Pages

Kekeliruan


Okay, sekarang aku nak bercakap pasal kerjaya aku pulak. Aku sekarang rasa macam kerja aku ni boring. Setiap hari dan setiap kali asyik buat benda yang sama. Boring boring boring. No advanture at all. Kerja yang aku handle ni boleh kata kalau aku mc dan suruh nana ganti pun dia boleh buat. Sebab senang dan kerjanya berulang-ulang. Sounds boring kan?

Aku mahukan sesuatu yang baru.

1) R&D Chemist? Aku rasa macam ok. Tapi kalau R&D yang tak perlu cari journal bolehkah? Kalau takyah cari jounal memang aku nakkkkk sangat kerja ni. Sebab aku dah fobia dengan journal. Membaca dan mengadap journal demi mencari sesuatu maklumat bagi aku adalah fobia sebab aku kalau baca journal dua tiga kali pun still tak faham apa benda yang orang yang karang journal ni buat terutamanya part result dan discussion. Kalau ada graf tu silap2 dengan unit2 dia aku tak faham.

2) Cikgu? Aku tak bape minat mengajar tapi orang kata ia boleh dipupuk kan? Malangnya application KPLI aku kali yang lepas tak berjaya ok. Nampak sangat kelayakan itu tak ada.

3) Sales Exec? Yang ni akan difikirkan untuk dalam jangka masa 5 tahun akan datang. Aku banyak dengar cerita yang ramai chemist yang dah exprience 5 tahun camtu, end up dengan sales&markerting field sebab dah bosan jadi chemist. Ni mesti yang jenis2 cam aku gak, bosan buat benda yang sama banyak2 kali. And of course sales & markerting adalah bidang yang mencabar coz kene selalu cari idea baru nak tarik customer kan. Walaupun dalam sales&markerting field tapi mereka biasanya berada dalam syarikat2 yang berkaitan chemistry jugak. So ada sedikit relation dengan pengalaman jugak kan.

4) Apa2 kerja yang gaji standard (heheeh of course la, gaji rendah2 mana leh survive ok), pastu yang kene bercakap-cakap dengan orang. Ada? Yang kene travel jap pergi sana jap pergi sini. Ada?

Cakap pasal travel, ada sekali dulu kerja aku asyik berjalan-jalan pergi sana sini. Setiap kali bos call suh gi cawangan sana, aku mesti sedikit macam "Alaahhh, pergi lagi. Baru je pergi dah kene pergi lagi". Tapi rungutan itu sekejap sahaja ok. Bila tyme aku ke sana, on da way ke sana aku memerhatikan orang, ragam manusia dengan manusia yang lain, jumpa ramai orang yang variety dan bermacam-macam situasi membuatkan rasa penat tu hilang serta-merta, sumpah tak tipu. Life being as a observant mungkin memang macam ni. Aku suka memerhati. Dalam masa yang sama aku menilai apa, kenapa, bagaimana dan siapa yang berada si sekeliling aku.

Orang kata, kalau kita suka dengan kerja tu, walau penat mana pun, penat itu akan hilang serta-merta. Terasa kepuasan kan?

Memang aku boring dengan kerja aku. Tapi what to do? Teruskan je lah sampai aku jumpa 'peluang' yang lain.

Cuma aku terfikir. Nak stay at least 6 bulan or satu tahun? hahaha of course tak lebih setahun. Aku mendengar nasihat senior2 chemist yang berpengalaman, tips2 nak naik gaji dengan cepat adalah jangan stay dalam satu2 syarikat lama2. Kene lompat2 kerja sikit. Setiap kali lompat kerja, up kan gaji sedia ada. Kalau gaji sekarang dot dot dot , minta kerja kat tempat lain minta gaji kasi tambah 3-4 ratus ke apa. Tapi jangan selalu sangat melompat. Ceh ceh ceh lompat lompat, da macam katak daaa...

Falsafah aku, bila boring tengok lah korean drama. Sure hilang boring. It's true. Entertainment2 camtu la yang memberi 'kelainan' dalam hidup aku sekarang.




Sweet nye la couple dua ni. Alahaiiii

Terutama gambar yang kat bawah ni.



Aku tak ingat dialognya apa. Ke heroin cakap hero ni sebijik macam mak dia? Atau dia kata dia nak dengar apa yang sebenarnya ada dalam hati min ho? Atau dia sangat berterima kasih dengan hero sampai buat reaksi macam tu? Ok, lupa. Tapi yang pasti aku rasa cam excited je dengar dialog diorang masa scene ni. Comellll. Mula2 aku dengar cerita ni diwar-warkan (masa belum rasmi lagi citer ni diterbitkan), aku rasa macammm WTH Min Ho jadi gay??? Aku jangkakan watak dia akan hilang menghilangkan kemachoan dia, gay kan, confirm tiada kemachoan di situ. Rupa-rupanya terbalik sudaaa, makin adorable adalah. Pandai penulis skrip buat cerita macam ni.

p/s: Senior chemist aku yang sekarang ni dah berhenti.Hari ni dia last.Tepat seperti ramalan aku.heheh Dah ada orang ganti dia. Baru je masuk semalam.

0 voice out: