Cuba tengok tempat yang bakal aku kerja ni.Rumah aku adalah di A dan tempat yang bakal aku kerja adalah di B. Fuh, jauh ok! Kalau naik kereta adalah nak dekat satu jam (kalau tak jammed). Kalau jammed? Maka haruslah aku mencari rumah sewa dekat area2 situ kan.
Semalam, aku dan family memulakan perjalanan dengan misi mengesan tempat yang bakal aku kerja ni. Bayangkan, 2 jam kami pusing2 semata2 nak cari tempat tu. Fuh fuh fuh. Bandar Shah Alam ni besar jugak eh. Seksyen u8 SAHAJA pun aku dah berpusing-pusing cari , tu belum masuk seksyen-seksyen yang lain.Pengsannnnn!
Anda! Anda! Anda! Ini pertama kali aku akan masuk dan menyewa rumah di mana aku TAK KENAL LANGSUNG ahli-ahli di rumah itu yang sedia ada. Maksudnya aku hanya menyewa bilik. Berbagai tanggapan yang muncul dalam kepala aku. Okay ke nanti housemate2 aku ni? Boleh ke kami get along? Bermacam-macam situasi tetiba menjengah ke dalam kepala aku. Dan aku sangat berharap semuanya positif. Kalau tak berapa positif pun akanku cuba positifkan. I’ve no choice. Asalkan boleh get along itu sudah cukup okay bagi aku. Dan setakat ni mana2 aku pergi memang aku kamceng dengan orang yang tinggal sebilik dengan aku sejak dari MRSM-KMK-UPM. Wish me luck! Fuh tetiba kan aku rasa yang kali ni aku akan jadi berdikari giler macam orang2 dewasa (aik sebelum ni belum dewasa ke?). hahah.. Walaupun sebelum ni merata aku pernah bekerja , tukar2 kerja start dari lepas SPM, tapi kali ini berlainan sekali. Mungkin sebab duduk rumah sendiri kot. Pastu semua pun tak kenal kan. I’m alone takda bawak kawan di sisi (wah, siap bold merah tu). BNM hantar aku sorang je kat company tu. Bak kata ayah aku, kalau semua pun nak kawan nak bergeng takyah keje la kan..Nanti keje kat tempat baru pandai2 lar. huhu. Takpe, aku anggap ini macam minggu orientasi. Tak kenal langsung lepas tu berkenalanlah kan apa susah. Lepas tu boleh jadi geng giteww.. Kan nik nur liyana kan? Kan nur syazanna kan? (eceh,tiba2 mempopularkan nama penuh ex-rumate& budak bilik depan masa kat UPM, tumpang lalu ye)
Aku cari bilik ni pun melalui caribilik.my (okay, sesape nak cari bilik sewa~nak duduk sorang ke 2 orang ke~ boleh pegi website tu.Agak bagus). Lepas tu gigih la aku contact sorang2 sampai la aku jumpa this one. Baru confirm dengan wakil rumah tu tadi(diorang dah lama duduk situ, aku je baru nak masuk). Apa yang dimaklumkan, rumah yang bakal aku duduk tu adalah di rumah teres 2 tingkat kat Jalan Birai, Bukit Jelutong. Keselamatan rumah area tu ok kot coz 24 hr guarded kat pintu utama nak masuk jalan tu. Pengangkutan ke tempat kerja rasanya okay since diorang kata boleh tumpang-tumpang (syukur Alhamdulillah sebab budak2 rumah tu keje area2 situ jugak). Maklumat lain yang aku terima ialah rumah tu ada 5 bedroom + 4 bathroom. Bilik yang bakal aku duduk adalah medium room yang ada attached dengan bilik air (luckily, takyah keluar bilik untuk mandi@masuk toilet).
Dan err…err..sewa bilik itu agak mahal jugak la. Terbang melayang duit ayah aku . Terbang…terbang….terbang…fuh terbang... Nak buat macam mana kan. Aku pilih untuk duduk sorang buat sementara waktu ni. Nak cari rumate macam taknak sebab duduk sorang lebih privacy. Buat aku yang kadang2 boleh melakukan perbuatan pelik2 ni seperti tidur dengan pelbagai aksi atau ketawa seorang diri bila membaca respon plurk rakan2 (sampai mak aku hairan bin ajaib apasal aku asyik ketawa bila mengadap lappy),duduk seorang mungkin adalah jalan paling selamat kot. Tengok la, kalau aku tak larat nak bayar sewa tu nanti, akan keluar la iklan kat caribilik.my tu berbunyi “Saya memerlukan seorang rumate, sewa share bayar. Bilik medium attached bilik air,kongsi bersama saya.Bla bla bla. Sila contact di email saya bla bla bla”.
Yang merisaukan aku kalau takde internet macam mana? Uwaaaaaaaa…Maunya aku tak meraung. Internet is my passion. Siapa nak tolong updatekan plurk aku? Siapa nak tolong updatekan blog aku? Facebook aku tak kisah sangat tapi dua benda tu sangat penting bagi aku. Karma aku turun nanti sape nak tolong naikkan aiyoyoyoyoyo! Siapa? Siapa? Siapa? (tak ada orang akan angkat tangan pun.kahkahkah) . Nampaknya aku kene fikirkan untuk ambik celcom beruk-band ke, P1Wimax ke..huhu..Sebab tanpa ber-plurk dan ber-blog, aku akan rasa lain.Rasa macam tak lengkap hidup. Cewahhh! Mana bleh tinggal weh. Cannot cannot.
Esok petang dah nak pergi tengok2 rumah&bilik tu. Lusa pulak kene pergi HQ BNM untuk sign contract. Dan selepas itu bermulalah fasa baru hidup aku. Mungkin tak bleh online selalu. Tsk tsk tsk! Habis bersawang-sawanglah blog aku dan tetiba akan muncul spider,tikus, lipas semua dan segala jenis binatang di blog aku kahkahkahkah!! Kalaulah aku boleh bawa Streamyx yang laju ni pergi sana kan bagus. Ada ke mak aku cakap “Bawalah internet(modem)pergi sana”. Tergelak aku. Streamyx bukan macam broadband yang boleh pindah2 kan.hahah.
Okay, habis dah entri ni.See u in da next entry. Mungkin entry itu di buat setelah aku berada di tempat baru itu.Bye!
16 voice out:
wah keja ngan BNM ke? besh2. gudluck!! ^^
kak murni: bukan kak murni, cuma company tu ada buat kerjasama dengan BNM untuk amik orang keje sambil belajar kat situ.Kontrak 2 tahun tp duit semua BNM yang kasi bukan company tu..Kalau keje ngan BNM memang entri ni akan bertajuk "Heaven!heaven!heaven!" atau "Aku kaya" kot kak.hahah...kak, dah lama nak tanya ni, kak murni ada FB tak? Meh emel meh nak add :D
Aiyoyo..
Dia nak tinggal Shah Alam le.. Hehehe =D
Tapi kalau diberi pilihan.. Kak Noi pun prefer dok sorang2 gak =(
Nak sangat ada bilik sorang2..
More privacy..
Hakikatnya kalau sorang, akak duduk bertiga..eehehehe
woh jauhnye merantau,hehe :p ye ekk 1jam driving,i tot 1/2 an hour jerr.nway gudluck.
kak noi: yarghhhh, skodeng kak noi kat sana nanti .Hahaah..Macam dekat je padahal jauh giler seksyen 13 tu.
best kan bilik sorang. Privacy. Buat apa2 pun takda orang nak kisah.huhuhu..wah kak noi duduk bertiba ni mesti master bedroom kan?
nazirul: nak dekat sejam tapi tak sampai sejam kot. 50 minit kot.Kalau 1/2 an hour memang akan ulang-alik takyah sewa kat sana.hehe. Bdw, thanks :D
kak noi: *bertiga. Typo.haha
siap google lagi eh. haha. cool2.
mmg jauh ah nadia. patutla pindah dkt sikit. tp betulla nadia ckp, mmg best duk sorg. lebih privacy. kalau duk berdua tp dgn adik beradik ke farah tak kisah. kalau dgn org luar susah sikit. mcm2 hal nnt. frh kt sini pun duk studio apt sorg2. haha. best je tak de nk sakit hati kt sape2. kalau tak, byk mslh la. tandas tak bersih la bla3.
internet tu takleh psg ke nadia?
Tak tahu tempat, tu yang google tu nasib baik jumpa.Thanks to google.heheheh
huhu..bila farah cakap camni, ni yg buat nadia tak nak duduk 2 orang ni. Best kan duduk sorang. Pape hal, kita punya hal tak ada orang kisah. Takut kalau ada rumate nanti ada apa2 masalah nanti gado2 pulak.Walaupun 'gado2 manja' tp macam tak best la kan.huhu
streamyx ea maksud farah? tak boleh pasang sendiri sebab kene tuan rumah yg pasang@dengan persetujuan tuan rumah. Sebab rumah org kan. Lagipun kos mula2 pasang ni ada la dekat RM300-400 tapi kalau nadia pindah ke, tak bleh carry on mana2. Cm membazir plak kan(sebab byr alone). Kalau dengn celcom broadband mungkin murah skit kosnya dan pastu kalau nadia pindah rumah (mungkin pindah tempat kerja ke) boleh bawa..huhu..Tp kalau tuan rumah bg pasang pastu housemate pun kaki internet gak(nak pasang tenet), boleh je kongsi bayar.Sangat boleh.heheh..tu la, kan best kalau memang siap2 dah ada tenet. Lain kali kalau nak cari rumah, nak cari yg siap line tenet la senang kalau boleh..Ada je rumah yg ada line tenet, tp dah ter-confirm dgn wakil rumah tu, tak boleh la nak cancel.huhu
Eh tak la.. i mean, kalo kaknoi sewa sorang2..sebenarnya kaknoi sewa untuk bertiga... u know, with alex and lolo lagi...
actually, memang kurang privacy ada roomate ni sebagus dan sebaik mana pon dia. You need your own space.. kaknoi tengah survey lagi bilik.. rasa cam kalo jumpa yang sesuai, kaknoi nak gak sewa bilik sorang2
oic...
betul2 kak noi. We need our own space.Yg penting privacy, maklumlah kita pun dah dewasa bukan student lagi. Kalau student takpe la kan.huhu..Bdw kak noi ni nadia kasi link terbaik untuk cari bilik sewa selain caribilik.my tu. Ni semua nadia dapat hasil drpd meng-google
http://www.olx.com.my/bilik-untuk-disewa-dikongsi-cat-301
http://www.sewa.com.my/
http://mudah.my (klik kat property)
gudluck kak noi! Moga kak noi dapat bilik yg kak noi nak n dpt duduk sorang. Mungkin kak noi takyah nak sedih2 lagi. Perhaps berita baik untuk alex n lolo :D
takpe dik. lama2 sesuai lah diri tu kt sana. hee bile start keje ni? good luck ok adikku :)
nnt ada masa update lah blog eh
Thanks nadia :)
KakNoi tengah usha, kalau ada dekat ngan ofis lagi bagus. Kalau takde, akak stay je kat rumah sekarang.
Really need a room for me and my hamster. Taknak dah menyusahkan orang lain. =)
kak yonna: 1/10 start.thanks kak yonna.wokeyh2..tp must have internet untuk update blog.huhuhu...
kak noi:yup2. gud luck kak noi. Moga alex n lolo boleh dapat bilik baru :D
dear, kalau yana pn yana prefer duk sorang...privacy maa..huhu lgpun tk pyh bkongsi dgn org sgala..best best...huhuhu:)
pe lg...hihi blilah broadband dear...mesti tkkn bosan dpt berplurk n berblog..tk bestla kalau tk update...tk dpt bc blog nadia dh :(
take good care of yourself ok!huhu slmt bekerja...kerja rajin2 tau..huhuhu :)
Bukit Jelutong? Dekat juga tu. Jaga diri baik-baik nanti.. :)
Semoga success dengan kerja dan kehidupan baru..Mesti byk pengalaman yg akan adik dapat nanti..All the best ye dik..
Post a Comment