Teknik mengorat
AWAS: TEKNIK NI HANYA BOLEH DI APPLY UNTUK BUDAK KECIK BWH 3 TAHUN JE,UNTUK BUDAK YG BESO@ALKIL BALIGH DILARANG SAMA SEKALI!.
sape2 yg masih tak tahu tip nak ngorat baby@budak kecik boleh rujuk cara2 kat bawah ni.
1) Pandang dia. Lama dan tak lepas.
2) Kalau budak tu perasan n dia pandang jugak(lama), mulakan step 2. Pandang sambil
senyum+kerdipkan mata banyak2 kali. Pastikan step ni x dapat dikesan oleh ibu bapa
budak tu.Kalau diorang nampak, korang jgn salahkan diorang kalau diorang start pndg
pelik kat korang(kot la diorang igt korang ‘x berapa betul’ ke…).
3) Perhatikan respon budak tu. Dia senyum atau tak. Kalau dia senyum ayuh move to step 3.
Borak2 lah dengan dia. Tanya nama dia ke, nama ayah dia ke, nama mak dia ke, rumah kat
mana ke, tanya kasut dia ke, baju dia ke…
Kalau budak tu layan korang cakap kira dah berjaya la korang ngorat budak tu. Tips ni aku dah apply banyak kali dah. 80% jadi. Yang aku peliknya kenapa setiap kali aku apply teknik ni, ia hanya berkesan kat budak lelaki jek? Kalau dengan pompuan tak lekat pun. Paling highest pun budak pompuan tu hanya pandang lama sambil berlalu pergi(sambil kepala menoleh pandang). Confius aku! Adakah kerana perempuan sombong? Atau adakah kerana aku seorang perempuan? So,kalau budak kecik yg lekat hanyalah lelaki je la..Entah,aku masih tak faham tang ni. Kalau dgn Nurul Nasrin tu(anak jiran aku. Duk depan umah),aku amek masa jugak nak amik hati dia. Lama jugak la. Kitorang(aku n adik aku) selalu amik dia curik2 dr rumah dia. Sebab budak tu menangis-nangis nak keluar rumah n nak pergi kat kitorang. Pe lagi,aku ngan adik aku bw keluar la dia. Adik aku dokong dr bawh. Aku amik dia dr atas pagar(aku berdiri kat tmbok tepi).Lepas berjaya bawa keluar,aku bw budak tu kat rumah kitorang. So,kalau anak jiran aku tu hilang, biasanya diorang tahu nak cari Nasrin kat mana.hehehe..Bila ingat balik tyme kecik2 ni,macam tah ape2 je aku wat. Nasib baik mak dia x dakwa aku culik anak dia. Sebab ada skali tu mak dia x bagi budak tu kluar, aku n adik aku amik jugak,sekali terkantoi(mak dia nampak masa proses nk keluarkan dia dr pintu pagar). Mak dia perasan, so terpaksa aku letak balik. Pastu budak tu nangis+menjerit-jerit nak kuar. Kesian aku tgk. Aku ngan adik aku suka budak kecik. So,aku dgn dia berebut-rebut nak memenangi hati Nasrin tu. Kitorang selalu layan dia bercakap, selalu dokong dia n bawa dia jalan2..Tapi budak tu suka aku berbanding adik aku. Dia lebih suka pgg tgn aku kalau tyme jalan2 n suka kalau aku yg dokong dia berbanding adik aku..Ngeh3x..Tak tau kenapa. Mungkin teknik aku melayan budak tu bercakap lebih berkesan berbanding adik aku kot. Ececewh, konon! Sampai adik aku pun jeles ngan aku.hehehe.. Kitorang satu family sume suka budak kecik trmasuk ayah n mak aku. Satu taman tahu. Dulu ada je anak jiran2 yg aku+kakak+adik aku angkut masuk kat rumah. Main2 jap, layan2. Dah lama2 tu baru anto balik g umah dia. Skg dah xde. Semua dah besar panjang dah. So,sekarang kitorang apply kat KUCING pulak. Kucing yg ada kat rumah. Kitorang layan kucing tu sebijik macam budak kecik.
Dulu time keje kat Bintang dulu,boring gile tyme xde wat keje ape, aku wat la keje yg tak berapa berfaedah ni. Saje isi masa lapang. Best je kalau jadik. Dengan bangganya aku citer kat adik n kakak aku. Pastu diorang mesti balas “Buat kat budak kecik boleh la. Try sekali kat budak laki umur 18 tahun ke atas,baru gempak!” Erk…Mati hidup semula pun aku takkan sahut cabaran kakak aku tu! Budak kecik bukannya tahu apa-apa pun. Dahla muka innocent, x bersalah. Habis2 pun dia just cakap ngan mak dia “Mama 2x! Kakak tu senyum, mama!” sanbil gelak2 n sengih2. Pastu,pandanglah mak dia dan SENYUM. Bukannya susah pun. Pastu mungkin boleh diakhiri dengan sesi melambai-lambaikan tangan masa budak tu nak balik…Berikut contoh perbualan aku dgn sorang budak. Haikal nama dia. Comel,hitam manis dan mata bulat+lentik.
Aku: Nama sape?
Budak tu: Nama Haikal(sambil senyum malu2. Comel=) )
Aku: Umur berapa?
Budak tu: Umur 2 tahun (senyum tersipu-sipu lagi)
Aku: Mama dengan abah panggil Haikal ape?
Budak tu: Panggil Haikal jugak la..(ckp malu2 sambil kepala tunduk kat bawah)
Aku: (aku nampak dia x pakai kasut. Masa tu dia dalam troli pasar raya) Mana
kasut Haikal ni? Kenapa x pakai kasut?
Budak tu: Kasut kat rumah(senyum lagi)
Aku: La…Kenapa tinggal kat rumah? Kenapa tak pakai?
Budak tu: Kasut baru beli(sambil senyum2. comelnyer=) )
Aku: Baru beli? La…baru beli la kene pakai..Tunjuk kat orang..
Bla..bla…bla…(byk lagi.Xlarat nak citer semua) .Notice tak setiap kali dia cakap mesti dia senyum malu2+sengih. Comel jek =) Perasan x setiap pertanyaan aku cam bodo2 je kan? Ye la,takkan aku nak borak pasal politik@isu semasa@global dgn budak tu. Bukannya diorang tahu apa2 pun…
Masih bersiaran
4 years ago
2 voice out:
hehehehe.. comel je mengorat cmtu.. adeh..papepon kite xpenah mengorat org.. malu seyyy..wakaka
farah>---heheh..nadia pernah ngorat budak kecik je..orang dewasa belom pernah lg.malu woo...wakakaka
Post a Comment