Dia wife kepada bos aku. Orang jepun, ibu kepada anak yang berumur 11 tahun. Suami dia orang Cina dan dia berkomunikasi dengan husband dia dengan bahasa jepun. Mula2 aku mistake yang dia orang Cina tapi baru realize sejak dia berkata kepada seseorang “Sory, saya bukan orang Chinese, saya tak pandai cakap chinese.” Aku ada tanya dia, macam mana tahu cakap BM? Ada amik apa2 kelas BM ke?” sebab dia sangat fluent ok cakap BM. Dia kata BM sangat senang, tak payah belajar, hari2 bercakap dah boleh pandai dah. Oh, apasal la bahasa Korea tak sesenang BM? OK tetiba sangat!
Sepanjang kerja situ, aku baik dengan dia. Baik dan mesra sehinggakan pekerja2 lain gelarkan aku pekerja kesayangan dia. Mana taknya, apa2 benda je, mesti dia akan panggil aku settle kan. Macam kan tak ada pekerja lain kat situ selain aku. Nak kata baikkkk sangat2 tu takde la. Tapi baik la jugak sampaikan kadang2 hal rumah-tangga dia, dia cerita kat aku jugak sikit2 pastu selalu belanja aku makan Kyros Kebab, McD, KFC dan sebagainya.
Aku ada gak la learn sikit2 japanese word dia. Kalau dia panggil ke apa ke mesti kitorang akan sahut in Japanese word “Nani??”. Gedik sekejap bukan selalu. Pastu sebab terpengaruh dengan dia skit2, aku selalu kalau marah @ bengang akan terikut-ikut cara dia. Akan cakap ‘Baka! Baka! Baka! ’ or ‘ Baka betul la dia ni’. Oh, terasa sopan pulak kan sebut macam tu. Sebab ianya bukan BM. Cuba kalau aku sebut dalam BM tengok ada ke tak yang akan pandang slack kat aku. Sure pandang slack punya la.
Dalam banyak2 nama orang, dia kata dia paling suka sebut nama aku. “Nadia nadia nadia” banyak kali dia ulang sebut. Dia sebut in a unique way. Kelihatan comel plak cara sebutan dia. Ke nama aku memang comel? Ok gelis di situuu.
Titik hitam bila aku mengkhianati kepercayaan dia. Ok, aku tak tahu la sama ada ini dikira mengkhianati dia atau tak. Dia kata kalau nak berhenti kerja kene beritahu awal2 sebab senang nak arrange apa2. Tapi disebabkan ketidakmatangan aku berfikir ketika itu, aku membuat keputusan salah dengan berhenti kerja secara tiba2 tanpa memberitahu dia. Aku ada sebab tersendiri kenapa aku berhenti kerja yang mungkin pembaca awal blog aku ni tahu serba sedikit kenapa aku buat keputusan berhenti secara tiba-tiba (pernah cerita kat entry awal2 dulu). Disebabkan aku orang yang memegang peranan yang agak penting di tempat kerja, keberhentian aku secara tiba2 tu telah membuatkan keadaan tempat kerja jadi sangat kelam-kabut. Serius aku menyesal sebab buat macam tu.
Bila aku mesej dia kata say sory semua, dia balas “Jangan mesej atau call saya lagi” .Sebak baca ayat tu.Nape tah padahal lepas2 tu bukan jumpa dia lagi pun. Bila teringat kenangan bersama dia, gelak ketawa semua, tiba2 je air mata keluar dari mata. I hate this feeling!!!
Aku pernah beritahu kan, aku tak suka bila aku baik dengan seseorang lepas tu hubungan tu berakhir macam tu je. Aku tak suka! Aku tak suka hubungan baik yang diakhiri dengan perasaan benci. Walau apa pun sebabnya.
Sejak tu, aku macam berazam dalam diri aku sendiri. Aku takkan cuba2 untuk mengkhianati orang lain. Sebab aku serik dengan perasaan itu. Perasaan ‘orang yang aku baik tak percaya dengan aku lagi’.
Sebab tu sejarah aku dengan kawan baik aku selama ni, jarang aku yang merajuk dengan orang sampai bermasam-muka. Err..bukan jarang, tapi tak pernah kot. Walau kasar macam mana pun diorang(kawan baik sahaja), aku terima dengan hati terbuka yang dia memang sebegitu, setiap manusia berlainan caranya as long as dia bukan jenis yang tikam belakang. Setakat mulut laser, cakap kasar, takde hal.. Lainlah kalau orang yang start merajuk dengan aku (walaupun aku tak berkasar dengan mereka. Hmm, u know, sebab salah faham n everything yang simple2 yang tak patut untuk merajuk). Itu pun aku yang akan try pujuk ok! Pujuk and say sory semua (walaupun kadang2 bukan salah aku). Lepas aku pujuk kalau orang tu still nak layan rajuk dia tu then memang bye bye la. Terpaksa je la terima je kan.
Dulu, farahiyah(best friend aku yang paling lama, kenal sejak darjah enam rapat sejak Form 1 sampai sekarang) selalu takut kalau2 aku merajuk dengan dia. Masa hujung form 3, masa sape tah yang beria-ia nak kawan rapat dengan dia padahal dia biasa je dengan orang tu, dia siap cakap sory kalau2 aku terasa dia kelihatan rapat sangat dengan orang tu. Hahaha zaman sekolah menengah, kan selalu berlaku kes2 macam ni. Jeles kawan baik rapat dengan orang lain. But not me la merajuk pasal benda2 remeh macam ni. Macam kurang kasih sayang lah bukan? Lepas tu masa dia terlambat wish birthday masa aku kat UPM tu pun beria-ia dia minta maaf dengan aku sebab wish lambat 2 hari. Beria-ia sampai membuatkan aku tergelak kecil “Sory la lambat wish birthday awak. Sory sangat2. Kawan baik apa la macam saya ni kan, lupa birthday kawan baik”. Sekali lagi, aku takkan terasa hati, terkecil hati sebab remeh2 macam ni. Especially pasal birthday lagi laaaaa aku tak kisah orang wish ke tak. Yang wish, aku akan hargai. Yang tak wish, aku tak kisah. Sumpah tak kisah. So kalau kawan2 baik aku yang baca blog aku ni kot2 terlupa wish birthday aku ke, takyah la send mesej minta maaf ye. Biasa la kalau terlupa tu.^_^
Ok, sebelum aku melalut dengan lebih jauh, ada baiknya aku tamatkan entri aku kat sini. Buat Hiromi-chan. Walau di mana pun anda berada, sory and thanks for everything. Will always remember u even anda melupakan saya sekalipun.
p/s: Aku tengok One Missed Call Final tu at the first 7 minit je. Lepas tu aku tulis draft entry blog ni. Hakhakhak. Surrender la tengok ahad petang je. Semacam je aku tengok tengah2 malam sorang2 dah la tido sorang2 malam ni nana takde. Kalau tengok ramai2 takpe la jugak kan. Dah la aku cepat je imiginasi bukan2 tambah2 lepas tengok citer seram malam2.
TRUST IS HARD TO GET BUT EASY TO LOST
0 voice out:
Post a Comment