Pages

Meet my bff

Fiza: Eh, ko perasan tak nadia. Muka Nur Amina ni macam Farahiyah la..
Aku: Ish mana ada. Tak sama pun aku tengok.
Fiza: Ye...Cuba ko tengok betul2 terutamanya kalau Nur Amina ni buat muka sedih. Memang sama la..
Aku: Yeke..Tak sama pun...



Akhirnya bukti telah pun ada bila ada orang lain pun cakap macam tu. Bila refresh2 balik, ye kot, mungkin sama sikit especially yang macam kakak aku cakap tu, bila Nur buat muka sedih.


BFF stand for what? Best friend forever. Jangan pandai2 pi reka nama lain eh. Menukarkannya menjadi perkataan lain terutamanya bertujuan ingin memerli, tak berfaedah okay. Sebab ia akan bertukar menjadi melawakkan.hahaha...Tadi aku pergi kenduri kawan kat tempat kerja mak. Kenduri sempena nak pergi haji. Sesuatu yang mengejutkan aku ialah kawan mak aku tu adalah mak saudara Farahiyah (i called her farah). Patutlah rumah tu macam familiar, rupanya aku pernah pergi dulu rumah tu sekali dengan Farah (masa Form 2). Memang terkejut giler la. How u expect yang kalau korang pergi kenduri entah sape2 pastu terjumpa pulak dengan orang yang korang baik giler.Rasa macam ajaib. Dah la lama giler tak jumpa dengan farah ni since dia belajar kat Johor. Sure rasa terperanjat sampai menggigil tangan pegang pinggan. muahahah..Ada plak macam nih.



Farah ni merupakan best friend yang paling lama yang aku pernah kenal. Aku dengan dia kenal masa darjah enam tapi kami rapat sejak Form 1. Dan yang sangat pelik adalah bila ada jugak orang yang kata muka kitorang sama. Padahal memang sikit pun tak sama langsung. Dia putih, aku tak putih sangat, mata dia besar mata aku sepet, dan dia rendah daripada aku (memang beza giler). Mungkin sebab bila aku kehulu-kehilir asyik dengan dia membuatkan orang tiba2 nampak persamaan kitorang. Aku rasa kunci utama orang kata muka kitorang sama adalah kening kitorang lebat sikit dari orang lain kot.



Dia cantik. Pelik betul aku, dari dulu lagi kawan2 aku semuanya cantik2, aku je yang tak cantik. hakhakhak. Oh ye, perkara yang aku nak highlight tentang dia ni, dia tak pernah rasa dia cantik*aku dapat bezakan*. Sepuluh orang puji dia cantik ke, dua puluh orang puji ke, tiga puluh orang puji ke, dia tetap maintain. Reaksi dia terhadap pujian tu aku dapat 'baca' apa yang tersirat di hati dia Macam tak terkesan langsung pujian orang tu terhadap diri dia. Macam takde perbezaan, orang puji ke orang tak puji ke, dia tetap rilek. Errhhh..aku pun tak tahu macam mana nak explain. In a short way, mungkin dia tak pernah rasa langsung diri dia cantik kot. That's why dia macam kelihatan 'humble' di mata aku. Aku kagum dengan orang yang humble. Rasa macam seronok berkawan dengan orang2 yang humble. Orang2 dalam blog ni pun humble2 belaka. Kagum betul ^_~


Berkawan dengan dia, sekali je kitorang pernah bermasam muka. Masa hari jadi dia ke berapa tah. 15 tahun kot. Masa tu kamera (kamera dia ke kamera aku tah lupa) ada kat tangan aku. Aku cakap aku nak ambil gambar dia. Dia cakap taknak, jangan ambil. Aku kan degil, aku cakap nak ambil jugak, dia kata jangan (sambil gelak2). Aku ingat dia bergurau. Sekali dia keluar je dari pintu bilik terus aku snap gambar dia. "Nadiah!!!" Hanya dengan satu perkataan je yang keluar dari mulut dia , yang kedengaran agak kuat cukup membuatkan muka aku pucat lesi. Dia masuk balik bilik dia, tutup pintu tak keluar dalam jangka masa yang lama. Fuh, menyesal akuu tak sudah. Sejak tu aku macam fobia. Takkan melakukan perkara yang mungkin boleh menimbulkan pertelingkahan. hahaha..Oh ye, tak lama pastu kitorang baik balik. Hari yang sama jugak. Dia kan lembut hati.


Masa aku nak pindah sekolah sebab dapat tawaran Sek. Teknik (sebelum MRSM), dia ada bagi sepucuk surat kepada aku. Isi surat itu boleh aku simpulkan yang antara geng kami, aku mendapat tempat pertama kat hati dia. Eh, salah keempat kot. Selepas mak dia, ayah dia dan bf dia *grin*


p/s: Sebenarnya aku macam blur hari ni tak tahu nak tulis pasal apa. Kalaulah peristiwa aku terserempak dengan farah tu tak berlaku aku rasa sure aku akan keluarkan entri mengandungi dua@tiga baris ayat, yang bertajuk 'BLUR' . Macam entri takde faedah sangat, lepas tu terus delete.Hadui la.hahahah


p/ss: Aku ada interview hari Isnin. Rilek ar nadia, kau menggelabah lebih2 apasal? Kau kalau menggelabah memang akan jadi gagap, menyampah aku tengok kau ni tau, cubalah jadi rilek sikit *ayat sedang marah diri sendiri* Walaupun bayang2 rasa macam dapat tapi rasa was-was mengatasi segalanya. Mana tahu entah angin ribut apa melanda tetiba aku menjadi gagap, habis aku melepas. hahaha..Aku mengharapkan orang2 yang positif untuk mempositifkan aku yang sedang dalam cas negative ni. Fuhhhh.... Harap2 segalanya berjalan lancar. Biarpun ayat tak bombastic, as long as aku mampu bercakap BI dengan lancar, it's quite ok for me. Gud luck Nadia! Aja-aja fighting! Keputusan interview itu mungkin aku beritahu minggu depan. Harap2 aku boleh dapat gaji yang aku request.

7 voice out:

farah, s. said...

mati2 farah ingat farahiyah kawan farah. farah pun ade kawan nama farahiyah, muka dia ade iras nur amina juga. putih2 dan comel. hehehe

farah, s. said...

oh btw all the best nadia. semoga semuanya berjalan dgn lancar :)

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

and who knows farahiyah farah ngan farahiyah nadia tu orang yang sama?? Hehehe..

Ololo
best kan jumpa kawan lama..
Actually akak pun baru terjumpa kawan lama but thru blogging la.. Dia kat Sabah now, baru je bertunang. Non-muslim, really cute..my bff! Kami masa matrik dulu salu berkepit..sampaikan masa dia mula2 couple ngan tunang dia skrg, akak lah jadi adviser. Oh my, dah nak kawin dah sekarang...........

Seronok sangat..sampai terketar2 depan lappy. Kalau jumpa depan mata tak tau lah camna nanti :P
After 6 years..............

Nadia said...

farah: :0 Farahiyah farah orang asal dr negeri mana? mana tahu farahiyah yang sama. heheheh..btw, thanks for the wish =D

kak noi: wahhh..jumpa through blogging, sure rasa akan excited giler kan.Sampai terketar-ketar. Nadia terketar2 pegang pinggan. hahah ;)

farah, s. said...

kwn farah tu ore kelate. tp yg buat farah rs bukan org yg same bile nadia ckp dia rendah. kwn farah tu agk tinggi jugklah. eheh

Nadia said...

farah: owhhh.... kalau tersama memang kebetulan lagi la ni..hueeeeheheeh

IamYonna said...

wahh.tangkap gambar pon dah tarik muka ke? hahha budak2 dulu selalu ada perangai2 annoying kan? :p