Ari ni da kuar berita Malaysia kalah dengan China dlm perlawanan separuh akhir Piala Thomas. Kecewa aku. Alamat Malaysia kempunan lagi la untuk dapat balik Piala Thomas tu. Kali terakhir Malaysia dapat pown masa tahun 1992. Time tu keluarga Sidek tengah concer sukan badminton. Camne boleh kalah? Aku rasa Malaysia ada barisan yang cukup kuat untuk lawan China. China sendiri akui walaupun perseorangan mereka hebat(Lin Dan,Chun Lai,Chen Jin) tapi kalau dalam berpasukan,Malaysia hebat. Piala Thomas ni berdasarkan berpasukan. Perseorangan dengan beregu kene seimbang.Cakap pasal beregu,pasangan beregu Fairuzizuan-Zakry pulak wat kejutan. Walaupun first time beraksi dalam Piala Thomas,depa boleh hadiahkan mata kemenangan buat Malaysia. Padahal mereka ni beregu simpanan je coz Tan Fook &Wan Wah x dpt diturunkan atas sebab kesihatan.Chong Wei pown main bagus gak. Dia mampu kalahkan pemain no 1 dunia,Lin Dan. Walaupun berdasarkan rekod perlawanan terdahulu tak memihak pada Chong Wei(maknanya dia slalu kalah bila lawan dgn Lin Dan) tapi dia mampu berikan persembahan terbaik dalam perlawanan kali ni. Menang straight set tu. Aku rasa ada bagusnya taktik Chong Wei ni. Dia tengok balik video yang dia pnah lawan dgn Lin Dan yang dulu,pastu dia cari apa kelemahan LinDan,pastu dia jadikan kelemahan tu sebagai kekuatan untuk dia. Fuh!!Pandai jugak taktik dia ni. Mana pernah pemain Malaysia yang lain yang buat macam tu. Terutama si Hafiz Hashim tu. Lembik! Masa perlawanan ni dia tewas kat tangan Chen Jin. Memang Chen Jin rangking dia atas sket daripada Hafiz ni,tapi Hafiz diharapkan untuk buat kejutan. Sebab dulu(perlawanan separuh akhir Piala Thomas yg lepas kalau x silap) si Hafiz penah wat kejutan dgn kalahkan pemain rangking ke-3 dunia Bao Chun Lai(if I not mistaken) . Kalaulah Hafiz main dengan bersungguh-sungguh,aku boleh terima kekalahan dia(coz kalah menang adat pertandingan) ,tetapi dengan jelasnya dan sahih dia main MEMANG tak bersemangat. Dia tak gunakan kelebihan(tinggi) dia semasa main. Silap besar la dia kalau dia rasa peminat2 tak tau bezakan pemain tu main betul2 atau sambil lewa.Sayang seribu kali sayang! Yang pasangan beregu emas Kien Keat-Boon Heong pulak buat hal,kalah pulak. Tak tau nape depa asik kalah je akhir2 ni.Entah la bila menengok prestasi sukan badminton Malaysia yang turun naik ni aku x yakin Malaysia mampu memenangi Piala Thomas. Selagi diorang x mampu mengatasi perasaan gugup diorang tu(diorang ckap mende tu punca diorang x mampu main dgn baik,tp…tak tahu la..) selagi tu Malaysia takkan dapat menang Piala Thomas. Rexy (jurulatih beregu Malaysia) kata sepatutnya perlawanan separuh akhir dgn China, diorang nak wat strategi baru. Tukar pasangan beregu. Tan Fook akan brpsgn dengan Kien Keat manakala Wan Wah dgn Bon Heong. Kombinasi ini terbukti berjaya bila mereka(dua kombinasi beregu) berjaya menumbangkan Jepun masa perlawanan suku akhir Piala Thomas kali ni. Tapi saat2 akhir,perlawanan separuh akhir ni,kombinasi ni x dpt wat sebab Tan Fook demam and Wan Wah mengalami kecederaan. Aku rasa la kan,kalau lah kombinasi ni dibuat,mesti peluang Malaysia menag dgn China lebih cerah. Ye la,Boon Heong-Kien Keat asik kalah je! Aku dah bosan tengok diorang main. Aku rasa diorang(jurulatih&pasukan China) dah dapat baca corak permainan beregu ni sebab tu beregu emas kita asyik kalah je,sebab nak kata depa x terer,takkkan dia slalu menang masa era kegemilangan diorang dulu. Nak kata prestasi merosot,diorang dah buktikan diorang dapat main dgn baik time lawan dgn indon dlm suku akhir ari tu. Tapia apa-apa pown,aku nak kalungkan sedikit pujian buat pasukan MALAYSIA keseluruhannya sebab mereka da tampilkan permainan terbaik mereka kali ni. Walaupun mereka kalah,tapi kalah mereka dikira kalah bermaruah sebab kalah 2-3 kat tgn China. Di kala, Korea Selatan berjaya menumbangkan Indonesia dengan mudah 3-0,Malaysia terpaksa berhempas pulas sebelum tunduk 2-3 dengan China. Kira Malaysia lawan ok sket la berbanding Indon.hehehe.. Hmm..aku harap masa sukan Olimpik Beijing Malaysia akan mampu buat kejutan. Moga-moga strategi tukar pasangan beregu dapat ditampilkan sebab aku cukup yakin strategi ni akan berjaya. Dan aku juga berharap mereka dapat mengurangkan rasa gugup dan tingkatkan kekuatan mental mereka.Aja!Aja!Fighting!
0 voice out:
Post a Comment