Pages

Raya 2009

Haiyohh, balik je dari kampung terus tido kepenatan. Lepas tu malam mak ajak pergi rumah pak Lang pulak, tak bagi can aku nak landing2 merehatkan diri.


Yaaa, pagi raya bersamaan 1 Syawal, mood raya tiba2 datang menjengah (padahal sebelum tu tak tahu mana ia pergi tah). Barulah terasa suasana Syawal. Pagi tu mak masak rendang itik dengan rendang paru. Mak aku ni sejak semenjak ni asyik main itik je, ayam2 dia tak main dah. Hahaha..Sebab daging itik lebih sedap daripada daging ayam actually. Walaupun nak dekat sama rasanya tapi itik lebih sedap kot. Hehehe..Mahal sikit pun takpe, berbaloi-baloi (iklan celcom).








Occay, benda berwarna coklat di mata itu hanya pinjaman semata-mata.

Pagi raya pergi rumah ayah jiran kat mana tah tapi kat kl . Makan nasi tomato SAHAJA. Adik-beradik dan emak mempengaruhi untuk makan benda lain dah tapi tak tahu kenapa aku tak mampu. Hahaah (pelik padahal aku ni jenis yang makan lebih daripada 2 jenis hidangan). Lepas tu pergi rumah Pak Cik kat Klang, burrrrr rendang+ketupat la apa lagi kan. Macam dah muak. Kat rumah aku dah khatam makan rendang (dah banyak makan), kat rumah orang lain terpaksa ambil sikit gila , macam tak payah ambil pun tak apa.



Kemudian balik rumah malam , tidur kepenatan. Mak dan ayah buat keputusan balik kampung keesokan harinya (hari raya kedua). Apa lagi pagi tu kelam-kabut aku mengemas.Capai mana yang ada lepas tu vroomvrooom sampai kampung dah. Kat kampung meriah sikit suasana raya aku sebab ada ramaiiiii saudara-mara. Yang duduk KL pun (3 family) semua turun Melaka serentak. So bila ramai, suasana tetiba jadi meriah dah. Pastu..oh ya, hari raya pertama ayah tak nak gi rumah VVIP, so kali ni pergi rumah YB pun jadi la kot. Hahah.. ADUN Merlimau which is salah seorang anak saudara mak yang takde aral-melintang tetiba jadi YB pada sesi PRU yang lepas. Yang mana dulu dia jual ikan je keliling kampung.huhu.



Hari raya ketiga balik Jasin (kampung belah ayah). Mak beli itik dua ekor lepas tu masak kari kat rumah arwah nenek. Lepas masak tu pergi beraya rumah saudara-mara belah ayah kejap. Balik-balik tu kami tengk periuk …Ya Allah, HABIS! Terkejut. Semua pun terkejut. Mak aih, banyaknya budak2 nih makan. Hahaha.. Ayah cakap budak2 tengah nak naik, biasa la tu makan banyak. Tak sempat aku nak merasa kari itik tu T____T Kalau tahu, memang awal2 aku dah makan dulu.



Hari ketiga raya dan seterusnya sampai la aku balik KL, aku telah melalui saat-saat sukar iaitu sakit perut yang memulas-mulas. Bukan sekejap2 tau tapi ni sepanjang hari. Asyik-asyik masuk toilet. Asalkan aku makan je (walaupun sikit giler) terus sakit perut pastu nak pergi toilet. Sampai aku kepenatan dah. Longlai. Ayah tanya nak pergi jalan beraya tak, aku jawab taknak sebab tak nak sakit perut lagi. Aku nak baring je. Tapi terpaksa pergi juga sebab rumah saudara kan takkan tak pergi. Tsk tsk. Pastu on the way balik KL, sepanjang jalan tu perut aku tak berhenti-henti sakit. Sakit sakit sakit. Sampai aku terpaksa tidur mengiring je sepanjang perjalanan supaya tak rasa sakit. Bila terbangun je terus rasa sakit lepas tu aku PAKSA diri aku untuk tidur balik. Aiyyyooyo, dah macam orang sakit tenat dah. Kahkahkah!!!


Balik KL Alhamdulillah dah tak sakit perut dah. Tapi membizikan diri dengan berjalan rumah saudara-mara kat KL ni.


Kat sini aku nak selitkan sedikit gambar budak2 (anak saudara) yang sempat aku tangkap.Suka aku melayan karenah budak2 ni. Dulu2 aku lagi dasyat. Extreme dan bercirikan tak tahu malu punya orang. Asyik berkepit je dengan sorang2 budak ni sampai orang bleh confius, aku kah mak budak atau orang lainkah? Wakakaka!! Aku la yang bagi susu (SUSU BOTOL OK), aku la yang mandikan, aku la yang sapu bedak, aku la yang bagi makan, aku la yang dukung 24h, aku la yang pegang tangan bawak pergi berjalan. haahah semua aku..Semua yang emak budak tersebut buat, semua aku nak nyebok buat jugak. kehkehkeh.Malu bila ingat balik. Macam beria-ia la pulak kan. Sekarang dah tak extreme dah sebab malu dengan ibu-bapa budak tersebut. Nanti dia kata layan budak mengalahkan emak dia pulak. Layan sikit2 je sekarang ni(walaupun dalam hati meronta-ronta nak cubit2 pipi, nak peluk cium bertalu-talu. Takpe nadia, kau tunggu je anak kau nanti.Wakakaka!!!)


Masa ni budak ni datang rumah aku. Yang di bawah ni lelaki bernama Irfan. Aku lebih tertarik dengan dia tak tahu nape. Sebab dia lelaki kot. Kahkahkah! Apa punya jawapan daaa…Err, mungkin sebab bagi aku dia lebih comel kot. Dia comel bila senyum. Sebab pipi dia naik nampak chubby. Penat aku suruh dia senyum untuk ambil gambar tapi hampeh. Tengok tu! Biasa la, lelaki kan suka amik gambar camtu. Tak senyum@ala-ala control sikit.heh





Yang bawah ni pulak perempuan bernama Dina. Dia ni suka ambil gambar lepas tu bila aku tunjuk gambar yang terhasil dia jadi suka dan nak ambil gambar lagi.hehe..


Tapi nak buat macam mana kan, aku lebih suka mengambil gambar si Irfan ni daripada dia.kehkehkeh. Dah la kemain susah nak ambil gambar Irfan ni. Sikit-sikit lari. Hyperaktif, keje dia asyik la berlari-lari tanpa tujuan. Pulak tu, Dina pulak buat muka kesian nak amik gambar lagi maka aku jalankan lah teknik ni


Aku: Dina amik gambar dengan Irfan lah dua orang. Cepat panggil Irfan.


Kemudian aku cakap, kalau nak ambil gambar, kene ambil dengan Irfan je. Sorang2 tak boleh.hahah..Lepas tu dia pun berusaha keras la panggil Irfan ni. Sekali dua, boleh la Irfan ni nak kan, jadi terhasil la gambar ni





Lepas tu Dina ni nak ambil gambar lagi, sanggup dia dukung Irfan ni pergi dekat aku. Meronta-ronta la si Irfan ni. Dia taknak bergambar, dia nak main. Kemudian dia pi seret Irfan ni pergi kat aku. Hahah..Sampai aku terpaksa menjerit suruh dia berhenti. Semangat okeh Dina ni nak bergambar. Memang perempuan sejati lah.hoho

p/s: Tak sangka besar2 ni ada jugak orang nak bagi duit raya kat aku. Ingatkan tak dapat langsung kali ni. hoohoho..Rezeki jangan ditolak (walaupun sebelum tu tolak kata taknak, dah besar takyah kasi duit raya.Dia hulur jugak, amik je la :P)

p/ss: Aku pelik la. Awat la mak ayah aku tak minat+tak nak+tak terfikir+takde inisiatif nak buat gambar family iaitu pagi raya amik gambar ramai2 satu family. Mereka ni macam tak berminat langsung nak amik gambar lorr..hahaha..

8 voice out:

farah, s. said...

wah nadia sgt vogue okeh! hehehehe XD
kale shawl tu ade iras2 cam farah punye,tp frh ade corak stripe sikit. hehe

comel la budak 2 org tu. girls mmg suke bab2 tgkp gmbr ni. haha.

adehai. mak nadia masak rendang paru? sedapnyeeee. kt sini mmg haram ah takkan jumpe paru. sbb omputih tak mkn paru, so takde dijual kt sini T_T

heh. bc p/s nadia tu cm kelakar pulak. parents farah dulu tak suke jugak amik gmbr family time raya. tp semenjak farah kt oversea, gian sungguh mereka bergambar ramai2. dgn atuk nenek pun join sekali. nk bg farah tengok katenye. hahaha

Nadia said...

farah ada shawl camni? tayang kat blog cepat, nak tengok! hehehe :D

dah agak sana mesti tak ada paru, lagipun rsnya paru ni rg malysia@melayu je yg makan kot.huhu.Sebab tak baik utk kesihatan, so time raya je la bole makan beria-ia.hehe

hahahaha best betul amik gmbr ramai2 semata-mata nak tunjuk kat farah. Agaknya tunggu nadia g oversea la kot baru mak n ayah nadia ada inisiatif nak amik gambar familyy pagi raya.hihi :D

Anonymous said...

Wah wah wah macam datin-datin lak Nadia dengan spek mata bergaya itu. Huhu. Cantikkkkkkk baju raya. Matching dengan tudung.

Ehhhh. Parents Nadia jauh berbeza dengan parents diya. Mak ayah diya sukaaaaaaaaa sangat bergambar [kalah anak dia]. Pastu, diorang print dan letak sebagai frame. Fuuuu. Diya takde lah nak buat cam gitu. Biar ajelah gambar2 beranak pinak dalam kamera.

Yana Ismail said...

huhuhu...tau tkpe..macam datin!vogue gitu..i loiikeeeee!memang bj tu matching dgn shawlnye ...huhuhu pst leh mgurat?ahaks ;)

huhu biasala tu dear...org yg msk pun kadang2 tk smpat nk mkn masakn sndri..org lain dh hbskan..huhu moral of the story : rasa dl mskn tu, sblm kempunan..sbb dh ramai2 confirm! habisss...hehe :p

Yana punya family ikt mood..heee tp raya kali ni..haziq tkde..so suram..mood nk amik gmbr pn tkde..alaahai

Nadia said...

diya: Datin? hahahah LOL!

Tu la parents nadia, kalau cam parents diya kan senang. Dah la anak dia ni malas nak print2 gambar semua, diorng plak tak minat nak bergmbr, sudahnya usahkan nak beranak-pinak, nak mengandung pun takde.hahaha :D

yana: nak ngurat? aish..jgnla cenggitu, malu i (ceh ceh ceh :P)

tu la, mmg moral of the story tu nadia pgg selama ni tp yg problemnya tyme tu rumah tu memang tak ramai orang masa tu sebab tu terkejut boleh habis. Budak2 kat rumah tu (4-5 org) mmg makan banyak. Mana taknya, cover makan tgh hari+malam sekali.hoho

Anonymous said...

phewwiit. milik siapakah gadis ini? ehehehe ..

sy xsuke amik gmbr, sbb mls nk snap. jg mls nk mintak org len snap kan. agaga ~

Nadia said...

arina: milik ayah ngan mak :D

akak kadang2 nak bergambar tp malu nak suruh rg amikkan. Kesudahannya tak berapa nak bergmbar sangat la kot.hahaha

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

wahh..comel je dia di pagi raya dengan benda warna coklat tu..
Hehehe *terlambat*

Baru baca entry ni sebenarnya..

Nadia, kita sama le..
Akak le baby-sitter, kid-sitter, cat-sitter dan macam2 sitter lagi kat rumah ni.
Cam selesa sangat jaga budak2, main ngan budak2, bagi mandi, layan, pujuk daripada kena masuk dapur tolong ibu masak T___T