli Hard Disk (gi dengan kawan) dan satu lagi masa beli laptop nana (gi dengan family). See, dua2 pergi dengan orang mana pernah gi sendiri. Orang yang bawakan (lead), aku tukang mengekor pastu still tak boleh ingat jalan. hahah. Ok, seperti semua sedia maklum yang aku ni susah nak ingat jalan kan (kalau pergi kurang dari 3-4 kali). So aku browse website cari tempat lain yang aku senang nak pergi beli phone ni. The Gardens tak besar so senang je aku jumpa outlet ni.

Aku memang berhajat nak beli kaler oren, tanya la promoter situ, sekali takda stok daaa. Dua kaler je available iaitu kuning dan pink. Lama aku fikir last2 amik kuning. Bukan kerana Jeremy (eh, perlu ke sebut nama ni kat sini??), tapi sebab pink tu terlalu menyerlah untuk aku so aku tak amik ar. Bak kata salah seorang kawan aku yang obses dengan kaler pink "Pink kalau warna lembut2 cantik, tapi kalau terang sangat jadi tak bape cantik sangat". hehehe . Diharap kenyataan ini tidak mempengaruhi sesiapa yang nak beli kaler pink ;P

Sebenarnya kuning bukan pilihan aku sebab ada kawan aku dah bagi amaran awal "Aku nak kaler kuning, ko jangan beli ar....". Lebih kurang macam tu la dia cakap. Nasib baik kaler hijau takde ko, kalaulah ada memang awal2 aku bagi amaran "Hijau is mine" . lalalala~

Malangnya tak ada ye hijau. Aku dah tanya dah sales person kat situ. Hijau only for Korea sahaja, gi la mana2 negara selain korea memang tak akan jumpa. Ok, aku pun tak faham ,perlu ke aku sebut hijau hijau hijau kat entry ni padahal aku dengan kaler hijau biasa2 aje. Sejak bila tah sungguh aim mahu warna hijau kali ni. lalala~

Ok, aku nak cerita satu peristiwa ni. Balik je kat rumah, aku bantai online FB, check email semua guna phone. Lama gak la. Pastu masa dalam pukul 8.30 pm camtu aku rasa macam lain macam. Apasal ea, aku online tak payah turn on wireless button kat menu? Masa kat samsung outlet tadi dia cakap kalau nak online melalui wireless kene cari ikon wireless then bla bla bla... Aku hanya cari ikon internet je pastu terus online.

Terusssss aku check baki kredit aku. Amik kooO!!!! Dari RM11 something tetiba tinggal RM0.98!!!!!! Walllaa, terjerit kecil aku kejap. Hampeh. Oh, sangat la tidak suka membazirkan duit dengan cara begini. Sob3x. Sedangkan aku boleh guna wireless (streamyx). takyah usik kredit phone. Terserlah kesengalan dan kebodohan aku di situ. Aku ingat boleh automatik detect wireless macam lappy aku selalu detect automatik tu. hahaha..Walaupun tak la banyak sangat tapi lepas la jugak buat makan KFC snack plate T__T


p/s: Oh ye, aku pernah pegang iPhone jenama Apple original kepunyaan manager kat company lama dulu. Bezanya touch phone tu tak terasa touch sangat sebab terlalu smooth macam tak ada effect sama ada sentuh atau tidak. Kalau yang ini, setiap kali sentuh screen, terasa ada 'getaran kecil' di bahagian hujung jari tempat sentuhan tu so rasa kepuasan sebab rasa 'feel' sentuh la jugak. Ada tindak balas. Kalau taip mesej pun senang la skit sebab every single sentuhan ada 'getaran kecil' tu kan. Laju je aku taip mesej.

UPDATE:

Other spesification

1) Camera 2MP tapi percayalah pengguna SE sekalian, kualitinya agak low. seolah-olah 1.3 MP hahah. Well, memandangkan aku dah ada kamera so kualiti kameranya aku tak kisah sangat dah sekarang.

2) Full touch, no slider, berat 93.2 gram. Talktime up to 9h , standby up to 730h

3) Music & Sound player: MP3 / AAC / AAC+ / e-AAC+ / WMA / AMR

4) Video player: MPEG4 / H.263 / ASF / WMV.

5) Ada radio, JAVA Game, bluetooth dan GPRS &EDGE (bukan 3 G ye, yang 3G adalah kaler hijau dan tak dipasarkan di Malaysia).

6) Calendar, Scheduler ,Dictionary, Clock Worldtime, Alarm, Currency Converter, Converter(translate some language by voice recognization) , find music application (bukak application, dekatkan speaker dengan lagu then dia boleh identify the song for you. Ok aku tak guna lagi dan tak try lagi pun)
  • Calculator, Memo Book, Stopwatch, Countdown (standard macam phone biasa)

6) Wifi. Phone ni sama specification sebijik dengan Samsung Corby biasa cuma bezanya model ni ada wifi, Samsung Corby biasa takde wifi.

7) Memory 50MB built in, support memory card up to 8G

8) Kemudahan FB, twitter, myspace (ni aku belum geledah lagi, aku just log in FB guna internet biasa je bukan melalui kemudahan ni, japgi aku geledah)

9) Smart unlock. Lock screen then nak unlock, balik just draw satu huruf di screen (huruf tu boleh set kat setting. Boleh pilih huruf di antara A sampai I)

Untuk specification penuh, boleh la tengok link di sebelah >--- Full Spec S3653w Corby WiFi.

Ok, sekian.hehehehe =D

p/s: Pendapat aku, hp ni agak smart berbaloi dengan harga. Maknanya harga takde la mahal sangat sampai beribu tapi nampak smart dan setanding dengan harga phone lain yang lebih mahal harganya. Errr, fahamkan maksud aku .hehehe. The only kelemahan ketara adalah tiada 3G. Untuk aku, so okay sebab aku tak pernah guna 3G pun. HP dulu aku hanya pernah ber-3G dengan fiza SAHAJA ok, itu pun sebab dia nak try2 macam mana rupanya buat video call ni. hahah.. Bdw, Corby TouchPro ada 3G&keypad+touch phone tapi harga seribu lebih ye. hahah..