Pages

Showing posts with label boring. Show all posts
Showing posts with label boring. Show all posts

pengorbanan

Berkorban apa saja

Harta ataupun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia


Upm secara rasminya bercuti pada 10 hb 11 2008. Cutiku pula sepatutnya secara rasmi ialah 1hb 11 2008(sebab last paper 31 hb 10). Tapi NADIA TAKBOLEH BALIK RUMAH LAGI .Uwawawawa…. Semuanya kerana nadia terpaksa menyiapkan final year project. Sebab kalau tak buat cuti ni, alamat TERamat busy lah nadia sem depan. Silap2 boleh extend sem lagi kalau project tak siap. Lagipun tajuk yang nadia buat ni bukannya senang. Memerlukan kegigihan yang tinggi. Extract chemical compound daripada daun Sauropus Androgynus(asin-asin.selalu masak untuk buat masak lemak). Dengar macam senang. Tapi,fuh! Nak dapat the pure compound tu memang lah susah dan memerlukan masa yang lama. Banyak step yang kene diikut. So,nak taknak terpaksa mengorbankan sedikit cuti sem ni. Nasib baik one of best friend nadia pun lab nadia jugak. Tempat kitorang buat project ni pun sebelah2 je.Mula-mula macam tak percaya je nadia dan dia under supervisor yang sama. Kami tak rancang pun nak minta 1 supervisor yang sama.Bukan kami je yang tak percaya,orang sekeliling kami pun tak percaya. Sesape yang tahu kami satu supervisor semua terkejut. Aiseh,semua ingat kami rancang untuk satu supervisor padahal segalanya terjadi tanpa dirancang. Maybe sebab kami ni satu geng(best friend) kot, so agak mustahil untuk tersama sebab pemilihan tajuk dan supervisor adalah secara rawak actually..Nasib baik la dia ada. Takde la nadia bercakap dengan dinding masa buat lab. Taklah bosan sangat. Bercakap dengan best friend lain feel nya berbanding bercakap dengan kawan biasa act.

Disebabkan kami takut mati kebosanan, so kitorang bawalah laptop ke lab. Sambil2 buat lab sambil2 surf internet n chatting. Wireless fakulti lebih laju dpd wireless kat kolej. So, agak best untuk mendownload apa-apa. Ada sekali tu,tengah duduk syok surfing2 internet ni, tiba2 kami terdengar suara Prof Mawardi (supervisor kitorang), secara automatic dan serentak kitorang terus berdiri dan tengok column masing-masing(dengan erti kata lain>--- buat2 busy) padahal takyah buat apa-apa pun sebenarnya. Means kitorang boleh surfing sementara tunggu larutan yang diextract penuh 200 ml. Tapi kalau Prof datang tempat kitorang n tanya pasal progessing project,tyme tu tgh surfing, cam pelik la pulak kan. Mungkin rasa macam bersalah kot surfing depan Prof kot…haha…macam pura-pura la pulak kan..hoho. Tapi kitorang memang macam ni pun selalu. Kalau dengar je suara Prof,terus meluru tengok column masing-masing…


Nama tempat: Tempat persembunyian dan pertapaan nadia selama lebih kurang 1 bulan

Tuan guru: Prof Mawardi,budak2 master dan Kak Najihah(PHD students)

Lokasi: G32,Lab Natural Product, Fakulti Sains , UPM




sambil tunggu benda ni kering boleh la berinternet(dalam 15-20 minit)


sambil tunggu kelalang kon ni penuh pun kami boleh berinternet jugak =). Benda ni jatuh setitik-setitik so lama jugak la nak tunggu.








mejaku yg penuh dengan barang, hanya dikemas setelah selesai kerja=)


yang gemuk tu column nadia,yang kurus sikit, tu sya punya.


column dulu nadia punye
yang tak jadi(ada kesilapan teknikal)


distillation process

Agak serabut kan lab kitorang? Tapi serabut2 pun,lab kitorang ni boleh kira antara lab yang tercantik kat fakulti sains ni (chewah!) sebab nadia da try tengok2 environment lab lain,lagi serabut. Terutamanya lab kimia polimer. Fuh,serabut giler. Sempit plak tuh. Dengan bau polimer2 yang agak busuk(bukan agak tapi memang busuk pun). Tak bleh tahan..hohoho






Benda ni ada sejarahnya yang tersendiri. Ada sekali tu botol tu dah penuh tapi sebab terlupa nak tukar botol yang lain, solvent klorofom ni melimpah ruah. Walaupun tak banyak tapi bau satu lab. Kuat! Masa nak tukar botol lain tu,nadia terpaksa tahan nafas sebab bila dekat2 tu, bau dia tu sangat kuat. Rasa nak pengsan je masa tu. Tahan nafas pun bau tu still masuk. Tahan nafas pun boleh rasa nak pengsan,kalau tak tahan nafas macam mana? Memang betul2 pengsan la kot! Tapi, bau solvent EA( ethyl acetate) lagi power drpd klorofom. Ada skali tu EA tu just meruap je(tak tumpah pun) tapi bau dia naik sampai sya batuk2. Sampai kene bukak semua tingkap n pintu lab. Sya pernah tanya Nadia, “Kalau EA lagi power dpd klorofom, kenapa orang tak guna EA untuk pengsankan orang ek?”. Nadia jawab “Sebab kalau guna EA, orang boleh mati terus! tak main pengsan2 dah.hoho”

final year x seindah yg disangka~dah bosan blajo


Hari ni ingat nak abiskan keluarkan solvent+exctract pet ether yg tlh direndam dgn tumbuhan herba yg aku nak kaji tu. Lama-lama tu aku dah surrender dah!Mana taknya, tgn aku dah pijar dah! Sebenarnya walaupun guna sarung tgn kalau solvent bernama petroleum ether ni kene(even kat sarungtgn ni pun),sarung tgn ni akan berubah bentuk(mcm mengembang). Pastu tgn dah rasa panas lain macam. Tambahan lagi sarung tangan ni tetiba koyak pulak(sebab solvent pet ether tu). Dah 4 kali sarung tgn aku bertukar 4-4 jadi macam tu. Parah! Sudahnya aku x leh nak abiskan keluarkan solvent yg dalam rendaman tumbuhan herba yg aku nak kaji tu. Tergendala kerja aku! Dahla sarung tgn kat lab ni dah habis. Tak boleh jd,nak tak nak terpaksa aku kuarkan duit sendiri untuk beli dpd kedai kat luar(memandangkan pas ni aku kene berurusan lg dgn 1 solvent yg spesis dia ala-ala petroleum ether tu. Nama dia ethyl acetate).


Final year tak seperti yg aku idamkan. Dulu masa second year aku jeles tgk budak final year. Coz x lama lagi diorang akan meninggalkan alam universiti. Aku rasa mesti diorang tgh bergembira x sabar nak kuar u. Aku ingat lagi masa ujung second year, aku dah x sabar2 nak masuk final year. Sampai aku mention byk kali kat kawan aku “Tak sabo nyer nak masuk final year! Rasa macam nak cakap je kat semua orang(tak kira kenal@tak) yg terserempak kat fakulti~’Hai,Assalamualaikum! Saya budak final year~”. Kawan aku balas “Ada kaa???Boleh pulak….”

Sekarang baru aku tahu betapa pahitnye hidup sebagai budak final year. Terbeban dengan assignment+kuliah+kuiz+exam(seperti sem2 lepas) tp kali ni ada extra sket. Eh bukan sket,banyak!~projek tahun akhir~ Bleh kata hari2 kene masuk lab. Tapi aku masuk bila time free je(paling sekejap 4 jam,paling lama 7 jam sekali masuk) coz aku x boleh nak buat keje sekejap2 pastu tinggal2. Setakat 2 jam free masuk lab tu apa la yg boleh dibuat sgt. Aku rasa tak puas buat keje sekejap2 ni. Kalau nak buat aku kene masuk lama supaya aku tak tergesa-gesa nak siapkan projek(seperti yg kite tahu tergesa-gesa boleh mewujudkan kecuaian). Supaya aku boleh lebih focus dan tumpu pada yg aku buat. Hmm..bila dah final year aku baru sedar yg kitorang macam xde masa free sangat. X boleh dah nak ronggeng2(bersuka-ria) macam dulu lagi. Kalau nak meronggeng tu terpaksa fikir dua tiga kali. Hanya aktiviti yg menduduki list paling atas yg akan dilayan. Contohnye…ehem!only WE know it! Just wait n see! Kalau setakat aktiviti yg biasa2(contoh:jalan2 cuci mata kat tmpat yg biasa mcm sri serdang tu tanpa beli apa-apa) erm,…yg tu fikir dulu kot!Erm,susah2 pun aku terpaksa tempuhi 1 tahun ni dgn azam yg er...sedikit kuat.mueheheh



Sebenarnya aku dah bosan la belajar ni. Seriusly bosan. Pasni nak aim keje la pulak. Coz aku rasa keje lagi best dpd belajar. Aku rasa pengalaman tu lebih berharga daripada apa yg aku belajar kat universiti. Nanti lama2 sket bru la fikir nak sambung master ke apa ke…Tyme tu br rasa best belajar sbb tyme tu mesti dah pro dlm bidang tu. So belajar2 tu cam no hal la! (mengikut pengalamn org yg smbung master lps keje. Kawan aku citer ari tu)So, u guys jgn terkejut beruk plak kalau nampak aku kerja kat mana-mana. Restoran KFC ka, Jaya Jusco ka, Mid valley ka.. Cikai pun cikai la yg penting aku suke n seronok. Dulu masa keje cikai2 dulu(pas abis spm&matrik) ayah aku marah+bengang sebab aku suke minta keje jauh2(kat tgh bndr kl tu.klu naik bas ada la dlm 45 minit br sampai). Dia kata “Buat apa kerja jauh2? Yg dekat dgn rumah banyak”. Aku balas “Bukan masalah dekat@tidak. Masalahnya kedai yg dekat ngan rumah ni tak ramai orang.Tak meriah. Orang suke kerja yg ramai2 orang. Lagipun x mencabar la(sbb dekat ngan rumah)” Ayah aku cakap aku sama macam kakak aku. Kitorang suke kerja yg ramai2 orang(dalam satu bgunan besar mcm mid,jusco). Kakak aku suka ramai2 orang sebab dia ni suka bersosial sket(social macam jenis yg suka berkawan). Aku pulak suka ramai2 sebab suka observe org. Yg mana rasa sesuai buat kawan,ok la..Tapi type kawan2 kakak aku ni lain dgn kawan2 aku. Kawan2 dia jenis yg cm otai2 sket kot. Tapi dari perangai diorang yg kakak aku citer, diorang ni nampak je otai@nakal tapi hati baik. Lembut…Diorang nakal je tp tak jahat pun. Cuma pergaulan diorang nampak mcm kasar sket. Ori bukan buat2! Ok la tu. Kadang2 lebih baik daripada org yg nampak je baik luaran,tp hati…Hmm..toksah cakap la.. Terkejut beruk diorang bila tahu kakak aku yg otai ni ada adik macam aku. Sebaik aku *wink*(sebenarny diorang nk ckp ‘seskema aku’ tp x sampai hati kot.So guna ayat yg ala-ala amik ati sket). Diorang ckp aku ni pemalu*wink*. Neway, aku ni pemalu ke? Erm..tang tu tak boleh nak kata apa! Biarlah org terdekat dgn aku yg layak men ’describe’ kannya. Aku ni pemalu dgn org yg aku rasa tak sesuai je@rasa belum boleh masuk. Pendek kata ‘orang yg aku x boleh nak masuk’. Bila berhadapan dgn org mcm ni idea aku nak cakap yg berlambak-lambak ni tiba2 hilang tanpa dikesan. Mulut aku ni rs berat, selalu terkunci n rasa macam ada tongkol emas dlm mulut, tak boleh nak bukak(ni ayat favourite ayh aku). Kebolehan aku ‘masuk’ dgn seseorg tu pun bergantung pada keadaan. Ada yg secepat 5 saat, ada yg makan masa berhari-hari. Berjam-jam. Berminggu-minggu. Berbulan-bulan pun ada. Xboleh masuk langsung sampai bila2 pown ada. Kakak aku n da geng ckp org yg belajar kat mrsm+universiti ni org yg skema. Terlalu mengikut peraturan(diorang tak tahu kdg2 aku pun ponteng kelas.mueheheh) . Aku ingat lagi masa aku dapat *A PMR dulu. Kakak aku btahu result aku kat kawan dia(sbb kwn dia tanya), pastu kawan dia buat muka terkejut beruk+tak percaya. Siap cakap kakak aku kelentong dia. Kakak aku tergelak-gelak masa cerita kat aku.Hmm… Kitorang cepat boring dengan keje yg memboringkan@ala-ala ngantuk lagi sikit nak tido ni. Mana taknya,org yg masuk kedai macm boleh dikira dgn jari. Bila rasa keje tu best, semangat nak keje tu ada la sket2. Walaupun keje tu susah,tetap rasa senang n boleh buat. Redah je.Macam masa aku buat latihan industri dulu. Aku x pernah bosan walaupun kerja berlambak-lambak siap kene extend kerja sampai pukul 7. Ada satu kali tu kene keje masa cuti hari wesak. Seriusly aku x rasa bosan pown! Kalau nak balik u pun bukan sebab rindu nak belajar tp just nak jumpe fren aku kat kolej tu je la. Nak bercerita sambil bergelak-ketawa. Tu je la. Takde niat lain pown…

awal sem yg boring....

Aku telah dilanda keboringan di tahap yang serius! Seriusly. Maybe sebab awal sem kot. Lum ada keje lagi.Nak baca nota kuliah tp xde la pulak skg ni.Lum copy lagi.(ceh, skema la pulak kan nak baca nota awal2?xpa…azam baru.mueheheh). Sya ngan nora cakap time ni la kitorang nak merasa rilek2 sket. Kang bila da datang assignment+nota kuliah+projek+exam time tu mulalah pening2 sampai demam2.
Untuk menghilangkan rasa boring aku n the gang turun g dewan p tengok muka2 mtm yang baru.

Kembara…Cakap pasal perkhemahan ni, ayah aku sebenarnya x brapa nak bagi aku masuk hutan dari dulu lagi. Macam2 alasan dia bagi supaya aku x masuk hutan..Macam2 benda yang dia takutkan supaya aku x pergi perkhemahan. Aku ingat lagi masa kes anggota rela diganggu hantu masa cuti sem lepas. Walkie talkie salah seorang anggota rela yg tgh buat operasi tgkap pendatang asing tiba2 berbunyi hantu mengilai-ngilai. Yg peliknye walkie talkie yg satu tu je yg berbunyi. Setahu aku kalau walkie talkie satu berbunyi ia akan bebunyi serentak dengan walkie talkie yg lain. Ayah aku sampaikan berita tu kat aku sambil buat aksi hantu mengilai-ngilai siap dengan sound effect lagik! Bersungguh giler. Tergelak aku dengan adik aku tengok aksi ayah aku tu! Asal ada orang mati masa g kem ke, banjir masa kem ke, orang hilang masa pegi kem ke mesti dia sampaikan berita tu kat aku sambil berkempen. Berkempen supaya aku tak masuk hutan lagi. Dia saje bace berita yg dalam paper tu kuat-kuat saje nak bagi aku dengar and pay attention. Aku rasa ayah aku risau dengan keselamatan aku. Takut aku mati kat hutan. Aku nampak dari cara dia cakap dengan aku. Xselamat la,banjir la dan macam2 lagi. Maybe dia masih tak percaya dengan anak perempuan dia ni. Tambah2 lagi setiap kali cuti sem je aku mesti x lekat kat rumah. Dia naik boring alasan aku setiap kali x balik cuti ialah ‘pegi kem’ sampai dia cakap ‘Asyik kem je ko ni. Tak habis-habis dengan kem. Cuti lepas kem,cuti ni kem’. Mana taknya Cuti sem 1-CARE, sem 2-kpsm&kjr, sem 3-CARE(fasi), pegi kenyir. Setiap kali itulah aku dapat menangkisnya dengan pelbagai alasan dan alasan2 itu disambut oleh ayah aku dengan muka tak puas hati dan bebelan sket2. Aku kan degil sket. Kalau aku nak buat maknanya aku nak buat la. Tapi aku x tahu sampai bila alasan itu akan bertahan. Aku ingat lagi masa kjr dulu. Aku nyaris2 x dapat pegi coz aku dapat rasakan yg ayah aku memang sungguh-sungguh x bagi pegi. Dia siap kol aku mlm2 (ayah aku jrg kol aku kalau xde benda2 penting). Dia tanya aku betul ke aku nak pegi kem tu. Tambah2 lagi dia ada baca berita yg ada khemah sekumpulan pelajar dihanyutkan banjir besar kat salah satu sungai kat Selangor. Dekat kot dgn kem yg aku nak pegi tu. Ayah aku ni peka sket dgn isu-isu semasa ni. Xleh nak kelentong2. Aku cakap aku just nak dapatkan pengalaman dpd kem tu. Aku kan suka cuba benda-benda baru ni. Ayah aku cakap pengalaman tak terhad setakat pergi hutan je. Dia kata pengalaman boleh dapat kat mana-mana je melalui macam-macam cara. Macam2 contoh la dia bagi. Pengalamannya sama cuma mungkin caranya saje berbeza-beza. So aku tak terkata apa la. Xtau nak balas macam mana. Macam betul pulak dia cakap! So,nak tak nak aku terpaksa bagi alasan yg paling selekeh skali “Kawan orang semua pegi.Orang pun nak pergi jugak.Boleh seronok2 dengan kawan.Lepas tension”

Aku rasa ayah aku x berapa nak galakkan aku join xtvt2 hutan. Dia kata tak selamat.Maybe dia harapkan aku join xtvt yg lebih kepada kemahiran@ala-ala skema sket. Kalau kursus bahasa Inggeris ke, kursus komunikasi ke, kursus keusahawanan ke…Haa…spesis2 macam tu dia suka la. Kalau aku cakap sekali je konfem dia bagi pegi tanpa sepatah pun membantah. Galakkan ada la.. Berkempen supaya aku pegi. Aku cakap ngan ayah aku “Takpe ayah,abis u nanti org pegi la kursus2 yg ayah cakap tu. Berbayar pun takpe. Lagipun best pe sebab kalau pegi masa tu mesti jumpa orang yg x pernah jumpa dari pelbagai negeri dan pelbagai umur. Silap2 jumpe mat salih boleh cakap omputih tanpa rasa malu. Kalau kat upm terhad kepada range umur2 macam orang ni je. Xde org tua, xde budak kecik. Tak mencabar sangat”. So, ayah aku tak terkata apa la… Alasan kaw2 ape…Muehehehe