Kebanyakan orang suka zaman kanak-kanak mereka. Boleh kata semua orang kata zaman kanak-kanak adalah zaman riang. Macam pepatah selalu kata ‘Kanak-kanak riang’. Kalau diberi pilihan, saya akan pilih zaman remaja,bukan zaman kanak-kanak. Walaupun orang kata zaman kanak-kanak best,tapi saya tak suka.Sebab?
Zaman kanak-kanak adalah zaman saya selalu berprasangka pada kedua ibu bapa saya dulu. Saya sedih sebab saya mempunyai perasaan itu suatu ketika dahulu. Sangat menyesal. T..T
1) Saya selalu rasa mak dan ayah tak sayang saya bila mereka ‘pukul-pukul manja’ or marah-marah. Fikiran saya,kalau pukul sikit je maksudnya benci. Marah je tak sayang. Saya selalu tanya mak “ Mak sayang orang tak?” Mak jawab "sayang". Dalam hati saya cakap “Kalau sayang kenapa marah-marah?" Saya selalu fikir nak lari dari rumah. Seriusly. Padahal mereka ‘pukul-pukul manja’ dan marah supaya saya sedar kesilapan saya.Saya pun tak ingat kesalahan2 saya masa kecik yang membuatkan mereka marah tu. Biasalah,masa kecik saya memang nakal, jangan tak tahu.Pernah sekali tu terdetik kat hati saya “Kalau macam ni, mati lagi baik. Mesti diorang tak kisah” MasyaAllah. Sangat bodoh ketika itu. Seriusly. Tapi bila fikir-fikir balik tyme tu, saya nak cemerlang dalam PMR nanti (masa tu form 1. UPSR tak dapat 5A so haruslah PMR kene excellent.Err..saya mencapat tahap matang bila hujung form 2 ye harap maklum). Saya nak dapat PMR 8A supaya mak dan ayah akan sayang saya. Saya nak buktikan kepada mereka yang ‘anak yang dia tak sayang’ ni la yang membanggakan mereka.
2) Bila berurusan dengan customer, ayah saya selalu mention “Customer first”. Pernah sekali tu saya minta apa tah, tapi ayah saya macam tak pedulikan saya sebab tgh serve customer. Borak-borak kot. Apa lagi, saya merajuk la. Masa tu saya pergi kat sebuah longkang besar tak jauh daripada situ. Tercongok-congok saya kat situ. Lama saya renung longkang tuh. Dalam merenung tu sempat saya terfikir “Agak-agak kalau saya terjun longkang nih,ayah saya akan peduli kat saya tak?Dia akan datang kat saya tak?” Tapi saya tak terjun la. Masih mampu berfikiran waras okay ^_^. Mesti kereta yang lalu-lalang rasa pelik dan mungkin berkata dalam hati “Apa hal lah budak kecik ni tercongok kat longkang yang tak best dan bau busuk tuh!”
Saya sangatlah hairan kenapa saya ada berperasaan macam ni.
“ Ala,zaman budak-budak. Biasalah. Takde perasaan. Buat ikut suka hati je.”
Ya..sebab itu saya tak suka zaman kanak-kanak saya. Zaman di mana saya tak tahu menilai perasaan orang lain. Zaman saya takde perasaan(tapi perasaan merajuk ada la pulak).. Zaman di mana saya sangat berprasangka dengan ibu bapa. Zaman saya tak matang. Zaman saya tak tahu menilai setiap perbuatan mak dan ayah saya tu.Saya tak suka!!!
Saya seorang yang imiginatif. Suka membayangkan sesuatu. Begitu begini. Sebab tu saya boleh berfikir macam-macam. Siap boleh buat drama lagi. Contoh imiginasi saya masa zaman kanak-kanak(dulu je sekarang takda da fikir macam tu) :
Saya terjun dalam longkang. Lepas tu saya minta tolong ayah saya “Tolong!Tolong!Ayah!Tolong Ayah!”. Blurpp..Blurpp..Blurpp..(sound effect orang yang nak lemas nyawa-nyawa fish). Lepas tu ayah saya datang bersama customer itu.(Dalam hati: Datang jugak ayah,igatkan jerit2 tak nak datang. Tu la,layan customer lagi. Kan dah terjun longkang nih! Hah,customer! Padan muka! Sape suruh borak dengan ayah saya lama-lama sampai ayah saya tak pedulikan saya lagi? Sebab kamu saya terjun nih tahu!) . Tak lama pastu saya dibawa arus deras air longkang masuk jauh ke dalam. Ayah saya tak dapat trace saya dimana. Sepanjang laluan berliku-liku dalam longkang tu dah tentu la saya berhadapan sampah sarap dan segala bagai sampah2 yang tak best kan(bau pun busuk). Kepala pun asyik terhantuk.Lepas tu saya pun dah lemas (kononnya la kan). Lepas tu, tah mamat indon mana tah jumpa mayat saya kat hujung longkang n dia report polis. Lepas tu gambar saya masuk lah tv atau keluar paper. Mungkin masa tu saya seharusnya sudah jadi roh la kan? Mungkin masa roh saya berkeliaran tu saya ternampak orang baca paper keluar muka saya kat cover page . Mungkin saya terlebih dulu akan rasa bangga sebab glemer kan(susah gambar nak kuar paper nih). Tiba-tiba rasa bangga itu LENYAP sebaik saja saya tengok gambar itu adalah gambar passport dan sangatlah buruk(gambar masa darjah enam kat IC la tu) Haiyyooohhh..Malu woo!!! Satu Malaysia tengok! (sambil tutup muka sebab malu.Bajet2 diorang nampak la kan). Lepas tu roh saya balik rumah tengok mak dan ayah saya sedang bersedih atas kematian saya. Bila tengok mereka macam tu maknanya mereka sayang saya lagi la kan? Mungkin saya akan berkata “Ya Allah,saya nak hidup balik boleh tak? Saya dah menyesal T….T ”.
End of da angan-angan story~
Disebabkan saya tak suka zaman kanak-kanak, so saya lupa apa-apa peristiwa best atau tak best masa zaman kanak-kanak saya. Yang ni je la saya ingat pun.Owh,selain tu saya masih ingat peristiwa bermain mercun dan menangkap berudu dalam longkang masuk dalam botol bersama jiran(seorang lelaki seorang perempuan) dan adik saya nana. Lepas tu kami berempat kasi lepaskan berudu-berudu tu kat jalan raya bertar di tengah panas terik matahari atas kepala. Har har har. Tak kesian sama itu berudu menggelupur kepanasan lepas tu mati.kakakaka. Sebab berudu adalah katak n saya tak suka katak. Tak suka dengar suara katak panggil hujan "Ong! Ong! Ong!" . OMG. Tak merdu la kan? Sebab tu saya tak suka berudu.Konon nak jadi heroin hapuskan semua spesis katak la. Whahaha..Apa punya pemikiran daa…Sekarang saya baik sikit..Tak jahat macam dulu kay..heheheheh
Masa form 5 dulu ada bedah katak masa kelas biologi. Tujuan>-- nak tengok organ katak untuk pelajaran subjek biologi. Tak sampai hati nak pengsankan katak guna klorofom pastu belah perut dia. Kesian! Tapi terpaksa,so buat je la. Kecik je katak tu. Teragak-agak masa nak belah perut dia..huhu.. Sekarang asyik kesian je dengan binatang (tapi kalau LIPAS jangan harap nak kesian. Pukul je!)
KATAK COMEY :) >--- (kan Sya kan?)
p/s: Sekarang saya totally berbeza daripada dahulu. Setelah melalui berbagai peringkat perkembangan frasa. Belajar daripada pengalaman dan pembacaan. Pengalaman memang berharga. Semua pun pernah melalui frasa yang sama kan? Salah satu sebab suka alam dewasa ialah saya boleh rasa macam-macam perasaan. Marah,risau,gelabah,suka,gembira,geram,kecewa dan macam2 la. 1001 perasaan. Bukankah variety itu bagus?
Entri ini disudahi dengan gambar di bawah ^_^
I'm Vacation
Ececeh, bernada poyo betul statement nadia kali ni… Bajet pergi cuti-cuti Australia@london@korea atau luar negara la pulak kan. Okay, sebenarnya cuti2 malaysia di rumah saja. Eh, bercuti kat rumah pun best jugak la! Sebab kalau kat rumah, hari-hari saya akan pergi ke tempat yang berbeza seperti pasaraya Bintang(100 meter dari rumah), kedai mamak untuk makan malam, kedai jual nasi lemak untuk sarapan atau mungkin Jaya Jusco dan Econsave (kalau rajin). Berjalan-jalan di tempat yang ramai orang kira sangat best lah kan? Kalau kat upm ni,hari2 pergi 2 tempat yg sama je. Bosan seyh. Kalau menarik ada banyak barang macam Econsave tu tak pe la kan. Dua tempat yg dimaksudkan di upm ini hanyalah kafe yg takde orang dan lab yang bosan. Nak balih rumah esok pagi.
16 voice out:
UPM ngan cheras jauh weeei XD haku sekeh ko . bdw aku dah besar pon fikir mcm tu agy haha
eclipse>--- kalau naik kete 45 minit je..hehehe..ea? ko still fikir macam tu ea?kihkihkih.Aku fikir lain pulak dah. Bosan plak asik fikir style 'bunuh2 diri' cenggitu..hehehe
ha3. teringat zaman kecik2 dulu men jemur berudu. npk perut de melingkar bulat2.. ehe
goasop>--- yup2. Perut dia bulat2 kan? Geli kan? hehehe..masa proses menjemur tu ada proses gelek2 lagi.gelek2 batu kat perut dia sampai pecah..kekekeke
musim cuti ni..
hati2 tauuu.. :)
shino>--- yup2! thanks!
aku suka zaman kanak-kanak aku!
datang rumah arwah nenek ngan tok aku je mesti dapat coklat..haha
kusu>---asal aku masa kecik2 tak dapat coklat pown dari sape2 pun ? wawawawa :jeles2:
ehehehe... best lak baca citer adik nadia kita ni... hehehe... budak2 mmg mcm tu kan, kena marah skit merajuk. hehehe... tp sy suka zaman kanak2 sy, sebab terlalu byk perkara yg best berlaku even standardla kalu kena marah ngan parent sebab nakal and kena buli ngan adik beradik dan kawan2 yg lebih dewasa. haih... but now, jumpe blk yg suka buli kita tu...dh malu2 sudah... hehehee
da besa2 nie jarang plak kne mrh ^_^
klaka la zmn kanak2 die ;p saya pun x ingat most of my childhood..time high skool pun x igt bnyk..tp dh besar2 ni appreciate sgt spend time dgn family n friends sbb sy tau sy xkan ingat later on ;(
zaman kanak kanak saya??? ntah...tak ingat..
selalu kena pukul ada laa...hehehe
selamat bercuti!
:)
rs mcm dh komen sini, tp nape tak muncul jugak ye. huhu.
btw, seronok baca cite nadia ms kecik2 dulu. sangat kenangan kan :)
cik nadia ni kcik2 lg dh pndai berimaginasi..
sy ni xpndai pn..hehe
nadia tinggal kat mana?
/me pon pnah masa kecik2 sll pk parents tak sayangkan diri ini. siap wat diari lagi tulis tak puas hati, rasa cam anak pungut. pastu takmo rahsia dlm diari tu terbongkar, koyak2 kertas dlm diari yg ditulis dengan penuh perasaan tadi n tanam kat bawah rumah dlm tanah kat tepi tiang. hahahaha.. lawak2. padahal mak ayah punyelah sayang kat kite kan?
rumah nadia dekat ngan pasaraya ek? alaa bestnye. senang nak merayau. haha. lol.
bile bc cite nadia yg imaginative tu mmg gelak habis! tak sangka mase nadia kecik2 dulu leh pk sampai thp tu.comel je..
tp besela kan, budak2. mesti nak perhatian dari parents. yg kite tau nak parents layan je semua kerenah kita tanpa mengetahui masalah, perasaan diorg. hehe. budak budak.. ;p
Post a Comment