Pages

No Min Woo = Cool

Aku start tengok citer korea start dari tahun 2004

2004-2010 aku jarang memberikan perhatian kepada watak 2nd Hero. Walau betapa baiknya 2nd hero, walau betapa hensemnya 2nd hero, walau betapa romantiknya 2nd hero, walau betapa sweetnya tindakan 2nd hero, pendek kata kau bagi je 100 kelebihan 2nd hero pun, my attention always goes to 1st lead hero dan berpusat di situ. Macam tak ada attraction dan tak ada kesan dengan 2nd hero. Tapiiii kenapa 2nd hero citer My Girlfriend is Gumiho ni aku macam pay attention dengan dia

“Siapa dia ni? Misterinya diaaaaa”
“Ish berdebar-debar pulak aku, siapa dia ni? Kenapa begitu misteri?”
“Siapa dia ni? Apa tujuan dia buat macam ni? Hishh misterinya”

Misteri misteri misteri. Pendek kata Tuan Pengarah berjaya menimbulkan efek misteri terhadap dia. Meh aku list-kan kenapa aku pay attention dengan dia sedikit-sebanyak


1) watak dia sebagai half human-half monster(non-human). Errr, twilight much? Wakakakaka.

Aku rasa watak dia yang misteri, different with other normal people and that’s the speciality of him. Dengan gaya dia tenung pisau, gaya dia hiris tangan dia dengan pisau, gaya dia pandang heroin dengan gaya yang misteri dan niat yang tersendiri yang tak diketahui pada awalnya.

2) Outfit dia which is almost all-black. Aku rasa 90% adalah black. Smart owh. Tak tahu yang aku suka men in all black? Hahaha. Sekian. Aku suka outfit dia dalam citer ni. Macam wahhhhhh

3) Gaya dia yang cool. Bukan sebab eleh mentang2 dia macam ni, semua yang dia buat semua pun cool etc etc. Bukan eh. Tapi memang cool pun. Dari cara dia berdiri, berjalan, makan lollypop (eh?), duduk (hah, duduk pun ada gaya kauuu), merenung, pegang benda (hah, pegang benda pun gaya?), memandang benda atau pandang heroin, berlari, bercakap semuanya nampak cool.

Tengok sendiri lah ye. Ok bye!



Ala, pe barang tengok gambar2 yang dicompile, tengok keseluruhan citer la baru besh.

p/s: Selalunya kalau heroin reject 2nd hero aku tak rasa pape langsung. I mean seriously.hoho tapi kali ni,untuk cerita ni, walaupun happy sebab heroin choose 1st hero which was destiny to her sejak dari awal lagi, still rasa kesian dan berat hati untuk 2nd hero. ngehehee

You Are Beautiful (korean drama) on 8tv



Tapi menggunakan tajuk yang lain sikit. He Is Beautiful. Akan mula ditayangkan pada 14 December 2010 (Selasa), 8tv. 8:30PM. Nak baca my review (tahun lepas aku habis tengok cerita ni). Sila baca di link ini.

Yesssss. You Are Beautiful, my so-call super fav drama akan ditayangkan di Malaysia! Happy? 50-50. Yang tak bestnya ialah mengenangkan apa yang 8tv buat dengan citer ni. I mean, sure dalam Mandarin kan? Walaupun 10 000 orang minta kekalkan bahasa Korea tapi demi nak tarik penonton cina, sure citer ni dialih bahasa ke Mandarin jugak. Tolong la kekalkan the way Go Mi Nam says “Hyung Nimmmm!!” and the way Tae Kyung says “Go Mi Nam” because it display this drama's uniqueness dan itu adalah trademark citer ni T_T. Unik kot cara diorang sebut tu. Tak sama 100%, sama 90% pun jadi lah kan. Aku bayangkan 'Hyung Nimmmm' dan 'Go Mi Nam' tu disebut dengan nada panggilan 'biasa2'. Alahhhh, jadi tak unik laaaa. Bahasa mandarin alih bahasa ni kan, kau menangis ke, kau marah ke, kau kecewa ke,kau berdendam ke, kau sebut biasa2 ke, samaaaa je semua nadanya. Macam tak ada beza je aku rasa (ke aku je yang rasa camni?). Padahal in korean semuanya ada beza cara nak sebutnya.


Dan I’m very sure fans2 Lee Min Ho (BOF) selama ni akan beralih arah ke Jang Geun Suk pulak. Yeay! Jang Geun Suk, even though I’m no longer ur fans now but I really adore talent, u're really talented and I hope u get more recognization after this ;P



Kawan aku yang inform benda ni. Tak sangka dia ingat lagi pasal relation citer ni dengan aku padahal almost 1 year kot kisah aku dengan citer ni dan almost 8 month we didn’t contact each other..Waaa, rasa macam best je kan. Benda sesimple ini pun boleh buat orang ingat kat aku. So aku pun berharap kalau kot2 korang tertengok citer ni kang, korang pun akan ingat aku jugak .ngehehe ;)

p/s: Aku rasa citer YAB ni kot membuatkan aku agak terbuka/sedikit positif dengan band2 lelaki kot. Sebab dulu aku tak suka dengan lelaki groupie. Aku rasa band2 lelaki ni tak kisah la band Malaysia ke, Korea ke, macam poyo je lebih, bajet hensem bla bla bla,nyampah i tauuuu (tetiba jek). Macam ke-menyampah-an terhadap New Boyz, Q-Face, (band korea takyah sebut la eh kang korean fans sentap dengan aku pulak kang.hahaha) etc etc tapi lepas aku tengok band A.N.Jell dalam citer ni tak sangka kelakar jugak eh perangai diorang ni. I mean tak elok la berfikiran negatif terhadap seseorang selagi tak kenal lalalala~. Terus aku neutral je dengan band2 ni. Kiranya takde la nak nyampah2 kan. hihi


Takoyaki SOGO=Epic fail !

Tadi pergi Jalan TAR, singgah sogo, beli takoyaki kat situ. Kawan aku yang btahu kewujudan takoyaki kat situ. Seriously , worst takoyaki ever! Epic fail!

Nampak je macam tempting tetapi sesungguhnya penampilan tak menggambarkan rasanya. Aku usha2 cara dia buat tu. Tengok time dia letak sayur kobis(yang dah di-grind) tu aku dah jeling2 dengan nana dah. Mana taknya, kedekut kobis okeh. Sangat! Macam ada tak ada je kobis tu. Orang kata apa, celah gigi jek. Padahal tempat lain aku beli, aku tengok diorang letak kobis sepenuh-penuh alam okeh. Dia ni tak reti buat ke apa? Aku rasa dia tak reti buat la. Dia takut nak letak kobis2 banyak2 sebab takut tak boleh nak terbalikkkan/nak bulatkan bentuknya,padahal boleh je sebenarnya, dia tak pernah try buat camne nak tahu kan. Blerghhh. Sampai aku dah tak boleh tolerate dah. Rasa nak sound je orang yang buat tu "Pernah makan benda ni tak? Benda ni kalau letak sayur kobis tak boleh kedekut sangat nanti rasa dia terrible". Aku tak pernah makan takoyaki yang sangat sikit sayur kobisnya. Cuma aku dapat imagine yang kobis2 tu sebenarnya yang mengurangkan kepadatan tepung takoyaki ball tu dan membolehkan takoyaki tu 'sangat lembut' bila dimakan. Bila kobis terlalu sikit makanya ruangnya dipenuhi dengan tepung je la kot.Bila first time rasa versi sayur kobis kedekut hangit tu, memang betul apa imiginasi aku tu. Sebijik macam rasa cekodok tapi cekodok versi tak sedap.

Structure takoyaki=FAIL! Keras, kepadatan tinggi. Sebijik macam cekodok tapi versi tak sedap
Sos yang warna hitam tu=FAIL. Rasa tah apa2. Yek.
Sos sotong=FAIL! Sungguh teruk rasanya.
Mayonis=FAIL! Act yang ni aku boleh tolerate lagi. Mayonis kat Jusco Cheras Selatan pun mayonisnya tak sesedap Jusco lain tapi aku tak kisah sangat, tak effect sangat kot rasanya.

Pendek kata 99% FAIL. Yang 1% tak failnya pun katsuo (fish flakes) je kot. Ala, itupun sebab fish-flakes tu ready-made, bukan diorang buat. Kalau diorang buat entah macam mana lah kan.

Tiada lain melainkan yang teruk2 belaka. Sampai aku dengan nana lagi sikit nak muntah (serius! bukan over-exaggerate kayh).

Masa first2 makan tu, muka nana dah lain dah

Nana: Angah, aku rasa nak muntah la angah...
Aku: Aku pun..
Nana: Yekkk, aku tak sanggup nak makan.
Aku: Buang je la...


Untuk mengelakkan muntah, kitorang berpakat untuk buang takoyaki yang selebihnya . Aku try rasa dua ketul je selainnya faham2 je lah kan kat mana tempatnya. Tapi memandangkan rasa fish flakes tu rasa sama universal (ready-made kan), so tu je lah yang sedapnya pun. Tu je la yang kitorang habiskannya pun. Pastu, out dalam tong sampah.

Macam tak percaya aku buang takoyaki. Macam tak percaya. Macam tak percaya.

Masalahnya aku beli dua set ok. Nana pun dua set jugak. Total=RM18. Aku rasa rugiiiiiiiii sangat.Tak berbaloi. Kalau aku amik ktm singgah Mid Valley beli kejap pun rasanya lebih berbaloi. Masa aku beli tu kan, aku cakap nak 4, boleh plak dia ingat aku nak 4 ketul je (iaitu satu set). Dia selaku penjual pun tak double confirm. Last2 kene tunggu lamaaa gila. Sebab tunggu lama dia kasi kitorang free satu ketul setiap sorang. Bak kata adik aku, dapat free pun tak guna, tak sedap kan.hoho. .

Aku harap orang yang tak pernah makan jangan lah beli kat situ nanti akan mengalami trauma terhadap takoyaki. Aku takde la trauma cuma trauma takkan beli kat situ lagi dah.

Aku rasa Takoyaki Jusco je kot yang sedapnya. Tapi ramai orang pernah buat review (termasuk Kak Di) kata takoyaki kat Sunway Piramid tu sedap (yang kat Asian Avenue?). Ada jugak yang kata situ lebih sedap dari yang kat Jusco tu. Tak pernah pulak aku pergi situ. Kalau yang kat Jusco tu pun aku claim sedap gila sampai rasa nak nangeh je setiap kali makan , macam mana plak kalau aku dapat rasa yang lebih sedap dari situ eh? Pengsan boleh?

Ok bye!

p/s: Aku pernah makan takoyaki kat Jusco (Bukit Raja, Taman Maluri, AU2 Keramat,Mid Valley dan Cheras Selatan). Setakat ni Cheras Selatan la yang paling tak best sekali (dan Jusco ini je yang paling dekat dengan rumah aku T_T ). 10-15 minit dah sampai. Bukan sekali dua aku makan yang aku claim tak sedapnya pun, banyak kali kot tapi redha je la. Selagi ada rasa Takoyaki tu boleh la, boleh la telan lagi. Daripada yang kat SOGO tu, silalah bungkus kedai.