Pages

Berita itu menarik perhatianku...

sebenarnya nak cerita pasal benda yang saya excited nak cerita dalam entri yang lepas.Tapi sebab belum settle lagi problem tu, saya cerita pasal ni la. Sepanjang cuti ari tu, banyak berita2 yang menggemparkan saya. Setelah ditapis-tapis berikut merupakan berita yang paling menarik perhatian SAYA.


1)Harga minyak turun 7 kali. Harga sekarang RM1.80. Untuk RON97 je la . Kalau RON92 tak ingat berapa harga dia. Tapi walaupun macam tu, harga barang kekal tinggi. Kenapa ea? Diorang cakap sebab musim tak menentu. Hujan je kan. Atau mungkin pemborong MENGAUT keuntungan yang tinggi melalui cara ni..Mana la kita tahu kan?


2)Tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa (melibatkan 14 buah banglo kat Taman Bukit Mewah). Cukup menggemparkan seluruh Negara. Inilah yang paling hot sekali bagi saya. Tanpa disedari, kami follow cerita dia (kalau tak silap, tanah runtuh berlaku sekitar pukul 4 pagi,tapi saya dapat tahu tengah hari esoknya). Follow start dari temu-ramah mangsa yang terlibat, penemuan mayat2 yang tertimbus (5 orang kalau tak silap), perpindahan lebih kurang 3000 penduduk taman berdekatan, pembinaan jambatan taktikal ATM, sehinggalah kepada isu saman-menyaman. Masing2 tunding jari. Penduduk salahkan pemaju. Pemaju salahkan PBT (dengar kata PBT KEBAL dengan undang2, so memang susah nak saman). Pembangkang salahkan kerajaan, kerajaan salahkan pembangkang. Okay, rasanya memang tak berkesudahan isu tunding2 jari ni. Yang saya tertarik ialah part ‘Penduduk menuduh anggota keselamatan mencuri’ Tak kuasa kan dengar tuduhan2 tak berasas ni tanpa bukti ni? Sepatutnya mereka berterima-kasih sikit, sebab anggota keselamatan SANGGUP tak balik Raya Haji sebab nak tolong mereka (janganlah tuduh melulu). Yang saya rasa macam pelik dan tertanya-tanya tu, tanah2 runtuh bertimbun tu diorang longgokkan kat ada satu tempat ni. Lepas tu, penduduk (14 banglo tu) dibenarkan cari barang peribadi mereka kat situ. Perghhh…Tak ke macam SENGSARA je nak cari dalam banyak2 barang tu (ye la 14 rumah banglo kan) tambah2 dalam timbunan tanah? (occay, sila anda bayangkan kalau nak cari gelang emas@platinum@berlian dalam timbunan tanah tu macam mana :D hahaha) Ops…saya sedang bayangkan macam mana suasana mereka cari tu..(sebok je nak tahu.Nak tahu pergi sana la nadia.hahahah)


3)Robot bernama Aiko, Japan Technology. Robot ini dicipta untuk dijual. Rupanya dan figurenya sebijik macam manusia(perempuan). Robot ni terer gile(dibandingkan dengan robot lain la). Dia boleh buat 1000 lebih reaction. Dan yang paling pelik tu, pencipta robot ni boleh terfikir pulak ada manusia lelaki nak buat seks dengan robot tu.LOL.Pelik giler.hahaha. Walaupun dia kata robot tu ada fungsi ‘itu’ dan nampak comel yaamatzz, tapi macam TAK LOGIK je lelaki normal buat seks dengan robot (macam dah takde girl lain kat dunia ni kan). Comel@cantik macam mana pun, robot tetap robot, bukan manusia. Tapi, Wallahualam la..(sebab saya pernah terbaca ada manusia boleh buat seks dengan haiwan. Lembu ke kambing tah. What the he** was that? hahhahah.)


4) Bush kene baling kasut dengan wartawan sana masa dia buat lawatan perpisahan kat Iraq. Whahahaha..padan muka Bush! Kat internet sekarang siap ada game main baling2 kasut lagi sebab saje nak kaitkan dengan peristiwa tu.hoho. Yang saya tertarik dengan isu ni ialah saya dengar satu berita dari radio(sumber Bernama) mengatakan ada orang offer wartawan ni jadi menantu dia. Kagum betul dengan orang itu J (lelaki2 sekalian boleh ambil perhatian. Jadi la berani macam dia.Wakakaka) Ada satu kartun kat paper ni yang buat saya tergelak kecil. Ada dialog yang mengatakan, Obama boleh la belajar sumthing dari Bush. Belajar apa? Belajar cara2 mengelak dari terkena serangan kasut! Kah3x! Sebab Bush pandai kan dalam hal ni.hahaha. Saya tertarik dengan ayat ni (lupa dapat dari mana) “Dia bukan seorang pengebom mati yang mahu letupkan dirinya sia-sia tetapi mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Bush PERLU diaibkan. Dalam budaya orang Arab, perbuatan baling kasut ke muka seseorang adalah paling hina. Walaupun tidak kene sasaran, tapi aib telah dilemparkan. Dan Bush pasti tidak akan kejadian aib yang menimpa dirinya itu, sampai mati “


5)Perkahwinan rahsia antara Rita Rudaini dengan pemain bola sepak Negara, Aidil Zafuan kat selatan Thailand. Tak nak cakap banyak pasal ni (sebab berkaitan artis) tapi yang pasti,ia mengejutkan saya (sebab sebelum ni beria-ia nafi2 last2 terbongkar selepas 10 bulan. Neway, semoga mereka bahagia :D).


6)Perpisahan Diana Danielle dan Samsul Yusoff. Saya taknak cakap banyak pasal hal ni(sebab berkaitan artis jugak). Tapi, ada sesuatu menarik perhatian saya. Sebab masa cuti ari tu (sebaik sahaja saya tahu kes ni), saya ada taip SATU ENTRI pasal perkaitan hal tu dan kaitannya dengan satu ‘peristiwa’ yang berlaku dalam hidup saya. Akan menyusul nanti :D


7)Malaysia menang tiga kejuaraan Badminton Super Series Masters Final (note: Dalam banyak2 sukan di Malaysia, saya hanya take care dengan Badminton sahaja. Sukan lain, saya tak ambil tahu pun). Macam seronok tengok Chong Wei kalahkan Peter Gade dengan bergayanya dalam final tu. Tanpa disedari, saya bertepuk tangan kuat2, kadang2 excited sampai terlompat-lompat (padahal bukan dia nampak pun.Takde faedah). Adakah Malaysia menang mudah sebab China tak join? Tapi yang pastinya, Chong Wei bermain dengan cemerlang sekali (Peter Gade pun cakap). Lawan dengan Taufiq,dia menang straight set, dengan Peter Gade pun dia menang straight set jugak. Dan saya tertanya-tanya, kenapa Taufiq Hidayat main dengan tak bagusnya kali ni? Kalah dengan sangat mudah. Selalunya kalau dia kalah pun, kalahnya bermaruah (sebab dia terer sebenarnya,takkan kalah mudah.Selalunya dia fight betul2 sebelum kalah).


p/s: Isu politik tak baca la pulak. Tengok camtu2 je. Tak berminat la nak memikirkannya. Bak kata salah seorang lecturer saya “Media Malaysia mana boleh percaya sangat”. Macam susah nak jumpa media yang tidak menyelebahi mana-mana pihak. Boleh kritik@puji dua2 pihak dalam satu2 media. Kalau pro tu, pro la sampai bila2. Tak pernahnya kontra. :D

9 voice out:

Mohd Nasri said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Cikgu Ije said...

hmm.. macam-macam sekarang ni

Nadia said...

nasri>--- tu la pasal. Agaknya memang macam tu kot..

goasop>--- betul2..macam2 hal berlaku sekarang..

farah, s. said...

huhu. farah pun ade bc berita2 pasal yg nadia tulis ni. kecuali pasal harga minyak tu. hehe. erm yg psl diana ngan syamsul mcm tak masuk akal pulak. hehe. tak au sape betul sape slh. huhu.

yg rita ngan aidil tu.. tak kisahlah kan diorg kawin. at least dh kahwin, bukan berita kene tangkap ke ape.

sblm ni frh suke bc psl politik. tp lately, hrm.. sgt xberminat.

Anonymous said...

tertarik ngan "fakta" nombor 3. tak tahu lak diya pasal cite robot tu. jepun ni memang terlebih advance. kalau boleh nak cipta sume benda. ada baik buruk gak tu.

Anonymous said...

wah.. macam2 adaa ehehe!

Nadia said...

farah: aah..tak logik kan kes diana ngan samsul tu kan? huhu..tak berapa suka la ngan diana tu..huhuhu

sama la, dulu memang sangat minat baca, semua hal pun nak amik tahu..sekarang macam dah malas..huhu

diya: sebenarnya tak popular sgt cerita tu sebab keluar kat ruangan kecik je kat paper tu, tapi still menarik perhatian kan? hehehe..yup2,jepun memang advance, maybe sebab sistem pendidikan sana memang bagus..huhuh

ien: macam iklan astro pulak word tu. MMA

Thenadi said...

hah ada ah, buat sex dengan patung XD ada dalam cita cina apa tah. haha buleh kurangkan hiv >,<

Nadia said...

uiks...biar betul..dalam cerita kot..hehehe

kurangkan hiv? Dah tentu betul!hahahah