Pages

Bila tak sedap badan

Aku tak tahu kenapa, bila badan tak sihat, badan lemah2, kepala pening, badan+muka+mata panas, aku akan rasa macam cepat je sensitif. Sikit2 nak touching sikit2 touching. Duduk sorang2 pastu fikir2 kejap lepas tu laju je air mata mengalir (tanpa seorang pun yang tahu air mata ini mengalir). Phewww!! Rasa nak lempang muka sendiri laju-laju sebab berperangai sebegitu. Rasa macam tak releven langsung. Bila badan dah ok, dah tak panas2 dah, baru tersedar “Hek eleh, macam tu pun nak touching”. Heh! I don’t know why.



Bila mata rasa panas, aku rasa mengeluarkan air mata boleh mengurangkan haba dari dalam badan. Bila ada air yang keluar dari badan (tak kira la air mata ke air apa ke), haba dipindahkan dari badan ke luar badan melalui medium (contoh:Air). Menggunakan teori pemindahan haba dalam proses kimia fizik (apatah nama proses tu, lupa sudah). Bila mata rasa panas, lepas tu mata dipenuhi dan digenangi dengan air mata, aku rasa macam mata dah kurang panas dah. Syok je..


Apatah yang aku merepek nih.



Agaknya memang bila orang tak sihat ni cepat sensitive kan? Mungkin. Sebab tu bila menziarah orang sakit (tak kira la kat rumah ke kat hospital ke) kita tidak digalakkan bercakap perkara yang tidak baik dan boleh mengguris hati mereka walaupun dalam keadaan normal, ia tak lah mengguris sangat pun.



Ayah marah-marah tadi sebab tak beritahu dia so that dia boleh bagi ubat ke apa ke. Heh! Terharu aku. Walaupun marah-marah, aku still nampak caringnya di situ.


p/s: Sudah kembali normal =)

Perempuan zaman sekarang

Sebelum baca entri ini, sudilah kiranya anda klik link ini dulu >--- LINK.


Aku malas nak embeded kat sini. Its quite embrassing actually.


Perasaan aku bercampur-baur bila terlihat video ni. Sempat jugak melakukan aksi ternganga seminit dua. Fuuuhhhhhyooooo!!!!! Bangga giler mereka menjadikan arak tu macam air biasa! PEREMPUAN PULAK TU. Bangga giler sampai sanggup rakam. Itu yang aku simpulkan bila tengok video ni. Nampak sangat nak tiru orang Barat. Pakai seksi, pasang lagu English lepas tu tayang beer, tiger n bla bla bla WTH???


Bagi aku, mana-mana negeri pun sama. Tak kisah lah datang dari negeri mana-mana pun , yang haram tetap haram. Pernah satu member tanya aku


Dia: Nadia asal mana.
Aku: Asal sini la.
Dia: Lahir kat mana?
Aku: Hospital Kuala Lumpur. Kenapa?
Dia: Takde la. Orang kata , orang KL ni jahat-jahat..
Aku: Tak payah lah buat penilaian macam tu. Tak semua macam tu.



Pernah jugak ada lelaki yang cakap perempuan KL ni tak boleh nak percaya sangat. Katanya pakai je tudung, sopan bla bla bla tapi belakang buat kerja jahat(buat @#$%^&* dengan bf). Bernanah jugak telinga aku mendengarnya. Nak sangkal pun tak boleh sebab kata-kata dia ada betulnya. TAPI TAK SEMUA MACAM TU. Dia menjadikan seseorang yang terdekat sebagai contoh. Aku kenal dia dan seriously aku pun tak sangka dia macam tu. Nasib baik la aku pun tak berapa rapat dengan orang tersebut, kalau tak maunya aku ‘basuh’ dia cukup2. Haha.. Tapi seriously aku tak boleh terima orang terdekatku (kawan baik) melakukan perkara terkutuk dan menghinakan. Aku jadi macam automatic tak suka dan menyampah dengan orang tersebut. Huhu. Tak baik kan macam ni? Sepatutnya kasi nasihat sebijik ke apa ke. Tapi kalau kene kat aku la, reaksi first bila aku dapat tahu adalah menjauhkan diri dari orang tersebut. Masa menjauhkan diri tu la aku akan fikir sehabis baik. Fikir apa tindakan aku seterusnya. Nak nasihat dia macam mana n bla bla bla.

p/s: Ada jugak lelaki yang nak serkap jarang(dengan cara bergurau) kata aku pernah ‘ringan2’ dengan bf. Ewah ewah sedapnya berkata-kata. Eh jap jap. Sape bf aku nih? KAHKAHKAHKAH!!!!


p/s: Aku tak kisah orang nak kata aku ni kolot ke, kuno ke atas sebab aku tak boleh terima benda2 yang aku state di atas. Arak, zina, pergaulan bebas, disco bla bla bla.. Pernah jugak orang kata aku ni kolot sebab tak bersosial dengan lelaki, tepuk-tampar, berhoi-hoi hoi semua, tapi…Ada aku kisah? HAHAHHA. Bagi aku rapat dengan lelaki ada batasnya. Kat tempat aku ni, aku memang baik dengan lelaki2 kat sini, borak2 sakan, sharing2 cerita . Tapi rapat pun takde la sampai berkumpul ramai2 kemudian bertepuk-tampar, terjerit-jerit, pukul-pukul manja ewah ewah..hahaha.. Lagi satu, mereka hormat aku. Kalau mereka (lelaki2 dan ada jugak perempuan seketul dua) duduk berkumpul ramai-ramai lepas tu aku tak join, takde la diorang nak cakap aku sombong ke apa. Mereka pun faham aku ni macam mana.Mereka tahu aku tak suka environment yang macam tu so that diorang takde nak paksa2 aku bersosial macam mereka. Aku hormat orang yang hormat aku.


p/s: Untuk video di atas, aku tertarik dengan komen ni

"gler bangga sial...kononnye la..bjet jer...kalo nk bjet sgt stakat guiness,tiger watpe...layan la arak mahal bodoh..nie arak murah watpe..hahaha"


Tergelak kejap aku baca komen ni. hoho


p/s: H1N1 dah menyerang UPM. Selamat bercuti seminggu pelajar2 UPM!

Sorry, I can't be too perfect~konflik hujung tahun 2008~


picture: Flickr.com


Baru balik dari kampung. Pertunangan salah seorang my cousin yang aku baik dengannya. Bertemu juga dengan seseorang yang…err…camne nak cakap eh..err..seseorang yang tidak disukai (bukan yang bertunang ni. Orang lain). Yang pastinya aku tak akan memulakan perbualan dengan DIA. Tak akan. Tadi pun, 2 hari di situ, banyak kali terserempak dengan DIA, aku hanya bercakap ini je dengan DIA



*lagu soundtrack Witch Yoo Hee berkumandang di hp di tangan nana. Waktu tu aku duduk sebelah nana*

Dia: Lagu ni macam pernah dengar la. Dalam cerita Witch Yoo Hee kan?
Aku: Haah.
Dia: Hmm..Dah agak dah. (sambil angguk2 kepala)

Macam mana reaksi nana pulak? ~buat tak tahu. Mungkin sebab aku dah tolong jawabkan~. Aku? Menjawab sekadar untuk tidak memalukan DIA sahaja bukan untuk bermesra-mesraan (sebab aku rasa tak menjawab soalan orang yang bertanya akan memalukan orang tersebut. Aku tak akan memalukan DIA terang-terangan)


Aku dengan adik-beradik DIA memang baik giler la. Jumpa bersenyum-senyuman, makan sama2, buat kerja sama2+gelak bagai. Memang boleh kamceng+geng habis la. Tapi dengan DIA memang tak boleh. Senyum pun rasa sangatlah berat. Kalau senyum pun, terasa fake (aku tak suka senyum secara fake). Semuanya gara-gara onar yang dia buat terhadap fiza (kakak aku). tak lama dulu (2008). Macam biasa, bila ada ‘benda buruk’ menimpa orang terdekatku, aku pun turut ‘terasa bahangnya’. Kalau dia sekadar gaduh2 biasa, perli2 ke, merajuk2 ke, ejek2 ke, terasa2 hati ke, terlepas cakap ke, masih boleh dilupakan dan dimaafkan dan bolehlah difikirkan untuk ke arah hubungan yang lebih baik. Tapi onar yang DIA buat tu memang dasyat giler nak mati la. Sangat dasyat sampai aku pun tak terfikir MUKA SEBAIK DAN SELEMBUT (???) itu sanggup buat macam tu. MEMFITNAH ITU LEBIH BERDOSA DARIPADA MEMBUNUH. Fitnah tu pulak bukan yang biasa2, tapi fitnah dasyat punya. Pendek kata cerita DIA tu terang-terangan dengan niat yang jelas lagi bermisi nak menjatuhkan maruah orang lain bagai dipijak-pijak dengan tapak kasut. Dipendekkan cerita lagi, jika semua orang percaya, ia mampu membuatkan fiza dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Ok, tak yah cakap la, aku rasa semua dah boleh agak pasal apa. Semuanya gara-gara sebab DIA cemburu dengan fiza.



Inilah dia salah satu sikap orang yang tidak yakin yang Allah mengurniakan setiap manusia dengan kelebihan masing-masing. Yang penting, explore kelebihan masing2, dan gunakan sebaik yang mungkin, bukan cemburu2, lepas tu kerja asyiklah 'mencantas' orang lain. Satu jalan untuk tidak menjadi bahagia adalah dengan membeza-bezakan @membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain (pinjam ayat Diya kejap).



Berbalik kepada cerita tersebut, mula2 memang tak percaya tetapi bila orang sekeliling ‘bercakap dengan nada yang sama’, terpaksa terima hakikat tu. Dan aku agak bernasib baik sedikit sebab tak rapat dengan DIA, so tak adalah cerita buruk pasal aku yang keluar. Penilaian aku terhadap dia awal2 dulu tak salah rupanya, sebab tu awal2 lagi aku tak memilih untuk rapat dengan dia (aku agak memilih orang untuk rapat)




Selain onar yang dia buat terhadap fiza, dia juga telah mereka-reka cerita yang tak betul tentang family aku dan menyampai-nyampaikan kepada orang lain sekaligus menjatuhkan maruah family aku jugak. Padahal salah dia, dia halakan salah itu ke arah family aku. Sekarang, patutkah aku bersenyum-senyuman dan bermesraan dengan dia?



Hati aku kosong je terhadap dia. Kehadiran dia tak ada pun ‘membahangkan hati’ aku seperti dulu masa awal2 aku tau cerita dia buat onar tu. Kehadiran dia takde bagi side effect bagi aku pun. Kalau dulu, tengok muka dia, aku rasa macam ‘panas’ je tapi sekarang tak ada lagi. Kehadiran dia seperti angin lalu. Pandang tembus. Seriusly tak ada effect. Cuma aku rasa naturally tawar hati nak bercakap dengan dia. Aku rasa macam ‘bermesra-mesraan’ dengan dia tak ada guna pun. Baik tak payah. I can't be too perfect untuk lupakan macam tu je apa yang dia dah buat. Ramai sebenarnya yang tak suka dia atas banyak sebab. Cuma semua tak tunjuk dengan niat nak menjaga hati banyak pihak. Aku tunjukkah? Tak tahu, tapi yang pasti DIA tahu aku+family aku tak suka dia.



Aku agak kagum dengan kakak aku (fiza) sebab mampu buat dua perkara. Tutup keaiban DIA dan masih boleh bermesra-mesraan dengan DIA . Aku? Masih boleh tutup keaiban DIA yang agak banyak tu tapi nak bermesraan dengan dia macam susah. Tak apa, just go with the flow. Dan satu lagi yang aku nak highlight di sini. DIA TAK PERNAH MEMINTA MAAF ATAS SEMUA YANG DILAKUKAN ITU. Walaupun dia tahu, kami tahu apa yang dia dah buat. Oh, sungguh tak sangka manusia yang tidak berperasaan masih wujud di dunia ini. Di mana bila dia buat salah lepas tu orang boleh discover kesalahan dia, dia masih mampu buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tu juga menyumbang kepada faktor2 kenapa aku tak boleh nak 'bermesraan' langsung dengan dia. Apa salahnya minta maaf? Kalau rasa diri salah, admit je. Kalau rasa diri tak salah tak payah admit, janji minta maaf it's quite enough. Meminta maaf bukan bermaksud kalah. Meminta maaf jugak bukan menentukan siapa salah, siapa betul. Sekurang-kurangnya, meminta maaf mampu meredakan sedikit hati yang tengah panas pada ketika itu.



Aik, macam emo plak entri ni pulak. Hahaha..Tak la. Itu hujung 2008 punya cerita. I had such a great time kat kampung semalam. Fun! Really! Tambah2 lagi ramai betul tukang buat lawaknya. Orang Melaka aku admit memang cakap main lepas. Lepas habis la takde main cover2. Kadang2 perkataan yang tak dijangka pun boleh keluar. Itu yang asyik nak gelak je tu. Tapi, itu semua diakui untuk tujuan bergurau. Bila dah terbiasa dengar, takde siapa yang nak makan hati or terasa2 semua tu. Walaupun aku pun kadang2 tak biasa bercakap begitu, tapi aku tumpang gelak je diorang cakap camtu. hahaha!!! Serius aku boleh terima yang itu adalah untuk tujuan melawak. Bukan macam ada sesetengah pihak, nak memperli orang lain tapi dikaburi dengan LAWAK BO***. Supaya tak nampak sangat macam nak memperli. Eh eh, ada orang terasa tak? (sambil pandang kiri kanan) Opsss!! Ahaha.. Aku boleh beza antara lawak atau perli okay ;)


p/s: Gambar yang terhasil di majlis pertunangan itu dari hasil tangkapan kamera hp aku semuanya jenis yang gelap2. Atas alasan, cuaca@suasana@pengcahayaan yang tak mengizinkan untuk gambar itu jadi clear. Wah, tension akuuu..

p/ss: Petang semalam tiba-tiba terhisteria kejap bersama-sama nana bila tertengok cerita hero pujaan nombor dua nana kat tv8 (Hooping Dulcinea, ulang tayang). Mike He Jun Xiang. Comel! Hahaha.. Mike He aku kenal sebab cerita Devil Beside You. Yang aku tahu, dia spontan dan kalau berlakon jadi pelajar sekolah@kolej yang nakal memang menjadi lah. . Komen nana “Angah, perasan tak, watak Mike He semua yang macam nakal2 sikit. At the same time a bit romantic. Lepas tu mesti ada part dia main bola keranjang, tak pun naik motor besar. Dia macam sesuai la watak2 macam tu”.





sekarang macam dah trend perempuan Malaysia meminati lelaki bermata sepet a.k.a yang berasal dari Taiwan@China@Hong Kong@Korea@Jepun. Sila akui statement itu. Kah3x!