Pages

Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Komen melambangkan peribadi

Serius aku taknak update apa2 buat masa sekarang ni but ada satu isu hot yang membuatkan aku macam terpanggil untuk update entri ini. Sebelum ke ayat yang lebih lanjut, I’m sure semua blogger faham maksud plagiat bukan? Kepada yang blogger yang belum faham, saya mahu share sikit


Bagi maksud kaedah ini, plagiarism termasuklah

(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan sendiri; atau
(b) suatu cabaran untuk menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia adalah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil dari sumber lain.


Kredit: Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI


Bukan isu plagiat yang aku nak ceritakan di sini, tetapi isu bagaimana kita-kita sebagai manusia normal yang bereaksi dengan perkara yang datang kepada kita.


Sampai sekarang, aku masih ingat lagi pesanan & peringatan diya kepada blogger di salah satu entry dia lama dahulu. “Berhati-hati apabila memberi komen. Kerana setiap komen itu menggambarkan peribadi kamu. Jika penulis tengah marah-marah atau maki hamun, jangan memburukkan lagi keadaan dengan turut memberi komen berunsurkan maki hamun jugak kerana ia secara tak langsung turut menjejaskan ‘peribadi’ kamu ”. Kadang2 orang boleh menilai kita hanya melalui komen sahaja" (lebih kurang camni kot ayat Diya ni, aku tak ingat detail2 ..hehehe. Tapi maksud ayat sama kot. Correct me if I wrong Diya).



Aku bukan nak membela si plagiat itu, malah aku pun turut tak bersetuju dengan tindakan dia itu.Sangat tak setuju dan aku pun rasa macam ‘Eeeii, dia tak ada life kah?’ Memang sesuatu yang 'pelik', copy paste ayat orang lain dan dijadikan sebagai entry sendiri cuma tukar nama jek. Tapi itu hanyalah dalam hati sajalah, tak terluah dalam bentuk komen. . Manusia mana yang tak marah bila hak-ciptanya diciplak oleh orang lain. Yang aku peliknya, tuan punya blog sendiri pun takde maki-hamun apa jauh sekali nak carut2 bagai, tapi dia punya ‘peminat’ pulak yang terlebih-lebih. Oh apakah?


Yang paling penting, budak itu sendiri dah mengaku itu salah dia, and she learn the lesson (aku sempat baca update twitter dia sebelum dia buang function twitter tu). Siap minta maaf kepada semua yang terlibat. Itu yang semua orang nak kan? Bila mana orang buat salah mengaku salah dan meminta maaf, kita sebagai manusia biasa yang tak terlepas dari kesalahan ni pun should accept it. Tak perlulah kesalahan yang macam ni pun nak maki hamun dia siap keluar perkataan bod*h ke sia* ke dan lain2 perkataan lucah yang tak sanggup aku letak kat sini.


Sila rujuk sini----LINK---- (tengok kat ruangan shoutbox)

Untuk entry plagiat (bukti), bleh rujuk di sini---LINK----. Kalau rajin (note:kalau), bacalah komen2 yang beratus tu..heheh..Aku baca SEMUA komen weh. Saje nak tengok ‘reaksi’ orang lain macam mana =).Biasa la nadia, always like to observe the surroundings ;)



Kesian gak aku tengok budak tu kene ‘hentam teruk’ dengan peminat blog tersebut (blog yang dia plagiat itu). Kiri kanan depan belakang dia kene serang. Dia hanyalah budak sekolah yang entah matang entah tidak. Baru berusia 17 tahun di mana keinginan untuk menjadi seperti idolanya begitu tinggi. Mungkin cara dia mengekspresikan rasa ‘minat’ itu salah tapi ala budak je kan, budak kan tak matang, maafkan aje la.Tegur secara baik. Not a big issue. Dia pun dah private ke remove blog dia tah tapi aku tak tahu la salah seorang fan blog tu macam terer boleh bagi link bagaimana nak masuk blog itu walaupun dah private (Jangan tanya aku macam mana sebab aku pun tak tahu. Aku hanya copy link yang diberi dan paste kat browser dan taraaaa…dapat jenguk dah blog tersebut dan melihat bagaimana peminat2 blog fofuler itu bereaksi dengan si plagiat tersebut)



Sebenarnya kan, aku agak kagum sikit dengan budak tersebut sebab dia boleh mengaku salah dan minta maaf, siap emel ke penulis blog minta maaf secara peribadi. Bukan senang tau orang buat salah ni nak mengaku salah. Tambah-tambah dalam blog. Paling cikai sekali, dia boleh buang shoutbox, close comment dan buat entri pendek lebih kurang macam kat bawah ni


“Fine!!!!! Aku delete je blog ni!!!!! Biar semua puas hati. Kata aku tiru sangat kan! Tuan punya blog pun tak kecoh-kecoh yang korang kecoh-kecoh sangat ni apahal? Penyibuk!!!! Fine! !!!Semua boleh blah dari sini! Blah!!!”



Kemudian delete je blog dan menghilang terus dari dunia blog takde nak minta maaf ke apa ke. Ala, setakat dalam blog kan, apa nak dikisah kan. Bukan jumpa depan2 pun. Semudah ABC aite?


Tapi tindakan di atas aku conclude hanya untuk orang yang berfikiran singkat dan TIDAK BERANI BERHADAPAN DENGAN KENYATAAN. LARI DARI MASALAH. Ceh, macam penakut je buat salah tapi tak nak minta maaf lepas tu delete blog . Tak guna buat entri ada banyak tanda seru bajet2 macam garang giler arr padahal tak, eh eh tersasul berimiginasi pulak, melalut ke mana tah (eheheh) ok kembali ke kisah tadi. Sebab tu aku macam ter-kagum sikit bila budak tersebut minta maaf kepada umum, emel maaf kepada owner blog, dan letak update status twitter dia “Minta maaf semua. I’ve learnt the lesson”


p/s: Aku pun kagum dengan owner blog tersebut. Dia tak mudah ber-emo malah tak ada satu pun unsur maki-hamun dalam entrinya itu . That’s the behavior of a matured person =) Dua-dua aku kagum. Sorang berani minta maaf, sorang lagi memaafkan saja tanpa banyak bunyi.


p/ss: Masih dalam misi menjadi matured person dari segi yang ini. Tidak mudah emo dengan orang bila orang buat ‘tak baik’ kepada kita. Lemparkan suara hati kita ‘secara tak langsung’. Nak bagi orang tu terasa pun jangan berlebih sangat. Terasa sikit2 tu perlu ada sebab kalau tidak terasa langsung, orang tu takkan berubah kan? Sebab ‘terasa ‘ itu la yang membuatkan seseorang tu boleh mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.

p/sss:Kalau aku la, aku mungkin akan seek budak tu punya apology before publish the entry. Itu kalau aku la. Masalahnya bukan aku pun, takda orang nak plagiat aku, aku tak popular pun. tak cantik pun. Wakakakakaka!!!!


p/ssss: Jangan buat hal dalam dunia blog. Nanti kantoi malu tak sudah.


Kay, saje je nak share2 pendapat untuk renung-renungan. Panjang weh entri ni. Semangat giler aku mengupas isu ni . Apasal tah tetiba semangat semacam. Tsk tsk tsk. Okay panjang giler entri ni okay bye!

Obsession: Perasaan itu datang lagi

Lama betul tak menonton drama bersiri. Korea ka, Taiwan ka mana ada tengok lagi sekarang (apa cerita hot korea sekarang eh?) Cerita melayu lagi la tak tengok. Seperti yang semua maklum, DRAMA MELAYU MALAYSIA AGAK TIPIKAL. Setiap masa kita disogokkan dengan jalan cerita yang lebih kurang sama. Dah la plot cerita tak kuat, pastu pelakon berlakon macam tak berapa berkesan sangat, pastu teknik kamera tak cantik, tak kreatif bla bla bla. Menonton drama melayu ni memerlukan keazaman yang gigih atau boring yang terlampau sampai tak tahu nak buat apa dah baru lah tengok cerita melayu. Tu diaaaaa, dah terkutuk la pulak kan. Haha…




Tapi cerita Nur Kasih ni SANGAT LAIN. Sinematografinya cantik dan kreatif! Peminat fotografi tentu perasan kelainan aspek yang ini berbanding cerita melayu yang lain. Yang paling aku perasan kelainan cerita ini adalah dialog2 pelakonnya. Aku sangat mengambil berat penggunaan dialog dalam sesebuah cerita yang aku tonton. Kalau setakat dialog sampah aku takda tengok punya la..haha.. Bukan semua cerita melayu mampu memberikan dialog yang kreatif2 macam ni yang mampu membuatkan aku berfikir, yang simbolik, indirect tapi berkesan dan kita faham maksudnya. Aku suka dialog2 yang simbolik ni. Short but meaningful. Menggalakkan aku berfikir. Cerita korea+taiwan ada elemen-elemen ni. Teknik kamera yang berkesan, penghayatan yang superb dan jugak dialog yang kreatif2. Sebab tu walaupun kadang2 jalan ceritanya nampak sama je semua, kisah cintan-cintun, konflik keluarga tetapi setiap satunya mempunyai moral value yang tersendiri dan tetap ada kelainan. Cerita melayu takde semua ni (except nur kasih I think)


Cerita Taiwan pulak, penuh dengan kata-kata motivasi yang mampu menaikkan semangat yakin kepada diri sendiri khas untuk orang yang selalu tak yakin terhadap diri sendiri macam aku ni. Kekreatifan mereka mengolah ayat, teknik penggunaaan kamera yang kreatif, penggunaan muzik yang variasi dan disesuaikan dengan mood membuatkan aku rasa nak tengok je semua cerita korea+taiwan yang wujud. Dan satu lagi drama terbaik mengikut tafsiran aku ialah drama yang mampu membuatkan aku tertanya-tanya apakah yang akan terjadi seterusnya dan disebabkan sifat aku yang selalu ingin tahu on the spot tu, ia membuatkan nak sambung tengok lagi nak sambung tengok lagi nak sambung tengok lagi... non-stop. Sudahnya, tu yang jadi TER-MARATHON cerita korea direct tu sampai kadang2 sanggup tak tidur. Kadang2 sampai tak terperasan “Eh2, dah 10 jam tengok tanpa berhenti? Biar betul?!” Hohhh!

Antara dialog Nur Kasih yang membuatkan aku terkesima sekejap

Adam: Kita ni berbeza. Bagai langit dan bumi.

Nur: Tapi..Bukankah langit dan bumi saling melengkapi?


Ustaz Hassan: Isteri orang ada intan, berlian. Isteri abang…

Hajah Khadijah: Isteri abang ada abang…


Short but meaningful =)



p/s: Peminat2 cerita korea yang tertengok (walaupun sekali) tentu tertarik dengan cerita ni kan? Dan aku ternyata tak bersendirian

"Actually saya peminat drama korea and saya byk koleksi drama2 korea yg best2 utk tgk berulang2 kali. But Nur Kasih telah mengubah tanggapan saya drama melayu selama ni malah ia lebih hebat dr drama korea...syabas Khabir Bhatia. Kalu boleh nanti terbitkan DVD dan novel dia sekali utk koleksi."

Aku terjumpa komen ni kat ada satu website ni masa search pasal nur kasih. Serius terlupa link dia.

p/ss: Memetik kata salah satu komen terhadap cerita ni.

"Semoga semua pengarah2 yang ada di Malaysia menonton drama ini. Kita tak perlukan 'BOHSIA' atau 'REMPIT' untuk menginsafkan atau menyedarkan orang. Cukup dengan NUR KASIH...."

p/sss: Cerita ini tak jiwang. Jangan salah anggap. Ia lebih dari itu.

p/ssss: Yang pastinya, TV3 tak bayar aku untuk promote citer ni

p/sssss: Amboiii, banyaknya p/s aku

"Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagitu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air,bang..."

KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH

Mood minggu ini: Sentimental !

Tau tak, lately nadia asyik pasang (melalui hp) lagu kat bawah ni je. Hampir setiap masa asyik pasang je lagu ni. Sampai rumate nadia naik boring dah (agaknye la.hehe) . Tapi aneh,nadia tak boring pun dengar lagu ini berulang-ulang kali. Nadia kalau dah start minat sesuatu memang akan jadi lagenda sepanjang zaman la. Means susah nak hilangkan dan tak mudah boring (Citer My Girl tu pun nadia tak jemu tengok banyak kali sampai sekarang tau). Dah jadi macam die hard fans pulak. Jatuh cintakah nadia pada lagu ini? Nak tidur dengar(kadang2 dah tido pun still pasang), tengah study dengar(sempat lagi), sidai baju dengar(boleh pulak) dan kalaulah handphone nadia ni kalis air, dah lama nadia bawak masuk dalam toilet. Hahaha(Melampau!)



~LAYAR KEINSAFAN~

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

SUMBER: liriknasyid.com

Suara penyanyi + lirik + irama lagu = Sangat best lagu nih!!!!!!!!!!!!!!!

Serius suka suara penyanyi lagu ni. Rasa nak cakap je dengan penyanyi 2 tu “Suara kamu sangat best! Kita tukar suara boleh?” (Aik? Over nadia nih!!!)

Lagu ni sebenarnya dah lama. Masa Sya perkenalkan kat nadia dulu,nadia takde respon pun. Mungkin belum terbuka untuk menghayatinya. Tiba-tiba masa cuti raya ari tu, kakak n adik nadia perkenalkan lagu ni pada nadia. Diorang cakap lagu ni jadi lagu tema drama hit masa bulan puasa ari tu. Citer dia tentang lelaki yang jahat giler pastu insaf dan dia minta maaf dengan semua orang yang dia pernah buat jahat dulu. Tapi sayangnya,ucapan maafnya tidak diterima malah dia dicaci dan disumpah seranah. Kenapa ye? Nadia agak mungkin kesalahannya terlalu besar untuk dimaafkan(nadia tanya kakak nadia kesalahan apa yang lelaki tu buat,tapi kakak nadia boleh terlupa pulak.Aiseh).

Erm..mungkin kesalahan-kesalahan kecil seperti menipu,gaduh biasa,aku terasa kau terasa,cakap lepas or seangkatan dengannya should be no problem untuk dimaafkan tapi macam mana kesalahan yang besar seperti

1) 1)Orang itu DENGAN SENGAJA membuat sesuatu supaya anda disumbat ke dalam jail selama berpuluh-puluh tahun atas kesalahan yang anda tidak buat dan menyebabkan anda dipandang serong.

2) 2)Orang itu DENGAN SENGAJA merogol anda(jika anda perempuan) pastu siap boleh main pas-pas kat kawan dia dan sekaligus membuatkan anda trauma dan tertekan sepanjang hidup.Ia sudah tentu memusnahkan hidup dan masa depan anda.

3) 3)Orang itu DENGAN SENGAJA membunuh ibu atau bapa atau keluarga terdekat anda dengan kejamnya. Pastu siap main kerat-kerat 18 macam kes Mona Fendi tu !

4) 4)Orang itu DENGAN SENGAJA memfitnah anda berzina with sumone. Pastu siap boleh bagi bukti tu(of course bukti yang direka-reka untuk menyedapkan perjalanan cerita) dan menyebabkan keseluruhan masyarakat mempercayainya dan anda dipandang serong.

5) 5)Dan segala macam kesalahan yang boleh memusnahkan perjalanan hidup dan masa depan anda

Err…bila nadia bayangkan nadia berada dalam situasi di atas(minta dijauhkan la.Amin),nadia rasa nadia pun mungkin susah nak maafkan kesalahan insan-insan itu. Sebagai manusia yang tidak dapat lari dari emosi, kemungkinan besar nadia susah nak maafkan mereka tapi kemungkinan kecil boleh(hanya apabila Allah gerakkan hati kecil nadia. Hati Nadia kan milik Allah,Dia berhak). Orang kata kalau bercakap memang mudah tapi orang yang pernah mengalaminya yang dapat merasakan sebenar-benarnya persaan itu. Selama pembacaan nadia di paper,internet,majalah,buku, kesemua orang yang pernah mengalami peristiwa di atas ni mengatakan yang mereka TIDAK MEMAAFKAN PESALAH ITU DUNIA DAN AKHIRAT SAMPAI BILA-BILA walaupun pesalah itu sudah insaf dan meminta maaf. Mungkin ada sebilangan kecil ada yang sudi memaafkan pesalah tapi nadia tak jumpa lagi. Kalaulah nadia tahu ada orang yang pernah mengalami peristiwa di atas tetapi sudi memaafkan pesalah itu dengan kerelaan hati, nadia nak jumpa mereka!!! Nadia nak luahkan kekaguman nadia kepada mereka. Nadia nak selami hati mereka. Nadia nak tanya mereka atas dasar apakah mereka memaafkan kesalahan insan itu. Nadia nak tahu!Dan mungkin selepas mendengar kata-kata dan nasihatnya, nadia boleh menjadi seperti mereka..

Bila kakak nadia pasal citer tu , Nadia pun mulalah membayangkan nadia berada dalam situasi lelaki itu sambil mendengar lagu atas ni. Rasa sebak pun ada. Ye la, tak sedih ke kalau kita minta maaf seikhlas hati dengan sungguh-sungguh tapi orang berkenaan tak nak maafkan kita? Sedih, okay! Tapi kalau nadia berada dalam pihak yang lagi satu pulak, nadia pun mungkin susah nak maafkan lelaki ni(kalau kesalahan yg dibuat ada dalam senarai di atas). Bila jadi macam tu, nadia rasa lagu ni sangat menyentuh hati dan memberi kesan kepada nadia sangat2. Sampai nadia cari lirik dia dan tafsir maksud setiap baris lagu ni. Pastu siap letak dalam profile frienster lagik. Aiseh,profile kat friendster nadia tu, lagu yang berkumandang ialah Witch Yoo Hee OST tapi sekali letak lirik ‘Layar Keinsafan’. Sesuaikah? Tapi, takpe la, Nadia letak je ^_^ lalalalala

“KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH”

Pernah dengar word ni? Nadia setuju 100%.

p/s: Aik? Kenapa entri kali ni panjang? Kerana kesemua virus-virus itu nadia dah halau out from my laptop and my lappy telah pulih seperti sediakala. Thanks kepada sape2 yang mencadangkan antivirus2 yang berkesan. Juga kepada nadxoxo yang sudi antar file antivirus GVR by email ^_^

Bahagia ke kawen tanpa restu?

Sejak dari dulu lagi nadia nak cakap pasal ni. Tambah2 lagi sejak tersiarnya berita seorang wanita Malaysia sanggup lari ke Lombok, Indonesia untuk mengikut kekasihnya. Rasanya satu Malaysia dah heboh pasal budak perempuan yang bernama Fadilah ni(bagi yang selalu baca paper). Pada awalnya bapanya mengatakan dia dilarikan oleh kekasihnya. Kemudian baru-baru ni(masa raya) nadia ada terbaca paper dan ada gambar yang cukup menggambarkan Fadilah ini sebenarnya RELA mengikut lelaki itu. Bak kata diya, kadang2 gambar tanpa kata-kata sahaja sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya. Dari gambar sahaja sudah tergambar kegembiraan di wajah Fadilah ini menyambut Aidilfitri bersama keluarga lelaki itu. Fadilah ni sanggup tinggal bersama keluarga lelaki itu(di Indonesia) dan meminta ayahnya mengizinkan dia berkahwin dengan lelaki itu. Ayahnya itu ada mengatakan dia tidak akan izinkan anaknya berkahwin dengan lelaki itu sampai bila-bila dan dia berusaha membawa anaknya pulang ke Malaysia(anaknya sebenarnya tak nak balik Malaysia).

Nadia pelik dengan statement Fadilah tu “Tolong benarkan kami kawen ayah. Saya sudah mengenalinya lama sejak saya berusia 15 tahun lagi. Sudah 3 tahun kami berkawan”

3 tahun kenal terus percaya bulat2? Okay, kita lupakan tentang itu. Yang paling penting sudah cukupkah pengalaman seorang yang berumur 18 tahun untuk menilai seseorang? Dia mengenali lelaki itu sejak berusia 15 tahun~ USIA YANG TERLALU MENTAH UNTUK MENILAI ORANG LUAR DAN DALAM~

Kesian mak bapak dia. Penat2 jaga,bela dia, sanggup buat macam tu dengan keluarga sendiri. Sanggup mengetepikan keluarga sendiri..

Orang kata cinta itu buta. Kerana cinta seseorang sanggup melupakan ibu bapa, sanak saudara demi mengejar cinta. Nadia pelik, sampai begitukah pengorbanan untuk cinta? Mungkin nadia tak tahu sebab nadia sendiri pun takde pengalaman dalam hal ini. Mungkin orang akan mengatakan kepada nadia “Ko tak rasa lagi, so jangan cakap banyak. Ko tak tahu situasi aku”. Ok, nadia tahu nadia kurang dari segi itu. Sebab tu nadia banyak sharing dengan orang. Dengan orang sekeliling nadia. Nadia banyak tanya tentang pengalaman mereka. Masa nadia keje dulu nadia ada rapat dengan rakan sekerja ni(nadia namakan dia Kak Mira). Dia mengatakan yang dia berkahwin dengan suaminya sekarang tanpa restu. Nadia tanya dia “ Akak bahagia tak sekarang?”. Dan dia menjawab yang memang so far diorang takde masalah.

Tiba-tiba suatu hari dia tak datang kerja selepas waktu rehat makan tengah hari. Nadia bengang jugak la sebab kene buat keje sensorang then nadia dapat call daripada dia. “Nadia, sori sangat. Akak ada problem dengan suami akak ni. Dia nyaris nak ceraikan akak. Kitorang kene pergi pejabat agama hari ini.” Masa nadia dapat call tu, memang agak tension. Kenapa nak campur hal kerja dan hal peribadi?

Balik2 dia cerita yang yang dia DISERET SEPANJANG JALAN DENGAN RAMBUT DEPAN ORANG RAMAI KAT JALAN RAJA LAUT(dekat2 dengan sogo). Nangis2 dia cerita dengan nadia dan punca terjadinya peristiwa tu. Nadia bersimpati juga bila dengar kisah dia (hilang terus rasa marah). Kerana simpati, nadia sanggup keje sensorang pada hari itu tanpa report kat bos (sebab kalau bos tahu confirm2 akak tu kene pecat terus). Nadia masih percaya kat dia. Mungkin sebab kami rapat dan dia pun baik. Saat itu nadia terfikir yang tanpa restu ibu bapa juga menyumbang kepada kejadian itu. Orang kata selagi takde restu, hidup takkan bahagia. Dah banyak kejadian2 ini berlaku di sekeliling kita. Masalahnya kenapa la Fadilah dan Kak Mira ni tak ambil iktibar? Orang kata kalau berlaku sesuatu musibah, kita kena nilai kenapa musibah datang kepada kita? Atas sebab apa? Mungkin musibah datang supaya kita dapat menilai kekurangan diri.Dia nak kita sedar kesilapan yang kita pernah lakukan suatu ketika dahulu...Who knows?

Dalam kes Fadilah ni, nadia sokong ayahnya. Ayah dia tak bagi kahwin mesti ada sebab.Pendapat nadia la, kalau betul la lelaki ni ikhlas, kenapa nak bawa lari anak dara orang? Kenapa tak jumpa sendiri ibu bapa Fadilah meminta keizinan? If, diorang tak izinkan, kenapa tak berusaha memujuk? Orang kata kalau kita betul-betul ikhlas, hati orang tua boleh dilembutkan. Dia akan nampak keikhlasan kita. Ini, kalau mula-mula dah buat hal, lepas kahwin apatah lagi(faham-faham sendiri lar lelaki ni macam mana)…..

ops! teremo plak..Sebenarnya geram dengan Fadilah ni.huhuhu

perihal sombong dan isu remaja lari dr rumah

sombong?macam mana gaya sombong?adakah macam ni>---- @rajuk
atau orang yg bila ditegur tapi kaku tanpa memberikan reaksi macam ni>---:pandaGeli_06:

Sebenarnya aku tak percaya di dunia ni ada orang yg sombong unless kalau orang tu memang x bercampur dgn orang sekeliling dia ataupun luar komuniti yg dia berada sekarang atau di mana-mana sahaja. Maksudnya dia tidak mempunyai kawan langsung walaupun seorang! Itu baru aku boleh dikatogerikan sebagai SOMBONG. Apa definisi sombong bagi korang? Adakah jika kamu menegur dia tp dia x menyahut@membalas? Atau dia tak pernah menegur kamu di kala ramai orang menegur kamu?(maksudnya semua orang sekeliling tegur kamu kecuali dia sorang yg tiba2 tak tegur kamu). Atau dia tak pernah memberi reaksi dengan setiap yg kamu katakan?


:pandaGeli_12:.Tak semestinya kalau ada salah satu di atas bermakna dia adalah seorang yg sombong..

Kalau ada salah satu di atas….Pernah kah kamu terfikir apa sebabnya? Pernah x? @fikir Aku cukup x setuju kalau bila ada salah satu ciri kat atas ni je terus di cop SOMBONG! Aku memang pelik kalau ada orang yg berfikiran begini(walaupun aku sedar memang ramai yg berperangai macam ni).Kalau dia seorang yg sombong, dia takkan mempunyai walau seorangpun kawan di dunia ni. Kalau dia seorang yg sombong dia takkan reti@tahu bagaimana berinteraksi dengan kawan-kawannya.

Berbalik kepada puncanya…Kenapa kamu tak terfikir sebab kenapa orang tu tak membalas teguran kamu@fikir ? Tambah2 kalau dengan orang lain ok je tp dengan kamu dia berperangai begitu? Di situlah letaknya kemahiran ‘memahami orang lain’. Cubalah memahami dia dari sudut yang berbeza. Jangan berfikiran terlalu straight. Cuba perbanyakkan cabang. Dan tolong jangan buat statement yg terburu-buru tanpa kajian yg lebih mendalam. Seseorang kawan aku di universiti lain pernah di tanya oleh senior lelaki di kolejnya kenapa dia tak bercampur@bertegur dengan orang lain selain ‘klik’nya..Aku memang pelik dengan statement yg dibuat oleh SENIOR LELAKI ITU. Jom kita kaji @mari:

1) Dia adalah LELAKI. Adakah di masuk semua blok perempuan dan tanya satu2 perempuan adakah mereka pernah bertegur dengan budak tu@fikir?

2) Adakah dia ada buat interview dengan semua satu kolej? Mungkin salah satu soalan yg boleh ditanya adalah ‘Pernahkah budak ni senyum@bertegur dengan kamu@fikir?’

3) Dan…pernahkah dia terfikir sebabnya@fikir?(mungkin bukan satu,mungkin banyak dan berangkai)

Yang aku cakap kat sini adalah ‘tolong jangan buat statement UMUM terburu-buru’.@takboleMungkin statement itu mewakili kumpulan tertentu tapi tak mewakili SEMUA orang. Kalau kamu berhadapan dengan orang yg x banyak cakap takpe la…Angguk geleng je..Kalau tiba2 orang yg kamu cakap tu adalah seorang yg suka berhujah dan memberikan pendapat macam mana? Tiba2 dia dapat mengeluarkan hujah yg dapat menentang kamu macam mana?(maksudnya dia dpt membuktikan tanggapan kamu adalah salah). Jangan kamu cakap kurang ajar pulak kalau dia mengeluarkan pendapat dengan cara yg elok(walaupun dia menentang kamu dan dia lebih muda daripada kamu). Cubalah berfikiran terbuka dalam menerima pendapat orang lain(Maksudnya jangan la cakap kurang ajar ke@melawan ke@apa ke..)

Kalau aku la…kalau aku tak berapa mengenali seseorang dengan lebih mendalm@kenal rapat, aku tak berani menentangnya@memberikan pendapatku yg tersendiri lebih2 lagi kalau orang tu lebih tua daripada aku. Aku Cuma xnak dia fikir aku ni kurang ajar ke @melawan ke @apa ke..Selagi rasa hormat tu masih ada….



Tapi kalau dengan ayah aku lain pulak. Aku kenal ayah aku dan ayah aku memang memahami aku. So,kitorang selalu berdebat tentang sesuatu isu. Isu semasa. Isu remaja..Isu rumah tangga@lepas kahwin.Masing2 mengeluarkan pendapat masing2 dengan cara yang elok dan betul (Ayah aku takdela cakap kurang ajar ke@melawan ke..sebab dia tahu aku sudah cukup dewasa untuk mengeluarkan pendapat.Dia tahu aku sudah cukup sumber di sekeliling untuk dirujuk). Takde istilah terasa ke@apa ke kalau memberikan pendapat sebab masing2 faham.. Kadang2 aku menang,kadang2 aku kalah juga..Dan aku masih boleh terima pendapat aku salah dan menerima pendapat@pandangan ayah aku tu@sembah...Bila tyme ayah aku kalah mesti dia terdiam(xtau nak cakap ape dah coz dia takkan berhenti bercakap@memberikan pendapat jika dia x bersetuju dengan apa yg aku cakap).Samalah dengan aku(sebenarnya dalam hal ni perangai ayah aku dengan aku sebenarnya sama je(khas kalau berhujah dengan ayah aku je kalau dengan orang lain,x sangat sebab….susah nak cakap sebabnya).…Adik aku dengan kakak aku selalu join jugak. Biasanya kitorang satu geng@nari@nari@nari. Dah jadi 3 lawan 1 dah.. Walaupun macam 3 lawan satu yg satu tu(ayah aku) agak kuat hujah dan pointnye. Kadang2 memang susah nak sangkal. Yang satu tu la kadang2 boleh menang jugak...Mak aku je x join(sebab dia x suka memberikan pendapat ala2 macam berhujah. Dia just dengar je)

Sebenarnya best jugak kalau memberikan pendapat ala2 macam ni. Tujuan aku dua je. Aku nak ayah@mak aku memahami aku@kakak@adik aku dari sudut yang berbeza. Kitorang agak straight forward dalam semua hal. Aku nak diorang faham aku lain drpd orang lain@saudara-mara faham aku..Di samping itu juga aku nak memahami mak dgn ayah aku juga..Kenapa diorang berfikiran macam tu@atau apa2 je.. PENDEK KATA ‘KITORANG JUST NAK SALING MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN’@peluk.Apa yg aku suka,apa yg aku tak suka..

Dulu masa kecik2, aku selalu merajuk dengan mak n ayah aku.Pecah rahsia..Shhh..jgn btau org lain@diam. Mungkin sebab aku tak faham kenapa diorang tegur@marah aku. Pendek kata aku tak memahami diorang. Bila kene marah je aku rasa geram@marah. Tiba2 kan aku nampak longkang besar air kumbahan kat tepi rumah sape tah.Tyme tu aku tenung je longkang tu. Tiba2 kan aku terfikir yg aku nak terjun je dalam tu. Biar aku mati n diorang menyesal sebab marah aku. Biar gambar aku keluar peper n tajuknya ala2 macam ni ‘KERANA MERAJUK TERJUN LONGKANG’@sederhana. Singkatkan pemikiran aku masa tu…Biasalah form 1 tyme tu…Aku rasa aku tak cukup matang tyme tu.. Tp aku masih berfikiran waras. Aku terfikir yg aku nak dapat PMR 8A. Sebab UPSR x dapat full 5A. Aku nak kejayaan itu. Aku nak buktikan yg diorang marah2 pun aku boleh membanggakan diorang dgn dapat 8A. Aku nak diorang heppi. So,kesimpulannya,aku tak jadi terjun longkang …

Bila aku dengar kisah remaja lari dari rumah,aku terfikir yg mungkin remaja tu tak memahami ibu bapanya.. Sebab tu dia boleh berfikiran singkat@membuat keputusan drastic tanpa memikirkan akibatnya..Pendek kata komunikasi antara remaja dan ibu bapanya tak berapa berkesan… Bila mak n ayah dia bising2 or cakap apa2 dia cakap mak ngan ayah dia suka membebel la@cakap.Sebab tu diorang pekakkan telinga tak nak terima teguran@bising. Dia tak pernah terfikir yg kenapa ibu bapanya berfikiran begitu. Dia tak pernah terfikir kenapa ibu bapanya tak bagi dia berkawan dengan orang yg tertentu. Dia tak pernah terfikir kenapa ibu bapanya tak mengizinkan dia keluar malam dalam umur yg macam tu…Pendek kata dia tak pernah terfikir kenapa,kenapa dan kenapa….Mungkin juga mereka terfikir tapi tanpa mencari jawapan yg betul…Hanya membuat tafsiran sendiri. Diorang tak pernah terfikir yang “MEMBUAT TAFSIRAN TERSENDIRI TANPA MENYELIDIKI PUNCANYA DAN TIDAK MEMAHAMINYA DENGAN BETUL BOLEH DIKATOGERIKAN SEBAGAI TAFSIRAN YG BOLEH DISANGKAL DAN MUNGKIN JUGA TAFSIRAN YG SALAH” .Sebenarnya banyak cara untuk membuatkan ibu bapa faham kita TANPA PERLU kurang ajar @ meninggikan suara@berkasar tiba2 apabila bercakap dengan mereka.Semuanya terpulang kepada kita. Semuanya terletak di atas kesabaran dan cara kita mengendalikan situasi. Kita yg perlu bertolak ansur lebih dengan mereka.Jangan ingat mereka je kene faham kite tp kite tak nak faham mereka. Ingat! Mereka yang melahirkan kita di dunia ni.Tanpa mereka siapalah kita. Nak tengok dunia pun tak boleh. Nak bercakap apatah lagi...


p/s: sekadar memberikan pendapat. Juga untuk mengingatkan diri sendiri…ari ni ari ahad pagi. khamis ni exam ptk sempat lagi buat blog…xpe,blog ni hanya mengambil masa 30 minit untuk difikirkan dan diungkapkan dalam kata dalam bentuk tulisan…dan baru je bangun tido…saje je nak relax2 kan otak@nari@nari…Bila otak dah tepu tanpa relax plak kang,jadi tension pulak @adil

kerajaan ke swasta?

Benda ni aku dah lama terfikir. Nanti aku nak keje kerajaan ke swasta? Orang kata kalau nak senang keje kerajaan je. Macam2 dapat. COLA dapat,pencen dapat dan bermacam-macam elaun lg yang ada. Tapi aku dpt rasakan kalau aku keje kerajaan hidup mesti boring. Duduk je kat office dr 9 pg sampai 5 petang. Macam tak best je. Tak boleh nak berjalan-jalan. Tak boleh nak melihat suasana kat luar. Aku tak boleh la duduk keje kat satu tempat je. Lagi2 kalau xde orang ramai. Aku jadi cepat boring. Dulu masa keje sekejap dulu,aku cam boring sket asyik keje dalam bangunan tu je. Best memang best coz ramai orang tp lagi best kalau sesekali dpt kuar. Laaaaggiiiii ramai org! Budak kecik ada,org besar ada,org gelap ada,org putih pun ada. Macam2 ada! Sebab tu time bos aku suh beli makanan ke,bayar bil internet dia kat pejabat pos ke,beli McD ke , KFC ke aku rasa best je. Mmg mula2 agak bengang(coz dia ni mmg ada sejenis ‘penyakit’ dimana salah satu sindrom dia, dia slalu suh aku buat keje2 yg x berkaitan dgn keje aku) tp once bila dah ada kat luar tu aku rasa bahagia je sampai aku terrrrsenyum sorang2(note: aku slalu tersenyum kalau bahagia. Tak boleh sorok2!).

Di bawah aku senaraikan sebab2 lain yg aku rs cam tak berkenan dgn kerja kerajaan ni.

1) Mmg keje kerajaan byk kelebihan tp aku rasa kalau keje kat situ mesti xde kepuasan yg aku boleh capai. Kalau swasta biasanya ada target tp once bila dah capai target tu,rasa satisfy dia lain tau. Rasa satisfy tu akan membuatkan kite akan bekerja dengan lebih keras lagi. Rasa nak perform dengan lebih baik lagi. Nak buat untung manyak2! Kalau kerajaan pulak lebih kepada objektif. Asal tercapai objektif tu pun kira ok dah.

2) Kalau keje kerajaan takde istilah untung rugi. Duit kerajaan bayar. Mahal pun mahal la. Sebab tu diorang x berapa nak manage kewangan dgn betul2(tak semua la). Main langgar je.Dan sememangnya ada potensi untuk rasuah!(note:rahsuah ada di mana-mana ye).Kalau swasta biasanya akan manage kewangan dgn lebih teratur(sbb guna duit sendiri kan). So,sebolehnya mereka akan meminimumkan kerugian. Tu la yang bagus tu. Duit tak dibazirkan pada jalan yg tak sepatutnya. Tapi takdelah sampai bagi gaji murah sgt kpd pekerja. Tak setimpal dgn apa yg dibuat. Kalau syarikat cenggini,aku pun kondem. Tapi ada jugak syarikat yg amalkan rahsuah. Hmmm…pandai2 lah nak detect(Ya!aku suka mendetect apa yg tidak kena!)

3) Orang kata perempuan better kerja kerajaan. Coz kerjanya senang dan rilek giler. Duit masyuk tiap2 ujung bulan! Sebenarnya aku tak berapa berkenan dgn segelintir pekerja yg kerja kerajaan ni(note: x semua tp kebanyakan). Terlalu selesa dgn position yg dia ada. Tambah2 xde penyelia yg memantau. Selesa mmg selesa(sape yg x suka selesa kan?) tp selesa yg berlebih-lebihan akan menyebabkan penurunan produktiviti…Buat kerja pun ala kadar dan x perform yg terbaik. Asal buat je. Macam tak ada target dan kepuasan bekerja. Nanti bila aku masuk kerja yg macam ni, secara tak langsung aku mesti akan jadi macam ni. Tak suka! Masa dulu2 aku keje dgn bos yg ‘x berapa best’ ni aku slalu ckp dgn diri aku “Kan best kalau bos takde,buat keje sensorang tanpa tekanan.Takde asyik nak bising je” Lama2 baru aku rasa yg ketiadaan bosku yg cepat naik angin ni membuatkan aku cepat boring dan rasa kehilangan. Chewah! Mungkin sebab x de cabaran dan flow terlalu ok sampai aku naik bosan. Kene marah sekali sekala ni rupanya best gak ye..

4) Timing kerajaan tetap~ 9 pg-5 ptg. Aku tak suka asyik bekerja pada timing yg sama tiap2 hari. Tetap dan sama. Xde variety. Sesekali nak jugak merasa kerja pada waktu malam…Stay smpai malam coz wat keje..Pastu stay ramai2 satu office coz nak siapkan keje@projek. Wah! Mcm best!!!

So, cukup kuat x alasan aku?Hmmm….sebenarnya byk lagi,akan menyusul kemudian..

Camne ni?ayh aku suh keje kerajaan. Aku diambang dilemma..

p/s:sedang difikirkan… Aku x suka cakap lebat. Aku akan buktikan! Basha!!!!

bandar or luar bandar?

Ahad 29 june

Kampung ke bandar?

Ari ni aku ada tgk citer Melayu kat tv 9 tajuk Hatiku Bukan Pualang. Penerbit dia Johari Saleh. Aku suka melihat citer2 kat tv untuk melihat mesej yg cuba disampaikan dalam cerita tu. Bukan nak tengok saje2. Sekarang berlumba-lumba ayat nak keluar daripada fikiran aku.

Dalam citer ni menggambarkan pemikiran orang kampung~bersesuaian dengan latar belakangnya yang 99% di kampung.

First, masyarakatnya terlalu mengikut cakap2 orang. Terlalu mengambil kira pandangan orang sehingga sanggup merosakkan kebahagiaan anak sendiri. Seorang ibu yg malu dgn orang kampung mengata anaknya andartu. Tidak berkahwin biarpun usia lanjut(rsnya x la tua sgt!dlm prtngahan20 an). Sehingga sanggup memukul anaknya itu dan mengatakan yang anaknya itu tidak pandai menjaga maruah keluarga dengan tidak berkahwin dalam usia sebegitu.

Second, anak yang tidak pandai mengawal tekanan@stress sehingga membawa tekanan perasaan yang serius atau yang lebih tepat lagi~GILA~

Third, bila anaknya gila lantaran menghadapi tekanan perasaan, ibunya mengatakan ada orang lain yang mem’bomoh’kan anaknya itu. Percaya bulat2!

Fourth, ibu yang tidak memahami anaknya.

Fifth, anak yang sanggup berkorban demi menjaga maruah ibunya.

Ending~anak dia sanggup berkahwin dengan sape saje yg meminangnya semata-mata ingin memuaskan hati ibunya yg mengatakan anaknya sudah tidak mempedulikan ibunya lagi. Suami dia?Seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya anak dia ni jadi gila, berkasar dengan suami dan akhirnya diceraikan.

Kenapa macam tu? Sana sini akhbar dan majalah mengatakan kebanyakan orang kampung lebih kuat mental daripada orang bandar. Mana pergi semangat tu? Kenapa ‘serangan mulut yang bertubi-tubi’ boleh membuatkan dia lemah dan berada dalam keadaan tertekan? Biarkan mereka bercakap kerana lama-lama mereka akan berhenti bercakap apabila sudah penat. Kenapa perlu fikirkan sgt perasaan malu tu? Tak kahwin dalam usia pertengahan 20-an pun kira jatuh maruah sampai tertekan ke? Rendahnya harga diri…Singkatnya pemikiran…. Aku x la ban 100% dengan orang kampung yg berfikiran tertutup macam ni. Dan aku tidak pulak menyebelahi orang bandar. Aku tahu, x semestinya semua orang kampung berfikiran macam tu. Ada je citer Melayu lain yang menggambarkan kecekalan orang melayu kampung yang gigih. Aku kagum yang itu! Sebab diorang seorang yg cekal& ada inisiatif untuk memajukan diri biarpun hidup susah tanpa kemudahan dan kemewahan. Aku pun tahu, tak semua orang bandar tu jahat, terlalu moden, terlalu social, pergi pub minum arak. Ada yang ok, berfikiran matang dan berdikari hidup di ibu kota yang penuh cabaran dan dugaan ni. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Bagi aku masing2 ada kebaikan dan keburukan. Dan yang paling PENTING , walau dari mana pun seseorang itu berasal~ kampung ke,bandar ke, luar negara ke ~yg penting pemikiran dan cara seseorang itu berfikir yg membawa kepada cara pembawakan diri. Itu lebih utama. Kat situ lah kunci untuk aku menilai orang sama ada orang yang aku baru kenal mahupun orang yang aku dah lama kenal. Bukan hanya berdasarkan paras rupa dan penampilan saje. Tak kisah dr mana dia berasal.

Buat apa berkawan baik dengan orang cantik/kacak kalau dia hanya tahu bermegah dengan kelebihan yg dia ada sehingga sanggup memandang rendah orang lain? Dia rasa dia yang paling cantik antara kawan-kawannya sehingga tidak percaya yang ada orang lain meminati kawannya tetapi tidak dia. Biar dia seorang sahaja yg diminati oleh semua orang. Kenapa fikir macam tu? Semua org kan ada kelebihan masing2..

Buat apa berkawan dengan orang x cantik/x handsome kalau dah la ‘biasa2’ je tapi berlagak cantik pulak. Siap bercerita dengan penuh bangga dan angkuh kononnya menjadi pujaan ramai Pastu boleh pulak memandang rendah orang lain kononnya dia ‘ramai’ peminat tapi orang lain x laku padahal orang tu tak nak cerita atas sebab tidak mahu bermegah-megah.

Apa guna berasal daripada kampung kalau orang cakap sikit mudah terpengaruh, mudah terikut-ikut. Bila pergi bandar, senang kene tipu. Terlalu lurus dan mudah percaya dengan orang. Mudah terpengaruh dengan budaya luar yang x baik seperti punk, skin head n lain2. Masa keje kat ada satu shoping kompleks ni, aku pernah melemparkan pandangan yg penuh sinis, tajam dan jelik bila melihat sekumpulan lelaki remaja Melayu membawa sebotol ARAK di tangannya sambil tersengih-sengih pandang aku. Macam mana aku tau diorang Melayu? Sebab diorang bagi salam kat aku. Wallahualam. Aku nampak diorang ambik botol tu kat mane sebab aku perhati je diorang dpd diorang masuk sampai la diorang ambik sesuatu kat tempat yg sememangnya aku tau itu tempat ARAK dari dalam dan luar negara. Aku x tahu la diorang faham ke tak ‘pandangan bermesej’ aku tu. Aku tak la sound diorang tu. Nak mati? Kang dia wat ape2 kat aku kang naya je! Cukup la aku kutuk diorang dalam hati aku ni. Cara dia cakap menggambarkan dia bukan orang sini dan semestinya aku tahu negeri mana mereka berasal!


Apa guna jadi orang bandar kalau semata-mata ingin menunjukkan ‘modenisasi’ dan berbangga menjadi orang bandar sampai sanggup menjatuhkan maruah diri sendiri dengan buat benda yang x elok dan terlarang di sisi agama.. Buat benda x senonoh, minum arak. Bak kata sesetengah manusia “Aku org KL, kene la tunjuk gaya orang KL sikit”. Ada kawan aku yg berasal dari KL gak. Rumah kitorang agak dekat walaupun kitorang tak 1 taman. Dia ada komplen dgn aku “Ko tau Nadia, bila aku cakap dgn tutormate aku yg aku orang KL, semua buat muka tak percaya. Diorang x percaya siap cakap aku tipu diorang yg aku org KL. Kenapa? Buruk sangat ke dress up aku sampai diorang cakap aku bukan org KL?” First time dgr aku tergelak. Kelakar la cara dia cakap tu. Terlalu straight forward.hehe…Kawan aku ni seorang yg biasa,sederhana dlm berpakaian, pemikiran terbuka dan mungkin sebab dia pakai tudung agak labuh dan menyebabkan orang cakap dia bukan org KL. Dia pun dapat agak kenapa orang cakap dia orang kampung.


~Sesungguhnya aku lebih kagum dengan orang yang

1) Cantik/handsome tetapi tidak dahagakan pujian dan tidak pernah merasakan dirinya cantik/handsome
2) x cantik/x handsome tetapi berbudi bahasa, tau had bergurau, tidak menyakiti dan tau menghormati orang lain
3) kaya tetapi tidak pernah merasakan dirinya kaya, pemurah
4) x kaya tapi ada inisiatif untuk memajukan diri dan meningkatkan ekonomi.
5) Mempunyai banyak dugaan hidup tapi tabah menghadapinya dan tidak mudah mengalah
6) Tak banyak dugaan tetapi sentiasa menjadikan dugaan org lain sebagai pengajaran dan panduan kepada dirinya agar sentiasa beringat.

~aku harap dipertemukan dengan lebih ramai orang@kawan yang mempunyai 4 ciri di atas…

ideA and observation

Erm,skg aku selamat berada kat upm balik. Aku tak tahu kenapa, bila aku memikirkan masa-masa yang aku datang aku rasa macam berdebar-debar. Apa akan jd esok,aku wat apa esok…macam2 persoalan yg berada dalam fikiran aku ni. Sem baru, azam kene baru( rasanya azam mcm sama dgn sem lepas,ulang balik tp kali ni aku modified sket2 jd nampak macam lain….bantai je ler..) . Occay, tamau citer banyak pasal benda ni. Kang x jd , malu aku! Skg tukar citer lain…

Ari sabtu lepas aku pegi carnival kat sekolah adik aku. Aku x nak pegi tapi adik aku paksa! Punye la hebat promosi dia. Ada jual macam2. Ada rumah hantu la katanya. Aku kata ngan dia “Rumah hantu? Benda2 macam tu budak2 macam ko ni memang la suke. Aku dah dewasa, mana layan rumah hantu x professional mcm kat sekolah ko tu.huhu” Tapi aku pergi jugak. Mmm just nak tgk suasana kat sana macam mana. Sesuai la,aku mmg suka tgk orang. Rupa-rupanya, memang suasananya agak mengagumkan aku. Mana taknya budak2 sekolah dr form1 sampai form5 yang jual makanan. Sebijik suasana macam kat pasar ramadhan yg aku slalu p tu. Aku tak tgk pun muka2 cikgu kt gerai diorang tu(adk aku ckp cikgu pantau). Kelakar pulak aku tgk budak laki,kecik je badan dia(rsnya form 1) terkial-kial potong buah jambu untuk jual rojak buah. Tak serupa mcm buah yg dipotong. Macam lg sikit nak hancur pun ada! Boleh kata ‘asal potong’ je la… Budak2 perempuan pulak siap bentang tikar kat tepi potong buah (nasib baik aku x langgar masa tgh jln). Macam kenduri kahwin pulak! Ada tu, sampai hangus2 jagung dia bakar! Hitam legam! Macam mana bleh hangus..Ish3x….Suasana memang bising giler and ramai orang. Budak2 tu tak malu jerit2 dengan penuh bersemangat “JAGUNG2X” “KUIH2X!” “SANDWICH2X!”. Ok la tu, bak kata ayah aku, kalau malu baik x yah meniaga. Tapi yg wat aku nak trgelak tu sebab budak2 hingusan yg jerit2 camtu. Bukan pe. Dah la diorang budak kecik, nampak macam comel pulak diorang wat cam tu sampai buat aku tersenyum.. Heheh ..Ye la slalu aku tgk orang dewasa yg camtu, x la pelik sangat. Biasa je.. Memang kalau orang tgh semangat macam tu kot gayanya. Nak abiskan jualan cepat kan. So kene semangat2! X hirau dah orang sekeliling. Hmm…aku pun kalau time tgh bersemgt giler untuk ape2 je(terutamanya kalau tgh main game@tgk org main game), dah x pandang dah orang kiri kanan nih! X hirau orang sekeliling yg tgh tengok. Malu ke apa ke. Janji berjaya! Menang! Berjaya! Actually bukan tak hirau, tapi terlupa yg orang sekeliling tengah memerhati. Seriusly lupa! Bila dah perasan(orang sedarkan), mulalah rasa malu tp ttp control…. So buat biasa je..Dalam hal ni control mmg boleh dibenarkan sbb…takkan nak orang tau kite malu kan? Salah satu prinsip aku, kalau malu mane bleh bg orang tahu. Try cover seboleh-bolehnya. Terikut-ikut budaya kat rumah kot. Ayah aku paling pandai buat muka cover malu. Nak bagi alasan apa…. Ada-ada je alasan yg dia bagi. Blajar dpd dia kot. Ayah aku suke kenekan aku, mak aku, kakak aku termasuk adik aku. Dia ni memang suka sgt mengusik n menyakat! Kadang2 terkekeh-kekeh dia gelak sebab gelakkan aku. Suka sebab berjaya kenekan @usik aku. Sebab tu kitorang adik beradik akan berusaha mencari idea nak kenekan ayah aku balik(style balas2 cakap and lawan2 idea). Aku suka usik ayah aku sebab ada je yang dia akan balas and kenekan kitorang balik. Idea dia pun kaw2 jugak. Semakin ayah aku membalas semakin galak la kitorang adik beradik usik ayah aku tu. Seronok! Cabaran le katakan..heheh.. Kat sinilah pusat kitorang menjana idea. Happy je kalau berjaya. Berguling-guling ketawa. Sampai sakit2 perut tahan gelak. Secara x langsung, ayah aku pun gelak la skali pastu cr idea lagi nk balas balik….. Sape yg terdiam tak tau nak kata ape maksudnye kalah la. Kalau dia ada idea nak balas balik maksudnye kitorang x mng lagi. So kene bekerjasama cr lg idea yg bagus dan kaw-kaw untuk membalas smpai ayah aku dah xde idea untuk membalas. Selalunye dlm hal usik2 org ni idea aku selalunya banyak. Berlambak-lambak. Tapi yg herannya kalau nak jawab exam ke, benda2 skema ke, idea aku jadi terhad pulak. Nape ek? Erm..x tau pulak..Tapi orang paling best untuk diusik mesti la mak aku. Sebab dia selalu tersasul bila cakap. Kadang2 kitorang adik beradik gabung ngan ayah aku untuk usik mak aku. Fuh,lagi pecah gelak 4 org skali! Riuh satu rumah!

Mmm berbalik pada tajuk asal…adik aku cakap setiap kelas diberi modal RM 50 untuk jual apa2 je. Tapi yang aku n family rasa musykil bin heran tu, diorng(guru-guru+pengetua) sasarkan keuntungan RM800! Giler x? Mana bleh macam tu. Xlogic tul.Ayah aku cakap kalau nak jual2 ni, nak untung banyak, modal mesti banyak jugak. Aku da tahu taktik PIBG sekolah adik aku tu. Diorang nak ibu-bapa budak2 sumbang barang untuk dijual. Dahla brg makanan sekarang dah mahal. Pandai taktik diorang! Hasilnya, ayah n mak aku rajin la men ‘support’ bubur lambuk+kuih buah Melaka untuk dijual. Kesian kan kat kelas adik aku nix de orang support..Malam sabtu tu kitorang berhempas-pulas menyiapkan benda nak dijual tu. Jadi lintang pukang+hingar bingar dapur rumah.Pung pang pung pang...Falsafah kitorang adik beradik, kalau tangan jalan, mulut mesti jalan. Cot cet cot cet cot cet. Baru seronok buat keje, x boring. Dan sememangnya mak aku tak suka falsafah kitorang tu. Dia kata kalau mulut jalan,tgn mmg jalan tp tahap kelajuannya lambat sket daripada yang biasa..Betul ke? muehehe..

Erm…Walaupun manipulasi berlaku dalam hal ini,aku salute gak program ni. Melatih budak2 ni jadi usahawan, merancang perniagaan n mengikis sifat2 malu diorang ni. Tapi, harga makanan yg diorang agak mahal la. Jagung bakar kat pasar malam leh dpt RM1.50 diorang jual RM2.50. Mee kari boleh dpt RM3.00 , diorang jual RM3.50. Aku rasa macam nak komplen je “Dik, kenapa mahal sangat dik. Kalau kat luar boleh dapat harga sekian2 tau”. Tapi,malas la,kang macam kapur pulak muka diorang nak jawab soalan aku tu. Kesian pulak…Maybe diorang terlalu aim untung sampai mengabaikan nilai2 murni. Tapi,xpe,budak2 kan…Maybe diorang x pandai survey harga kat luar kot.. Ibu bapa yg datang beli pun sebab nak support diorang je..Erm, macam2 ragam lagi yg aku tengok kat sane tapi tak boleh la nak cerita semua coz aku lupa, x ingat. hhuhuhu

ego seorang bos?hmm...

Tajuk entri ni berkaitan dengan peristiwa yang pernah aku alami 3 tahun dulu. Erm, susah gak kan kalau berhadapan dengan seorang yg ego dan rasa dia seorang je yg betul, org lain salah..Dia seolah-olah xnak terima hakikat yang dia salah. Susah nak handle orang macam ni. First time berhadapan dgn keadaan mcm ni yg membuatkan aku igt sampai bila2 n susah nak lupa.






Tyme tu aku tak sangka ada jugak manusia kat dunia ni yg x ngaku salah walaupun memang betul dia salah. Dulu masa keje sementara(3 bulan) lepas spm dulu, aku slalu kene marah dgn bos ats sebab yg kecik n sgt x logic sampai lama2 aku dah lali. Pekerja lain pun slalu kene marah gak especially pekerja baru, tp biasanya tak lama pastu diorang trus resign dan semestinya aku tahu sebab apa. Mula-mula aku pun pelik gak,kenapa tempat ni slalu pekerja dia x kekal. Masuk pastu x lama tu berhenti. Masuk ari ni esok berhenti(terus x dtg) pun ada gak...Padahal aku rasa tempat ni agk menarik. Meriah dan sentiasa ramai pelanggan sama ada dr dalam@luar negara. Mmmm x lama kemudian baru aku faham kenapa macam tu. Biasanya kalau pekerja baru masuk, aku akan igtkan diorang awal2 “Bos kat sini suka marah2. So,kalau apa-apa jadi pun tahan lah ye! Dia slalu macam tu.Tahan tau! Lagipun kejap je dia bising2,x lama.”






Ada sorang pekerja ni baru masuk (appearance dia nmpk macam keras hati n gangster+otai sket).Aku igtkan dia ni ‘tahan serangan’ sebab dr gaya dia n dia ckp ngan aku ‘Takpe,saye dah biasa orang marah2 ni. No hal la!’. Aku harap2 dia bleh lama sket bertahan. Ringan sket kerja aku ada orang tolong. Mana taknye,bila pekerja sikit, nk p toilet pun susah. Dua hari dia kerja aku dapat menyaksikan satu ‘drama’ antara bos aku dgn dia. Bos aku sound dia pasal pe tah. Pastu diorang perang mulut. Tak sangka,esok tu terus resign tak datang2 dah. Aku n 5 pekerja yg lain je yg boleh bertahan lama sket. Ikutkan hati boleh je berhenti n cari keje lain. Tapi,sayang la…




Mungkin aku rasa tempat ni best and aku rasa seronok keje kat sini. Maybe sebab aku minat kot keje macam ni. Tu la salah satu sebab kenapa aku still boleh bertahan. Tambahan lagi aku dapat sokongan isteri bos aku tu bila time kene marah. Dia slalu backup aku sampai gaduh2 dia ngan laki dia(bos aku) tu. Selalunye aku buat tak tahu@tayang muka xde perasaan bila kene marah ngan bos aku tu. Biar dia tahu,dia terjerit-jerit macam tu, sikit pun x effect aku. Takde masa nak nangis2 nih! Kdg2 aku rasa mcm nak tanya je “Takkan cakap perlahan-lahan x boleh?” Tapi takut dia cakap aku kurang ajar pulak padahal xde niat pun. Lagipun, aku malas nak bising2 sebab kalau aku lawan@cakap yg betul pown, dia x kan ngaku salah. Aku dah pernah try dah! Kalau aku tinggikan suara pun,dia akan tinggikan suara dia 2 kali ganda dpd aku. Bila aku try 3 kali ganda, dia akan up lg sampai 6 kali ganda. Macam nak bergegar satu aras shoping kompleks tu! Dia x malu langsung,aku plak yg malu. So,buat apa nak bersuara kalau aku tahu dia takkan terima? No point kalau lawan dia pun. Xde faedah pun. Aku hanya akan bersuara kalau aku rasa orang tu boleh terima. Tapi kalau dia dah tutup pemikiran dia,dia rasa dia je yang betul org lain salah, aku hanya mampu senyap! Buat bodoh je la yg aku mampu buat.




Bila dah sampai tahap lali kan, setiap kali dia marah2 tu aku rasa nak tergelak pun ada. Dia ni semua benda pun nak marah@cakap kuat sampai bingit telinga. Macam bergegar gegendang telinga! Walaupun benda kecik, dia boleh marah dgn bersungguh-sungguh@ bersemangat sampai nak terkeluar2 bijik mata. Sampai tersembur-sembur air liur dia (nasib baik tak kene aku!) .Kelakar giler! Aku terpaksa tahan gelak. Kalau tak thn sgt, aku pandang tmpat lain(berpaling ke sisi) n senyum sikit. Takut dia fikir aku main2@kurang ajar pulak padahal serius nak gelak. Ye la,marah boleh la tahan2,gelak mana bleh nak tahan2! Erm… mungkin aku fikir marah teruk mana pun AT LEAST DIA X BERNIAT MENGHINA. TAMBAHAN LAGI XDE LA PERKATAAN X SOPAN SEPERTI B**I, BA**ANG, BO**H YG KELUAR DPD MULUT DIA. Sbb tu kot aku boleh terima n bertahan. Kalau la dia samakan aku dgn binatang yg nama b**i tu, aku rasa lama2 aku pun resign gak.Nasib baik la dia x cakap mcm tu. Selagi tgn dia x naik, selagi tu aku boleh bertahan. Kalaulah tgn dia naik skali…..aku report polis je! C u in the court! Negara kita kan ada undang2..




Nasib baik dia just marah2 je,x lebih2.Lagipun dia mmg seorang yg suka marah2,ego n panas baran pastu lepas kat orang. Isteri dia sendiri yg cerita kat aku. Kadang2 depan orang ramai@customer dia bleh terjerit-jerit marah pekerja. Nak marah kat dalam(office) takpe la gak.Aku boleh terima . Ini kat depan customer. Ye,la keje aku kene berhadapan@berinteraksi dgn customer setiap hari@setiap masa. Imej kene jaga beb! Bila customer tanya aku “Kenapa bos awak marah2 awak td?” dan aku hanya tersenyum kelat sambil jawab “Biasa la tu, dia mmg slalu macam tu. Entah angin apa yg melanda dia ari ni. Angin timur laut ke angin barat daya ke…tak tau la nak cakap!” Mula2 mmg malu gak tambah2 bila customer yg lalu lalang tayang muka kesian kat aku tp lama2 aku buat muka selamber je la. Ala,customer yg lalu lalang ni bukannye kenal aku pown! Buat apa nak malu? Dia marah sekejap je,esok tu terus baik balik siap boleh gelak2 n bergurau-gurau dgn aku. Walaupun dia cpt marah, cepat pulak sejuknye. Kadang2,pagi tu marah-marah sampai merah2 muka(coz dia org cina-kulit putih so boleh nampak bila marah muka dia camne) ptg tu boleh plak tayang muka n sengih2 depan aku. Pelik tul! Cepat sejuk gak temperature dia nih! Bila tgk muka dia yg biasa n kadgkala tersengih-sengih tu(xde nampk mcm wajah sinis~nmpk mcm ikhlas), secara x langsung temperature aku turun dgn sendirinya. Xde la simpan lama-lama. Lagipun aku faham sgt,bos slalu perangai macam tu bila dia ‘RASA’ pekerja dia buat salah…Lagi satu bos slalu tak boleh terima kalau dia buat salah tambah2 kalau pekerja dia yang tegur dia(ego la tu). Seseorang yg pernah btahu aku dulu. Erm,mungkin dia faham la kot sebab dia blajar pasal perniagaan,ilmu ke‘bos’an n benda2 tu semua. Tapi takkan bos tu tak belajar etika menjadi bos masa kat u? Adab2 nak tegur pekerja…Mungkin bos yg suka marah2 tu bos yg x masuk u kot….Yeah,that’s right!





Bila peristiwa macam ni jadi, aku rasa untuk sesuatu perniagaan@syarikat, bos kene la jaga hati pekerja sedikit sebanyak. Walau sehebat mana pun perniagaan, walau maju macam mana sekalipun, kalau hati pekerja x dijaga takut syarikat akan kehilangan pekerja yang berpengalaman@berpotensi yang akhirnya boleh membuatkan produktiviti sesuatu syarikat menurun Ini akhirnya boleh membawa kepada kerugian. Mungkin diorang akan cakap “Diorang berhenti kita cari la pekerja baru” tapi diorang kene ingat pekerja baru kene amik masa untuk sesuaikan diri dgn tata cara kerja@polisi syarikat. Kan amik masa n kalau pekerja yg dilatih ni berhenti jugak macam mana? Kan dah membazir!




Jaga hati ni takdela sampai pekerja pijak kepala pulak. Pandai2 la. Ini bukan soal ‘tahan tekanan’ atau emosi ke ape ke coz SEMUA pekerjaan ada tekanan masing2. Ini soal pekerja yang ingin bekerja dalam suasana yang tenang, tanpa tekanan dan mesra. Cukup2 la tekanan kerja yang dihadapi sehingga terpaksa mengorbankan masa untuk melaksanakan tugasan2 ‘sampingan’. Usah ditambah lagi tekanan yang sedia ada dengan perkara yang remeh dan tak masuk akal. Tekanan yg berlebih-lebihan@melampau akan menurunkan produktiviti. Ada kemungkinan pekerja yg berpotensi ni akan ke syarikat lain yg menawarkan suasana kerja yg lebih baik dan lebih mesra. Aku nak kaitkan kata2 kawan aku ni ~ Bak kata kawan aku yg pernah cakap dengan aku tak lama dulu ~ KITE, KALAU NAK ORANG TOLONG KITE UNTUK MELAKSANAKAN SESUATU TUGASAN (contoh: MAJUKAN SESEBUAH ORGANISASI) KENE LA CAKAP BAHASA YANG ELOK SIKIT. INI TAK. MINTA TOLONG PUN FIRST2 DAH KENE MARAH-MARAH, MACAM MANA ORANG NAK TOLONG DENGAN RELA HATI DAN IKHLAS? ORANG KALAU DARIPADA MEMANG NAK TOLONG DAH JADI XNAK TOLONG KALAU MARAH-MARAH (macam nak terkeluar anak tekak) MACAM TU.





*To sya~ macam kenal je ayat yg bertulis huruf besar kat atas ni kan?hehehe ;-)

be brave?hmmmm....

aku ada terjumpa entri kat blog sape tah..jom baca...

Be brave!!!!
Fear of rejection. That's what holding most people from admitting their feelings or confessing their heart. We fear being turned down. Fearing the word 'failure / loser' printed on our face after the rejection. Cursing ourselves later for being too bold, going on bended knees in front of tht person. And worry to risk the comfortable friendship that might be slightly awkward after the confession. So much things to worry. So little time.But if you don't tell the person now, would you one day, after 10 years, be wondering and asking to yourself questions like.." what if i had tell what i feel about her/him..?" ... and " what if she/he had said yes..?".When i was in matriculation, there was this guy who works as a cook in the cafeteria. I know him as the guy who ties a piece of cloth over his head, smiling shyly each time i place my order. One day, i went to eat by myself, waiting for my usual order -nasi goreng pattaya- while watching tv. He came from the kitchen, holding in his hand my plate of rice and place it in front of me, which was a bit weird because usually we have to go and get the food ourselves. When i look down at my nasi goreng pattaya, it took quite a while for me to register the words scribbled with ketchup on it. It reads ' I love u' with 'love' written in the shape of heart. I sit looking straight at my plate, not sure how to react. Should i politely smile while cheerfully wave to him, saying sthg like " thank you,.....hehehehe!" ( which sound terribly stupid when i think of it now ). Or should i pretend not noticing the words and began hungrily crushing his work of art with fork and spoon? What i remember was thinking to myself as i eat.." what a creative way to express one's feeling... "The point here is, be brave and say it out. Honestly and humbly. Maybe the person would respond by saying sthg like.." thank you, but i like us better as friends..", at least you have tried. By keeping it inside while you still got the chance, what good will it do. You never know what you might be missing by letting the opportunity pass by without you trying to take action to it. And if your honest confession resulted with disappointment, at least in the eyes of that person hearing you sincerely pouring your heart content, her impression of you has changed. She will see you differently, silently admiring your act of bravery. (well,..it is one act of courage, how many of us dare enough to admit our feelings to the person we like upfront..?)So..to everyone who's still very single, if your eyes and heart are set on someone, ( who is also single .. ;]), don't waste time hesitating. Get to know that person, pray hard to God may HE will lead and guide the way, and think positively..insyaAllah, if your intention is good, good things will come to you. And if that person prefer a 'friendship' instead of sthg more than that, it's okay..don't be discouraged, at least you have found one friend. And someone else is yet to be met...like the saying i read some time ago.." if you don't get what you want, just sit still and be patient, because God is thinking of something better for you.."What that guy did sure was sweet, and that made him remembered till now. His readiness to be bold and confess, knowing there's a risk of rejection but he still did it anyway..


*Kelakar pulak bila baca entri ni. erm,aku pun kagum dengan keberanian lelaki ni. Be brave! Betul gak! Tapi aku rasa entri ni lebih sesuai dgn lelaki berbanding perempuan. Dan aku rasa sedikit pelik kalau perempuan yg meluahkan perasaan dulu. Mungkin ada terutamanya pada zaman sekarang~zaman di mana perempuan lebih berani. Zaman di mana perempuan berani merampas hak orang lain dan dengan angkuhnya berkata “Best woman will win”~

Bagi aku x salah kalau nak jadi berani skalipun tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai menjatuhkan maruah sendiri. Tak jatuh maruah ke kalau merayu-rayu cinta seorang lelaki yg tidak mencintainya? Aku tak la kondem perempuan2 macam ni sebab diorang mesti ada alasan yang tersendiri. Mungkin diorang akan cakap “Salah ke kite dapatkan kebahagian kite sendiri?” Tak salah mencari kebahagian sendiri sedangkan itu sendiri dituntut agama. Cuma jalan untuk mendapatkan kebahagian itu yg kelihatan ‘salah’. Aku pun x berani nak cakap SALAH sebab aku x berada dalam situasi seseorang tu. Cuma aku nak cakap, berfikirlah secara rasional, BAHAGIA KE KITA, REDHA KE KITE KALAU KITE MENDAPAT KEBAHAGIAN ITU DENGAN MENGHANCURKAN KEBAHAGIAN ORANG LAIN?
*

filem malaysia

Aku ada terbaca ada artikel yg dikeluarkan oleh salah satu orang penerbit filem tempatan. Dia cakap, penonton sekarang terlalu mengagung-agungkan filem@ karya drpd luar (luar Malaysia) sampaikan filem@drama Malaysia x mendapat sambutan dan terpinggir. Pelik la dia ni. kenapa nak salahkan penonton pulak? Sepatutnya salahkan diri sendiri sebab tak mampu melahirkan filem sehebat karya daripada luar tu. Sebagai orang seni,diorang ni sepatutnya buat kajian terperinci kenapa karya dpd luar lebih mendapat tempat di hati penonton. Penonton sekarang bukan bodoh nak habiskan duit untuk sebuah filem yang x berkualiti. Penonton ada hak. Diorang ada ada duit, diorang berhak untuk dapat banda yg setimpal dengan duit yang diorang laburkan. Aku pernah rasa menyesal sebab tengok wayang cerita tempatan yg x berkualiti. Bila keluar panggung je,aku rasa rugi sgt2. Rugi! So,kalau nak tengok citer melayu, aku biasanya tunggu keluar tv je…tak pun tunggu time raya je,konfem kuar tv. Mungkin alasan sesetengah penerbit filem “Kitorang takde bajet yang tinggi untuk menghasilkan filem hebat”. Kenapa? Sesebuah filem@drama yg hebat mesti kene ada bajet yg tinggi ke? Mungkin diorang fikir dari satu sudut je kot. Memang filem dari Barat memerlukan teknologi yang canggih untuk filem yang hebat seperti Harry Potter, Narnia and ect. tapi diorang still boleh jadikan filem@drama dari Asia seperti Korea, Jepun and Taiwan yg semakin mendapat tempat di hati penonton Melayu dan Cina untuk dijadikan contoh. Cuba kaji kenapa produk dari sana membuatkan penonton nak tengok banyak kali. Bak kata salah seorang peminat filem luar “Produk luar ada aura dan karisma yg lebih menyerlah berbanding produk tempatan”. Aku tengok dalam filem@drama luar tu xde la perlukan rumah yang yg mewah sampai 6 tingkat+kolam renang semata-mata untuk menunjukkan kemewahan. Xde pun perabot yg mahal2, rumah besar2. Lokasi penggambaran pun simple seperti kat rumah, lrt, tepi laut. Xde sepanjang masa kat tempat eksklusif. Drama luar pandai mengadun cerita sehingga ‘kemewahan’ itu sampai kepada penonton walaupun tanpa ‘material’ yg hebat2. Setidak-tidaknya boleh mengurangkan bajet drama itu sendiri. Aku bukan tak tgk langsung drama tempatan ni. Tgk gak sket2. Tujuan aku tgk pun sebab aku nak tengok kualiti citer dia dan cuba bandingkan dengan filem luar yang pernah aku tengok. Aku tengok drama tempatan ni(contoh: Sembilu) jalan cerita terlalu meleret-leret, ulang-ulang sampai penonton naik muak tengok jalan cerita dia. Kalau nak panjang2 pun biarlah ada perbezaan skit dan ada kesinambungan dari segi plot cerita. Ini,tak. Sama je aku tengok. Gaduh baik,gaduh baik, gaduh pastu baik balik. Bosan. Plot cerita tak disusun dengan kemas. Kadang2 jalan cerita dia boleh dijangka kesudahannya. Sampaikan aku rasa aku nak tengok ending dia je. Yang tgh2 tu x nak tengok! Tak macam drama luar. Kalau drama luar bila tgk episode 1, rasa nak sambung episode 2. Pastu mesti nak sambung episode 3 dan seterusnya sampai habis. Plot cerita disusun kemas sampai penonton rasa nak tengok episode seterusnya tanpa berhenti. Haa… pasni aku nak tengok filem SEPI yang diuar-uarkan filem yang hebat coz katanya sarat dengan emosi,spiritual and intelektual. Betul ke seperti yang digembar-gemburkan oleh pengarah n pelakon citer tu. Kadang-kadang x boleh nak percaya sangat. Macam citer Jangan Pandang Belakang tu,x de la hebat sangat.Visual je lebih2. X takut mana pun. Citer Congkak lagi la. Banyak yang tak logic daripada yang logic. Aku susah nak terima citer yg x logic nih. Nampak sangat penerbit filem tu tak tahu berfikir dari pelabagai sudut. Aku rasa Pontianak Harum Sundal Malam pun lagi ok dpd citer tu (kalau nak wat prbndngan dr segi filem seram) . Citer Duyung pulak,pelakon hebat! Saiful Apek, Maya Karin(yg pernah mng pelakon terbaik peringkat antarabangsa) tp sayang jalan citer x berkualiti. Bak kata adik aku “Takde masanya aku nak tgk lagi cd citer tu. Campak buang longkang je.” Hehe..Daripada tgk filem tu baik aku tgk Narnia ke, Pirrate of Carribean ke, Harry Porter ke. Mencabar minda sket. Ari tu aku ada tengok citer hantu korea kat chrunchyroll. Biasanya aku x layan sgt citer hantu korea n jepun sebab citer dia streotaip (antu mesti muka putih, mata merah, rambut panjg pastu jalan merangkak-rangkak kejar orang!). Tetiba tergerak ati nak tgk citer korea yg tajuk RED SHOES ni. Bila tgk aku rasa hati aku berdebar-debar sepanjang cerita tu dan kesudahannya tak dapat aku jangka. Citer Dead Silence(inggeris) pun sama. Mencabar minda sungguh. Ending dia sgt tak dijangka tapi logic. Citer Red Shoes & Dead Silence ni merupakan antara filem luar yang membuatkan aku terpaku seketika di depan laptop walaupun ceritanya dah abis. Yang membuatkan minda aku still berfikir walaupun citer ni dah abis. Yang membuatkan aku flash back sedikit sebanyak apa yg aku dah tengok(keseluruhan citer dia) dan mengaitkannya dengan ending dia. Untuk menilai kelogikannya. Maksudnya, ending dia mmg mengejutkan aku. X disangka-sangka. Huhuhu…Sebab selalunya kalau citer x best,kalau abis aku blah macam tu je.

being same and different

Aku ada baru terbaca entri kat ada satu blog ni semalam. Dia kawan kepada kawan aku tp x kenal pun sape dia sebenarnya.I was wonder how come every single thing yang dia cerita kat blog dia,segala opinion dia and segala yang ada dalam fikiran dia sama dengan apa yang ada dalam fikiran aku ni(dia pun suka bayang-bayangkan mende sama macam aku). Really!!Kadang-kadang aku senyum sensorang coz apa yang dia citer sama ngan apa yang aku rasa cuma dia terjemah dalam English la(aku bantai je bahasa apa,ikut suka,bi bleh,bm bleh,campur2 pun boleh) tp gaya bahasa lain sket2 la.Aku di ambang kepelikan nih! Pelik bangat sih!Seriously!And now I realize that bukan aku je yang sorang2dalam dunia ni yang berfikiran macam tu(eh,macam 2 orang! I have discovered ada sorang lagi kawan aku ni sama macam aku. Suka bayang2 certain situation.heheh) and the fact is aku tak keseorangan rupanya di dunia ni. Bertambah geng. Yeyeh!

Kat bawah ni adalah contoh peristiwa yang dah lama aku bayangkan suatu ketika dahulu. Aku jumpa kat blog dia and I cut and copy here

All sorts of visions played in my mind, things I imagined doing to the deceiving guys, who had for months lie discreetly about their ugly affairs. The image of me slapping hard on his face. Me, staring at his eyes with disgust, and when he ask what i was staring at, I’ll reply nonchalantly “…naah, just examining a specific type of jerk ”. But what I wanted to do most was shout at the top of my lung to his face “..you stupid, ungrateful two-timer !!”.


Yeah,sumernye dah lama berada dalam fikiran aku. But the way or maybe the word we react is quite different but the situation is still the same.hahaha…
Kat bawah ni lagi ada salah satu 1 entri yang aku copy and paste kat sini dan aku rasa entri ni begitu dekat dengan jiwa aku. Certain2 tu memang berlegar-legar dalam fikiran aku ni.I will take her advice dengan hati yang terbuka.


It’s always not easy when you are a lil bit different from people around you.

You will attract eyes to you when you wear a green top with bright pink skirt, when everyone else wear the ordinary, common colours.
You will draw attention when you choose to ride a bicycle to work when the rest of your colleagues drive big cars, leaving you behind with the dust fumes.
You will be considered weird if you bury your head in books, when the rest of your workmates sit around at one table gossiping.
You will be jeered as being too outspoken, if you stand up during meetings and give opinions about certain matters that you think is not right.
And you will be questioned continuously by people when you choose a different path from them.You will be constantly the talk among people.

You are forever noticeable.Because you choose to be different.Put a deaf ear. Put a blind eye to them. Shut your mouth, grin your teeth and just do whatever you have put your mind into. As long as you’re not doing anything that’s against the law or religion, you are allowed to venture into whatever road you want albeit what the rest says.It’s gonna be hard,..because you choose a path that no one else dare enough to go into. It’s hard because this path you’ve chosen is not a popular choice among people and you’ve got to start from scratch and work yourself up all by yourself. It’s hard to prove to yourself when people around doesn’t really understand and support. And sometimes, you cant help but silently question yourself during the down days..” did I make the right choice..?”Don’t be discouraged by people’s doubt and questioning look. Don’t be disturbed by their ordinariness. Don’t be bothered by their negative remarks. When your heart are filled with a burning desire plus an unshakeable faith that this is what you want, by all means, do it. Because you will succeed.There's nothing wrong choosing the left turn when the others turn right. In fact, it makes you stand out in the crowd of people. It makes you unique and special. It shows that you're brave and highly-determined to go amidst the risk, no matter how difficult or challenging the path is. You choose to stand up for what you believe in. You choose to be the person you are today. You chose to be different when the rest prefers the safeness of their comfort zone. You keep going forward no matter what the others say in order to reach the dreams you’ve been wanting all your life.Don’t stop now. Don’t change for other people’s sake. Don’t back-off until you have tried all means to achieving your dream.Because you will succeed. InsyaAllah =]

Erm,sumtime I like to be different becoz I don’t want to be same as other people do. Boring jugak asyik menengok dan buat benda yang sama. Betul tak?Kadang-kadang I want sumthing new. Its natural(kalau buat2@ tak natural tu lain citer la) and of course not the kind of want to ‘attract’ other people but people always assume that without knowing the real situation. Kadang-kadang pulak,,we want to be different becoz we don’t agree to follow other people. Kalau certain2 things tak sesuai dengan jiwa,takkan kita nak follow membuta-tuli,ye tak? Tak perlu ubah pendirian semata-mata untuk memuaskan hati semua pihak.Nak ke jadi macam lalang? Takde pendirian? Selagi I can follow that things,I will follow.I will accept it if I think its true and quite good to improve our character and personality. Kalau tak boleh nak wat macam mana. Its not the wrong things. Just admit it but depends wether wanna accept it or not.We know the limits.Sumtime,that opinion can also change by time. Depends on our experience. Setiap orang juga ada pendirian yang kadang-kadang memang tak boleh diubah.Please be naturally.As long as we can understand others,we still can say ‘hye!’ and can be friends even not really2 best friends(asalkan takde kes2 yg berat ngan dia.Kalau ada,we can think twice actually) People don’t know the reason is but SEMUA ORANG KAN ADA PENDAPAT DAN PENDIRIAN MASING-MASING. Tapi as long as aku tak langgar peraturan dunia(dari segi undang-undang-yang membuatkan kt bleh masuk jail kalau break the rule) mahupun peraturan agama,as long as at outside(the real environment-not in certain2 society) its not the kind of weird,I still wanna do it. As the advice kat atas ni *wink*

Dengan ter ’publish’ nye entri ni,sasaran untuk menggunakan BI dalam blog tercapai gak la sket2! Walaupun tak banyak. Coz aku tak yakin la untuk guna semua English(kadang2 perkataan simple pun boleh lupa kan?). Nanti kalau tak tau perkataan tu dalam BI,tersekat plak idea aku nak tulis ni. Kalau bukak kamus kang,tetiba idea tu hilang? X besh gak kan? *grin*

* “You will attract eyes to you when you wear a green top with bright pink skirt” – I can’t imagine if I wearing this at public. For me,its too weird! Well,we know our limits right?heheh

piala thomas-malaysia kempunan lagi...

Ari ni da kuar berita Malaysia kalah dengan China dlm perlawanan separuh akhir Piala Thomas. Kecewa aku. Alamat Malaysia kempunan lagi la untuk dapat balik Piala Thomas tu. Kali terakhir Malaysia dapat pown masa tahun 1992. Time tu keluarga Sidek tengah concer sukan badminton. Camne boleh kalah? Aku rasa Malaysia ada barisan yang cukup kuat untuk lawan China. China sendiri akui walaupun perseorangan mereka hebat(Lin Dan,Chun Lai,Chen Jin) tapi kalau dalam berpasukan,Malaysia hebat. Piala Thomas ni berdasarkan berpasukan. Perseorangan dengan beregu kene seimbang.Cakap pasal beregu,pasangan beregu Fairuzizuan-Zakry pulak wat kejutan. Walaupun first time beraksi dalam Piala Thomas,depa boleh hadiahkan mata kemenangan buat Malaysia. Padahal mereka ni beregu simpanan je coz Tan Fook &Wan Wah x dpt diturunkan atas sebab kesihatan.Chong Wei pown main bagus gak. Dia mampu kalahkan pemain no 1 dunia,Lin Dan. Walaupun berdasarkan rekod perlawanan terdahulu tak memihak pada Chong Wei(maknanya dia slalu kalah bila lawan dgn Lin Dan) tapi dia mampu berikan persembahan terbaik dalam perlawanan kali ni. Menang straight set tu. Aku rasa ada bagusnya taktik Chong Wei ni. Dia tengok balik video yang dia pnah lawan dgn Lin Dan yang dulu,pastu dia cari apa kelemahan LinDan,pastu dia jadikan kelemahan tu sebagai kekuatan untuk dia. Fuh!!Pandai jugak taktik dia ni. Mana pernah pemain Malaysia yang lain yang buat macam tu. Terutama si Hafiz Hashim tu. Lembik! Masa perlawanan ni dia tewas kat tangan Chen Jin. Memang Chen Jin rangking dia atas sket daripada Hafiz ni,tapi Hafiz diharapkan untuk buat kejutan. Sebab dulu(perlawanan separuh akhir Piala Thomas yg lepas kalau x silap) si Hafiz penah wat kejutan dgn kalahkan pemain rangking ke-3 dunia Bao Chun Lai(if I not mistaken) . Kalaulah Hafiz main dengan bersungguh-sungguh,aku boleh terima kekalahan dia(coz kalah menang adat pertandingan) ,tetapi dengan jelasnya dan sahih dia main MEMANG tak bersemangat. Dia tak gunakan kelebihan(tinggi) dia semasa main. Silap besar la dia kalau dia rasa peminat2 tak tau bezakan pemain tu main betul2 atau sambil lewa.Sayang seribu kali sayang! Yang pasangan beregu emas Kien Keat-Boon Heong pulak buat hal,kalah pulak. Tak tau nape depa asik kalah je akhir2 ni.Entah la bila menengok prestasi sukan badminton Malaysia yang turun naik ni aku x yakin Malaysia mampu memenangi Piala Thomas. Selagi diorang x mampu mengatasi perasaan gugup diorang tu(diorang ckap mende tu punca diorang x mampu main dgn baik,tp…tak tahu la..) selagi tu Malaysia takkan dapat menang Piala Thomas. Rexy (jurulatih beregu Malaysia) kata sepatutnya perlawanan separuh akhir dgn China, diorang nak wat strategi baru. Tukar pasangan beregu. Tan Fook akan brpsgn dengan Kien Keat manakala Wan Wah dgn Bon Heong. Kombinasi ini terbukti berjaya bila mereka(dua kombinasi beregu) berjaya menumbangkan Jepun masa perlawanan suku akhir Piala Thomas kali ni. Tapi saat2 akhir,perlawanan separuh akhir ni,kombinasi ni x dpt wat sebab Tan Fook demam and Wan Wah mengalami kecederaan. Aku rasa la kan,kalau lah kombinasi ni dibuat,mesti peluang Malaysia menag dgn China lebih cerah. Ye la,Boon Heong-Kien Keat asik kalah je! Aku dah bosan tengok diorang main. Aku rasa diorang(jurulatih&pasukan China) dah dapat baca corak permainan beregu ni sebab tu beregu emas kita asyik kalah je,sebab nak kata depa x terer,takkkan dia slalu menang masa era kegemilangan diorang dulu. Nak kata prestasi merosot,diorang dah buktikan diorang dapat main dgn baik time lawan dgn indon dlm suku akhir ari tu. Tapia apa-apa pown,aku nak kalungkan sedikit pujian buat pasukan MALAYSIA keseluruhannya sebab mereka da tampilkan permainan terbaik mereka kali ni. Walaupun mereka kalah,tapi kalah mereka dikira kalah bermaruah sebab kalah 2-3 kat tgn China. Di kala, Korea Selatan berjaya menumbangkan Indonesia dengan mudah 3-0,Malaysia terpaksa berhempas pulas sebelum tunduk 2-3 dengan China. Kira Malaysia lawan ok sket la berbanding Indon.hehehe.. Hmm..aku harap masa sukan Olimpik Beijing Malaysia akan mampu buat kejutan. Moga-moga strategi tukar pasangan beregu dapat ditampilkan sebab aku cukup yakin strategi ni akan berjaya. Dan aku juga berharap mereka dapat mengurangkan rasa gugup dan tingkatkan kekuatan mental mereka.Aja!Aja!Fighting!