Pages

Kepalaku sudah weng weng

nota:Entri ditulis tanpa mengambil kira struktur ayat, tanda koma tah kemana, noktah tah kemana, ayat tunggang terbalik. Dan sama sekali tak akan dihantar ke Utusan Malaysia. A quick entry. Harap maklum.



Sejak 3-4 hari ni kepalaku sudah jadi weng weng. Tahukah apa itu weng weng? Ia bermaksud kepala yang weng ke kiri kemudian weng ke kanan kemudian weng ke kiri balik kemudian weng ke kanan balik (buat demo ni jangan tak buat) Kahkahkah. Apasal la teruk sangat explanation ni? Serupa orang yang dapat BM 9G aja gayanya.

Weng weng = blur, terawang-awangan, kepala tak betul, mamai


Semuanya gara-gara aku tak cukup tidur. Sindrom kemengantukan nama dia. Tau tak, 3-4 hari ni aku telah bertukar menjadi burung hantuwuwuwuwuwu. Tidur siang berjaga malam. Dahla seminggu direct shift night (11 mlm-7 pg) pastu dalam masa seminggu tu boleh pulak terselit OT 4 hari berturut-turut.Tak pernah2 jadual seseorang pekerja dibuat direct 7mlm-7pg apa pasal tah tetiba manager aku buat jadual aku sorang je macam tu mungkin kepala dia pun weng jugak mana aku tahu kan. HAHAHA!!!!


Selama 3 bulan tak pernah jadual aku macam tu sebab semua sedia maklum jadual 7mlm-7pg memang menyampahkan kalau boleh semua taknak. Aishh, aku mungkin tak ada masalah dengan jadual tu kalau hari biasa kan. Tapi di bulan puasa ni almaklumlah waktu berbuka dah tentu makan banyak sikit (contoh: nasi tomato+dua biji kuih beserta air, tak adala banyak pun kan) lepas tu pukul 9-10 malam kepala aku start weng weng dah. Serius aku tak tipu. Di bawah ada buktinya



1) Kalau berdiri static selama lebih kurang 10 saat, aku boleh jadi terawang-awangan (baca: on the way nak tidur DALAM BERDIRI). Hoh dasyat ke tak dasyat. Masa tu manager aku suh tengok kertas apa tah, aku pun tengok la, lepas tu boleh aku terawangan-awangan di situ . Nasib baik tak kantoi.heheh. Manager aku ingat aku tunggu respon dia sebab tu berdiri static lama.Padahal sebenarnya nak tido. Tyme berdiri lak tu. Pengsannnn!!!!


2) Aku tersalah bagi baki duit pada customer. Terlebih RM 0.40. Nasib baik customer tu ingatkan aku dan diiringi dengan ayat “Mengantuk ea?” di penghujungnya


3) Cash variation aku tetiba tak blance. Aku short RM50 weh. Fuhhhh.. Tak pernah-pernah 3 bulan kerja short, tiba2 bila kepala weng-weng boleh short dalam jumlah yang lebih releven jika digunakan untuk membeli takoyaki 10 set atau lasagna 4 atau belanja family makan kfc atau bla bla bla bla. Manager aku kata nak check balik . Kot aku tersalah tiub ke apa ke. All the tiub recycle,tiub drop and cash drop stuff memang boleh tersalah kalau tak berhati-hati


4) Tak boleh membaca blog rakan for a while (padahal sebelum ni hari2 pun bukak, takde update pun bukak jugak semata-mata nak baca komen ke, nak dengar lagu ke,nak tengok layout kot2 berubah ke ataupun just nak landing tak tahu nak cakap sebab apa sebenarnya) sebab bila baca baca baca nanti ter-excited semacam mesti rasa nak komen, takut nanti terbagi komen secara weng weng jugak pastu baru tersedar “Eh2, apa yang aku taip tadi?” Tu dia…Dulu pernah gak sekali jadi macam ni. Nasib baik komen itu masih normal


4) Aku rasa kalau aku dapat tidur dalam area 9-10 malam tu, aku nak buat sujud syukur kat situ, dan dan tu jugak. Rasa nak cakap dengan manager “ Nak tidur sekejap boleh tak”. Heh, giler!

5) Emosi tetiba jadi tak stabil. Bila digabungkan dengan benda2 lain yang hadir, mood jadi tak baik. Tak ada mood. Nape tah. First time rasa macam ni. Memang first time. Errr, tak besh bercerita tentang ini dengan lebih lanjut.


p/s: Aku tak faham kenapa pukul 9-10 aku perlu mengantuk padahal tidur cukup. Mungkinkah kualiti tidur siang tak sama dengan tidur malam? Haishh.. Nasib baik malam ni malam last, pastu moga2 takda shift malam lagi. Mahu shift petang.


p/s: Untuk mengelakkan rasa mengantuk semasa berdiri (since aku takleh berdiri static lebih 10 saat, nanti aku tertidur dalam berdiri), aku terpaksa pusing satu kedai tanpa arah tujuan. Pusing punya pusing punya pusing memang weng weng abis dah tu.


p/s: First time aku nampak orang itu berbaju sekolah. Kenapakah macam cute? Wihihihi. Ada serupa macam gaya bad boy berserta muka stone cold dia tu memang sebijik ah. Pastu, macam drama tv yang aku tengok di mana pelakon berusia 20-an atau 30-an memakai baju sekolah. Cute! Muka stone cold tapi cute, fahamkah anda? Faham-fahamkan aje lah. Kehkehkeh. Ok, jangan layan nadia dah! Memang sah kepala dia tengah weng weng sekarang.Sah! Sah! Sah!


P/S: nak sambung tidur balik ni. Biasa la burung hantu kan, faham2 aje la @sengihnampakgigi@sengihnampakgigi@sengihnampakgigi

7 voice out:

farah, s. said...

alaaaa kesiannye.. mesti penat kan. haish. dahlah tak cukup tido. kesian nadia. sampai tershort duit. so nadia kene gantilah rm50 tu eh?? banyaknye T_T

papepun, get some rest ok. dahlah bulan puasa ni. haih..

Anonymous said...

Huhu. Dengan diya2 sekali boleh rasa ke weng wengan Nadia. Susah jugak tu bila tak biasa berjaga malam pastu kena tido siang sebab kena berjaga malam. Memang cecair dalam otak boleh jadi tak berapa stabil. Hehe. Hari ni last day kan. Takpelah, pasni Nadia qada' kan balik tido tu. Kesian nya lah dia.

P/s-Hehe. Tengah imagine budak tinggi tu pakai baju sekolah =p

Insyirah said...

Alahai...kesianya. Harap dpt rest secukupnya. Jangan sampai jatuh sakit. Tambah pula skrg tgh puasa, takut nanti tak larat.

Yana Ismail said...

Alaahai...mesti penatt sgt ni..smpai kepala weng2...tkpe..rest puas2 ok? nnti melarat ke demam susah plak..dahla bulan puasa ni..kena kuat, klaau tk bdn lemah..

take good care of yourself ek dear;)

13may said...

nadia...

bangun bangun...hehhe hehhe

Nadia said...

thanks everyone. Sekarang dah tak weng weng dah :D

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Hihi.. Actually kaknoi pon weng weng gak ni.. start last week.. kol 10 dah rasa macam nak tido..tapi sebab Harvest Moon, akak tido gak kol 12...

Bahaya kalau weng kat ofis..... T_T
Susah..malu orang nampak