Pages

politik(first and last)

Tulisan karangan Mufti Perlis(dr. mohd asri zainal abidin) ni agak memberikan kesan kepada aku. Aku nak copy paste masuk sini tp panjang sgt pulak. Xlarat nak taip. Sebenarnya sebelum membaca tulisannya aku memang berpendapat sebegitu tetapi x berapa jelas. It’s hard to explain kenapa aku berpendapat sebegitu tetapi bila membaca tulisannya itu, aku hampir pasti I agree with him. Pendapat aku sama dengan dia. Dan sebab yang dinyatakan juga hampir sama. ~Kitorang kat tgh2~ x sokong keterlaluan dengan mana-mana parti(maksudnya bukan penyokong fanatic mana-mana parti politik kt Malaysia ni). Aku sebenarnya menyampah+boring tengok suasana politik kat Malaysia. Masing2 berlawan dan ada agenda yang tersendiri. Tuduh-menuduh semata-mata nak tutup kesalahan diri sendiri. Bosan! Aku harap inilah kali pertama dan kali terakhir aku bincangkan pasal politik kat sini. Aku sebolehnya nak mengelak bercakap pasal politik dalam perbincangan seharian. Bukan pe, entah la susah nak cakap. Macam susah nak percaya. Macam malas pun ada gak. Boring pun ada gak sebab kalau cakap pasal politik ni isunya tak pernah habis. Takkan selesai..Mana taknya benda kecik diperbesar-besarkan sampai jadi kecoh!

Ada ahli politik yang dipilih oleh rakyat oleh rakyat atas sebab parti. Parti tu pun satu hal. Kemukakan la calon yang elok sket bila bercakap. Ini cakap tergagap-gagap bila ditemubual wartawan. Banyak “Aaa…Aaa…Aaa” dalam 1 ayat. Takkan x reti cakap melayu sebab setahu aku, perbahasan kat Parlimen memang kene guna bahasa Melayu. Lain la kalau dia x join perbahasan kat Parlimen tu. Tapi bagi aku kalau x join perbahasan tu tak guna jadi ahli Parlimen kalau setakat tengok je orang lain berhujah@kemukan soalan. Macam pak pacak je la kat Sidang Dewan tu. Berkempen bagai nak rak tapi bila time Sidang Dewan TAK NAMPAK pun muka dia untuk lantang mengeluarkan hujah@isu-isu berbangkit. Layak ke orang macam ni jadi ahli parlimen? Kalau la betul2 dia x tau BM, I think better teach BM to him first before berkempen dalam pilihanraya. Aku rasa MPP kat UPM ni pun lagi layak. Aku kagum jugak dengan ahli Parlimen Bebas Pasir Mas-Datuk Ibrahim Ali ni. Walaupun tempat duduk dia agak tersorok dan susah untuk Pandikar Amin (Speaker) untuk nampak dia, dia lantang mengeluarkan hujahnya@kemukakan setiap kali Sidang Dewan. Dia selalu join perbahasan walaupun orang susah nak nampak dia sebab tempat dia kat hujung terceruk. Sampai dia mengadu dgn Speaker dan akhirnya tempat duduk dia dialihkan ke tempat yang lebih jelas dinampak. Ayah aku cakap, best je dia. Adakalanya dia hentam kerajaan. Adakalanya dia hentam pembangkang. Yang kelakarnya, ada skali tu aku tengok dia hentam dua-dua pihak serentak. Bagi aku dia pun macam Mufti Perlis tu. Tak terikat pada satu2 parti and x jumud pada sesebuah parti. Bukan bermakna takde pendirian, cuma tak nak terkongkong pada 1 parti je. Kalau kita sokong tindakan Parti A, x semestinya kita menentang Parti B. Kalau kita membantah tindakan Parti A tak semestinya kite sokong Parti B. Kalau terkongkong pada 1 parti sahaja, orang yang tidak tahu menilai akan mem’betul’ kan segala apa pihak atasan parti cakap. Bak kata mufti Perlis tu, bila seseorang tu jumud pada sesebuah parti, ini menyebabkan mereka mudah lalai dan x nampak apa-apa kesalahan pun pada parti yg diorang suka tu. Dia akan cepat je bersetuju dengan apa saja yang dibangkitkan tanpa menilai kebenarannya secara teliti dan terperinci dengan sebab yang logic dan munasabah diiringi dengan fakta yang tepat. Adakalanya jika jadi tgh2(x fanatic mana-mana) kita akan mudah kesan kesalahan seseorang@parti politik. Selalunya bila kita jadi penyokong fanatic ni kita mudah mengikut apa pendirian orang tu. Selalunyer la…Xsalah jadi fanatic pun tapi biarlah berpada-pada. Fanantik2 aku dengan Siti Nurhaliza tu(penyanyi favourite aku tu), aku x la menyokong segala tindak tanduk dia. Semua orang tak sempurna. Aku still rasa ada satu2 tindakannya tak berapa betul kat side yang tertentu. Kadang2 aku kritik juga,kadang2 aku puji jugak..Takla semua yang dia buat aku sokong. Sama macam kalau kite betul2 sayang, cinta pada kekasih 100%. Sudah tentu kita rasa apa-apa yg x baik padanya sebagai baik2 je. Semua yg kekasih kite buat semua betul. Kalau salah pun, mesti ada alasan “Semua manusia x sempurna”. Sama macam konteks parti ni. X semestinya tindakan sesebuah parti tu betul semua.Ini tak. Apa yg pihak atasan parti cakap semua betul kat mata diorang. Cakap macam ni? “Betul!Sokong2x!” Cakap macam tu? “Betul! Sokong2x!” Apa yang x betulnya? Sokong membuta tuli. Macam takde salah langsung pulak pihak yang dia sokong tu. Tak semua manusia sempurna. Tapi tak semestinya kene bangkang semua. Cuba nilai secara rasional, logic dan fakta yg tepat.

Contoh peristiwa: Harga Nasi Kerabu kat negeri A RM1, kat negeri B RM5, kat negeri C RM6.50. Orang kat negeri B dgn C tak boleh la buat bantahan harga yg harga diorang mahal dgn hanya bandingkan sekadar nombor sahaja. Diorang kene tgk la sebab kenapa harga jadi macam tu. Mungkin B dan C x tahu yg kos sara hidup di negeri A rendah, so harga brg kene jual rendah jugak la. Kalau still jual tinggi sape nak beli? Mungkin juga B dgn C tak tahu yang negeri A banyak duit, kerajaan negeri A kaya dan bnyk support peniaga Nasi Kerabu yg menyebabkan diorang boleh jual dengan harga yang rendah. Banyak lagi kemungkinan2 yang ada yang perlu difikirkan. Setelah membuat pertimbangan sebetulnya kalau rasa bantahan kita tu wajar, rasional dan perlu diteruskan , ok xpe…Go on! Kalau kite rasa kite dah ambil kira pertimbangan sewajarnya x pe kalau nak wat bantahan pun. Xsalah sebab kite berhak. Kalau difikirkan betul2, mungkin sebab yg ada tu boleh jadi berantai-rantai dan saling berkait antara satu sama lain. Sebab A membawa kepada B, sebab B membawa kepada C, sebab C membawa kepada D dan seterusnya sampai la sebab Z. Sebab yang kite perlu cari tu mungkin bukan M, N atau P (yg tgh2) tapi sebab yg kite kene cari tu adalah sebab A yg membawa kepada berpuluh-puluh sebab yang lain. Bak kata Prof Mat Rofa, lect Falsafah Sains, kite kene cari punca yang akar umbi yg membawa kepada berribu-ribu sebab yg lain. Bukan cari sebab yg kemudian2 tu.

Kat Malaysia ni aku tgk kalau seseorang ni terlalu fanatic pada sesebuah parti, apa-apa parti lawan buat apa-apa semua salah kat mata diorang. Semua nak kritik. Takkan xde langsung yang betulnya? Yang parti lagi satu pulak, takkan semua kritikan parti lawan semua salah atau tak betul? Kalau betul kritikan tu agak betul apa salahnya akui dan perbetulkan.. Jangan asyik menafikan tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Itu fungsinya kerajaan dan pembangkang. Saling membetulkan dan mengingatkan antara satu sama lain. Kadang2 Parti A betul, kadang2 Parti B betul. Sekarang heboh satu negara pasal kenaikan harga minyak. Pasal mekanisme pengstrukturan harga subsidi tu mungkin boleh dipertingkatkan dengan menjual minyak dgn harga tanpa subsidi kepada kenderaan asing(no pndftrn asing spt Thailand&Singapore), nak beli minyak kene scan ic ke(org indon@PATI beli pada harga tanpa subsidi!) dan byk lagi. At least boleh back-up sket2 duit rakyat. Xde la rakyat menderita sebab kenaikan harga minyak ni..Kan best kalau aku belajar ekonomi supaya aku lebih faham kenapa bila harga minyak dunia naik, kat Malaysia turut naik jugak padahal Malaysia pun negara pengeluar minyak jugak. Dan ia turut dirasai oleh negara2 pengeluar minyak yang lain. Apa implikasinya kalau Malaysia tetap jual pada harga lama sebab minyak kite punye,suka hati la nak jual brapa-brapa harga pun. Kenapa boleh effect ekonomi negara? Adakah kerana harga minyak diukur dengan dollar Amerika? Kenapa harga minyak mentah dunia boleh dipengaruhi dengan spekulasi? Dengar je spekulasi Israel nak serang Iran, harga minyak terus melambung naik. Kenapa semudah itu? Dan semestinya kegiatan ini didalangi oleh spekulator2 yang tak btgungjwb. Kenapa harganya ditentukan oleh satu-satu pihak je bukan kebanyakan anggota OPEC lain (terutama negara Islam) seperti Iran dan Arab Saudi yg merupakan pengeluar terbesar minyak mentah dunia? Kalau nak dihimpunkan negara2 Islam ni(maksudnya mereka bersatu) rasanya mereka dah boleh bersuara dalam menentukan harga minyak antarabangsa mengatasi negara yg conquer tu. Masalahnya, mereka tidak bersatu. Apa yang diterangkan oleh ahli ekonomi negara tentang implikasi harga minyak naik terhadap negara aku tak berapa nak faham walaupun aku dah baca berkali-kali. Mungkin kehadiran istilah-istilah ekonomi membuatkan aku x faham. Defisit la, unjuran ekonomi la, apa la. Aku tau semakin tinggi defisit tu semakin x bagus kedudukan ekonomi sebuah negara tapi aku tak tau maksud defisit tu apa sebenarnya. Sampai naik pening aku fikir persoalan2 ni. Mungkin kalau aku faham semua benda2 alah ni aku akan menerima hakikat ini dan mengakuinya walaupun pahit untuk ditelan. Kadang2 aku rasa kan best kalau aku tak ambik tahu langsung pasal hal ni sebab semakin aku ambil tahu semakin aku tertanya-tanya dan nak tahu macam2 perkara. Tu yang bahaya tu! Macam mana aku tak boleh tak ambil tau sebab benda ni berlaku depan mata, ada kaitan dgn aku(sbb bila minyak naik, semua hrga brg naik. Abis duit aku!). Bila ada kaitan ngan aku(walaupun sket2), nak tak nak, aku kene ambil tahu jugak. I must know! Sebab selagi tak jumpa jawapan yg memuaskan hati selagi tu aku akan fikir,fikir,fikir dan fikir. Kadang2 aku rasa penat sebab fikir mende2 ni! Tapi minda aku still xnak berhenti fikir. Penat, penat, penat! Kan best gak kalau aku rapat dengan semua pemimpin-pemimpin politik utama negara seperti Pak Lah, Najib, Hishamuddin, Mukhriz Mahathir, KJ, Azmin Ali, Wan Azizah, Nurul Izzah, Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim(MB Sel), Azizan(MB Kedah), Nik Aziz, Hadi Awang, Salahudin, Nasharudin, Karpal Singh, Gobind Singh, Poh Kuan, Teresa Kok. Aku nak tanya macam-macam dengan diorang ni. Bila rapat tak semestinya mudah terpengaruh, sekadar nak kenal diorang ni macam mana yang sebenarnya. Bila rapat, aku mungkin akan dapat menilai mereka dengan betul. Sape betul, sape salah..Sape sebenarnya baik dan sape yang jahat. Herm..mustahil plak kan nak jumpe muke2 ni. Bukannya jadi ahli politik pun. Nak kata minat tu ada gak sket2 tp malas nak join. Akak aku ajak aku join siap bagi borang untuk aku isi, tapi aku x bersedia lagi. Bagi aku kalau nak jadi ahli politik kene tau semua benda. Sejarah, undang-undang n lain2. Baru yakin bila bercakap. Family sedara mara belah mak aku aktif betul dalam politik ni. Siap jadi ketua bahagian la. Ketua itu la, ketua ini la. Bila time pilihanraya diorang jadi aktif giler. Siap letak bendera+pelekat besar parti politik kat kereta. Walaupun macam tu, diorang tak la fanatic sangat sampai semua tindakan ahli politik parti diorang,diorang sokong. Bila jadi ahli politik(kenal ahli politik lain), diorang dapat mengenal pasti apa yang tak kene dgn ahli politik yg diorang kenal tu. Masih ingat dengan kes ‘pembinaan rumah istana’ oleh seorang ahli politik kat pendamaran kat klang x lama dulu? Orang yang join politik kat kawasan area pendamaran tu tau la pasal cerita tu dan maklumat tambahan tentang apa yang terjadi. Tapi,kalau orang salah tugas kite la kene perbetulkan. Tegur sket2. Diorang tak la sokong je apa yg pihak atasan buat. Bila ada yang tak kene, diorang tegur2 apa yang patut. Yg jadi problemnya kalau pihak atasan tu tak nak terima teguran. Macam tu la bila orang ada kuasa(tak semua macam tu). Bila tgk diorang tau hal-hal politik ni,cam best je nak join. Boleh tau sape betul sape salah. Tapi…malas la nak join. Malas nak gaduh2 and lawan cakap pung pang pung pang sampai mengabaikan tugas yang diamanahkan. Nasib rakyat tak terbela pun. Kalau pung pang pung pang ada org mengalah xpe gak. Kang kalau masing-masing xnak mengalah, tanggungjawab tak selesai pulak~membela nasib rakyat.. Susah nak jadi ahli politik ni. Politik ni juga adalah satu seni yang bukan semua orang yang boleh join. Hanya orang yang betul2 kuat je yang boleh survive dalam politik ni. X boleh ada rasa serba salah. Kene yakin dengan tindakannya. Aku faham rasa serba salah ni. Bila kita buat macam ni orang kata macam tu. Bila kita buat macam ni,eh2!orang kata macam tu pulak. Pening! Serba-salah! Abis nak buat macam mana kalau x nak bagi orang mengata? Kang x buat langsung kang? Buat bodo boleh? Hmm..yg tu lagi la haru biru org mengata. Kalau bukan dalam bidang politik, senang je.Kalau orang mengata,jalan paling mudah~senyap! Mula-mula mesti la pertahankan diri kita kalau kita rasa kita betul tapi kalau orang lain still xnak percaya jugak siap pandang sinis lagi (tambah lagi kalau dia x pernah berfikir dan bertanya kenapa kita buat macam tu), jalan terakhir senyap je la. Penat kang tutup la mulut diorang. Tapi dalam politik mana boleh camtu. Kalau orang mengata(tuduhan@fitnah ke) kita senyap, nampak pulak kita yang bersalah. Tambah2 politik sekarang. Pelbagai media ada paper, berita tv, blog n lain2 untuk sebarkan benda2 alah tu and perbesarkan cerita. Dalam banyak2 orang, orang yang aku plg susah nak percaya ialah ahli politik sebab bg sesetengah orang, bila dah dapat kuasa, mudah lupa sket. Yang diorang tahu duit, duit, duit! Diorang pandai bercakap kt tv, masa temuramah sehingga susah nak menilai kebenarannya. Tapi x semua macam tu. Ada yang baik. Tu yang susah nak kesan tu. Kene jumpa diorang depan2 n berurusan dgn diorang baru bleh tau. Sekarang ni aku tgh develop cara nak kesan penipuan ahli politik kalau bercakap kat televisyen. Xkisah la dari mana-mana parti pun(kalau nak buat pertimbangan x boleh sebelahkan mana2 pihak.Kene tengok dua-dua). Tengok riak muka, cara cakap dan gaya bahasa. Melalui salah satu buku international yg ditulis oleh penulis yg sememangnya pakar dalam body language. Dia dapat perincikan penipuan Bush dalam ucapannya kat satu2 tempat(melalui bahasa badannya). Biasala BUSH kan, sape x kenal dia. Orang macam ni kite tak boleh nak baik sangat takut dia ‘makan’ kite balik. Just baik gitu2 je boleh la kot. X yah nak kamceng sangat. Dia cakap apa-apa mesti ada agenda dan kepentingannya yang tersendiri. Bukti2 dah ada. Bukti sahih tu bukan saje dapat tgk kat negara dia tapi kite dapat tgk kat negara-negara lain jugak. Terutamanya negara yang dia rasa ada kepentingan dan lemah dari segi ketenteraannya. Bukti yang terang lagi bersuluh! Kalau orang masih x beringat tak tau la nak cakap apa. BEKAS Perdana Menteri Australia yang satu geng dia pun sama. John Howard tu. Nasib baik dah ganti Perdana Menteri yang baru. Xingat pulak sape nama dia. Kevin Rudd ke nama dia? Lupa la…Tapi aku rasa dia lebih ok dpd John Howard tu. Dia lebih(cenderung) kepada Asia. Tak macam Howard tu, Barat je yg dia rasa bagus dan layak jadi geng. Asia dia x pandang pun. Dia tak tahu majority rakyat tak berapa suka dia baik sgt dengan Bush dan sokong semua tindakan Bush. Sape suruh tak ambil kira pandangan rakyat? Bila dah jadi ahli politik nak tak nak kene ambil kira pendapat rakyat. Dia lupa agaknya dia jadi PM pun atas undian rakyat jugak. Bila time pilihanraya baru dia tahu langit tinggi rendah. Erm…ada seorang yg dah lama terlibat dalam politik Malaysia ni. Xboleh beritahu sape dia. Aku tengok riak muka dia macam ada sesuatu yang pelik dan bila aku tengok sekilas terus aku tak suka dia. Adik aku pun berpendapat sama dengan aku. Aku ingatkan aku sorang je yang rasa macam tu, tak sangka adik aku pun dapat rasakan macam tu. Riak muka dia(ahli politik tu) nampak keruh sgt2 dan tak ada ketenangan kat situ. Bukan nak memandai-mandai tapi tu la yang aku rasakan. Orang kata buruk mana pun muka seseorang, kalau hati bersih akan terserlah ketenangan kat muka dia. Act muka dia x buruk pown,normal je tp riak muka dia buat aku tak suka. Mcm ada sumthing. Muka ahli politik ni seolah-olah ada menyembunyikan sesuatu dan penuh kepura-puraan. Cara dia bercakap pun macam aku dapat rasakan dia banyak menipu(nampak fake dan pelik). Aku rasa camtu bila aku baru je selesai baca buku pasal teknik nak kesan orang tipu tu. Pastu aku try observe cara dia bercakap+riak muka masa cakap tu. Tak tahu la tang tu. Wallahualam. Ahli politik lain(dari mana-mana parti termasuk parti dia) aku tak rasa macam tu termasuk anak isteri dia. Yang lain aku tak rasa macam tu. Dia sorang je. Entah la susah nak cakap kenapa. Aku rasa macam aku dah jumpa sebabnya tp I’m not sure betul@tidak. Xboleh nak kata apa sebab perpektif boleh macam2 so aku tak berani nak cakap perspektif aku betul. Kalau aku tak sure tentang sesuatu aku x suka nak cakap lebih2. Erm…jalan terbaik aku just tunggu dan lihat. Biar Allah je yang tunjukkan. Tengok tindakannya yang seterusnya. Walaupun aku x suka dia,aku still follow cerita dia melalui pelbagai media massa. Kalau kita follow x semestinya kita suka dia. Aku just nak tahu sgt apa motif setiap tindakan dia dan apa tindakkannya yang seterusnya..Aku baca lporan berita dari media parti dia and parti lawan dia. Sekadar nak buat perbandingan. Orang kalau x suka dengan parti2 tertentu dia akan baca media parti pro dia je. Media parti lawan dia x sentuh langsung. X boleh la macam tu. X adil namanya tu. Kalau nak buat penilaian kene ambil kira 2-2 pihak. Apa salahnya baca media parti lain. Baca x semestinya sokong. Cuba nilai kebenaran berita tu dan isi keseluruhannya. Kalau media tu banyak menipu, xpe…Kita tengok sejauh mana media tu nak menipu. Orang kata penipuan tak boleh berterusan sebab kebenaran akan terserlah jua pada akhirnya. Bak kata pakar body language tu, orang kalau menipu,dia tak boleh menipu lama2. Sebab penipuan memerlukan strategi jangka panjang yang tersusun mengikut tertib dan saling berkait. Orang menipu x boleh jangka apa yang berlaku seterusnya(kesan dia menipu) dan yg paling penting dia tak akan boleh ingat apa yang dia pernah tipu dulu. Kat situ percanggahan kata-kata kita boleh kesan melalui kronologi penceritaan.. Dia juga x dapat menjangka soalan2 yg akan ditanya drpd itu. Macam tu juga la cara polis nak kesan pesalah yang menipu. Sebenarnya melalui cara menjawab(riak muka) polis dah dapat kesan dah pesalah tu menipu. Tetapi polis memerlukan bukti yang kukuh melalui soalan2 yang dikemukakan. Bila terdapat percanggahan,kat situ dah boleh dapatkan bukti sampai pesalah mengaku jua akhirnya. Entah,panjang jugak step nak kesan orang menipu ni. Susah nak explain kat sini.Erm…Bila baca sesuatu berita, jangan cepat terpengaruh. Masalah orang sekarang, kalau dia baca apa-apa terutamanya gossip politik, dia mudah terpengaruh dan percaya. Entah,maybe aku jenis yang tak berapa nak percaya dengan apa-apa selagi persoalan dalam kepala aku ni belum terjawab sepenuhnya. Selagi aku tak jumpa dia depan2 dan berurusan dgn dia(khas untuk dunia politik sahaja) Tambah2 dalam politik~masing2 saling nak jatuhkan antara satu sama lain. Masing2 ada motif dan kepentingan yg tersendiri. Orang tu nak jatuhkan orang ni, orang ni nak jatuhkan orang tu.Apa-apa pun baca dulu. Just baca untuk buat perbandingan antara keduanya. Kalau la aku ahli politik, aku akan baca media parti lawan aku. Aku nak tengok segala kritikan parti lawan and nak tengok sejauh mana aku dikutuk. Kalau kritikan membina apa salahnya perbaiki, betul tak? Kalau berita tu tak betul, jelaskan sebab yang logic kepada rakyat kenapa berita tu tak betul dan apa yang disebaliknya yang berlaku.

Kadang2 aku tertanya-tanya. Perlukah parti2 politik dalam pilihanraya? Tidak boleh ke kalau bertanding atas tiket CALON BEBAS bagi semua kerusi Parlimen? Erm… x boleh gak kan? Nanti sape nak jadi menteri, ahli cabinet dan juga PM and TPM..herm…Aku x la bangkang system parti kat Malaysia ni cuma aku sekadar tertanya-tanya….Macam kat kolej aku, MTM dilantik oleh pihak pengurusan atas dasar individu. Kalau kat mrsm, semua calon yang berkempen untuk meraih undi adalah berdasarkan individu jugak. Takde pun gaduh2 ni. Xde kutuk2. Kalau politik kat Malaysia kutuk-mengutuk masa pilihanraya terbawa-bawa sampai ke Parlimen ~ tempat mereka menjalankan tugas membela nasib rakyat. Baik kerajaan mahupun pembangkang. X professional langsung! Bigfoot la, monkey la dan yang terbaru katak pulak. Saling balas membalas. Sampai Pandikar Amin naik pening nak handle diorang ni. Kesian pulak aku tgk dia ni. Aku n family pulak tergelak-gelak tengok. X payah la layan kutuk-mengutuk ni. Bagi aku orang yg mengutuk ni tujuannya nak buat kite bengang dan hilang kawalan. Lain la kalau nak bergurau or main2, tu takpe. Tapi…takkan kat parlimen pun nak main2 kot… Bila orang betul2 kutuk kite, kalau kite react juga ertinya mereka dah berjaya buat kite hilang kawalan dan bengang. Maksudnya tujuan mereka tercapai dan mereka menang. Fuh, aku susah betul nak bagi orang menang kalau melibatkan perkara2 mcm ni! Teori aku kalau kene kutuk ni, buat bodoh je. Biar bila dia tengok kite x react ape2, dia bertambah bengang tp tak tau nak cakap apa. Kalau dah x tahan sgt, keluarkan je 1 ayat yg mampu membuatkan dia senyap. Tak semestinya guna bahasa x sopan. Banyak je bahasa sopan yg lain boleh digunakan. Aku pernah buat macam ni dulu. X igt dah pasal apa. Best! Siap senyum ‘bermakna’ kat orang tu sampai merah padam muka dia. Terkesima sampai tak tau nak cakap ape! Mesti dia fikir aku ni kurang ajar(walaupun aku guna bahasa sopan dan tersusun.Erm…orang kalau dah terkene tpt kat btg hidung, mcm ni la prangai diorang) X kisah la…Tu la, sape suh kutuk aku guna bahasa x sopan? Kan dah kene! Kalau bahasa sopan boleh la nak terima@at least aku senyap je malas nak balas. Hmm…lagi pasal kisah di Parlimen. Kalau orang tu cakap kamu ni Bigfoot, takkan la rakyat nak percaya coz dah jelas dan sahih rakyat nampak kamu tu manusia kat dpn tv tu. So buat ape nak balas balik? Orang tau itu memang x betul pun! Kalau la yg ada kat Parlimen ni budak sek men ke, sek rndah ke, budak u ke, mat rempit tepi jalan ke, budak tak sekolah ke… no hal la nak ckp camtu. Biasa kot…Ini pemimpin. Kene la professional. Ini bukan kes berpura-pura tapi professional. Dua benda ni berbeza tau! Takkan mereka x tau berjuta pasang mata sedang memerhatikan perlakuan mereka di kaca televisyen. Jagalah imej tu sket… Malu weh! Mungkin selama ni sidang Parlimen memang macam tu tapi tak didedahkan kepada umum. Tapi…kebenaran kan. Buat apa nak sembunyikan? Kebenaran tetap kebenaran walaupun pahit untuk ditelan. Biar rakyat yang menilai. Erm… aku rasa mesti ada sebab2 yang tersendiri kenapa parti2 politik perlu wujud dalam pilihan raya sebab kebanyakan negara yg ada pilihan raya mesti ada parti yang berbeza. Mungkin juga perbezaan perlu ada untuk saling melengkapi antara satu sama lain…



Sebenarnya aku dgn ayah aku pelik dan tertanya-tanya kenapa orang sekarang berebut-rebut nak jadi ahli politik. Kitorang ada bincangkan hal ini masa cuti dulu. Nak kata gaji banyak,rasanya gaji orang professional contohnya CEO agensi2 kerajaan atau bukan kerajaan lagi tinggi. Diorang sanggup letak jawatan yg gaji berpuluh-puluh ribu sebulan tu dan semata-mata nak jadi wakil rakyat.Setengah tu siap dah ada syarikat sendri lagi. Kalau niat betul2 nak bela nasib rakyat,Alhamdulillah la..Aku pun sokong yang tu. Kalau itu bukan niat sebenar diorang,apa faedah yang diorang akan dapat? Apa niat diorang menceburi politik sebenarnya? Nak popular ke?Bak kata orang bila ceburi politik bisnes senang berkembang. Ada ramai contact dan kenalan. Kalau bisnes kecil-kecilan boleh la jadikan politik sebagai medium untuk pemasaran produk@apa2 ke. Sambil menyelam minum air. Kalau bisnes gah dan memang income banyak giler sebulan, focus kerja sudah. Biar orang yang bijak pandai dalam syarikat tu yang kembangkan bisnes tu.
Dan aku dan ayah aku tertanya-tanya sampai sekarang. Belum jumpa jawapan yang memuaskan hati…

*Minta di jauhkan dengan politik. Bak kata Tokoh Turki ‘Aku berlindung dengan Allah dari syaitan dan politik’

0 voice out: