Pages

Nota untuk lelaki, secebis untuk perempuan...

Entry’s mood: Emosi


Izinkan aku beremosi disini.


Aku mimpi semalam. Mimpi yang cukup mebuatkan aku berfikir panjang sebaik sahaja aku bangun. Aku menyaksikan kecurangan seorang perempuan. Semuanya semata-mata wang ringgit. Yang paling aku kesali, perempuan itu merupakan orang terdekatku. Termangu aku dalam mimpi itu. Ah! Mimpi adalah mainan tidur. Harap ia tak menjadi kenyataan. Mengapa aku dapat mimpi ini? Mungkin sebab aku membaca blog someone semalam. Sama ada dia orang yang aku kenal atau tidak, biarlah ianya menjadi rahsia.. Sebaik sahaja aku membaca blognya, aku mengucap panjang. Lama aku berfikir dan mungkin sebab itu ia terbawa ke alam mimpi

------------------------------------------------------------------------------------------


Nota untuk lelaki:


Berkasih sayanglah secara besederhana
Biarlah kau mempunyai wang berjuta sekalipun
Jangan didik kekasih kau dengan wang ringgit berlebih-lebihan
Jangan nanti bila wanita itu tinggalkan kau
Kau menuduh perempuan itu PISAU CUKUR
Kau marahkan wanita itu
Sedang kau tak tahu
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi
Sedang kau tak sedar
Kau yang dengan rela hati memberi
Memanjakan wanita dengan wang, baju berjenama, beg berjenama, tempat berjenama semuanya berjenama


Tahukah kau perempuan mempunyai sembilan nafsu?
Tugas kau adalah mengawal nafsu-nafsu wanita itu
Memberi petunjuk dan secebis nasihat
Bukan membiarkan nafsu itu bermaharajalela
Bukan menggalakkan nafsu-nafsu tersebut


Sedarkah kau?
Kau terpedaya dengan pujuk rayu wanita
Pantang direngek manja
Kau layu
Lemahnya kau
Wanita itu siapa?
Ibu kau? Mak cik kau? Adik kau? Isteri kau?
Bukan! Dia bukan siapa-siapa
Dia belum berhak
Dia hanyalah kekasih , tunang pun belum
Tapi kau berlagak seolah-olah SUAMI kepada wanita tersebut
Memberi dan memberi dan memberi
Tanpa kau sedar
Kau sedang mengasuhnya dengan wang ringgit berlebihan
Ahhh! Mungkin wang kau terlalu banyak
Mungkin dengan memberi, kau tak terjejas langsung
Tidak mengapa
Cuma jika ada apa-apa perkara buruk berlaku
Kau jangan mengamuk mahupun bertempik
kau jangan salahkan sesiapa
Jangan tunding jari ke arah wanita itu
Jangan!!!


Salahkan diri sendiri
Yang kurang beringat
Mengakulah
Kau puncanya
Kau akar umbinya

--------------------------------------------------------------------------------

Nota untuk perempuan:


Apa maknanya nilai kasih sayang?
Jika wang ringgit jadi pertaruhannya.
Bila kemiskinan mengetuk pintu,
Cinta dan sayang akan terbang keluar melalui tingkap
Rendahnya martabat kau
Nipisnya harga diri
Menjadikan wang sebagai pemangkin kepada kasih sayang
Semakin banyak wang diberi
Semakin tinggi kasih sayang
Inikah hipotesis yang kau pegang????
Adakah jika suatu ketika dia tidak mempunyai apa-apa,
Kasih sayang kau akan berkurang?
Lalu kau mungkin akan mencari insan lain
Yang mampu memberi tanpa banyak soal
Begitukah?


Gembirakah kau jika lelaki-lelaki muka bumi ini membuat kesimpulan sesama mereka
“Nak dapat perempuan? Tabur sahaja dengan wang ringgit. Gerenti dia sangkut dengan kau!”
Apa perasaan kau?
Apakah kau masih mempunyai perasaan?
Aku malu
Aku malu
Aku malu
Walaupun aku tidak terlibat
Tapi aku dapat merasainya
Kerana
Aku juga seorang wanita .........

------------------------------------------------------------------------------------


Aku tak sangka insan seperti kamu berdua terlalu banyak di muka bumi ini. Seolah-olah ianya menjadi perkara biasa. Mungkin kerana orang yang rapat denganku bukan seperti kamu berdua. Sebab itu aku tak tahu kewujudan kamu…Aku tak sedar…


*Everythings need money but money is not everything
*Aish, kenapa aku beremosi ni? Mungkin sebab 'mimpi' itu. Aku taknak ianya menjadi kenyataan..



updated:


Lelaki-lelaki di luar sana, mari kita lihat apa kata-kata perempuan2 terhadap kamu. Mari saya tunjukkan! Mari! Lai! Lai! Lai!



Errrrr... macam2 pengalaman yang aku dengar pasal lelaki kasanowa, dan perempuan pisau cukur ni.. kawan sekeliling aku pun ade yang jenis perempuan pisau cukur ni...tapi kawan aku cakap bukan dia yang nak kikis, tapi laki tu yang nak bagi....sama la tu..dulu same aku study ade gak kawan aku yang berniat tuk mengcukur orang..haha...yang bestnya kawan aku ni cukur, pastu share ngan ktrg..hahaha...best tul..ape yang dia dapat, kami pun dapat...siap kena ajak gi melancong lagi..walaupun tak jauh mane, tapi dapat gak la berjalan free...yang bagusnya kawan aku ni jenis yang tak makan sorang....leh tak, laki tu ajak kawan aku ni bercuti, pastu kawan aku ni ajak ktrg jugak, nak tak nak laki tu terpaksa la setuju, kalau tak setuju kang xdapat lak dia nak bercuti ngan kawan aku ni...lawak tul lak...laki tu pun xtau ke yang kawan aku ni hanya nak mengikis dia je...bodoh tul kan??bagi ktrg, kalau orang dah baik hati nak bagi, kite ambik jela...ktrg tak mintak....Tapi tak sume perempuan je yang pandai mengikis, ade gak lelaki yang jenis mengikis...aku tak respek la laki yang jenis camni...tp kalau perempuan xpe kot.hahahahaha....



Tak perlu aku letak link dari mana aku dapat sumber(kaler merah itu sengaja aku bold dan highlight). Bukan niat aku untuk memalukan siapa. Aku google saja, nah terjumpa sudah. Cukup aku copy paste untuk dijadikan iktibar. Google lah kalau mahu :)


p/s: Sya, nora, ayie. Jangan jadi macam tu ye. Babab karang. heeee...

11 voice out:

Nadya Heidi aka nadxoxo said...

wah, besnye kata2 nadia ni. memang ada point kat situ.

farah, s. said...

mcm tak caya je nadia yg tulis entry ni ;p

kenapa dgn mimpi tu?? scary la pulak. huhu..

Nadia said...

nadxoxo: :)

farah: huhu. Luahan hati yang terdalam ni..Memang scary pun farah. Nasib baik nadia terjaga. Kalau tak dah lama nadia menangis dalam mimpi tu...Lepas tu taknak sambung tidur dah, takut mimpi tu sambung balik..huhu

Anonymous said...

ubah lagu cket~

Its only MONEY

AND

MONEY are all I have

to takE

Your heart away

~NOTE:money..money...money...;p

Nadia said...

wah wah wah! Best lirik tu. Tepat sekali dan kena masanya..hehehehe

Anonymous said...

suke la baca artikel ni.. waaaa

Nadia said...

faizal: thanks :)

Anonymous said...

hehehehe!!!dah baca....
article mmg mksud dia dalam...sape2 jer terkesima...hahahahah!!tp kite tak tau....
Bak kate sumbody..'bukan aku"..syukur!!!heheheh!!

Anonymous said...

Tambah lagi cket...

1. kikis btul2
~cakap straight forward nak ape.Xder tapis2.
laki pun sebab syg punyer pasal blikan jer
la..haha!!

2. kikis malu2

GURL:

"cantik nyer"
'dah lame i cari'
"kan besh kalu dapat"

~ sambil lame mata melekat n posisi tak
bergerak dari cermin kaca kedai~

BOY:
~nada ayam2

"amik la kalu berkenan (dalam ati:minah ni
mak bapak xbagi duwet ker)

Gurl:

'time kaseh awak"

~sebenarnye ramai yg tnye pasal pmpuan cm ni
dalam social network.Cam laki dah pukul rata
semua pmpuan nak laki yg kaya.Bila dapat
soalan cam tu 'emo' la pe lagi.Di sebabkan
ada pihak buat cam tu,kite pun di anggap
mata duitan dan materialistik jgak.

~ Tapi kalau nk cakap perempuan xkikis,cube
tgok kat luar sana berapa ramai yg nak
rebut ENGINEeR yg xensem (cter kwn faizal).
sebab duwet punyer pasal la.

~ Aku berdoa aku xkan macam tu..
Sebab mum aku slalu ingatkn
aku pasal ni.
Boyfriend adik aku nk antar
charkuehteow tuk adik aku pun
mum aku dah bising..Dia ckp ingat
ma xleh bg mkn ker..heheh!!
Jangan arap leh kikis org,
silap2 mum tak ngaku anak..
Malu...
p/s: Btul3x korang...jgn malukan HIME inc..hehe

Nadia said...

heeheheh..Owh, part atas tu sangat lah betulnya. Lebih2 lagi part yang malu2 tu. Siap tambah kalau muka KESIAN tu+tak berganjak dari tempat asal.Lelaki pun 'tumbang'. Aiseh..hahahaha


p/s: betul2. Jngn malukan HIME INC.. Kita semua tak pernah ada record buruk dalam hal2 macam ni.Jangan pecah rekod.hahahah

p/s: Sya, dulu ada mamat tiba2 topupkan kita RM 5 . Angin giler kita. Segera ni minta duit kat ayah kita sebab nak topupkan dia balik (ganti balik,walaupun sebelum tu malas nak minta duit ayah topup sebab kat rumah kan, bukan perkara yg besar kalau tak topup..hehehe).RM 5 pun hish...macam apa je dia topupkan..hahahah. Sikit pun, hish...tak blek tak bleh...Macam jatuh maruah je kita rasa.Wakakakakak!

Anonymous said...

btui2..heheh xnak malukan HIME Inc. ekekke...