Baru semalam lepas exam KTO 3. Soalan not bad jugak. Dan sebab hati tengah lapang sikit (walaupun masih di mood exam), maka terlahirlah entri ni. Dari kerana mata… (macam pernah dengar je lagu ni. Sape tah nyanyi)
Dulu kan, masa kecik2 aku selalulah bergaduh dengan kakak aku, si fiza tu. Kadang-kadang sebab kecik pun boleh jadi bahan untuk diejek. Ejek-mengejek tu macam perkara yang sangat biasa. Pantang diejek, cepat je aku melenting (biasa la budak2). Paling aku ingat dia selalu ejek saya cinapek (cina apek). Semuanya gara-gara mata aku yang sepet ni la. Sejak kecik aku dimomokkan yang mata aku ni huduh, sepet, lain dari orang lain. Kesimpulan=muka tak lawa. Kesimpulan yang mudah. Ye la, orang kan selalu kata mata besar
Fiza : Sepet! Eii..dah la mata sepet! Anak cina mana ni? Cinapek berak tak basuh. Eii..!!! kah3x! (baca dengan versi ketawa berdekah-dekah)
Nadia: Biarlah ! Daripada ko tu, dah la hitam! India mari. Keling!! (baca dengan nada sensitive dan marah giler)
Fiza: Cinapek!
Nadia: Keling!!!!!!
Hahaha. Oleh sebab dia suka2 hati ejek aku cinapek (macam hodoh je sebutan word nih, sebab tu menyampah), aku geram la. Aku ejek la dia India (kebetulan dia gelap sikit daripada saya time tu. Saya putih sikit dari dia). Ayah aku pun selalulah usik kata aku ni dalam gambar nampak macam hantu jepun la apa la. Tension masa tu.
Disebabkan geram dengan semua tu, kadang-kadang kalau berjalan bawah panas, aku sengaja menadahkan muka bagi kasi matahari lama-lama. Dalam hati aku berkata, biar kasi saya gelap sikit lah (hah, amik kau! Nasib baik tak hitam!). Dengan harapan, lepas ni biarlah takde rupa cina ke apa ke. Okay, bila dah gelap sikit sekarang, menyesal tak sudah . T.T
Zaman berlalu.. Masa sekolah menengah pulak, aku tak suka bergambar. Sebab aku akan nampak macam pelik dalam gambar. Buruk! Mana tak peliknya, setiap gambar, aku akan sedaya-upaya buat nampak mata aku besar (ye la, dah dari kecik asyik kene ejek mata sepet je kan.Trauma). Macam mana?
Masa kat matrik(lompat cerita sekejap), aku, Nashimah, Alia dan Suhairul je yang budak MARESMART dalam kuliah Hayat 1 tu (kuliah kami). Masa majalah sekolah dah keluar (post kat rumah), Alia tak dapat lagi (maybe sebab rumah dia jauh kat Kelantan, so lambat dapat). Nashimah tu bawak la majalah sekolah tu nak tunjuk kat Alia. Tak lama lepas tu, best friend saya Nashimah tu beritahu saya
Nashimah: Nadiah, ko tau, tadi aku tunjuk la majalah Taiping kat budak Tutorial aku. Diorang nak tengok. Lepas tu aku tunjuk la gambar ko, Alia dengan Suhairul kat diorang. Lepas tu semua terkejut tengok gambar ko. Diorang macam tak percaya je itu gambar ko. Apasal ko buat mata macam tu nadia? Pelik la. Hahahah..Lawak la ko ni nadia. Eii…nadia2x.. hahaha
Aku tak ingat sangat. Macam lebih kurang ni kot dia cakap.
Gelak giler dia. Reaksi aku? Saya bantai gelak la takde jawab apa-apa. Hahahah. Sebab aku pun macam tak percaya apasal muka aku macam tu. Aku tak senyum langsung, lepas tu buat mata terbeliak
Betul la tu, yang aku perasan, gambar2 aku dulu-dulu memang lah horror (termasuk gambar passport.hoh!). Dalam setiap gambar, aku takkan senyum sebab kalau senyum mata akan nampak lebih kecil (of course la muka masam mencuka kan), lepas tu buat mata besar2. Kakakaka. Aku tak sangka pulak, bila buat mata macam tu, gambar aku akan nampak macam
Malah masa form 5, aku sampai kene ‘tangkap’ dengan cikgu displin lelaki sebab ponteng masa nak ambik gambar batch (satu batch amik gambar ramai2 kat dewan). Aku Am dan Shairah (classmate) duduk kat depan kiosk .Dah la ponteng, berani lagi berlegar-legar kat tempat tumpuan ramai cikgu lalu-lalang. Nashimah tu selamat sebab dia menyorok bawa meja kelas dia, so takda orang tahu dia ponteng amik gambar.Kami je la yang kantoi. hahaha. Cikgu displin tu siap amik no. maktab (ID student) dan dia kata nak bagi kat pengetua.Nasib baik takda apa-apa jadi, tak kene denda ke apa ke..Malu woo…(maklum la, nak mengekalkan ‘rekod baik’ kan. Hahaha..) Kalau ada kawan2 perasan, aku jarang letak kat mana2 (friendster ke, blog ke), gambar masa muka sekolah menengah dan kecik2 dulu. Memang aku jarang bergambar pun, kalau tersesat ada tu, gambar ‘jenis2 yang macam tu la’. Ye la, kalau tunjuk kat orang tak pasal2 heart attack nanti orang tengok! Bertambah malu berbelas-belas keturunan nanti.
Bila lama-lama kan, aku mula berfikir. Kalau takde gambar muka aku, aku takkan ada kenangan yang boleh aku ingat. Contoh, bila pergi mana-mana dengan siapa-siapa, kalau ada gambar kita, at least kita boleh ada kenangan bergambar dengan orang sekian-sekian. Kat tempat sekian-sekian. So, kalau tengok gambar, ada ‘kenangan’ disitu. So, sekarang dah tak berapa kisah dah. Biarlah orang kata mata kecik ke apa ke. Saya dah mampu ‘buat muka normal’ dalam gambar.
p/s: Peristiwa masa kecik jelas memberi ‘impak’ yang besar dalam hidup aku. ‘Rasa’ itu belum hilang sepenuhnya, Cuma mungkin dah berkurangan… Dan err…kakak aku dah tak ejek saya pasal mata@cina2 tu dah. Sebab kalau dia ejek pun, aku akan bantai cakap “Ala, Siti Nurhaliza pun mata sepet jugak. Cantik jugak!” hahah.. Walaupun bentuk mata aku dengan Siti jauh beza, peduli apa kan, janji fiza dah tak ejek aku dah.
13 voice out:
nadia,mata sepet comel apa! :)
pnah gak terfikir pasal dahi luas itu buruk (rasanya dahiku dlm kategori luas kot) tapi ckp ct tu dahi laaaagi luas ape. keh keh keh. sume nak banding ngan ct aje. sian cik puan ct nurhaliza :P
huhu. biaq pi lah apa org nak kata, nadia. Tuhan bagi lengkap seluruh fizikal pun dah kira syukur. org yg takdak tangan, takdak kaki, sume2 tu, lagi lah merana.
nadxoxo: ngeh3...tu la, janji ada geng kira ok la tu.sian ct asik kene banding je..heheeh
diya: tu la diya, sekarang da belajar bersyukur skit2. Tambah2 kalau tengok orang cacat, kurang upaya, rasa diri lebih bertuah dari mereka.huhu
haha. sama la.. dulu gaduh ng adik2.. best! skrg da besar.. rindu lak nak gado gedik2 cm dulu. uhu
hehehe. Kan? Sekarang pun kitorang gado2 gak tapi tak main dah terasa2.ngeh3
tergelak2 farah bc entri yg ni. cinapek ngan keling. haduii.. adik beradik cmtu la kan. hehe. adik farah, si nadiah *dhla nama sama* tu pun mata dia sepet daripada org lain. tp kitorang xpenah ejek la. takut dia kecik hati. baikkan kakak2 n abang dia. haha.
yg psl wat mata terbeliak dlm gmbr tu. farah mcm leh bygkan mcm mana nadia bersusah2 nk dptkan "mata besar" tu. hehehe. nk tengok gmbr tu leh? hehehehe
hehehe. Tu la, fiza tu 'nakal' sikit. Sebab tu dia asik ejek je. Nadia ni walaupun baik sikit (muehehe)tapi dah dia ejek dulu terpaksa la membalas balik.hahaha
huhu..Nanti nadia dah bersedia + tak malu sangat nadia scan n email ea..ngeh3x..farah..teringat gambar pasport dulu (tapi dah hilang dah), buat mata besar sampai nampak juling.kakakaka
pssttt... thanks adek nadia itus...
kak fiza: err..ur welcome :)
hehe :) nanti jemput la singgah ke blog kalo rajin ye..
mate sepet laa baru la mcm ahjumma,haha :p
aimi liyana: sure :)
nazhirul: ahjumma? kenapa saya tak pernah dengar word tu ea?
ahjumma tu bhasa korea kot dy..tapi panggilan untuk makcik@akak cmtu la..rasenye..dy..mata ct sepet ke??t kite observe btoi2..ekkeke
Post a Comment