CERITA PERTAMA
“Nadia,cepat masukkan ayam tu! Dah garing dah tu”
“Nana, laa..kenapa sikit sangat asam jawa ni? Lagi-lagi!”Dan ada sekali tu, terdengar la komplen dari ayah saya “Sejak ko ada ni, cepat betul bawang putih abis. Ayah nampak ko selalu pakai banyak.” Hahaha! Prinsip saya kalau memasak, lagi banyak bahan tu lagi bagus! Whahahaha. Selagi tak menjejaskan kesihatan, kira okay la. Garam dengan ajinamoto harus mengikut sukatan. I mean bawang ke, ikan bilis ke camtu la. Lain dengan mak dan ayah saya, mereka agak berjimat means pakai cukup2 je. Tapi rasa masakan tu sama je kan letak banyak ke letak cukup2 ke, tak la effect sangat. Tapi… entah, saya nak letak banyak jugak! Macam bagus je. Kah3x! Sebenarnya ayah saya komplen sebab tyme tu dia malas nak pergi kedai tyme tu (sebelum tu dia dah berulang-alik ke kedai banyak kali dah. Dia tak perasan bawang putih habis.haha) Ada satu hari tu, tyme masak lemak cili api. Nana letak banyak gila cili api. Boleh kata 2 kali ganda daripada biasa. Ayah saya suruh letak sikit, dia nak letak banyak jugak. Alasan dia, nak pedas! Selama ni tak berapa pedas! (dia la yang kata. Saya tak kata) Last2..Hah, amik kau! Pedas melilau! Semua komplen pedas. Banyak kali jugak suapan saya bersulamkan air(sebab pedas gila kan). Kene ceramah berulang kali la nana dengan ayah saya.”Tu la, lawan cakap tokey lagi. Anak murid lawan cakap cikgu macam itu la jadinya”
Ayah saya ni selalu cuba masak apa-apa yang dia rasa best. Ada sekali tu kitorang makan Yong Tau Foo Sup kat Bandar Tun Razak(makan sekali je terus addicted). Anda pernah makan? Ni makanan orang Johor mak saya kata. Yong Tau Foo tu dicicah dengan kuah cili buatan sendiri (cili merah blend+limau+??? Alamak lupa la :D ) dan dimakan bersama-sama sup sekali. All my family member rasa memang sup dia tu lain dari yang lain tapi sedap dan unik. Bukan macam sup biasa yang berminyak dan muak tu. Kitorang pernah try sup Yong Tau Foo sup kat tempat2 lain tapi semuanya sup dia macam ‘muak’ dan tak best. Setelah makan lebih kurang 2 kali kat situ, kami satu family try buat kat rumah. Ayah saya la jadi ketua nya sebab dia rasa je sup tu dia boleh detect apa-apa bahan dia. Mak saya jadi penolong ketua (occay, dah boleh nampak ayah saya lagi terer masak berbanding mak saya). Dan percubaan pertama memang 100% sama dan jadi. Sup sama, kuah cili pun sama. Menjerit kesukaan la kami adik-beradik sebab tak yah la g sana lagi, boleh buat sendiri kat rumah.
pic from : disini
CERITA KEDUA
Entah angin kus-kus apa yang melanda, nana kalau nampak lelaki2 hensem kat tv, mesti dia cakap dengan saya sambil tersenyum simpul “Angah, cuba bayangkan lelaki tu pegang DSLR…”. Saya pun layanlah gurauannya dan membalas “Wah! Nana! Smartnya nana!” dengan gaya dan mimik2 muka sekali*muka miang(muka yang senyum tersipu-sipu sambil kerdip2kan mata beberapa kali* (note: memang style kami BERGURAU macam tu~dalam family je,tak didedahkan ke orang luar sebab nanti orang cakap kami tak betul@senget padahal kami BETUL sebenarnya.kakakaka) . Dan selepas itu kami akan ketawa sama2 dengan penuh semangatnya sampai fiza mencelah sambil menggelengkan kepala “Dah gila la budak dua orang ni”
pict grab from creative.fotopages.com
*Lupa nak cerita, nana pun minat dengan fotografi jugak sebenarnya. Dia belajar masa masuk Kelab Fotografi kat sekolah dulu. Lepas saya cerita pasal DSLR dan kisah di majlis kahwin ini(tyme tu dia keje, tak ikut), terus dia bukak cerita yang dia pun minat jugak. Siap cerita shoot2 cantik (tyme majlis kahwin) yang pernah dia tengok(dalam album gambar) masa berada dalam kelab tu. Kami berazam nak beli DSLR dan jadi ‘camerawoman tak rasmi’ masa majlis kahwin fiza (tak tahu bila. Dalam 2-3 tahun lagi kot). Tak kisah la kalau dia ada upah jurukamera pun, kami nak menyelit jugak amik gambar sekali. Nana siap cakap lagi “Nanti kita dua jadi camerawoman ye angah. Pakai seluar jean,kasut sport.”(takkan nak pakai kebaya@kurung. Macam tak kena plak kan.hahahah). Ayah saya menyampuk “Kalau jadi cameraman, gambar korang takde la. Biasanya cameraman tak masuk dalam gambar,tugas dia amik gambar je la”. Saya terdiam. Betul jugak. Tak bolehlah saya nak bergaya sakan pakai kebaya cantik2, tudung lawa2 nanti. Bila fikir2 balik, takpe la kot. Saya pakai cantik2 masa majlis kawen kat rumah pihak lelaki je la..ngeh3x. Nana pun tak kisah jugak kalau gambar dia takde nanti..hohoho..Mula2 kami cadang KONGSI DUIT je beli DSLR. Saya cakap dengan dia “Tapi masa majlis fiza tu nanti, aku je yang shoot, ko jadi tukang fikir aksi macam mana nak suruh pengantin buat.” Dia balas “Wah wah wah. Banyak cantik! Aku nak pegang DSLR , nak shoot jugak” Sudah…dah dua2 nak pegang DSLR terpaksa la beli lain2. Muahahahahaha!
p/s: Sejak akhir2 ni suka betul tengok gambar kawen di website photographer2 semalaysia. Nak kawenkah nadia? Kah3x. Bukanlah... Sekadar melihat kekreatifan photographer2 mengambil gambar. Mereka memang kreatif!
9 voice out:
haha. dasyat la ayah nadia. same cam ayah farah jugak ;p
untungkan kalau tau msk sendiri.. hehe. tp kengkadang rs gk nak makan kt luar.
err.. nana pun minat ke.hehe. farah dulu kt sekolah penah gk join sekali kelab kewartawanan dan fotografi. tp dia xbyk ajar fotografi sgt, lebih kpd wartawan cmtu. so thn selepas tu dah tak masuk dh. sem dpn ni frh nk join kelab fotografi kt auckland pulak. yihaa.. =p
farah: ayah farah pun pandai masak ea? hoho..jarang kan jumpa lelaki pandai masak ni? hehehe
aah, nana tiba2 minat pulak. Dia dah lama join n tyme dia cerita tu nadia buat derk je (sebab tyme tu tak minat lagi.hehehe).
wah wah wah...ok sangat la tu farah. Dah ada dslr haruslah kene join kelab fotografi. Nanti boleh apply,amik gambar kretif2.ngeh3
tula. tunang farah pun terer masak. haha. leh geng ngan bapak mertua. keh3.
nnt beli dslr ckp tau. hehe
sup tau fuu syook wo XD makan ngan cicah dia. kat btr. mana . wah wah. akan lah ada nie slr nie.woo
FARAH: wah, bagus2. Menantu bergeng dengan bapa mertua. Petua rumah tangga yang bagus tu.ekekeke...
okay, dah beli nanti nadia btahu ;)
ECLIPSE: biasa makan ea nad? hoho..memang sedap giler...err..dslr? hehehe..keje kumpul duit dulu.heheheh
wah, ayah yang jadik coach?
hahaha...
err...ayah saya memang terer masak.(Lagi terer dari mak saya) sebab tu dia jadi coach.hahaha!
wahhhh...ganas la ayah dia....
terer masak...kalah chef wan nih....
heheh..idok la sampai macam tu. chef wan terer giler. ayah saya masih tengok rancangan dia masak kat tv.heheheh
Post a Comment