Pages

filem malaysia

Aku ada terbaca ada artikel yg dikeluarkan oleh salah satu orang penerbit filem tempatan. Dia cakap, penonton sekarang terlalu mengagung-agungkan filem@ karya drpd luar (luar Malaysia) sampaikan filem@drama Malaysia x mendapat sambutan dan terpinggir. Pelik la dia ni. kenapa nak salahkan penonton pulak? Sepatutnya salahkan diri sendiri sebab tak mampu melahirkan filem sehebat karya daripada luar tu. Sebagai orang seni,diorang ni sepatutnya buat kajian terperinci kenapa karya dpd luar lebih mendapat tempat di hati penonton. Penonton sekarang bukan bodoh nak habiskan duit untuk sebuah filem yang x berkualiti. Penonton ada hak. Diorang ada ada duit, diorang berhak untuk dapat banda yg setimpal dengan duit yang diorang laburkan. Aku pernah rasa menyesal sebab tengok wayang cerita tempatan yg x berkualiti. Bila keluar panggung je,aku rasa rugi sgt2. Rugi! So,kalau nak tengok citer melayu, aku biasanya tunggu keluar tv je…tak pun tunggu time raya je,konfem kuar tv. Mungkin alasan sesetengah penerbit filem “Kitorang takde bajet yang tinggi untuk menghasilkan filem hebat”. Kenapa? Sesebuah filem@drama yg hebat mesti kene ada bajet yg tinggi ke? Mungkin diorang fikir dari satu sudut je kot. Memang filem dari Barat memerlukan teknologi yang canggih untuk filem yang hebat seperti Harry Potter, Narnia and ect. tapi diorang still boleh jadikan filem@drama dari Asia seperti Korea, Jepun and Taiwan yg semakin mendapat tempat di hati penonton Melayu dan Cina untuk dijadikan contoh. Cuba kaji kenapa produk dari sana membuatkan penonton nak tengok banyak kali. Bak kata salah seorang peminat filem luar “Produk luar ada aura dan karisma yg lebih menyerlah berbanding produk tempatan”. Aku tengok dalam filem@drama luar tu xde la perlukan rumah yang yg mewah sampai 6 tingkat+kolam renang semata-mata untuk menunjukkan kemewahan. Xde pun perabot yg mahal2, rumah besar2. Lokasi penggambaran pun simple seperti kat rumah, lrt, tepi laut. Xde sepanjang masa kat tempat eksklusif. Drama luar pandai mengadun cerita sehingga ‘kemewahan’ itu sampai kepada penonton walaupun tanpa ‘material’ yg hebat2. Setidak-tidaknya boleh mengurangkan bajet drama itu sendiri. Aku bukan tak tgk langsung drama tempatan ni. Tgk gak sket2. Tujuan aku tgk pun sebab aku nak tengok kualiti citer dia dan cuba bandingkan dengan filem luar yang pernah aku tengok. Aku tengok drama tempatan ni(contoh: Sembilu) jalan cerita terlalu meleret-leret, ulang-ulang sampai penonton naik muak tengok jalan cerita dia. Kalau nak panjang2 pun biarlah ada perbezaan skit dan ada kesinambungan dari segi plot cerita. Ini,tak. Sama je aku tengok. Gaduh baik,gaduh baik, gaduh pastu baik balik. Bosan. Plot cerita tak disusun dengan kemas. Kadang2 jalan cerita dia boleh dijangka kesudahannya. Sampaikan aku rasa aku nak tengok ending dia je. Yang tgh2 tu x nak tengok! Tak macam drama luar. Kalau drama luar bila tgk episode 1, rasa nak sambung episode 2. Pastu mesti nak sambung episode 3 dan seterusnya sampai habis. Plot cerita disusun kemas sampai penonton rasa nak tengok episode seterusnya tanpa berhenti. Haa… pasni aku nak tengok filem SEPI yang diuar-uarkan filem yang hebat coz katanya sarat dengan emosi,spiritual and intelektual. Betul ke seperti yang digembar-gemburkan oleh pengarah n pelakon citer tu. Kadang-kadang x boleh nak percaya sangat. Macam citer Jangan Pandang Belakang tu,x de la hebat sangat.Visual je lebih2. X takut mana pun. Citer Congkak lagi la. Banyak yang tak logic daripada yang logic. Aku susah nak terima citer yg x logic nih. Nampak sangat penerbit filem tu tak tahu berfikir dari pelabagai sudut. Aku rasa Pontianak Harum Sundal Malam pun lagi ok dpd citer tu (kalau nak wat prbndngan dr segi filem seram) . Citer Duyung pulak,pelakon hebat! Saiful Apek, Maya Karin(yg pernah mng pelakon terbaik peringkat antarabangsa) tp sayang jalan citer x berkualiti. Bak kata adik aku “Takde masanya aku nak tgk lagi cd citer tu. Campak buang longkang je.” Hehe..Daripada tgk filem tu baik aku tgk Narnia ke, Pirrate of Carribean ke, Harry Porter ke. Mencabar minda sket. Ari tu aku ada tengok citer hantu korea kat chrunchyroll. Biasanya aku x layan sgt citer hantu korea n jepun sebab citer dia streotaip (antu mesti muka putih, mata merah, rambut panjg pastu jalan merangkak-rangkak kejar orang!). Tetiba tergerak ati nak tgk citer korea yg tajuk RED SHOES ni. Bila tgk aku rasa hati aku berdebar-debar sepanjang cerita tu dan kesudahannya tak dapat aku jangka. Citer Dead Silence(inggeris) pun sama. Mencabar minda sungguh. Ending dia sgt tak dijangka tapi logic. Citer Red Shoes & Dead Silence ni merupakan antara filem luar yang membuatkan aku terpaku seketika di depan laptop walaupun ceritanya dah abis. Yang membuatkan minda aku still berfikir walaupun citer ni dah abis. Yang membuatkan aku flash back sedikit sebanyak apa yg aku dah tengok(keseluruhan citer dia) dan mengaitkannya dengan ending dia. Untuk menilai kelogikannya. Maksudnya, ending dia mmg mengejutkan aku. X disangka-sangka. Huhuhu…Sebab selalunya kalau citer x best,kalau abis aku blah macam tu je.

0 voice out: