Pages

ego seorang bos?hmm...

Tajuk entri ni berkaitan dengan peristiwa yang pernah aku alami 3 tahun dulu. Erm, susah gak kan kalau berhadapan dengan seorang yg ego dan rasa dia seorang je yg betul, org lain salah..Dia seolah-olah xnak terima hakikat yang dia salah. Susah nak handle orang macam ni. First time berhadapan dgn keadaan mcm ni yg membuatkan aku igt sampai bila2 n susah nak lupa.






Tyme tu aku tak sangka ada jugak manusia kat dunia ni yg x ngaku salah walaupun memang betul dia salah. Dulu masa keje sementara(3 bulan) lepas spm dulu, aku slalu kene marah dgn bos ats sebab yg kecik n sgt x logic sampai lama2 aku dah lali. Pekerja lain pun slalu kene marah gak especially pekerja baru, tp biasanya tak lama pastu diorang trus resign dan semestinya aku tahu sebab apa. Mula-mula aku pun pelik gak,kenapa tempat ni slalu pekerja dia x kekal. Masuk pastu x lama tu berhenti. Masuk ari ni esok berhenti(terus x dtg) pun ada gak...Padahal aku rasa tempat ni agk menarik. Meriah dan sentiasa ramai pelanggan sama ada dr dalam@luar negara. Mmmm x lama kemudian baru aku faham kenapa macam tu. Biasanya kalau pekerja baru masuk, aku akan igtkan diorang awal2 “Bos kat sini suka marah2. So,kalau apa-apa jadi pun tahan lah ye! Dia slalu macam tu.Tahan tau! Lagipun kejap je dia bising2,x lama.”






Ada sorang pekerja ni baru masuk (appearance dia nmpk macam keras hati n gangster+otai sket).Aku igtkan dia ni ‘tahan serangan’ sebab dr gaya dia n dia ckp ngan aku ‘Takpe,saye dah biasa orang marah2 ni. No hal la!’. Aku harap2 dia bleh lama sket bertahan. Ringan sket kerja aku ada orang tolong. Mana taknye,bila pekerja sikit, nk p toilet pun susah. Dua hari dia kerja aku dapat menyaksikan satu ‘drama’ antara bos aku dgn dia. Bos aku sound dia pasal pe tah. Pastu diorang perang mulut. Tak sangka,esok tu terus resign tak datang2 dah. Aku n 5 pekerja yg lain je yg boleh bertahan lama sket. Ikutkan hati boleh je berhenti n cari keje lain. Tapi,sayang la…




Mungkin aku rasa tempat ni best and aku rasa seronok keje kat sini. Maybe sebab aku minat kot keje macam ni. Tu la salah satu sebab kenapa aku still boleh bertahan. Tambahan lagi aku dapat sokongan isteri bos aku tu bila time kene marah. Dia slalu backup aku sampai gaduh2 dia ngan laki dia(bos aku) tu. Selalunye aku buat tak tahu@tayang muka xde perasaan bila kene marah ngan bos aku tu. Biar dia tahu,dia terjerit-jerit macam tu, sikit pun x effect aku. Takde masa nak nangis2 nih! Kdg2 aku rasa mcm nak tanya je “Takkan cakap perlahan-lahan x boleh?” Tapi takut dia cakap aku kurang ajar pulak padahal xde niat pun. Lagipun, aku malas nak bising2 sebab kalau aku lawan@cakap yg betul pown, dia x kan ngaku salah. Aku dah pernah try dah! Kalau aku tinggikan suara pun,dia akan tinggikan suara dia 2 kali ganda dpd aku. Bila aku try 3 kali ganda, dia akan up lg sampai 6 kali ganda. Macam nak bergegar satu aras shoping kompleks tu! Dia x malu langsung,aku plak yg malu. So,buat apa nak bersuara kalau aku tahu dia takkan terima? No point kalau lawan dia pun. Xde faedah pun. Aku hanya akan bersuara kalau aku rasa orang tu boleh terima. Tapi kalau dia dah tutup pemikiran dia,dia rasa dia je yang betul org lain salah, aku hanya mampu senyap! Buat bodoh je la yg aku mampu buat.




Bila dah sampai tahap lali kan, setiap kali dia marah2 tu aku rasa nak tergelak pun ada. Dia ni semua benda pun nak marah@cakap kuat sampai bingit telinga. Macam bergegar gegendang telinga! Walaupun benda kecik, dia boleh marah dgn bersungguh-sungguh@ bersemangat sampai nak terkeluar2 bijik mata. Sampai tersembur-sembur air liur dia (nasib baik tak kene aku!) .Kelakar giler! Aku terpaksa tahan gelak. Kalau tak thn sgt, aku pandang tmpat lain(berpaling ke sisi) n senyum sikit. Takut dia fikir aku main2@kurang ajar pulak padahal serius nak gelak. Ye la,marah boleh la tahan2,gelak mana bleh nak tahan2! Erm… mungkin aku fikir marah teruk mana pun AT LEAST DIA X BERNIAT MENGHINA. TAMBAHAN LAGI XDE LA PERKATAAN X SOPAN SEPERTI B**I, BA**ANG, BO**H YG KELUAR DPD MULUT DIA. Sbb tu kot aku boleh terima n bertahan. Kalau la dia samakan aku dgn binatang yg nama b**i tu, aku rasa lama2 aku pun resign gak.Nasib baik la dia x cakap mcm tu. Selagi tgn dia x naik, selagi tu aku boleh bertahan. Kalaulah tgn dia naik skali…..aku report polis je! C u in the court! Negara kita kan ada undang2..




Nasib baik dia just marah2 je,x lebih2.Lagipun dia mmg seorang yg suka marah2,ego n panas baran pastu lepas kat orang. Isteri dia sendiri yg cerita kat aku. Kadang2 depan orang ramai@customer dia bleh terjerit-jerit marah pekerja. Nak marah kat dalam(office) takpe la gak.Aku boleh terima . Ini kat depan customer. Ye,la keje aku kene berhadapan@berinteraksi dgn customer setiap hari@setiap masa. Imej kene jaga beb! Bila customer tanya aku “Kenapa bos awak marah2 awak td?” dan aku hanya tersenyum kelat sambil jawab “Biasa la tu, dia mmg slalu macam tu. Entah angin apa yg melanda dia ari ni. Angin timur laut ke angin barat daya ke…tak tau la nak cakap!” Mula2 mmg malu gak tambah2 bila customer yg lalu lalang tayang muka kesian kat aku tp lama2 aku buat muka selamber je la. Ala,customer yg lalu lalang ni bukannye kenal aku pown! Buat apa nak malu? Dia marah sekejap je,esok tu terus baik balik siap boleh gelak2 n bergurau-gurau dgn aku. Walaupun dia cpt marah, cepat pulak sejuknye. Kadang2,pagi tu marah-marah sampai merah2 muka(coz dia org cina-kulit putih so boleh nampak bila marah muka dia camne) ptg tu boleh plak tayang muka n sengih2 depan aku. Pelik tul! Cepat sejuk gak temperature dia nih! Bila tgk muka dia yg biasa n kadgkala tersengih-sengih tu(xde nampk mcm wajah sinis~nmpk mcm ikhlas), secara x langsung temperature aku turun dgn sendirinya. Xde la simpan lama-lama. Lagipun aku faham sgt,bos slalu perangai macam tu bila dia ‘RASA’ pekerja dia buat salah…Lagi satu bos slalu tak boleh terima kalau dia buat salah tambah2 kalau pekerja dia yang tegur dia(ego la tu). Seseorang yg pernah btahu aku dulu. Erm,mungkin dia faham la kot sebab dia blajar pasal perniagaan,ilmu ke‘bos’an n benda2 tu semua. Tapi takkan bos tu tak belajar etika menjadi bos masa kat u? Adab2 nak tegur pekerja…Mungkin bos yg suka marah2 tu bos yg x masuk u kot….Yeah,that’s right!





Bila peristiwa macam ni jadi, aku rasa untuk sesuatu perniagaan@syarikat, bos kene la jaga hati pekerja sedikit sebanyak. Walau sehebat mana pun perniagaan, walau maju macam mana sekalipun, kalau hati pekerja x dijaga takut syarikat akan kehilangan pekerja yang berpengalaman@berpotensi yang akhirnya boleh membuatkan produktiviti sesuatu syarikat menurun Ini akhirnya boleh membawa kepada kerugian. Mungkin diorang akan cakap “Diorang berhenti kita cari la pekerja baru” tapi diorang kene ingat pekerja baru kene amik masa untuk sesuaikan diri dgn tata cara kerja@polisi syarikat. Kan amik masa n kalau pekerja yg dilatih ni berhenti jugak macam mana? Kan dah membazir!




Jaga hati ni takdela sampai pekerja pijak kepala pulak. Pandai2 la. Ini bukan soal ‘tahan tekanan’ atau emosi ke ape ke coz SEMUA pekerjaan ada tekanan masing2. Ini soal pekerja yang ingin bekerja dalam suasana yang tenang, tanpa tekanan dan mesra. Cukup2 la tekanan kerja yang dihadapi sehingga terpaksa mengorbankan masa untuk melaksanakan tugasan2 ‘sampingan’. Usah ditambah lagi tekanan yang sedia ada dengan perkara yang remeh dan tak masuk akal. Tekanan yg berlebih-lebihan@melampau akan menurunkan produktiviti. Ada kemungkinan pekerja yg berpotensi ni akan ke syarikat lain yg menawarkan suasana kerja yg lebih baik dan lebih mesra. Aku nak kaitkan kata2 kawan aku ni ~ Bak kata kawan aku yg pernah cakap dengan aku tak lama dulu ~ KITE, KALAU NAK ORANG TOLONG KITE UNTUK MELAKSANAKAN SESUATU TUGASAN (contoh: MAJUKAN SESEBUAH ORGANISASI) KENE LA CAKAP BAHASA YANG ELOK SIKIT. INI TAK. MINTA TOLONG PUN FIRST2 DAH KENE MARAH-MARAH, MACAM MANA ORANG NAK TOLONG DENGAN RELA HATI DAN IKHLAS? ORANG KALAU DARIPADA MEMANG NAK TOLONG DAH JADI XNAK TOLONG KALAU MARAH-MARAH (macam nak terkeluar anak tekak) MACAM TU.





*To sya~ macam kenal je ayat yg bertulis huruf besar kat atas ni kan?hehehe ;-)

0 voice out: