Pages

kenangan kat genting


alo fren :pandaGeli_01:..nak citer sket pasal g genting ari tu..ahli yg terlibat hanyalah 3 orang perempuan iaitu aku,sya and nora(ayie@nik nur liyana x bleh ikut sbb ada hal tertentu.haaa...jgn pikir lain pulak.:pandaGeli_12:Tak baik tau@takbole.. walaupun ada hal2@keadaan yg x besh di sekeliling tp kitorang tetap heppi.tgk la antara gmbar yg aku upload kat cni...hepi jer muka2 semua :mGelak::mGelak:

Perjalanan aku bersama kawan-kawanku ke genting memang mencabar sungguh! Bukan mencabar dr segi fizikal tapi EMOSI..Punyalah excited :pompom:bertolak dr kolej kul 8 pg,sampai2 kl sentral tiket(pakage: tambng bas pegi balik+skyway+tiket masuk all theme park) yg bertolak pagi dah abis.Kalau ada pown tiket bas perjalanan sehala kul 2 ptg tp bukan pakej punye.Tiket masuk theme park beli kat sana. Mana sempat nak jalan2 kat sana pastu balik kul 7.. :cry:Orang tu cakap kat pudu ada jual tiket sehala yg pagi punyer tp cara dia citer cm ramai org tgh beratur nak beli kt pudu.Kitorang takut kalau pegi beli kat pudu kang,sampai2 sana tiket dah abis.Melopong kang.Dua-dua tak dapat. Kitorang tny pasal tiket balik.Diorang ckp tak tau kat sana(genting) ada jual@tak. Kene pergi sana br tany..Mana la kitorang tau.Bukannya penah pegi pun..:angry:Kitorang hampir2 putus asa.Kalau tak dapat beli tiket balik macam mana?Takkan nak stay sana?Hotel sana mahal wooo.. Kat genting sumer benda harga naik 2 kali ganda berbanding harga normal.Memikirkan perancangan ni dah lama sjk sem lepas lg (note:hanya rancng nak pegi tp tak rncng kalau tiket abis apa nak buat+bape lame kat sana+peta xde di tgn+bp bnyk duit yg nak ‘dibazirkan’+pukul bape nak bertolak+kalau tiket balik xde macam mana+macam mana kitorang kat sana nant~semuanya berlaku secara spontan dan tiba2.Kitorang percaya kepada survival.Pandai2 la kat sana nant.), bincang punye bincang kitorang bertekad nak amik risiko tu. Risiko tak dapat balik kl. Serius!! Pandai2 la nak survive kat sana nanti.Duit hangus pun hangus la,yg penting pengalaman yg kitorang dapat sepanjang g sana. Alang2 kan, syg kalau x pegi...Kalau kat pudu tiket yg ada kul 2 ptg je,kitorang akan amik gak..Tak sempat ronda2 genting pun…Terpulang kat kitorang nk balik kul bape. Hati kecil aku tetap merasakan mesti ada banyak bas balik dr genting ke kl nanti..Mesti ada! Ok..Sampai2 pudu rupanya tiket kul 10.30 pg ada rupanya..tp harga tu untuk bas+sky ware.Tiket theme park leh beli kat sana.Masa tgh beratur nak beli tiket bas tu,kitorang dihampiri oleh seorang apek.Dia offer untuk hantarkan kitorang dan seorang apek yg lain yg nak g genting gak.Dia cakap dia boleh hantar sampai atas(theme park) tak yah naik sky ware lagi dah..Dia kata kalau naik sky ware nak beratur tunggu lama,ramai org nak naik gak…cuti sekolah kan..Ingatkan teksi,rupa-rupanya kereta sapu(kereta sewa la tu).Mula2 memang takut gak kot2 la apek ni bapak ayam nak jual kitorang kat sempadan ke…:what: :what::what:Dalam kepala dah fikir dah step apa yg aku nak wat untuk larikan diri kalau sesuatu yg x elok berlaku..Tengok la! Igt kitorang x berani ke wat camtu? Tp macam biasa aku sedaya upaya tayang muka cool:smoke::smoke: :smoke:.Mana leh gelabah2! Nanti malu kalau anggapan aku salah! Tp bila refresh2 balik,dr situasi, gaya,air muka dan cara pertuturan kedua-apek tu,tak nampak yg diorang saling mengenali dan nampak cm ok je...Kirany diorang tak mengenali antr satu sama lain.Ye,la kot2 la diorang bekerjasama nak tipu kitorang ke… Ok,sampai2 tempat yg dituju, berikut merupakan atur cara kitorang:


1)Snow World

Indah khabar dr rupa sebenarnya. Kawasan dia taklah sebesar yg dalam gambar(dalam gmbr nampak mcm besar) .Tiket masuk RM17.. Dia kasi glove+sweater+but skali.But tu x yah citer la pasal bau dia.Hapak gilerrrrr!!(almaklum la,benda yg dirotate dr org yg berlainan). Masa yg diperuntukkan kat dalam tu hanyalah 40 minit..Hampeh je..Ingatkan boleh lama2 sesuka hati. Tapi,memang aku x boleh lama2 kat dalam tu..Grrrr… Sejukkkk…Suhu -6 darjah celcius tuuu.Setelah beberapa minit kat dalam(dlm 30 minit), tgn aku dah kebas dah.Bukan setakat tgn je tp muka dan kaki pun sampai aku rasa susah nak berjalan dah coz kebas kan..Apa yg aku notice kat situ,salji buatan dia texture nya lebih kasar dpd salji sebenar. Aku tgk salji dalam citer korea,jepun dia nya salji lebih halus…Kat situ ada satu permainan. Nak main ni ada syarat BERAT BADAN KENE KURANG DPD 65 KG. yes,aku confirm2x tak lebey punyer @nari@nariPermainan tu~ ada satu pelampung besar,kita duduk atas pelampung tu dan kita diturunkan bersama-sama pelampung tu dr tempat yg tinggi macam meluncur ais.Ala2 ski kot tp ni guna pelampung.Kelakar giler! Sakit2 badan aku sebab terlanggar bongkah ais kiri kanan.Lajuuuu! Kene pegang pelampung tu kuat2 la(ada tmpt pemegang)Nasib baik dengan aku2 sekali tak terbalik! Yang best kat snow world hanyalah tyme bergambar dan suasana dia..Kat sana dilarang bw hp or kamera..kalau nak bergambar diorang ada photographer diorang sendiri .Kalau rasa nak bergambar,panggil je diorang.Diorang memang dtugaskan untuk amik gmbr kat kawasan tu. Pastu bila kluar dr snow world tu, gmbr tu akan dpamerkan kat photographer session).Terpulang kat kite sama ada nak beli atau tak.Diorang tak paksa.Tp itu dr segi fizikal..Dr segi psikologi diorang paksa sebenarnya!!! :pandaGeli_10:Diorang tayang gambar tu dpn orang ramai.Dah la diorang print besar gambo tu! Terang dan jelas! Malu la gmbar tu org lalu2 tgk.Pastu gambar tu macam cantik pulak..Erm…beli je la..Harga? Xyah citer la.Mahal giler!!!Terkejut jugak kitorang tyme first2 dengar..Mcam nak gugur jantung dengar harga dia.Nasib baik aku ni takde penyakit jantung.Kalau tak,sure2 dah kene heart attack dah! Memang x logic! Nak wat camne,beli je la..First tyme kan.Lagipun aku tau aku takkan dapat dtg kat sini dah..Hurmm.. Pandai betul ‘usahawan’ kat sini amik untung…

Aku bersama kesayanganku snowman*peace*



Syg bear….snowman juga!:flower: muehehehe:kiss:



Pas dr snow world tu,macam biasaaa…makan duluu…lapar kan…lepas makan kitorang g theme park beli tiket masuk outdoor nye sebab kalau nak beli yg all park punye(outdoor+indoor+wet) rs cam x larat la nak main semua…(ceh, padahal sebab duit cam x cukup sbb byk dah abis kat snow world je@sengihnampakgigi@sengihnampakgigi~alasan jer ni.klu duit manyak,confirm2 amik yg all park punyer.ngee@sengihnampakgigi).Tp kalau difikirkan secara logic memang x larat nak main semua pun.Yang aku main outdoor pun rasa cam tak puas coz tak dapat try semua yg best2 cam monorail ke,flying dragon ke....ok,berikut merupakan atur cara@permainan yg aku try kat outdoor theme park..Check out!



2) Grand Prix Fun Kart

Yang ni pun indah khabar dr rupa jugak. Dgr nama Go Kart mesti la laju kan? Tak… Meh sini aku citer pasal kelajuannnya tu…Dengan kelajuan yg ala-ala mesin pemotong rumput tu, aku yg belum ada lesen kete ni pun rasa tak tekan langsung brek sepanjang perjalanan pown takpe...Sampai abis aku tekan minyak pun x laju2 gak..Baru feel macam nak main go kart ni sebab nak bawa kete laju2 n nak main potong2 orang, tp x leh potong pun sbb perlahan sgt:angry:.. Bila tyme sampai satu selekoh,ada sign board berbunyi ‘sila perlahankan kelajuan anda’.Mana ada aku tekan brek,aku main konar je la.Sbb…memang tak laju pown! Serius! Xyah tekan brek pun sure2 takkan terbabas nyer. Oh ye,aku hanya tekan brek bila kete aku terlalu rapat dgn kete kat dpn(org kat dpn bw agak perlahan,ikut arahan ‘sila perlahankan kelajuan anda’ kot…ok…Dia seorang yg mematuhi arahan jalan raya rupanya…).So,kalau korang rs nak feel bw kete go kart sebenar,x yah la try ni..Buang karan jer…Tapi kalau saje2 nak bergambar macam gmbar kat bawah ni



boleh la try:wink:..…


3) Pirate train

Yang ni bukan setakat indah khabar dr rupa:angry:…tp memang x best langsung..Orang umur 18 tahun ke atas x yah la naik ni.Tak berbaloi pun.Penat je beratur panjang2 sebab nak masuk.Cam hampeh je..Dia lepaskan train yg mengandungi 2 orang je untuk masuk ke dalam..Dgr bunyi (bunyi hantu mengilai-ngilai) dr luar macam best…Gmbar kat luar siap ada hantu bergerak-gerak lagik.Tp…rupanya x de apa-apa pun kat dalam. Usahkan hantu olok2, rupa tengkorak ke,alien ke,tulang ke(kire adik beradik ngan hantu la tu) semua tak de..Yang ada hanyalah suasana gelap dan bunyi hantu mengilai-ngilai(Hihihihihihihi..hahahahahahhaaha…Haa macam tu la lebih kurang bunyinyer)

4) Crazy space lab

Tak nak la komen n cerita pasal kat sini. :angry:Kesimpulannya,inilah tempat yg paling tak best yg kitorang pegi sepanjang kat sini…Budak kecik or org yg tak tahu apa-apa mungkin rasa best@ajaib@magik ke…Tp untuk kitorang yg peka ni, x best la kot..Dah tahu taktik apa yg diorang pakai. Rasa tak berbaloi masuk. Nasib baik x yah beratur panjang nak masuk, kalau tak mesti rasa rugi masa terbuang:sleepy:

5) Cyclone

Ha…yg ni agak best jugak…dia macam roller coster. Laju jugak la.Best! Pendek kata memang puas hati dan berbaloi. Dia lepaskan satu2 unit.Setiap unit ada 4 orang.. Sebelum naik aku berazam tak nak jerit. Saje =)Kat sini aku tak jerit sebab lom cukup power untuk jerit(bg aku la) walaupun still rs macam gayat giler+geli isi perut tyme nak turun tu…Tp,x pe…stil bleh tahan..Yang ni latihan untuk kitorang sebelum ke cabaran yg lebih besar ‘corkscrew’….

6)Space shoot

Ha…yg ni power n best giler!:pompom: Dia naikkan kite kat aras yg tinggi giler.Pastu dia tunggu jap(bg kite menikmati pemandangan theme park dr tempat plg tinggi).Pastu dia turunkan kite ke paling bawah(tempat yg start naik tu) dgn kadar yg palinggggg laju!Bergegar jantung! Geli isi perut pun ada.

ni la rupa space shoot tu...

Tyme turun tu aku rasa macam (bukan rasa tp memang pun) punggung x jejak kat tempat duduk!Bayangkan betapa lajunye benda tu turun! Masa badn aku terapung tu aku terfikir yg aku reda je kalau aku mati tercampak dr sini.Aku redha je kalau muka aku keluar paper sbb mati kat sini.Aku redha! Tp…aku selamat jek..Sya mula2 tak nak naik benda ni,dia fikir banyak kali.Tapi aku n nora paksa dia jugak…Mana syok tak naik sama2..Takut pun sama2 la baru syiok..hehehe..Tp last2 sya pulak yg suka space shoot tu.Dia kata seronok.Tu la aku cakap ngan dia ‘Tak kenal maka x cinta’..mueheheh:wink:..Tapi kalau permainan yg adik beradik ngan pirate train atau pun crazy space lab tu kalau tak nak try pown takpe…Jgn risau,x rugi pun…Permainan yg takut2+adventure+ala2 boleh menggegarkan jantung ni best n seronok kalau try.Tak try rugiii…Mula2 takut memang la takut(sebab tak pernah naik kan)...Tapi aku nak try jugak tak kira apa jadi pun. Aku suka rasa perasaan ‘takut’ n ‘gayat’ tu..Prnah naik roller coster kat mana2 tak? Tyme roller coster nak turun dr tempat tinggi..Itulah salah satu contoh perasaan itu la yg aku rasa best..Lagi dasyat lagi syiok…eheheh


7) Corkscrew

Haaa…yg ni baru betul2 power! :pompom:Yn ni lg power compared to Cyclone walaupun lebih kurang sama~ala2 roller coaster jugak..Best giler!!! :pandaGeli_02:Dia lepaskan satu2 unit gak..Setiap unit ada 4 orang. Dia punyer pusing tu memang betul2 macam screw..360 darjah tu..Kalau pakai spek ada possible untuk spek tu jatuh.Lepas naik permainan ni kepala aku da start pening+bengong2 dah:dizzy: :mPening:(note:aku tak mudah pening lorr)…Sebab bnyak kali terhantuk kepala kat tmpt pemegang tgn tu,tu yg pening tu…Haaa…tyme ni aku memang JERIT:mHihi:..walaupun be4 tu ak berazam x nak jerit,tp aku terpaksa jerit!!!.Tgh mende tu pusing2 sempat lagi aku kutuk2 siapa la yg buat mende ni.Sempat lg aku terfikir apasal la dia bleh terfikir nak wat ni..Aku macam x percaya aku bleh takut mende2 macam ni..Aiseh…Walaupun agak dasyat…tp aku suka…Dah abis tu,walaupun pening2,aku sempat lagi berazam…NAK NAIK YG LAGI DASYAT DPD NI!heheh..kat Disneyland Tokyo ke…korea ke…hong kong ke..lama lagi la baru nak sampai sana..kene tunggu da keje lew..xpun kot2 la ada orang nak support ke…wakakakakakakakakaka

@guling@guling@guling@guling@guling@guling@guling


Permainan macam corkscrew dan space shoot memang popular di kalangan org yg datang ke theme park ni sebab ‘kedasyatannya’. Disebabkan popular,so time nak masuk main tu kene beratur panjang la..Silap2 boleh makan masa 1 jam lebih sebab beratur je..so,kene pandai2 bahagikan masa la..Tyme ramai beratur tu,korang g la mana2 dulu…Permainan yg x ramai orang ke..Makan ke..Amik gambar ke(macam kitorang.heheh)…So,masa tak la terbuang mcam tu jer… Mula2 risau jugak tak dapat naik corkscrew n space shoot sebab ramai sgt orang beratur.Tambah2 tyme tu hujan renyai2,operasi ditangguhkan wat sementara..Macam takde harapan nak naik…Rasa rugi g theme park genting kalau tak naik benda ni..



Nora: Ady,camne ni ady?Benda yang dasyat2 kite tak naik lagi ni..Rasa sedih

pulak..At least,kite kene naik jugak benda dasyat2 ni, satu pun jadi la

Aku: Tu la…sayang je dtg sini tak naik benda dasyat2 tu..Rasa cam rugi pulak..

Nora: Betul2! Nanti,balik2 takde benda@pengalaman yg best yg boleh diingati..

Aku: Takpe nora,kite akan naik jugak benda tu..Kejap lagi hujan mesti berhenti

punyer..Ramai pun ramai la,kite beratur je”(tyme tu dah pukul 3).

Bila hujan da reda, kitorang beratur untuk naik space shoot tu, tetiba hujan balik,operasi tergendala.. Masa tu dah beratur 20 minit dah..Tyme tu permainan yg berhampiran space shoot yg bernama Matahari masih lg beroperasi. Permainan ni hujan pun takpe,x effect.Tau x camne permainan ni? Ala2 eye on Malaysia(duduk dalam n pusing2)tp eye on Malaysia besar,x pe…Ni,kecik giler n rupanya sebijik macam kat fun fair tu..Kalau nak tgk pemandgn theme park cam x puas je..Kalau nak tengok permandangan theme park baik naik monorail je,dia pusing satu theme Park.Matahari tu pusing satu tempat je..

inilah permainan nama matahari tu(note:korang boleh jumpa kat funfair)


Aku rasa macam ada trdgr sya cakap(rasa la) “Eh,korang.Jom la naik benda tu” Aku ingatkan dia tunjuk kat permainan Matahari tu. Aku cakap “Eh…takkan nak naik benda tu kot?” sambil tunjuk arah yg sama..Rupanya yg sya cakap tu benda lain.Arah dia dekat2 ngan Matahari tu. Pastu nora cakap “Sya,kalau kite nak naik permainan ni la(permainan Matahari tu),baik BUNUH DIRI la” sambil menggayakan tangan kat leher beberapa kali(gaya mcm potong leher la macam ni> :pandaGeli_10:).Serentak tu kitorang bertiga gelak besar! Memang betul pun! Permainan tu budak2 je minat nak naik.Tak berapa popular. Sebab tu xde orang beratur panjang n boleh naik on da spot. Pastu tyme hujan tu Sya seronok la sambil menunjukkan riak muka gembira sebab mungkin dalam hati dia berkata ‘Yes!!Hujan!X payah la naik space shoot’ Kitorang cakap ngan sya “Jangan risau sya,hujan berhenti nnti kite beratur balik”. Sya buat muka macam nak mengelat sambil senyum yang meleret-leret dan mata yg dikerdipkan banyak2 kali(minta kitorang kesian@excuse la tu).Mungkin dalam hati dia juga berkata-kata ‘tak nak naik boleh tak?’ Aku ngan nora menjawab melaui riak muka jugak TANPA berkata-kata ‘Tak boleh,kene naik jugak!’ hehehehehe..Dia teragak-agak nak naik. Banyak kali dia mention ayat “Korang…x nak naik boleh tak? Korang naik la,kite jalan2 kat tmpat lain dulu” sambil muka tersenyum-senyum nak mengelat tak nak naik skali..Kitorang jawab “Tak boleh…” sambil aku ngan nora tarik tgn dia untuk beratur kat space shoot tu..Tyme beratur tu kedengaran lagi suara sya..”Korang, betul ke kite nak naik ni? kite macam tak percaya pulak nak naik benda ni” .Tyme nak dkt turn kitorang naik tu,dengar lagi suara sya “Korang…kenapa tiba2 kite rasa benda ni naik tinggi giler ek?(sambil kepala mendongak tgk benda tu naik) .Ehhh…tinggiii la koranggg:look:…Korang x rasa ke?” dengan suara yg ala2 macam nak takutkan kitorang.Mungkin jugak suara yg ingin mmpengaruhi kitorang supaya cancel naik tp…kitorang tak terkesan lorrr....heheeh..Reaksi aku ngan nora? Aku pandang nora,nora pandang aku. Pastu kitorang nafikan apa yg sya ckp tu sehabis baik. Setiap kali sya bersuara setiap kali tu la aku ngan nora punyer la hebat mempromote benda space shoot ni (walaupun x pernah naik). Pung Pang Pung Pang. Cayalah!! :pompom:Sedaya upaya meyakinkan sya. Bila abis2 tu,sya pulak yg rasa best giler..Tu yg aku cakap tu ‘TAK KENAL MAKA TAK CINTA’.mueheheheh




p/s: wah,suker la tgk gaya penyanyi(note:penyanyi sahaja) kumpulan sixth sense menyanyi dalam klip video lagu terbarunya bertajuk ‘TANPA’. Cool pulak aku tengok!(mungkin sebab dia menghayati lagu tu dgn penuh perasaan). Aku dah buang tabiat pe…Uwaaa @nangih@nangih…Macam x percaya! Penah pulak aku minat band lelaki…Mana penah. Aiseh…Ke’demam’ an melanda:snow10:….Request for ‘panadol’:bye:…adios,anyunghighaseyo!!!

5 voice out:

farah, s. said...

wahh bestnye.. blk mesia kang nk g genting jugkla.. xpenah pegi lagii..huhu

Nadia said...

farah>--- pegi jangan tak pegi..heheh

p/s:dengar kata kat johor nak bukak taman tema ala-ala disneyland tapi tak tahu bila..tp yg pastinya,dah tentu lagi dasyat dpd genting.heheh

farah, s. said...

iye ke.. wahh mesti best nnt =p

tp kene g genting dulu, br leh compare.. hehe

Nadia said...

farah>-- betul!kene pegi genting dulu.heheh

mun-e said...

hihihih. banyaknya emoticon :P

iCity tu mmg wajib pegi slps ade salji bagai tu. sebbaik x pegi lagi. haha