Pages

Berita surprise

Berita 1

*Setelah selesai ujian berkomputer

Please wait until we analyze your result…

Dan hati aku berkecai retak seribu apabila skrin memaparkan…

Markah anda adalah 45/50
Markah lulus adalah 42/50
Anda lulus. Sila dapatkan slip keputusan di kaunter.



What? 45 je??????????!! WHAT THE HECK laaaaaaa. Cis cis cis!! Tak puas hati betul aku. Harapan nak dapat full mark berkecai. Apasal aku rasa macam senang & semua betul eh.


Ceh, ada hati konon padahal 3 hari bukak buku 20 minit je ko terus tido. Lepas tu asyik berfacebook&baca blog, kene sound dengan ayah baru terhegeh-hegeh cari buku. Itupun dah pukul 12 malam. Faham2 je lah kalau dah 12 malam al-confirm la terus tidur kan. 20 minit je mampu bertahan. Wakakaka.




Aku: Ayah, amik orang. Dah balik dah.
Ayah: Macam mana result? Lulus tak?
Aku: Lulus la.
Ayah: Yeee keee…..??
*oh, sinisnya gaya ayah aku bercakap.T____T
Aku: Eh, lulus la takkan orang nak tipu pulak.
Ayah: Boleh caya ke ni?
Aku:Betul....
Ayah: Berapa markah?
Aku: 45
Ayah: 45 jeee? KAHKAHKAH *serius ayah aku memang gelak macam ni*
Aku: Ok la tu.
Ayah: Ingatkan dapat 48 ke 49 ke..Ayah dulu pun full mark tau
Aku: Eleh, setakat cakap je takde bukti boleh la.hahahah

Awal2 ayah aku memang menjangka aku fail agaknya. Ye la, dia tengok aku tak baca sangat kan asyik berinternet je mungkin dia rasa macam magic aku boleh lulus.muahahaha..Aku tak baca sangat sebab tak takut fail. Kalau fail pun aku tak risau sebab boleh repeat balik. Kehkehkehkeh


Berita 2


Masa sesi bertelefon tu , ayah cakap ada surprise kat rumah. Aku tanya apa, ayah cakap balik nanti baru tahu. Aku macam berdebar2 sikit la. Dug dag dug dag gituuu. Buatnya tetiba ada orang meminang aku pastu tetiba ayah aku setuju camtu je, maunya tak aku melompat terkejut beruk. Ayah aku ni unexpected sikit, boleh buat keputusan tetiba. Sebab tu awal2 aku dah beri signal kat ayah masa dia menyuarakan hasrat nak berbesan dengan kawan dia yang kat mana tah. "Haa ayah, buat la, buat la. Orang lari dari rumah kang, orang lari kang..Haaaa" Okay, warning dalam gurau tuu..Kalau ayah aku tak faham jugak tak tahu la.Hahaha

Disamping tu, aku macam perasan-tan sikit la yang konon2 surprise itu ialah ayah aku menang cabutan bertuah hadiah kereta Toyota Camry ke atau Toyota Vios ke apa ke, rupa-rupanya…..meleset sama sekaliiiiii.

Surprisenya adalah...Nana sudah dapat tawaran kemasukan ke UITM!!! Yahooooooo!!!!! Bolehlah dikatakan surprise. Accepted. Ini memang sangat aku tak jangkakan sebab result SPM nana memang cukup2 makan je. Itu pun aku yang tolong dia daftarkan. Walaupun aku rasa macam takde harapan tapi saje2 je minta camtu.Tak dapat takpe, tak la rugi sangat pun. Kalau dapat lagi baik


Tapi….Aku akan berpisah dengan nana. Wawawa…Walaupun adik aku ni kuat menyakat tapi ia masih boleh diterima. Kesengalan dia terselah masa peristiwa kat bawah ni

Masa tu rumah aku ada buat makan2 kecil-kecilan. Masa tu aku kat atas tengah syok tulis entri tetiba nana ni memanggil aku dengan bersungguhnya. “Angah!!! Angah!!!! Cepat turun ngah!!Cepat la!” . *Kenapa?-Aku menjerit dari atas. “Turun je la! Cepat Angah!” Aku kenal sangat. Nana kalau panggil aku dengan nada sebegitu tak lain tak bukan kalau ada muka Siti Nurhaliza atau Aaron Aziz terpampang kat muka tv. Especially kalau ada sesi temu-ramah. Maka dengan lajunya aku turun bawah.


“Kenapa nana?”, “Nana. Asal ko panggil aku?” Heran. Nana tak pandang aku langsung! Dia buat bodoh jek, pandang bawah sambil amik makanan.Tapi aku tengok dia macam tengah tahan senyuman.Nak tergelak tapi dia tak nak gelak. Fahamkah? Aku rasa macam ada sesuatu tak kena. Mata aku , aku alihkan kat orang sebelah nana. Budak ni rupanya. Dia tengah tersenyum-senyum dengan siapa tah.Siot betul punya adikkkk. Nampak sangat dia dengan fiza nak menyakat aku supaya aku memunculkan muka aku kat budak ni. Bayangkan tiba2 aku memunculkan depan khalayak ramai pastu depan budak tu pulak tu, lepas tu nana buat bodoh je dengan aku bila aku tanya. Buat aku macam cakap sorang2. Dah macam orang tak siuman dah aku kat situ. “Gilo punya budak!” Aku bercakap sendirian tapi aku rasa cukup untuk nana dan orang sekitarnya dengar. Lepas tu aku blah dari situ. Nasib baik aku takde perasaan pape kat itu budak. Kalaulah aku suka ke apa ke, memang siap la nana kena dengan aku. Hahahahah!!


Sure aku akan merindui nana nanti. Takde teman nak bergedik santai. Takde teman nak bergelak-ketawa. Takde teman…Takde teman….Waaaaa….T______T


10 voice out:

Anonymous said...

Wahah. Pandai jugak Nana menyakat nadia yek. Hahaha. Saja nak kasik nadia enterframe depan budak tu agaknya.

Anyway, tahniah tuk ujian berkomputer tu. Nak dapat lesen L mudah je, nanti tunggu nak dapat P tu kena work hard sket. Unless kalau Nadia memang dah terror bawak kereta =)

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

HAHAHA.. Nana, congrats Nana!!!
Eh satu lagi, congrats Nadia.. Harap-harap le lesen L tu dimajukan terus ke lesen P.. bukan cam akak ni, simpan lesen L berbulan-bulan sampai dah expired.. sampai sekarang tak sambung ke P..
Dah takleh dah rasanya, kena repeat balik (T_T)

Haihhhhhhhhhhhh..
Teringat lak zaman ujian berkomputer tu dulu.. Ekekeke.. confident gila..
Yang bestnya, bf akak temankan *wink*

hmm........ bf.......
rindunya kat dia............ :(

Nadia said...

tu la diya, memang susah nak dapat P tu, memang kene work hard giler2 la since ni tak pernah bawak kereta..huhu

Nadia said...

ayah nadia cakap ujian tu makin lama makin susah. akak amik balik lesen tu sekarang, pastu maju terus ke P.hehehe

cewah, bf temankan kasi semangat la kan.huhu..Bf akak tu akak still contact dgn dia lagi ke?

Anonymous said...

Takpe, belaja slow2. Selalu nya orang yang tak biasa bawak kete, senang lulus. Sebab dia akan ikut arahan instructor satu2. Kalau yang dh biasa bawak kete, memang slalu ikut kepala otak dia sendiri lah kan. Sebab dia bajet dia dah pandai. huhu.

anyway, Nana dapat uitm mana yek?

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Nadia belajar drive katne ek? Akak ni sebenarnya takut nak drive, sejak kes langgar tembok UMP sampai roboh masa akak ada lesen L..

Errrrrrrr.. nak pegang stereng keta pon terketar2. Tu le sebabnya tak sambung2 sampai sekarang..

Nadia said...

diya: dia dapat UITM Lendu, Melaka. Walaupun bukan Shah Alam, tu kira UITM paling dekat dengan rumah kitorang n lagipun kampung kat Melaka, so senang sikit.heheh

Nadia said...

kak noi:Nadia belajar kat tempat area2 rumah nadia jugak. OMG langgar tembok? Rosak kereta kene bayar ganti rugi ke kak noi? huhuhu

takpe kak noi, kumpul semangat yang hilang tu dulu then sambung perlahan-lahan..Nadia dah mula rasa kepentingan lesen ni, dulu tak rasa cam penting sangat pun.huhu

farah, s. said...

wah bestnye nadia dh ade lesen eh. farah entah bile T_T

Nadia said...

heheh farah, nadia belum ada lesen lg. Tu baru lulus ujian undang2, belum boleh bawa kereta lagi..huhu