Itu adalah tajuk untuk drama Gerak Khas Jumaat lepas. Songsang yang bermaksud lain dari fitrah manusia biasa. Fitrah manusia dijadikan berpasangan. Lelaki dengan perempuan. Dalam cerita tu memaparkan tentang hubungan lelaki dan lelaki iaitu GAY. Cakap pasal ni, tahu tak apa yang ada dalam fikiran aku kalau aku nampak lelaki smart semacam? “Entah2 gay.” Hahaha.. Kesian kalau mereka sebenarnya bukan gay (lelaki2 smart sekalian, sila jangan marah saya :D). haha..Kalau aku terserempak dengan gay2 di KL atau dimana-mana, aku akan berkata dalam hati “Ya Allah, smart2 macam ni sayang betul jadi gay. Sayangnya! Hish! Ruginya! Apasal lah mereka tak straight?
Berbalik kepada cerita yang aku tengok tu, dalam cerita tu ada memaparkan yang seorang wanita bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya. Dan lelaki itu adalah gay. Euuwww!!! Dia macam tak memperdulikan tunangnya dan selalu busy. Perempuan tu macam peliklah kenapa lelaki tu selalu tak angkat call. Kemudian si perempuan itu dapat tahu dari seseorang yang pernah ternampak dengan si lelaki itu di kelab gay. Lepas tu nak dijadikan cerita, si perempuan tu pergi la siasat sendiri pergi ke kelab gay dan OMG! Dia nampak tunangnya itu sedang ‘membuat aksi bercumbuan’ dengan ghairahnya bersama lelaki lain. Yuckksss! Kalau anda di situasi gurl itu, apa perasaan anda? (Geli la kan?)
Aku macam pelik dengan golongan2 ini. Jelik aku melihat perlakuan mereka. Nafsu mereka adalah pada mereka yang sejantina dengan mereka. Sebenarnya aku memang tak boleh terima gejala songsang ini. Aku pernah bayangkan kalau orang2 sebegini adalah orang terdekatku, maknanya ada rakan-rakanku merupakan seorang gay ataupun lesbian. Sungguh, aku sangat tak boleh berkompromi dalam hal-hal sebegini (Ya, ini adalah salah satu KELEMAHANku. Aku tak mampu membimbing mereka kerana aku takut, sesi bimbingan itu dipenuhi emosi). Justeru macam mana? Hanya tutup mata dan membiarkan dia dengan dunianya sendiri? Oh, lagilah tak boleh. Kelemahan2 lain aku boleh terima dan MUNGKIN akan bertolak-ansur dan boleh bertenang tapi tolong bukan yang ini! Rasa hormatku kepada mereka punah sama sekali. Serta-merta! Fikiranku, kalau aku dapat tahu, aku akan menjadi emosi sedikit kemudian menjauhkan diri (mungkin untuk seketika atau mungkin untuk selamanya. Maafkan aku)
Satu cara untuk menangani mereka yang berada dalam dunia songsang ini adalah dengan menasihati. Untuk mereka yang kuat tidak mengapa. Takut nanti dengan kita2 sekali dipengaruhinya. So, jalan terbaik? Itu yang kita kene fikirkan.
Sebenarnya, mereka ini BOLEH BERUBAH. Syaratnya, JANGAN benarkan mereka berkawan dengan golongan2 sebegini. Jika mereka ada ‘pasangan’, jangan bagi mereka dekat. InsyaAllah, jika dah berusaha, mesti Tuhan kabulkan doa mereka. Ini kalau still bergaul dengan golongan songsang juga, buat aktiviti tak senonoh berkepit ke sana ke mari, lepas tu asyik bagi alasan “Saya tak boleh halang perasaan ini. Orang yang tak pernah rasa takkan tahu. Perasaan ini dikurniakan kepada saya secara semulajadi. Bla bla bla” Eh eh, BOLEH BLAH LA!
p/s: Hati memang tak boleh dipaksa. Tapi untuk kebaikan, apa salahnya mencuba. Jika hati MAHU, insyaAllah Allah akan pasti bukakan pintu hati dan meluruskan jalan kita. Sebenarnya 'perasaan itu' bukan diberikan sampai bila2. Itu hanya ujian Allah kepada mereka (setiap ujian Allah kepada hambanya memang berlainan). Terpulang bagaimana mereka mengharunginya :) Jika mereka berjaya, alangkah besarnya pahala buat mereka2 ini...
p/ss: Semalam tengok cerita cerekarama. Lakonan Umie Aida dan Zamarul Hisyam. Menangis okeh. Terharu tengok pengorbanan lelaki itu.Berapa ramai je lelaki sebegitu yang masih wujud? Sanggup berkorban, mengabaikan kepentingan diri semata-mata tidak mahu mengecewakan ibu bapanya. Tahukah apa pengorbanannya? Mengahwini perempuan yang terang-terangan mengaku tidak suci dan sedang hamil anak dengan lelaki lain. Owhh…Rasanya lelaki sebegini sudah tidak wujud lagi..
20 voice out:
haih. sangat kesian kan kat kita2 ni. yang hemsem2 sume dah terpesong. tinggal yang tak berapa nak hemsem ajelah. hihi.
p/s-nadia, tgh download cite perfect neighbour ye. rindu cite tu =D
diya: betul2 diya.. Hensem dan smart2 mereka ni. Kebanyakan yang hensem yang nampak 'gagah' ni selalunya act sebagai lelaki. So, tak dapat cam sangat.Unbelievable kadang2. Compare dgn mak nyah@lembut senang detect..huhu
p/s: yup2, tgh mendonlod. hehehe
lelaki kahhh itewww.. uhuhu
banyaknye citer tgk..
keje skolah bile nak wat tu..
en_me:err..actually saya tak faham maksud komen kamu sebenarnya..huhuhu
sam: well..balik rumah ambil kesempatan tgk tv lah. Maklumlah, rumah kan heaven mana boleh pikir masalah negara.Assignment tolak tepi dulu. Sampai kolej baru buat.wakakakaka!
hee akak ni lg la dik.
tgk je laki pakai baju ketat2,dalam otak dok pk gay! hahaha
tp fakta kan,
lelaki2 gay ni semua ensem2la!!
syg betoi! T___T
kita doa je la semoga golongan2 ni akan berubah jugak.
amin..
aku sebagai bekas gay. disini menegaskan bahawa. For girls, gay= hot! hahaha
oh...oh..btw, aku bukan gay. tp gay tu da macam trademark aku dan aku tak bangga dengannya hehehe
aku x tau la nape orang kata aku gay..
mungkin sebab aku betul2 gay????
arrrrrrrrrrrrr??
arrr!!!
sorry.
nice blog btw..
>,>
abaikan komen me.. hi cek nad ittewww, salammms maulidur rasul dr me dikejauhannnns
kak yonna: betul2 kak yonna. Satu lagi trademark diorang. Pakai baju ketat2 dan nadia pun beranggapan sama dengan kak yonna tu..heeee
khairul: aik! Orang panggil gay mesti ada sebab..Ke ur appearance macam gay, pakai baju ketat n else..hurm?
en_me: salam maulidur rasul :)
Gay n lesbian HARAM!!hehehe!!
so kat luar2 sana..xyah la byk alsan nak menegakkan benang yang basah.....
Ayat xleh blah..
'Nak wat cam ner kami di lahirkan begini"..
hehehe...Allah xkan aniya makhluk nyer...
Ujian lah tue..korang kene ujian lagi dasyat dr kitorang so bersyukur la...hehheheheh
sya: betul2. Semua tu ujian saja. Benda dah haram tetap haram kan..But I prefer gay yang akui benda tu haram dan dia try untuk atasinya compare dengn gay yang still rasa diri dia betul, tgkkan bng yg basah, kutuk org yg tak sokong mereka dan tak nak berubah..huhu
hm setuju dgn nadia.. knp la perlu pilih jln songsang ni. dn seperti biase glgn gay ni ramai gk yg macho2. alahai... mcm pompuan dh tak wujud dh atas muke bumi ni. ape dh jadi.. T_T
kononnye perasaan, hati tu xleh dipaksa. dh semulajadi sukakan kaum sendiri. helooo come on la. u can do something about it! huh..
farah: yup2. Rasa macam tercabar sikit bila dia suka lelaki compare dgn gurl2 macam kita2 ni..heheh..
Hati sebenarnya boleh dipengaruhi. They must do sumthing to handle it. Sebab semua benda kan terletak di tangan Nya..insyaAllah boleh punye lah..huhu
tulah betul. takde ape yg tak boleh kn. usaha la. huhu
farah: yup2. Usaha dulu then baru tawakal..huhu
alaahai..tk tgk plak cite smlm..tp hmm btol ckp nadia..mana ada lelaki gitu dah zmn skrang.satu dlm seribu kot
huhu.. nasib ada lelaki sepertiku yang gagah perkasa ini (yang penting bukan gay!)
haha..
kadang2 takut gak..
tengok ok jer..
skali nah! gay!
liyana: yup2, susah nak cari. Mungkin satu dalam seribu dan mungkin juga satu dalam sejuta...Yang penting, lelaki tu ada buat solat istikharah sebelum terima girl tu. Berbeza dgn lelaki skg, terus tolak mentah2..huhuhu
menteil: betul2, seram je cenggitu.Sedih pun ada nak2 kalau dah nak terkahwin atau baru terkahwin baru realize..huhu..
mcm dh kembali pd zmn nabi luth lak T_T
farah: teringat hukuman yang Allah bagi kat mereka. Bumi terbalik..Dasyat..huhu
Post a Comment