Saya jawab "Sebab kalau aku balik rumah walaupun sekejap,aku takkan datang-datang dah kat lab nih". Serius sebab 2 minggu lepas abis praktikal ari tu konon-konon nak datang lab buat projek. Last2 batang hidung pun tak nampak.. Sangat seronok bila kat rumah. Macam takde masalah langsung (ayat hyperbola). Macam berada kat syurga dunia(hyperbola lagik). Okey,it means,dah tak fikir benda2 luar yang boleh mengurangkan mood gembira tu. Kalau sempat terfikir masalah, ia akan hilang dengan sekelip mata>---means cepat recover
Hari ni saya dengan Sya tak pergi lab. Semuanya gara-gara kehabisan botol sample. Takde botol sample macam mana nak pogress project? Ia merupakan instrument wajib. Err..sebenarnya botol sample saya masih ada beberapa lagi. Bilangan yang mencapai nyawa-nyawa fish lah orang kata. Tetapi disebabkan Sya tak pergi,maka saya pun tak pergi lah. Kami kan umpama kembar siam di dalam lab itu (note:kembar siam disini bermaksud bila salah seorang tidak ada,akan ada suara lain yang bertanya “Mana sorang lagi?” ). Saya memang macam ni. Semua benda pun buat secara berjemaah. Pergi kafe berjemaah. Tido malam secara berjemaah, bangun tido pun secara berjemaah . Best kan bila buat benda secara beramai-ramai? Namun, bila saya macam ni,ada suara-suara sumbang yang mengatakan “Hek eleh, pergi mana mesti nak bertiga-tiga or berlima-lima(dulu) or berempat-empat. Tak boleh berdikari. Manja! “ Saya tertanya-tanya.Aik? Macam inikah yang dikatakan manja? Actually saya boleh je survive di tempat lain secara berseorangan selama ini. Cuma mereka tidak nampak or tidak tahu. Pelikkah kalau 4 orang ingin makan serentak, pergi ke kafe serentak untuk makan bersama? Perlukah jalan berasingan sedangkan masing2 mempunyai tujuan yang sama pada waktu yang sama?
Okay,back of the topic
Esok kami akan pergi stor bahan kimia untuk amik botol sample. Dalam 200 mungkin. Kalau takde botol sample jugak, siap la pakcik yang jaga stor tuh (ececeh,macam berani je nadia ni. Aish..tak baik buat aktiviti sound menyound orang tua nih). Pelik la dengan system university ni. Kalau suruh student final year buat project,provide la barang2 yang diperlukan selengkapnya. Ini tak. Ada je barang yang tak cukup. Tak cukup barang tak payah la suruh student buat project kan? Dulu masa mula2 mintak botol sample dalam 100 tapi dapat 25 je. Nasib baik budak2 master kat lab tu kasi pinjam untuk cukupkan 50. Dulu masa buat praktikal kat MPOB mmg bahagia je (walaupun sedikit boring). Alatan dan bahan kimia memang lengkap dan cukup. Dah la lab tu saya concer sorang. Super duper happy buat research tu tanpa ada orang kacau atau tunggu turn(macam lab sekarang). Memang cepat siap la. Tinggikan speed.
Kadang2 geram bila kerja tergendala sebab BUKAN ATAS kesalahan sendiri. Pendek kata sebab factor-faktor luar seperti ketiadaan barang yang diperlukan. Contoh lain,peralatan yang digunakan baru kita sedari ianya telah rosak so kene start all the whole thing back.Sepanjang buat project ni dua kali dah kene macam tu.Sampai ada budak lab naik kesian ‘Kesian betul la nadia ni.Macam kene sabotaj je’. Padahal takde orang sbotaj pun. Sengsaranya.. Kesengsaraan menyebabkan saya berkata-kata dengan hati sendiri.
Hati Nadia: Tu la , sape suh buat project pasal natural product? Extract2 nih, ingat senang ke? Kalau kamu ni bernasib baik je,kamu akan senang jumpa benda alah pure compound tu. Kamu harus tahu yang kamu tu selalu je bad luck. Dah la masuk apa-apa contest tak pernah menang. Cabutan bertuah pun tak pernah terkena.Bukankah itu boleh dikatogerikan sebagai bad luck?
Nadia: Ye,saya tahu. Tapi natural productlah project yang senang faham sekali. Tak payah nak buat2 data berjela-jela(mmg malas nak buat data lah ni). Cara nak analyze memang paling mudah sekali compared dengan tajuk yang lain.
Hati Nadia : Sah,kamu memang malas..Nak senang je..
Ye,ingatkan buat natural product ni senang. Bukan bagus ke kalau pilih tajuk projek yang kita senang faham dan senang nak explain? Secara normalnya macam tu la kan. Memang ia senang dan senang jua difahami tapi step dia memang melecehkan,merengsakan dan memakan masa yang amat lama.Ulang step yang sama berjuta-juta kali semata-mata untuk mendetect kehadiran pure compound. Kedengaran bosan kan? Tau tak,kebanyakan budak yang stay kolej masa cuti ni adalah yang terlibat dengan natural product. Budak2 lain selamba je tak start project lagi .Pulak tu, selamba je bersenang-lenang kat rumah sekarang (ayat jeles) padahal kitorang dah start project dari sem lepas lagik.Uwawawa…Ini tidak adil !!
p/s: aktiviti saya membaca blog orang semakin agresif akhir2 ni. Almaklumla, orang yang dah abis final exam+kebosanan sebab tiada hiburan di sini..Nak surf internet dah tak tau nak search apa dah. So,blog oranglah hiburan saya sekarang...
8 voice out:
hehehe. rsnya "penyakit" baca org, bakal berjangkit ngan diya lak :D
p/s-nadia ambil bidang chemistry ye?
huhu..duk rumah memang heaven!:)
hehhee... bicara dengan mata nan indah pinjaman Dia... good luck for everythng yg nadia buat okey
diya>--- wah,diya dah terpengaruh :D..Yup..amik bidang kimia sekarang..
princessLiyana>--- ya! Betul tu.Tak sabar nak balik..huhuhu
fieza>---- thanks ya! ;)
ko blaja kat ner ey. nak tanya nie huhu
eclipse@nad>--- blaja kat upm..nape?
kawan2 yg ckp nadia manja sbb jalan ngn kawan2 ramai2 tu jeles kot..mungkin dia takde geng utk wat bende yg seronok secara berjemaah. gelakkan dia. wahahahha... ;p
nadxoxo>--- betul tu nadxoxo!Mari kita gelakkan mereka.whahahaha
Post a Comment