Ahad 29 june
Kampung ke bandar?
Ari ni aku ada tgk citer Melayu kat tv 9 tajuk Hatiku Bukan Pualang. Penerbit dia Johari Saleh. Aku suka melihat citer2 kat tv untuk melihat mesej yg cuba disampaikan dalam cerita tu. Bukan nak tengok saje2. Sekarang berlumba-lumba ayat nak keluar daripada fikiran aku.
Dalam citer ni menggambarkan pemikiran orang kampung~bersesuaian dengan latar belakangnya yang 99% di kampung.
First, masyarakatnya terlalu mengikut cakap2 orang. Terlalu mengambil kira pandangan orang sehingga sanggup merosakkan kebahagiaan anak sendiri. Seorang ibu yg malu dgn orang kampung mengata anaknya andartu. Tidak berkahwin biarpun usia lanjut(rsnya x la tua sgt!dlm prtngahan20 an). Sehingga sanggup memukul anaknya itu dan mengatakan yang anaknya itu tidak pandai menjaga maruah keluarga dengan tidak berkahwin dalam usia sebegitu.
Second, anak yang tidak pandai mengawal tekanan@stress sehingga membawa tekanan perasaan yang serius atau yang lebih tepat lagi~GILA~
Third, bila anaknya gila lantaran menghadapi tekanan perasaan, ibunya mengatakan ada orang lain yang mem’bomoh’kan anaknya itu. Percaya bulat2!
Fourth, ibu yang tidak memahami anaknya.
Fifth, anak yang sanggup berkorban demi menjaga maruah ibunya.
Ending~anak dia sanggup berkahwin dengan sape saje yg meminangnya semata-mata ingin memuaskan hati ibunya yg mengatakan anaknya sudah tidak mempedulikan ibunya lagi. Suami dia?Seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya anak dia ni jadi gila, berkasar dengan suami dan akhirnya diceraikan.
Kenapa macam tu? Sana sini akhbar dan majalah mengatakan kebanyakan orang kampung lebih kuat mental daripada orang bandar. Mana pergi semangat tu? Kenapa ‘serangan mulut yang bertubi-tubi’ boleh membuatkan dia lemah dan berada dalam keadaan tertekan? Biarkan mereka bercakap kerana lama-lama mereka akan berhenti bercakap apabila sudah penat. Kenapa perlu fikirkan sgt perasaan malu tu? Tak kahwin dalam usia pertengahan 20-an pun kira jatuh maruah sampai tertekan ke? Rendahnya harga diri…Singkatnya pemikiran…. Aku x la ban 100% dengan orang kampung yg berfikiran tertutup macam ni. Dan aku tidak pulak menyebelahi orang bandar. Aku tahu, x semestinya semua orang kampung berfikiran macam tu. Ada je citer Melayu lain yang menggambarkan kecekalan orang melayu kampung yang gigih. Aku kagum yang itu! Sebab diorang seorang yg cekal& ada inisiatif untuk memajukan diri biarpun hidup susah tanpa kemudahan dan kemewahan. Aku pun tahu, tak semua orang bandar tu jahat, terlalu moden, terlalu social, pergi pub minum arak. Ada yang ok, berfikiran matang dan berdikari hidup di ibu kota yang penuh cabaran dan dugaan ni. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Bagi aku masing2 ada kebaikan dan keburukan. Dan yang paling PENTING , walau dari mana pun seseorang itu berasal~ kampung ke,bandar ke, luar negara ke ~yg penting pemikiran dan cara seseorang itu berfikir yg membawa kepada cara pembawakan diri. Itu lebih utama. Kat situ lah kunci untuk aku menilai orang sama ada orang yang aku baru kenal mahupun orang yang aku dah lama kenal. Bukan hanya berdasarkan paras rupa dan penampilan saje. Tak kisah dr mana dia berasal.
Buat apa berkawan baik dengan orang cantik/kacak kalau dia hanya tahu bermegah dengan kelebihan yg dia ada sehingga sanggup memandang rendah orang lain? Dia rasa dia yang paling cantik antara kawan-kawannya sehingga tidak percaya yang ada orang lain meminati kawannya tetapi tidak dia. Biar dia seorang sahaja yg diminati oleh semua orang. Kenapa fikir macam tu? Semua org kan ada kelebihan masing2..
Buat apa berkawan dengan orang x cantik/x handsome kalau dah la ‘biasa2’ je tapi berlagak cantik pulak. Siap bercerita dengan penuh bangga dan angkuh kononnya menjadi pujaan ramai Pastu boleh pulak memandang rendah orang lain kononnya dia ‘ramai’ peminat tapi orang lain x laku padahal orang tu tak nak cerita atas sebab tidak mahu bermegah-megah.
Apa guna berasal daripada kampung kalau orang cakap sikit mudah terpengaruh, mudah terikut-ikut. Bila pergi bandar, senang kene tipu. Terlalu lurus dan mudah percaya dengan orang. Mudah terpengaruh dengan budaya luar yang x baik seperti punk, skin head n lain2. Masa keje kat ada satu shoping kompleks ni, aku pernah melemparkan pandangan yg penuh sinis, tajam dan jelik bila melihat sekumpulan lelaki remaja Melayu membawa sebotol ARAK di tangannya sambil tersengih-sengih pandang aku. Macam mana aku tau diorang Melayu? Sebab diorang bagi salam kat aku. Wallahualam. Aku nampak diorang ambik botol tu kat mane sebab aku perhati je diorang dpd diorang masuk sampai la diorang ambik sesuatu kat tempat yg sememangnya aku tau itu tempat ARAK dari dalam dan luar negara. Aku x tahu la diorang faham ke tak ‘pandangan bermesej’ aku tu. Aku tak la sound diorang tu. Nak mati? Kang dia wat ape2 kat aku kang naya je! Cukup la aku kutuk diorang dalam hati aku ni. Cara dia cakap menggambarkan dia bukan orang sini dan semestinya aku tahu negeri mana mereka berasal!
Apa guna jadi orang bandar kalau semata-mata ingin menunjukkan ‘modenisasi’ dan berbangga menjadi orang bandar sampai sanggup menjatuhkan maruah diri sendiri dengan buat benda yang x elok dan terlarang di sisi agama.. Buat benda x senonoh, minum arak. Bak kata sesetengah manusia “Aku org KL, kene la tunjuk gaya orang KL sikit”. Ada kawan aku yg berasal dari KL gak. Rumah kitorang agak dekat walaupun kitorang tak 1 taman. Dia ada komplen dgn aku “Ko tau Nadia, bila aku cakap dgn tutormate aku yg aku orang KL, semua buat muka tak percaya. Diorang x percaya siap cakap aku tipu diorang yg aku org KL. Kenapa? Buruk sangat ke dress up aku sampai diorang cakap aku bukan org KL?” First time dgr aku tergelak. Kelakar la cara dia cakap tu. Terlalu straight forward.hehe…Kawan aku ni seorang yg biasa,sederhana dlm berpakaian, pemikiran terbuka dan mungkin sebab dia pakai tudung agak labuh dan menyebabkan orang cakap dia bukan org KL. Dia pun dapat agak kenapa orang cakap dia orang kampung.
~Sesungguhnya aku lebih kagum dengan orang yang
1) Cantik/handsome tetapi tidak dahagakan pujian dan tidak pernah merasakan dirinya cantik/handsome
2) x cantik/x handsome tetapi berbudi bahasa, tau had bergurau, tidak menyakiti dan tau menghormati orang lain
3) kaya tetapi tidak pernah merasakan dirinya kaya, pemurah
4) x kaya tapi ada inisiatif untuk memajukan diri dan meningkatkan ekonomi.
5) Mempunyai banyak dugaan hidup tapi tabah menghadapinya dan tidak mudah mengalah
6) Tak banyak dugaan tetapi sentiasa menjadikan dugaan org lain sebagai pengajaran dan panduan kepada dirinya agar sentiasa beringat.
~aku harap dipertemukan dengan lebih ramai orang@kawan yang mempunyai 4 ciri di atas…
Masih bersiaran
4 years ago
0 voice out:
Post a Comment