Walaupun tengah busy study untuk exam selasa ni, boleh pulak terkeluar entri ni. Mungkin tension asyik menghadap nota, so pe lagi, ronggeng2 kat blog lah (hihihi). Sekarang pukul 3 pagi, mata masih tak mengantuk. Pengaruh nescafe tadi kot. Err...macam malas lah nak tidur malam ni. Haha…Sebenarnya baru balik dari dewan k5. Kat dewan k5 tadi baru berlangsungnya satu event besar k5 iaitu PENITI a.k.a Pertandingan Pidato Kepimpinan Harmoni Intervarsiti anjuran Kolej Kelima UPM dengan kerjasama Kementerian Penerangan Malaysia. Antaranya IPTA yang join ialah UM, UKM, UTM, UIA dan IPTA-IPTA yang lain. Err...Yang hadir tentulah bukan menteri itu tapi Ketua Pengarah, Kementerian Penerangan Malaysia.
Erm..taknak cakap banyak2 lah pasal event ni, sebab saya tak terlibat pun dalam acara ni. Jadi penonton je..haha…Entri ni nak cerita pasal event ni jugak tapi untuk tahun 2008 punya. Erk. macam cerita basi pulak. hoho..Kalau aku ada blog tyme tu, rasanya dah lama aku ceritakan pasal event ni kat blog.
Kat kolejku, event yang besar ada dua je iaitu PENITI dan Dinner Kolej. Tyme ni lah kalau nak pakai baju lawa2 atau nak bermake-up tanpa ada orang akan pandang sinis atau nak bergambar sana-sini . Ye bergambar! Ini fenomena yang paling biasa. Lepas bergambar, masing2 letak kat friendster. Yelah, gambar event (apa-apa event pun) kira cukup standard la kalau nak letak, kalau setakat gambar kat bilik, macam tak berapa nak best lah nak upload kat friendster tu.
Definisi Usher: Orang yang mengiringi VIP atau mengiringi siapa-siapa yang naik ke pentas.Dan..oh ya! Usher hanya perempuan sahaja (tak tahu kenapa tah perempuan je, lelaki tak acceptable)
Masa PENITI 2008 tu, tiba2 aku dilantik Ketua Usher bersama-sama Kak Amy. Untuk PENITI INTERKOLEJ dan juga PENTI INTERVARSITI. Masa dapat surat jemputan ke meeting first, aku dah pucat giler dah! Masa tu memang berdebar-debar abis la.Biar betul! Aku mana ada pengalaman jadi usher, tetiba plak kene jadi ketua. Masa tu aku terpaksa akur je. Ialah, takkan nak tarik diri pulak. Just try my best lah. Tyme tu, memang busy giler la. Selalu meeting. Selalu meeting start jam 9 abis 11-12 malam. Lepas tu, rehearsal ambil masa seminggu sebelum event. Fuh! Kira seminggu la, kami berkampung kat dewan. Tak dinafikan, tyme ni kolej nampak happening sebab ramai orang keluar masuk dewan dan berkeliaran di kawasan kolej.
Yang pernah jadi usher hanya rakan-rakan ku sahaja (sumpah aku tak pernah). Biasanya, untuk sesebuah majlis, mereka pakai 4 orang usher sahaja. So, saya lah orang yang first tarik diri untuk jadi usher tu. Sebab geng kami tyme tu 5 orang (Sekarang dah jadi 4 orang je include me. Kenapa? Biarlah rahsia.haha) Mungkin sebab kawan2 ku pernah jadi usher, dengan aku-aku sekali kene cop usher jugak. Ini natijahnya ber’geng’, apa yang rakan anda buat, anda dikira buat jugak walaupun anda tak buat. Satu kene cop, semua kene cop (Tengok! Siap bold dan berwarna merah darah tu. Maksudnya keyword ni penting, masukkan dalam kepala cepat). Masa aku jalan sorang2 ke apa, ada pernah orang tegur “Mentang-mentang lah usher”. Errkk…Sejak bila pulak aku jadi usher plak ni? Okay, malas nak layan punya pasal, aku diamkan aje.
Bila jadi ketua ni, maknanya aku tak payah la beraksi sebagai usher kan. Aku hanya organize sahaja. Di mana, aku HANYA MENGARAHKAN ORANG UNTUK BERAKSI JADI USHER DAN MEMBERI TUNJUK-AJAR KEPADA ORANG-ORANG BAWAHANKU . Ada la dalam 10 orang camtu. Kak Amy serah tugas untuk mengajar usher di tanganku sebab dia pun ingat aku expert dalam hal ni. Nampaknya, semua dah terpedaya (padahal takde orang yang memperdaya pun. Orang yang terpedaya ada lah kot.Tak tahu siapa yang memperdaya siapa sebab orang yang memperdaya sebenarnya tak wujud. Arrghh!!! Apasal macam berbelit je ayat nih?). Since aku takde pengalaman jadi usher ni, apa lagi, aku pun mintalah nasihat rakan-rakanku yang agak expert tu (eceh!). Tanya mereka macam2. Kalau dengan VIP nak jalan sebelah dia ke, depan sikit ke, nak jemput VIP macam mana. Dari akar ke umbi aku tanya. Dan dengan itu, aku berjaya jugak ajar orang2 bawahanku tu..huhu…
Macam biasa, sebaik saja majlis tamat, sesi bergambar haruslah ada.
Kahkahkah!!!! PERASANNNNN!!! Err…sekali-sekala berperasan apa salahnya la kan?
Tyme ni, pemenang pergi mana tah, pergi toilet kot. So, ramai la yang mengambil kesempatan bergambar dengan benda ni.AGAGAGA~ Masa ni INTERVARSITI.
Bersama anak buahku. Tengok! Sambil tunggu kedatangan VIP , sempat lagi tu kami bergambar. Tyme ni INTERKOLEJ.
Ni lah anak-anak buah ku. Satu, dua, tiga, empat....sembilan,sepuluh.Okay, sekarang cukup 10 orang. . Extra 1 tu maksudnya aku adalah dalam gambar ni.
Aku bersama-sama rakan-rakan. Tyme ni, diorang jadi AJK Cenderahati. Mereka beraksi di pentas untuk membawa hadiah, hamper dan bla bla bla untuk diberikan kepada pemenang dan juga cenderahati untuk para hakim. Sya angkat Piala Pusingan untuk juara pertandingan. Berat dan tinggi woo..Dia cakap tyme angkat tu, piala tu lagi tinggi daripada kepala dia :0 Aku cuba bayangkan kalau aku lah yang bawa piala tu lepas tu tersungkur depan pentas ke apa ke, maluuu okeh!!! Dah la dengan VIP & reporter semua kat depan.
Kadang2 bila dah tak join aktiviti kolej, rasa rindu pulak. Rindu dengan suasana dewan yang sibuk bila nak ada event, rindu dengan meeting yang hingar-bingar itu, rindu dengan post mosterm , rindu untuk bergambar sakan. SEMUA PUN RINDU. Ya, bila dah keluar UPM ni, aku pasti akan rindu dengan semua ini. Since sem terakhir, Cuma ada 1 event je la yang boleh kami bergambar sakan iaitu Dinner. Err…5 April nanti lorr…Can’t wait for it. My last event. :D
p/s: Habis exam nanti nak tukar layout blog lah. Tiba-tiba je rasa mata macam berpinar-pinar tengok blog nih. hahaha..Tiba2 je nak komplen sana-sini tentang blog sendiri padahal dulu takde pun.hoho