Pages

final year x seindah yg disangka~dah bosan blajo


Hari ni ingat nak abiskan keluarkan solvent+exctract pet ether yg tlh direndam dgn tumbuhan herba yg aku nak kaji tu. Lama-lama tu aku dah surrender dah!Mana taknya, tgn aku dah pijar dah! Sebenarnya walaupun guna sarung tgn kalau solvent bernama petroleum ether ni kene(even kat sarungtgn ni pun),sarung tgn ni akan berubah bentuk(mcm mengembang). Pastu tgn dah rasa panas lain macam. Tambahan lagi sarung tangan ni tetiba koyak pulak(sebab solvent pet ether tu). Dah 4 kali sarung tgn aku bertukar 4-4 jadi macam tu. Parah! Sudahnya aku x leh nak abiskan keluarkan solvent yg dalam rendaman tumbuhan herba yg aku nak kaji tu. Tergendala kerja aku! Dahla sarung tgn kat lab ni dah habis. Tak boleh jd,nak tak nak terpaksa aku kuarkan duit sendiri untuk beli dpd kedai kat luar(memandangkan pas ni aku kene berurusan lg dgn 1 solvent yg spesis dia ala-ala petroleum ether tu. Nama dia ethyl acetate).


Final year tak seperti yg aku idamkan. Dulu masa second year aku jeles tgk budak final year. Coz x lama lagi diorang akan meninggalkan alam universiti. Aku rasa mesti diorang tgh bergembira x sabar nak kuar u. Aku ingat lagi masa ujung second year, aku dah x sabar2 nak masuk final year. Sampai aku mention byk kali kat kawan aku “Tak sabo nyer nak masuk final year! Rasa macam nak cakap je kat semua orang(tak kira kenal@tak) yg terserempak kat fakulti~’Hai,Assalamualaikum! Saya budak final year~”. Kawan aku balas “Ada kaa???Boleh pulak….”

Sekarang baru aku tahu betapa pahitnye hidup sebagai budak final year. Terbeban dengan assignment+kuliah+kuiz+exam(seperti sem2 lepas) tp kali ni ada extra sket. Eh bukan sket,banyak!~projek tahun akhir~ Bleh kata hari2 kene masuk lab. Tapi aku masuk bila time free je(paling sekejap 4 jam,paling lama 7 jam sekali masuk) coz aku x boleh nak buat keje sekejap2 pastu tinggal2. Setakat 2 jam free masuk lab tu apa la yg boleh dibuat sgt. Aku rasa tak puas buat keje sekejap2 ni. Kalau nak buat aku kene masuk lama supaya aku tak tergesa-gesa nak siapkan projek(seperti yg kite tahu tergesa-gesa boleh mewujudkan kecuaian). Supaya aku boleh lebih focus dan tumpu pada yg aku buat. Hmm..bila dah final year aku baru sedar yg kitorang macam xde masa free sangat. X boleh dah nak ronggeng2(bersuka-ria) macam dulu lagi. Kalau nak meronggeng tu terpaksa fikir dua tiga kali. Hanya aktiviti yg menduduki list paling atas yg akan dilayan. Contohnye…ehem!only WE know it! Just wait n see! Kalau setakat aktiviti yg biasa2(contoh:jalan2 cuci mata kat tmpat yg biasa mcm sri serdang tu tanpa beli apa-apa) erm,…yg tu fikir dulu kot!Erm,susah2 pun aku terpaksa tempuhi 1 tahun ni dgn azam yg er...sedikit kuat.mueheheh



Sebenarnya aku dah bosan la belajar ni. Seriusly bosan. Pasni nak aim keje la pulak. Coz aku rasa keje lagi best dpd belajar. Aku rasa pengalaman tu lebih berharga daripada apa yg aku belajar kat universiti. Nanti lama2 sket bru la fikir nak sambung master ke apa ke…Tyme tu br rasa best belajar sbb tyme tu mesti dah pro dlm bidang tu. So belajar2 tu cam no hal la! (mengikut pengalamn org yg smbung master lps keje. Kawan aku citer ari tu)So, u guys jgn terkejut beruk plak kalau nampak aku kerja kat mana-mana. Restoran KFC ka, Jaya Jusco ka, Mid valley ka.. Cikai pun cikai la yg penting aku suke n seronok. Dulu masa keje cikai2 dulu(pas abis spm&matrik) ayah aku marah+bengang sebab aku suke minta keje jauh2(kat tgh bndr kl tu.klu naik bas ada la dlm 45 minit br sampai). Dia kata “Buat apa kerja jauh2? Yg dekat dgn rumah banyak”. Aku balas “Bukan masalah dekat@tidak. Masalahnya kedai yg dekat ngan rumah ni tak ramai orang.Tak meriah. Orang suke kerja yg ramai2 orang. Lagipun x mencabar la(sbb dekat ngan rumah)” Ayah aku cakap aku sama macam kakak aku. Kitorang suke kerja yg ramai2 orang(dalam satu bgunan besar mcm mid,jusco). Kakak aku suka ramai2 orang sebab dia ni suka bersosial sket(social macam jenis yg suka berkawan). Aku pulak suka ramai2 sebab suka observe org. Yg mana rasa sesuai buat kawan,ok la..Tapi type kawan2 kakak aku ni lain dgn kawan2 aku. Kawan2 dia jenis yg cm otai2 sket kot. Tapi dari perangai diorang yg kakak aku citer, diorang ni nampak je otai@nakal tapi hati baik. Lembut…Diorang nakal je tp tak jahat pun. Cuma pergaulan diorang nampak mcm kasar sket. Ori bukan buat2! Ok la tu. Kadang2 lebih baik daripada org yg nampak je baik luaran,tp hati…Hmm..toksah cakap la.. Terkejut beruk diorang bila tahu kakak aku yg otai ni ada adik macam aku. Sebaik aku *wink*(sebenarny diorang nk ckp ‘seskema aku’ tp x sampai hati kot.So guna ayat yg ala-ala amik ati sket). Diorang ckp aku ni pemalu*wink*. Neway, aku ni pemalu ke? Erm..tang tu tak boleh nak kata apa! Biarlah org terdekat dgn aku yg layak men ’describe’ kannya. Aku ni pemalu dgn org yg aku rasa tak sesuai je@rasa belum boleh masuk. Pendek kata ‘orang yg aku x boleh nak masuk’. Bila berhadapan dgn org mcm ni idea aku nak cakap yg berlambak-lambak ni tiba2 hilang tanpa dikesan. Mulut aku ni rs berat, selalu terkunci n rasa macam ada tongkol emas dlm mulut, tak boleh nak bukak(ni ayat favourite ayh aku). Kebolehan aku ‘masuk’ dgn seseorg tu pun bergantung pada keadaan. Ada yg secepat 5 saat, ada yg makan masa berhari-hari. Berjam-jam. Berminggu-minggu. Berbulan-bulan pun ada. Xboleh masuk langsung sampai bila2 pown ada. Kakak aku n da geng ckp org yg belajar kat mrsm+universiti ni org yg skema. Terlalu mengikut peraturan(diorang tak tahu kdg2 aku pun ponteng kelas.mueheheh) . Aku ingat lagi masa aku dapat *A PMR dulu. Kakak aku btahu result aku kat kawan dia(sbb kwn dia tanya), pastu kawan dia buat muka terkejut beruk+tak percaya. Siap cakap kakak aku kelentong dia. Kakak aku tergelak-gelak masa cerita kat aku.Hmm… Kitorang cepat boring dengan keje yg memboringkan@ala-ala ngantuk lagi sikit nak tido ni. Mana taknya,org yg masuk kedai macm boleh dikira dgn jari. Bila rasa keje tu best, semangat nak keje tu ada la sket2. Walaupun keje tu susah,tetap rasa senang n boleh buat. Redah je.Macam masa aku buat latihan industri dulu. Aku x pernah bosan walaupun kerja berlambak-lambak siap kene extend kerja sampai pukul 7. Ada satu kali tu kene keje masa cuti hari wesak. Seriusly aku x rasa bosan pown! Kalau nak balik u pun bukan sebab rindu nak belajar tp just nak jumpe fren aku kat kolej tu je la. Nak bercerita sambil bergelak-ketawa. Tu je la. Takde niat lain pown…

0 voice out: