Pages

Bahagia ke kawen tanpa restu?

Sejak dari dulu lagi nadia nak cakap pasal ni. Tambah2 lagi sejak tersiarnya berita seorang wanita Malaysia sanggup lari ke Lombok, Indonesia untuk mengikut kekasihnya. Rasanya satu Malaysia dah heboh pasal budak perempuan yang bernama Fadilah ni(bagi yang selalu baca paper). Pada awalnya bapanya mengatakan dia dilarikan oleh kekasihnya. Kemudian baru-baru ni(masa raya) nadia ada terbaca paper dan ada gambar yang cukup menggambarkan Fadilah ini sebenarnya RELA mengikut lelaki itu. Bak kata diya, kadang2 gambar tanpa kata-kata sahaja sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya. Dari gambar sahaja sudah tergambar kegembiraan di wajah Fadilah ini menyambut Aidilfitri bersama keluarga lelaki itu. Fadilah ni sanggup tinggal bersama keluarga lelaki itu(di Indonesia) dan meminta ayahnya mengizinkan dia berkahwin dengan lelaki itu. Ayahnya itu ada mengatakan dia tidak akan izinkan anaknya berkahwin dengan lelaki itu sampai bila-bila dan dia berusaha membawa anaknya pulang ke Malaysia(anaknya sebenarnya tak nak balik Malaysia).

Nadia pelik dengan statement Fadilah tu “Tolong benarkan kami kawen ayah. Saya sudah mengenalinya lama sejak saya berusia 15 tahun lagi. Sudah 3 tahun kami berkawan”

3 tahun kenal terus percaya bulat2? Okay, kita lupakan tentang itu. Yang paling penting sudah cukupkah pengalaman seorang yang berumur 18 tahun untuk menilai seseorang? Dia mengenali lelaki itu sejak berusia 15 tahun~ USIA YANG TERLALU MENTAH UNTUK MENILAI ORANG LUAR DAN DALAM~

Kesian mak bapak dia. Penat2 jaga,bela dia, sanggup buat macam tu dengan keluarga sendiri. Sanggup mengetepikan keluarga sendiri..

Orang kata cinta itu buta. Kerana cinta seseorang sanggup melupakan ibu bapa, sanak saudara demi mengejar cinta. Nadia pelik, sampai begitukah pengorbanan untuk cinta? Mungkin nadia tak tahu sebab nadia sendiri pun takde pengalaman dalam hal ini. Mungkin orang akan mengatakan kepada nadia “Ko tak rasa lagi, so jangan cakap banyak. Ko tak tahu situasi aku”. Ok, nadia tahu nadia kurang dari segi itu. Sebab tu nadia banyak sharing dengan orang. Dengan orang sekeliling nadia. Nadia banyak tanya tentang pengalaman mereka. Masa nadia keje dulu nadia ada rapat dengan rakan sekerja ni(nadia namakan dia Kak Mira). Dia mengatakan yang dia berkahwin dengan suaminya sekarang tanpa restu. Nadia tanya dia “ Akak bahagia tak sekarang?”. Dan dia menjawab yang memang so far diorang takde masalah.

Tiba-tiba suatu hari dia tak datang kerja selepas waktu rehat makan tengah hari. Nadia bengang jugak la sebab kene buat keje sensorang then nadia dapat call daripada dia. “Nadia, sori sangat. Akak ada problem dengan suami akak ni. Dia nyaris nak ceraikan akak. Kitorang kene pergi pejabat agama hari ini.” Masa nadia dapat call tu, memang agak tension. Kenapa nak campur hal kerja dan hal peribadi?

Balik2 dia cerita yang yang dia DISERET SEPANJANG JALAN DENGAN RAMBUT DEPAN ORANG RAMAI KAT JALAN RAJA LAUT(dekat2 dengan sogo). Nangis2 dia cerita dengan nadia dan punca terjadinya peristiwa tu. Nadia bersimpati juga bila dengar kisah dia (hilang terus rasa marah). Kerana simpati, nadia sanggup keje sensorang pada hari itu tanpa report kat bos (sebab kalau bos tahu confirm2 akak tu kene pecat terus). Nadia masih percaya kat dia. Mungkin sebab kami rapat dan dia pun baik. Saat itu nadia terfikir yang tanpa restu ibu bapa juga menyumbang kepada kejadian itu. Orang kata selagi takde restu, hidup takkan bahagia. Dah banyak kejadian2 ini berlaku di sekeliling kita. Masalahnya kenapa la Fadilah dan Kak Mira ni tak ambil iktibar? Orang kata kalau berlaku sesuatu musibah, kita kena nilai kenapa musibah datang kepada kita? Atas sebab apa? Mungkin musibah datang supaya kita dapat menilai kekurangan diri.Dia nak kita sedar kesilapan yang kita pernah lakukan suatu ketika dahulu...Who knows?

Dalam kes Fadilah ni, nadia sokong ayahnya. Ayah dia tak bagi kahwin mesti ada sebab.Pendapat nadia la, kalau betul la lelaki ni ikhlas, kenapa nak bawa lari anak dara orang? Kenapa tak jumpa sendiri ibu bapa Fadilah meminta keizinan? If, diorang tak izinkan, kenapa tak berusaha memujuk? Orang kata kalau kita betul-betul ikhlas, hati orang tua boleh dilembutkan. Dia akan nampak keikhlasan kita. Ini, kalau mula-mula dah buat hal, lepas kahwin apatah lagi(faham-faham sendiri lar lelaki ni macam mana)…..

ops! teremo plak..Sebenarnya geram dengan Fadilah ni.huhuhu

22 voice out:

teddi said...

emm malas nak campur..
itu erempuan mmg bodoh..
cinta konon cinta taik kucing
dia blom tgk dunia mane dia tau

Nadia said...

utopia>--- wah,straight! Tapi, agak betul apa yg kamu cakap...huhu

teddi said...

emm pasal anugerah 2..
awk antar je email...
nnti team saya akan buat pantauwan

Nadia said...

utopia>-- erk...takpe la.blog pun ada anugerah2 ke?igtkan juara lagu dan anugerah skrin je g ada anugerah.hahahah

Anonymous said...

setiap manusia melakukan kesilapan,
dan belajar dari kesilapan...

Nadia said...

Q>--- yeah! thats right..

Encik Shino said...

Apa2 pun kena ambik berkat orang tua..
jgn belakangkan mereka. :)

mrhasifrahman said...

salam...nak kata mcm mana yek..ada yang bahagia ada yang tak...tapi..walau mcm mana pun..sebelum kahwin..restu keluarga itu amat la penting =) kerana pernah diriwayatkan oleh para sahabat..semulia2 dan sebahagia2 keluarga tu adalah mendapat restu keluarga kedua belah pihak =) dan bukan itu saja..tak kisah la kawen dgn lelaki negara mana pun..mestilah tinggi ilmu agamnya..tak semestinya nak kena cari ustaz..cukup la sekadar ley membimbing..dan betul bacaan fatihahnya =) so..kalau nak cari pakwe tu kan..suh dia baca fatihah kat depan =P wakakakak...kadang2 tu..ada sembahyang bukan main..tapi fatihah tak betul..sia2 je solat..dan kadang2..yang kawen pi indonesia ni..bukan semua kerana cinta..ada yang kene ubat guna2 =) ...bak kata lain..nasi kangkang laki2..wakakakak..lebey kurang la

Nadia said...

shino>--- paling penting tu :D
mr>---semuanya betul :D

nads said...

yup...betul sgt tuh....nad pun sokong berperatus2...
geram sangat kat budak ffadillah tuh...tak pk mase depan langsung...pklah ckit pengorbanan mak ayah yang besarkan dia tuh....eeee...geram tau baca pasal dia...

Ibnurashidi said...

Soal restu atau tidak itu boleh kita lihat keadaannya. Jika lelaki yang beriman mahu meminang si Gadis dibuat isteri adalah lebih baik dikahwinkan saja berbanding disuruh kahwin lelaki krg agamanya. Soal restu keluarga bergantung kepada pengamalan agama mereka. Kuat agama akan memandang beriman itu lebih baik. Restuilah mereka..

farah, s. said...

hrmm...

bg farah, kalau kawin tanpa restu mungkin payah sikit kot. sebab nye sepanjang hidup kite akan rasa tak tenang... mesti still terbayang2 kan salah kite kat our parents, family..

mcm nadia ckp, parents dah besarkan kita ngan elok, cukup sempurna, tetiba je kita nak kawin ngan someone yang entah mcm mana perangainya. ayah ibu mana yg tak sayang anaknya kan..

alhamdulillah. nasib baik farah jumpe someone yg disayangi my fmily :)

farah, s. said...

oh ye, cantik header!~

13may said...

hmmm...tatau nak komen hapa...

mahsyar90 said...

kalau nak kawen tu bia la dengan restu mak bapak..
sape la kit anak tentukan kebahagiaan hari esok kalau tanpa rest makbapak ye x?hehe

Nadia said...

nads>--- betul2.geram juga.huhuu
farah>--- wah,aliff bakal jadi menantu kesayangan family farah ni.hehehe
farah>--- edit kat website tu.bukan guna adobe.hehe
13may>--- heheh
mahsyar>---betul2.apa2 pun minta restu dulu.huhu

Anonymous said...

err... fadilah? [hahaha. nampak sgt tak baca paper :p ]

muda sgt lah klw nak kawen ms umo 18

Anonymous said...

already update my blog

university seokid said...

awak diya..
jgn wat cam si fadilah tau..
kawen2 elok2
ni sy la

Nadia said...

fieza>--- get it..

ulwan>--- ye2..saya kenal kamu :D

Anonymous said...

kawin dgn restu keluarga pun banyak yg kucar kacir dan cerai berai..pokok pangkal hati! kita yg kawin bkn org tua kita..so, kita kena pandai2 lah jaga rumah tangga kita kalau nak kekal smp bila2..

Anonymous said...

sepandai mana pon menjaga rumahtangga tanpa restu ibu bapa kita x kemana...