Pages

Bagai irama dan laguuu

1) Tak sabar menunggu parcel yang bakal sampai. Aigooo, cepatlah sampai ok *nada excited*

2) Dua minggu lepas aku makan benda ni. Kawan aku yang beria-ia ajak makan, aku ikutkan aje. hehehe. Aku beli benda lain sebenarnya, ni aku tumpang rasa kawan aku punya



Dubokki (pic grab from facebook Far)

Yang putih2 tu rasanya macam kuew teow . Cilinya tak berapa pedas. Boleh tahan la rasa dia. Tapi sayang tak habis sebab sebelum tu perutku sudah disumbat dengan takotao@takoyaki (peberet sampai mati) dengan sushi jugak. Dua benda tu je dah boleh buat aku separuh kenyang. hohohoh. Aku dah cerita kan kat blog ni sejarah aku start makan tako tao tu? Yang first time makan terus jatuh cinta gituuuu. Nak tahu tak sejarah first time aku makan sushi macam mana? Masa hujung form 3. Kawan aku beli kat jusco, dia bagi aku test rasa sushi jenis kanikama (sushi bergulung yang dalamnya ada crab stick). AKU MAKAN RASA NAK MUNTAH OKAYYY. Tapi terpaksa tahan je sebab makan depan kawan aku kan takkan nak muntah depan dia.Aku tak ingat bila kali kedua aku makan. Mungkin selepas 5-7 tahun kemudian kot (serius tak ingat, rasanya la). Makan kali kedua tetiba rasa "eh eh, sedap la!!!!" pastu terus jadi makanan peberet sampai sekarang. Peberet sampaikan kalau aku singgah jusco tak sah kalau tak beli. Kadang2 tengah2 malam boleh terbayang-bayang je pastu nak gi jusco mustahil sebab dah tutup. Perasan tak, aku kalau citer pasal makanan yang aku suka yang aku rasa sedapppp, memang detail abis. Bak kata Sya, aku dan makanan bagai tak dapat dipisahkan.LOL.

3)Aku ingat malam ni aku akan jadi zombi kampung cheras tapi tak jadi sebab tengok2 video episod 11 dan 12 dah abis loading daaa..heeheh. Aku kan tamak, sekali harung aku try loading dua episod sekaligus. Sebab selalunya it takes whole night untuk loading satu episod (part 1 sampai 6). Ini tak sampai satu malam dah habis load dua2. ngeh ngeh ngeh. Siapa salah? Ayuh kita salahkan morzilla firefox. Aku bukak guna IE, cepat je loading. I love IE *tetiba*

Ok lah, nak sambung tengok PT. Bye.

Lovely,
Zombi tak jadi